Friday, February 6, 2009
Ti: Laman Megalit (Tmn Putra Perdana)
Ti, yg pasai gambar yang Ti tanya haritu ni saya taip balik apa yang tercatat kat depan laman megalit tu. :)
Laman Megalit
pada akhir tahun 1989, semasa syarikat minyak negara, PETRONAS membina laluan paip gas (PGU) di semenanjung malaysia, ia menjalankan kajian dampak arkeologi yang pertama di Malaysia. Kajian tersebut dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti sains malaysia dgn kerjasama Jabatan Muzium dan Antikulti. Kajian ini telah menemukan beberapa tapak arkeologi termasuklah tapak-tapak megalitik.
Penggalian atau ekskavasi tapak megalitik jarang2 dilakukan kerana ia dianggap sebagai batu nisan dan dikaitkan dengan kuasa ghaib. Justeru, PETRONAS telah membuka peluang yg jarang2 terdpt dalam usaha ekskavasi tapak megalitik dan mengkajinya bagi membongkar pelbagai misteri yang menyelubunginya.
Perkatan 'megalit' berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'mega' yg bermaksud besar, manakala 'lithos' bererti batu. Batu2 megalit di hadapan anda digali di Kampung Gelanggang, Tampin dan dipertarikhkan abad ke-18. Kampung ini terletak di kawasan tumpuan megalit di Malaysia, iaitu di kawasan2 di negeri sembilan - Melaka.
Megalit ini yg dikenali sebagai menhir (batu tegak) telah ditanam secara tersusun dan terancang. Ciri2 berikut dapat dilihat di atas platform di hadapan anda:
1. Menhir yang berjumlah 86 buah semuanya ditanam di atas platform tanah bersegi empat dan disusun mengikut orientasi timur-barat (matahari terbit-terbenam). Platform yg terdapat di laman ini berukuran 12 x 18 meter. Kadang kala menhir juga ditemui secara terpinggir, sebuah atau berpasangan.
2. Sebuah menhir utama atau 'ibu' biasanya ditanam di tengah2 atau di hujung platform. Di platform di hadapan anda, 'ibu' terletak di bhg tengah. 'Ibu' ini berukuran 8 kaki tinggi dan 240 kg berat (berwarna merah).
3. Menhir ditanam secara berpasangan yakni batu yang lebih besar terletak di utara dan yg kecil sedikit di selatan. Pasangan menhir biasanya ditanam bersetentang (berwarna putih) dan kadang2 sebelah menyebelah (berwarna biru)
4. Menhir yg pailng berat di laman ini ialah 380kg (berwarna kuning)
5. Menhir biasanya ditanam supaya satu pertiga daripadanya tertimbus di bawah tanah.
6. Ekskavasi arkeologi telah mendedahkan penemuan serpihan seramik Cina biru-putih. Serpihan seramik ini yg ditemui di sekeliling setiap megalit menimbulkan andaian bahawa mangkuk seramik telah dipecahkan dalam suatu upacara amal yg berkaitan dgn budaya megalit.
-ditaip semula dari papan penerangan di bhg hadapan laman megalit taman putra perdana, putrajaya-
sure fine whatever
rinn
Labels:
kenangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rinn... THANK YOU.... :-)
ReplyDeleteni yg buat Ti nak gi sane tengok sendiri ni... mmg minat history so, dah elok la tu ya..... hehehe....
hmmm... agak2 bile nak sampai eh???? :-)
insyallah ada rezeki kat sini sampai lah :)
ReplyDelete