Friday, February 6, 2009

Sonata Kasihku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Hazneza Abdul Hamid
Sonata Kasihku by Siti Hazneza Abdul Hamid
Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd
Tahun 2008


"Salju kasihmu merantai hatiku"
"Sonata kasihku kekadang rancak, kekadang perlahan.
Beralun mengikut rentak hati. Kali ini biarlah ia
beralun menjadi sonata yang mengasyikkan.
Sejak mengenali dirimu, aku mula jadi seorg
perindu. Bagaikan pungguk rindukan bulan,
sambil ditemani sunyinya suasana malam."


Antara penulis yang aku sentiasa tertunggu-tunggu karyanya di pasaran :) akhirnya sampai jugak hajat utk memiliki novel terbaru Siti Hazneza Abdul Hamid "Sonata Kasihku". Sebelum apa2 aku nak ucapkan tahniah buat Siti Hazneza yang baru mendirikan rumahtangga. Semoga diberkati Allah hingga ke akhir hayat. Amin.


Siti Hazneza masih bermain dengan isu perasaan dan emosi wanita. Seperti biasa, garapannya terasa kuat dan menghembus semangat waja ke dalam jiwa pembacanya. Watak2 wanita Siti Hazneza amat cekal dan dibaluti iman yg kuat buat yg Maha Pencipta.


Tumpuan kita kali ini adalah Hawa. Seorang penulis, pensyarah & penceramah motivasi. Seorang Hawa yang sangat cintakan Yun, seseorg yg telah menolak cintanya dan meninggalkan dirinya. Cintanya buat Yun sentiasa subur dan dia sentiasa mendoakan kesejahteraan Yun. Hawa bersahabat baik dengan Haikal, terlalu baik sehingga kalau ditakdirkan mereka berkahwin, mereka akan setuju. namun Haikal tidak sanggup utk 'dimadukan' dengan Yun. Ingatan Hawa terlalu kuat buat Yun. Sesiapa yg mahu mengahwini Hawa mesti sanggup berkongsi kasih dgn Yun. Hawa faham dan Haikal akan sentiasa kekal di jiwanya sbg sahabat yang paling sejati dan paling dikasihi. Muncullah Adam. Lelaki yang sanggup bermadu dengan Yun dan Haikal dalam jiwa Hawa. Dia berjanji akan membahagiakan Hawa. Hawa tidak menolak jodoh yang baik untuk dirinya. Lalu pernikahan itu berlaku. Hawa gembira dikurniakan suami sebaik Adam, romantik pulak tu. Ada terselit babak2 romantis hawa-adam.

Sejauh manakah Adam dapat menahan diri dari bersoal jawab tentang Yun? Adam seperti mahukan sesuatu yang lebih dari Hawa yang berjaya menjadikan dia lelaki yg paling bahagia. Tanpa mereka ketahui, roh Hawa sudah mengenali roh Amirul. jasad mereka tak pernah bertemu namun roh mereka sudah saling menyapa. Siapa Yun? Amirulkah dia? Demi utk menenangkan hati Hawa, Adam mencari Yun.


Memang sayang utk meninggalkan buku ini bila mula membacanya. Tapi aku terstop biler tetiba la pulak ada scene yg agak tersipu sipu utk aku membacanya, yg aku rasakan kalau tak ada scene begitu tu cerita ini sudah cukup hebat dan sangat menarik *sighs*. Cerita yang kita sukar utk meneka apa akan jadi di muka surat seterusnya, apatah lagi endingnya. Setakat ini aku belum pernah kecewa dengan ending novel2 Siti Hazneza. *sengih*


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Salju kasihmu merantai hatiku.
Aku ibarat kuda yang patah kakinya...
berlari dalam kesakitan sambil ditemani
rintih-rintih hujan... demi meraih sebuah kemenangan
cintamu. Namun kemenangan itu nyata bukan milikku
bilamana Allah yakinkan aku yang engkau bukanlah
diciptakan untukku. Tapi... izainkan aku terus mendoakanmu
Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat.
Karena dgn itu roh kita akan saling mengenali.
Di sebalik sonata kasihku... aku cuba mencari kebahagiaan
diri bersama Adam. Seorg suami yang sanggup 'dimadu'
oleh isterinya. bilamana aku gelisah ingatkan Yun,
keutuhan mahligai kasihku bersama Adam mulai goyah.
goyah dilanda badai tatkala cemburu merantai hati. Namun
demi kasih yang mula berputik... akan kubajai sehingga ia
mekar mewangi.


RM17.90
352 mukasurat
9789838939003



15 comments:

  1. erm new writer ni
    macih la kak rinn kenalkn dn writer baru
    so ni kne msk dlm list hehe

    ReplyDelete
  2. airina, ni bukan penulis baru. ni antara penulis otai yg dah ada ramai fans kat malaysia ni! hehe.. kalau nak mula citer dia, cuba baca angin dingin dari utara. memang femos giler novel dia yang tu, terbitan creative. buku2 lain by author ni Mimpi Kita Serupa, Cemburu Seorang Perempuan dan Setulus Setia Seindah nama. Sonata kasihku ni adalah novel dia yang terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpaling baru.

    ReplyDelete
  3. oooo
    okies so leh msk dlm list
    start hunting la ni hehe
    tapi kn cite mimpi kita serupa tu mcm pnh dgr la, terbitan creative ye?

    ReplyDelete
  4. now dah 4 buku dia terbitan creative--> Cemburu Seorg Perempuan, Angin Dingin dari Utara, Mimpi kita Serupa & yg terbaru sonata Kasihku. Buku Setulus Setia Seindah Nama terbitan Pustaka Yamien.

    ReplyDelete
  5. ooo
    so byk jugak ni
    kire pjg la list menghunting ni hehe

    ReplyDelete
  6. hehe tak pa buat hunting list, kalau tak der list nanti macam2 la buku yang terrrrrrbeli

    ReplyDelete
  7. hehe toi la tu
    kdg2 tu bkn terrrbeli aje, terangkut, terambil bagai
    alih2 over-budget hihihi

    ReplyDelete
  8. last week akak update list utk pesta buku.. sekali tengok tuuuuuuuuuuu dia tak cukup kertas.. eee gerun! bahaya pi pesta buku bawak list camtu.. silap2 ujung bulan minum ayaq masak cicah biskut marie jer la..

    ReplyDelete
  9. hehe sme la kak rinn
    riso plak tgk list
    dh cut2 tapi rase still pjg huahua

    ReplyDelete
  10. hahaha... gd luck to both u la... larat ke nk menggendong buku2 tu nanti... hehehe...
    jgn sampai ade yg pengsan da la ye..... wakakaka...

    ReplyDelete
  11. Ti, saya tak pengsan haritu, siap bawak beg skolah yg ada roda utk bawak buku.. rilek jer tarik beg... hehe.

    ReplyDelete
  12. best ke ceritanya.......happy ending ke? Selalunya jalan cerita novelis nie agak lembab.......

    ReplyDelete
  13. hmm lembab ke? hehe.. ekcili ni one of my favourite writers. saya suka cerita2 yang dia ketengah kan dan saya dah baca semua karya dia.. memang awesome!! cuma part ending dia memang kadang2 alternatif ending, tapi jenis ending yg saya suka :)

    ReplyDelete
  14. sampai abis x tau sapa Yun tuh..c hawa nih birah dah ader suami si Yun...Yun..dok terkenang...x pahamlah sayer ...sudahnyer jadik Amirul lak..kompius..he..he..

    ReplyDelete
  15. Yun tu kira watak misterilah. macam Hawa sorang jer penah berinteraksi dgn Yun kan?
    Amirul tu dapat surat2 yg hawa hantar utk Yun. Surat2 Hawa yg memberi semangat kepada Amirul utk meneruskan hidup. Hawa kecewa tapi tetap bersemangat menempuh hidup. Saya suka jer kisah2 dari Siti Hazneza ni. Kisah dia biasanya heavy dan membuat kita berfikir :)

    ReplyDelete