Friday, February 6, 2009

Mulanya Satu Cinta

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rose Harissa
Mulanya Satu Cinta by Rose Harissa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2008


"Engkaukah yang datang mengulit mimpi dan mengusik lamunanku?"


Bacaan yang menghiburkan dan menjiwang kan. buat aku tersengih mcm orang tak betul. rasanya kalau aku baca sambil jalan lalu terlanggar tiang, aku akan terus tersengih sambil menggosok2 kepala. haha. begitulah sweetnya citer ni sampai leh kena kencing manis. Aku suka dengan penggunaan conflict tiba2 di hujung2 cerita. saat2 yang kita merasakan everything will end well sebab tinggal beberapa helai saja lagi, TIBA2 JER BANGGGGGGGGG!! abis.. luruh semangat. memang terketar-ketar tangan biler kita tengah seronok tiba2 jer ada batu penghalang antara Ezli dan Iryanie.


Cerita yang sangat biasa dan kita boleh cari banyak buku yang menggunakan plot begini, tapi di tangan Rose Harissa cerita ini menjadi sangat istimewa dan melihat semula buku ini setelah membacanya membuatkan kita tersenyum sorang2. jarang2 ada penulis yang mampu memberi impact ini kepada pembaca macam saya yg sememangnya suka sngat dengan kisah2 manis begini.


Kisah ni tentang Ezli, duda muda beranak satu. Afi anak kesayangan Ezli yang tak boleh berenggang, kalau berenggang mereka akan demam menanggung rindu. Ezli sangat garang dengan perempuan. Ibunya berhasrat utk menghabiskan usia tuanya di kampung, Ezli kelam kabut kerana hampir seluruh hidupnya bergantung kpd ibu. Ibunya bertindak mengambil seorang pengasuh sambilan. Dia berkenan sangat2 dgn Iryanie, pelajar UiTM yg terpaksa mengulang satu paper utk sepanjang semester tersebut. Dengan agenda tersembunyi ibu Ezli menggaji Iryanie yang kebetulan adalah orang yg sama melanggar kereta kesayangan Ezli beberapa hari sebelum bertemu mata semula dgn Ezli.


Kegarangan dan kesinisan Ezli membuatkan Iryanie takut2 berani, tapi inilah pekerjaan terbaik utk nya dan sangat bersesuaian dgn waktu kelasnya kerana dia tak mahu terus berhutang budi dengan bekas abg iparnya yg seperti mahu menjaga kebajikannya. Tentunya satu hari nanti Zamri mahukan balasan dari Iryanie yg sudah mula menjerat hati bapa Iryanie yg kesempitan wang.


Selepas mencuri hati ibu Ezli, Afi pun turun terpikat dengan sifat keibuan Iryanie. Banyak kali Ezli tersentak melihat kemesraan Iryanie-Afi. Bukan senang nak mencuri hati Ezli tapi Iryanie berjaya melakukannya tanpa disedari.


Khairina, bekas isteri Ezli tiba2 jer muncul mahukan Afi kembali kerana dia sudah tidak boleh mengandung lagi. Aku rasa Khairina ni lah watak antagonis ciptaan Rose Harissa yg paling meng-ngong sekali. bodoh sombong. Dah sah2 dia tak pernah care tentang Afi sejak dilahirkan. Malah terus mencari teman baru yg lebih kaya lalu meninggalkan Ezli terkial-kial menjaga Afi sambil belajar. Dgn gaya mcm orang zaman batu dia nak amik Afi macam tu saja. Yg geram tu siap siap blasah Iryanie tu. Tuntutan hadhanah yg dibuat Khairina tu aku rasa antara yang tindakan yang paling tak cerdik. Memang dalam apa cara sekalipun Khairina bukan seorang ibu yg baik. Afi sendiri takutkan Khairina yg garang dan ringan tangan tu, bukan ringan tangan tolong buat keja, tapi ringan tangan angkat penampar. Iryanie tu sempat la jugak merasa tangan Khairina tu sampai tergolek masuk dalam longkang. adusss kesian betul kat heroin yg sopan santun nih. Rose, biler la agaknya heroin ko yang ada blackbelt kaler biru and boleh bubuh penendang taekwando sikit kat antagonis2 citer ko.


Heran jugak kenapa Khairina tak menggunakan kebiasaan Ezli & Iryanie berdua2an kat rumah utk dijadikan isu dalam mahkamah. Malah boleh saja dia report kat pejabat agama n pegi tangkap basah Ezli & Iryanie. Memang mengong la Khairina tu.


Scene Iryanie membenarkan Khairina masuk rumah setelah berlakon seolah2 telah insaf dan merindui anaknya tu membuatkan aku teringat kepada cerita Snow White yg membenarkan ahli sihir masuk rumah. Memang Iryanie kena hantuk lagi lah dan Afi dilarikan. hmmmphh ni Iryanie ni classic Snow White lah tak serik2 berbuat baik. hehe.


eh, takleh citer banyak2. Selain di kedai2 buku, novel ni juga boleh dibeli terus dari penulis melalui blognya roseharissa.blogspot, siap dapat penanda buku cantik dan signature lagi :) sekian wasalam


sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:


EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih ber­gelar pe­lajar. Malangnya, ketika anak mereka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.


Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.


Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.


Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya ‘mama’. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.


Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.


Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima ke­putusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?


RM18.00
496 mukasurat
isbn: 9789831244050

33 comments:

  1. setuju2, cite ni m'buai2 perasaan aje
    tersengih2 baca cm kerang busuk hehe
    abiskn juga baca buku ni smlm coz penangan Ezli & Iryanie
    diserikn dgn c comei Afi yg memeriahkn lg suasana =)

    ReplyDelete
  2. Penulis byk menumpukan cerita tentang hero-heroin nyer interactions. actually tu lah yang kita look forward to biler kisah yg set2 benci jadi cinta ni. Afi memang mengcute kan lagi couple ni :) errmm ada ka perkataan mengcutekan. haha.. sabo jer aku jadi perosak bahasa.

    ReplyDelete
  3. hehe betoi la tu kak rinn
    kak rose ni pndai memanipulasikn emosi ni
    terbuai2 + jiwang karat aje bila baca hik3
    mmg Afi cute penyeri cite ni sbrnya

    ReplyDelete
  4. keupayaan memanipulasi emosi ni penting dlm citer2 stereotype mcm nih. barulah seronok nak baca, tak boring hingga ke muka surat terakhir :)

    ReplyDelete
  5. mmgjiwanggiler.com..... hahaha..... stone-cold ezli + lurusbendul iryanie >>= kiut-miut afizan....purrrrrfffect combination!!! hehehe...
    dah TERulang22222222222 kali bace....tersengih...tersenyum...terkedu.....tersedih...hahaha...

    ReplyDelete
  6. huhu... ti, komen yang menunjukkan ke excited an mu. hehe.

    ReplyDelete
  7. rosak bahasa melayu....hahaha.... (nasib cikgu BM tak bace komen2 ni...) :-)

    ReplyDelete
  8. nampak gayanya kena pi cari buku ni...

    ReplyDelete
  9. beli jgn x beli Mar. musti ko puas ati punya. hehehe... tapi sy pun ada rasa sket geram bila Iryanie turut je kata bapak dia soh kawin dgn Zamri. kalo dia bg tau kat Ezli mungkin bole wat sesuatu. mujur ending dia ok balik. kalo x semput gak la nafas. ahaks...

    ReplyDelete
  10. wahhh..nacha dh bersuara tu...pasti kena beli nihh...nk plak citernyerr ada ciri2 jiwang karat...muahahaha!!

    ReplyDelete
  11. wpun dah byk hari lepas baca novel ni, masih lagi boleh tersenyum2 kalau teringat. :) sweet ni. hehe

    ReplyDelete
  12. hahaha...rinn..susahkan nak 'hilangkan' senyum awak tu bile tringat si E & I tu kan???? :-)

    ReplyDelete
  13. ya.. baca banyak kali pun tak per citer ni.. hah! buku terbaru rose dengan NBKara bakal muncul! "Tuhan Lebih Tahu" fuh.. terujanya nak baca!

    ReplyDelete
  14. ooo kuar novel baru ye! adehh kak rinn
    pjg lagi la wishlist novel ni hihihi

    ReplyDelete
  15. ni airina dah campur belum dgn lagi satu novel baru rose harissa tajuk "Tuhan Lebih Tahu"?

    ReplyDelete
  16. tu pn dh masuk list
    hurm.. tggu pesta buku aje ni
    agak2 xmenang tgn nak bawa nnt hehe

    ReplyDelete
  17. dah selamat berada d rak airina ke buku ni :) tengok jer mesti terus rasa nak baca :)

    ReplyDelete
  18. memang best akak dah bc......salah seorang novelis fav akak.....

    ReplyDelete
  19. best kan? kan? kan? dengar2nya dia tengah buat novel ngan pts jugak! guna nama Rose Harissa jugak.. huhu.. kita tunggu je buku dia d pasaran.

    ReplyDelete
  20. my friend kata best nvl ni..nk kna bca la nmpknya..

    ReplyDelete
  21. eh? mana boleh tak baca novel ni!! hehe.

    ReplyDelete
  22. kak rin,da baca nvl ni,serious rsa nk mnjerit jer lps bca....sy sgt3 ska la wtk eddy ezli tu...ada 1 part sy ngis sma msa ezli ngis sbb iryanie da kawin ngan zamri..tpi x puas ati knp la si iryanie tu x ckp awl2 kt ezli psl dier kna pksa kawin tuh,lps tu bru nk bg pnjelasan..grm betul..lbh best lgi klu RH critakan skit khidupan dorang lps kwin..tpi sy bg 5 bntg..best ctr nih..thanks k.rin 4 the preview...

    ReplyDelete
  23. iryanie wat camtu sbb nak bagi syz geram. hehe.. baru la semangat nak baca sampai habis.. kalau bukutu bleh diperah mesti dah banyak air gugur. hehe. Dah tengok ker 'Eddy Ezli' dgn 'Iryanie' kat web rose harissa? :)

    ReplyDelete
  24. ye lah kot..hehe..tpi mmg grm pn...dri kul 8 mlm smpai la kul 3 pgi dop mgadap nvl tuh..kna bca gk smpai abis..tu la klu bleh perah,dh lma perah...mm tgk eddy ezli dgn iryanie??mknanya apa??xper skrg jgk nk g tgk...hehe..

    ReplyDelete
  25. syz rose kan dia lukis rupa hero novel dia dan up kan kat blog dia. :)

    ReplyDelete
  26. kak rinn,da tgk...hensemm....ska la mka eddy ezli tu..cma rmbut dia..kalau pndek skit lg ok kot..tpi mmg da ckp hensem...hehe...kalau la btl2 ada llaki mka cm tu kt m'sia nie,kn best...heheh..tpi yg lain2 tu x knl la sbb x prnh bca nvl2 RH sblum nih...

    ReplyDelete
  27. haha meroyan dah ngan hero MSC. Kalau nak kenal hero2 lain tu kenala baca buku2 dia. kiter pnah bli buku by post dari RH, dapat signature ngan penanda buku gambar hero. hehe.

    ReplyDelete
  28. bestnya...tu la kwn kta skrg ni ssh la nk dpt nvl ni..igt nk bli scra post jgk..bleh jgk dpt pnada bku gmbr ezli tuh..

    ReplyDelete
  29. kalau msc ada gambar heroin skali :)

    ReplyDelete
  30. kiter suka baca citer ni, byk kali pun tak pa :)

    ReplyDelete