Monday, August 25, 2008

Kau Kesayanganku

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Shamimi Subri
Kau Kesayanganku by Shamimi Subri
Terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn. bhd
Tahun 2008


Gaya penceritaan kisah cinta remaja yg sesuai dgn remaja yg sukakan bacaan santai dan tidak berat. Kisah gadis cantik yang digilai ramai jejaka. Ally namanya. Dia ni bakal amik STPM. Fariz Mukhriz ketua pengawas yang cintakan Ally tapi cara dia menunjukkan cinta tu memang mengong. Adakah dgn cara menyakitkan hati sigadis akan menjadikan si gadis membalas cintanya? Yg si Ally tu pun dalam benci2 tak suka seperti cover for Fariz mukhriz pulak especiallya masa dia dipaksa Fariz Mukhriz utk bersukan walaupun kakinya sakit. Memang patutpun Ally ignore org hampeh cam Fariz mukhriz tu. Ran yg hampir menghembus nafas terakhir pun turut mencuba nasib meluahkan perasaan cinta pada Ally. Ally lebih kpd bersimpati seorang sahabat.


Satu hari ally dimaklumkan yang dia sudah ditunangkan dgn orang London sejak berusia 4 tahun. ally ni bukan anak derhaka so dia menerima saja dgn syarat dia tak mahu tahu apa2 tentang bakal suaminya shinggalah hari dia dinikahkan. Penulis cuba menjadikan watak bakal suami ally sb elemen of surprise tapi kurang terasa 'curiosity' nya walaupun baka l suaminya memang tak disangka langsung. Watak e-jump/qadri/qayyum kurang menyengat walaupun dia sebenarnya puncak terurainya misteri romantis kisah ini. Kalau sentuhan kisah ini lebih teratur dan matang, tentu sangat menarik hasilnya. Yg betul2 berjaya buat saya terkejut adalah bila Siti (kwn baik Ally) bersanding dgn along yg sweet tu :) Watak Julia diselitkan di hujung2 cerita utk menggegar istana cinta dan semuanya langsai dgn pantas dan they lived happy ever after (and a baby coming soon) :)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku


semalam aku mengenal cinta dan esoknya aku mengenal erti tiada. Kelemasan aku dalam kekecewaan. Dan hari ini aku dalam kebahagiaan.

Kasih sayangku ini tidak pernah luntur walau badai taufan mlanda sekalipun. aku takkan pernah berubah hati andai kata ujian tiba bersama dugaan yg maha hebat.


Namun, aku akan terus jua andai kesetiaanku ini diragui oleh mu. Percayalah aku tidak pernah goyah dgn kesetiaanku, malah cintaku juga semakin hari semakin membara.


RM13.90
240mukasurat

13 comments:

  1. cepatnya kak rin baca... cam MRT bergerak...

    ReplyDelete
  2. MRT yg lepas service hour and yang tengah kena repair jer tak gerak. hehe

    ReplyDelete
  3. satu hari brp biji kak rin marathonkan...

    ReplyDelete
  4. sehari satu saja.. kan akak upload kan satu buku sehari. tak der la dua tiga buah satu hari.. kalau weekend yg tak buat apa tu buleh aar abis dua novel. tapi skrg ni weekend pun busy weh.

    ReplyDelete
  5. so....Ally kawin dgn siapa??? fariz mukriz ke??? alah....bagi tau lah..nak tunggu baca buku,,,hmmm...bila lah agaknya nak dapat?? hehehe

    ReplyDelete
  6. mak oooiii...sehari sebiji...
    maya nak habiskan sebiji tu pun makan masa berbulan2...huhuhu

    ReplyDelete
  7. Amboi, curious nampak.. kenala baca buku ni.. ermm camni.. Ally tu meluat la kat Fariz mukhriz tu kan suka kenakan dia teruk2. macam menjatuhkan airmuka dia.. saya pun tak suka kalau dia end up dengan Fariz Mukhriz tu.. Kat sebelah rumah ally ada sorang mamat ni nama E-Jump, nampak selebet tapi baik hati dan sopan santun. Diorang berkenalan sekejap jer. at the same time, Ally selalu chatting dengan Qayyum secara online. Memula Ally ingat Qayyum tu perempuan, tapi rupa2nya lelaki.. dan lelaki yang dia got engaged to adalah Qadri, Qadri Qayyum who happens to be Qayyum yg dia selalu online tu AND tht guy is also E-Jump budak yang penah jadi jiran dia tu. haha.. paham ke? :)

    ReplyDelete
  8. kadang2 jer dpt maintain mcm ni.. kadang2 tu seminggu sekali pun tak der review. biasala.. ada ups and downs.

    ReplyDelete
  9. best gak baca novel kau kesyanganku ni...teringat balik masa sekolah dulu2. pernah gak join dgn mamat selebet yang intelligent ni..nampak je hampeh selebet tapi result power. tapi tu la syg sebab tak minat dgn kerja yg terikat....adoi..payah2. touching gak masa baca part Ally tarik tgn husband dia tu..pehh meleleh air mata...tak pernah2 baca novel tangkap leleh tapi bila sampai part tu pernah teringat ada macam satu babak masa zaman bercintan-cintun dulu. hampir sama dgn kisah dgn awek dulu arr...cayalah penulis ni kasi lentok leleh bila baca...tapi cepat sangat habis...tak nak buat sambungan nyg kedua ke?
    -mamat keratong-

    ReplyDelete
  10. Saya baru je baca bulan lepas. hari tu gi cari kat kedai tak banyak yang ada.. so terpaksa pinjam dari kawan. best gak novel kau kesayanganku ni. macam real plak bila baca. tapi sebelum ni saya dah baca novel Cinta Terakhir dari penulis yang sama. cerita dia memang kelakar dan best sangat. sampaikan terbayang-bayang wajah si Daniel dan Khairunnisa tu. syg la Nisa mati..sedih arr. walaupun bahasa yg digunakan loghat utara masih lagi boleh ikut kisah tu. ada part yg lucu, ada sedih dan dan dan lagilah....

    ReplyDelete
  11. Cinta terakhir tu terbitan syarikat mana ye? nak gak baca karya lain dari penulis ini :)

    ReplyDelete
  12. dari penerbit yang sama Pekan Ilmu tahun 2006.

    ReplyDelete