Thursday, August 21, 2008

Generasi Yang Hilang

Rating:★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Abdul Rahim Awang
Generasi Yang Hilang by Abdul Rahim Awang
Terbitan Creative Enterprise sdn. Bhd
tahun 1989


Sebuah lagi hasil pena daripada penulis konspirasi

"Tak usah abg cakap fasal suratan. Abg jadi penagih dadah dulu bukan suratan. Abang menagih lagi sekarang ni juga bukan suratan. Abg tidak bertanggungjwb. Abg hancurkan hidup semua org.. Kami tak sanggup menderita kerana perbuatan abang!"


Bila difikirkan memang dalam situasi begini dadah mampu melenyapkan satu keluarga yang pernah dianggap ulung. Kisah ini membuka mata kita memikirkan angkara dadah ini bukan saja merosakkan minda dan jiwa si penagih, malah seluruh keluarga akan merasai kesannya.


Murad adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan dialah juga menjadi tempat penduduk sekitar kmpungnya meminta pertolongan (especially kewangan) apabila dalam kebuntuan. Murad tidak lokek menghulur bantuan. Perkahwinan pertama dlm keluarganya diraikan semeriah mungkin walaupun menantunya hanya seorg kerani. dia juga dulu berkahwin dgn isterinya dalam pekerjaan yg ntah apa2.


Tapi majlis perkahwinan itu telah menyebabkan dia 'meminjam' wang yang diamanahkan di bwah jagaannya dan belum sempat dia menggantikan wang itu, pihak audit sudah berura-ura mahu membuat pemeriksaan. Murad cuba berfikir dgn tenang, idea yg menerpa ke benaknya sangat bijak namun dia salah perhitungan, dia cuma berhajat mencederakan pengawal tempat kerjanya tetapi lelaki itu meninggal dunia. Murad nak buat seolah-olah ofisnya dipecah masuk. Murad tertangkap dan dipenjarakan selama 17 tahun.


Peristiwa ini melumpuhkan semangat seluruh ahli keluarganya. Masyarakat sekeliling mula memandang serong. Nordin bersekolah di asrama penuh merasa sedih dan tertekan. Dia terjebak dlm penggunaan dadah sehingga dibuang sekolah walaupun dia adalah pelajar yg bijak. Ketagihan makin teruk apabila pulang ke kampung. Dia terlalu khayal sehingga tidak terfikir utk membantu adiknya, Nita yg dicabul di hadapan mata. Scene ni mengingatkan saya kepada movie Gila-gila Remaja, adik Remy juga diperlakukan begini dalam movie tu. Sejak itu Nita hilang ntah ke mana. Ibunya makin menderita lalu meninggal dunia. Lisa berpisah dgn suaminya, Ismail, lalu berpindah ke tempat baru bersama adiknya, Norman. Mereka cuba membina kehidupan baru dgn cahaya mata yg Lisa lahirkan, Ihsan. Namun kemunculan semula Nordin meragut nyawa Lisa dan Norman dan Ihsan menjadi anak cacat.


Setelah dibebaskan, Murad kembali menjejak zuriatnya. Hibanya dia bila semuanya telah tiada. yang tinggal hanya rumah sunyi dan satu-satunya cucunya iaitu Ihsan.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Hilanglah sebuah generasi apabila manusia hilang pertimbangan dalam hidup. Pupuslah juga sebuah generasi apabila manusia hilang punca.

Kemelut itu berpunca daripada satu titik, iaitu Murad. Murad adalah manusia agung. Dia adalah permata dan dia juga adalah suria. Tetapi dia juga racun yang merosakkan generasinya. Kenapa? petaka itu juga yg mencarik-carikkan generasinya. Ihsan adalah satu2nya bibit yang tinggal. Di manakah Nordin, Norman, Nita, Ismail dan Lisa?


250 mukasurat

7 comments:

  1. cun cr novel ni x jumpa la...huhuhu

    ReplyDelete
  2. uik! kat pesta buku hari tu tengok ada jual banyak.. siap offer 3 tajuk sama atau berbeza for RM10 only.

    ReplyDelete
  3. ha...iyer ke?
    alah ruginye...
    tapi ari tu masa cun beli dia x lehtak rega lg...jd x tau...
    si wan [kartunis cesb] pun x ckp apa...ada offer ker idak..

    ReplyDelete
  4. best betul cite ni...
    nanti saya kena cari ni..

    ReplyDelete
  5. semoga pencarian ini akan berhasil :) amin.

    ReplyDelete
  6. sekarang ni tengah nak katam novel ketika cinta bertasbih 2...

    ReplyDelete
  7. yang pertama pun saya tak baca lagi, ini kan yang ke dua :)

    ReplyDelete