Wednesday, August 20, 2008

PWTC, The Carnival & The Mummy3

PWTC-The Carnival-The Mummy 3

1 Ogos yang lalu aku sempat jugak menjengah pesta buku malaysia di PWTC dgn adik. Kebetulan malam tu bas aku balik kg pukul 11mlm so sempat la merayau2 di PWTC. Kitorang naik kommuter dari kLSentral.. haduih.. ramai betul manusia. Mcm2 perangai aku nampak.

Ada sorang minah ni cantik aar, berambut lurus, menggalas beg girly pink. Ada sorang baby ni mak dia tengah dukung (mungkin keluarga yang berpendapatan rendah. selebet jer mak ngan baby tu). yer la tempat sesak, sekejap nangis, sekejap senyap, n then tht baby pegang beg pink dia tu, ada gak terpegang her shoulder, tht girl cepat2 peluk beg dia dan seperti menyapu laju2 dgn tapak tangan bekas yang baby tu terpegang dgn mimik muka jijik.  Aku dgn adik exchanged looks and then we look away. Baby tu walaupun selebet tapi comel, ada gak beberapa kali aku ngacah dia.. dia gelak2 and then sorok muka di balik leher mak dia. malu la tu. :)


Masa nak kuar dari komuter tu memang la mencabar jiwa raga betul. Aku dgn beg laptop tergalas di belakang. Tangan dah tergawang2 keluar dari coach tapi beg aku tersepit di celah2 orang ramai. Kira experience lah jugak ni. kena belajar teknik2 mencelah keluar dari tren yg sendat. hehe.


Byk la buku murah2 magazines pun bertimbun. Aku melabur dekat2 RM100 jugak untuk 9 buah novel baru dan lama. Diskaun novel ada up to 50%! lepas ni aku shopping buku masa pesta buku saja la jawabnya :)

Sebelum ke puduraya, kitorang gi makan pizza. Masa kitorg seated kat satu table ni adik tanya la if we can sit on the other side of the place, tht girl mcm menjeling n sindir2 kata kalau kat sini sampai 4 jam pun buleh duduk. Saya tak dengar dgn jelas mengapa kitorang tak boleh duduk kat 'belah sana' dia ada sebut perkataan 'management'. Ntah la. Aku tengok dia layan family mat saleh ok jer. Dgn kitorang mcm garang. Mungkin sbb hari dah senja and dia dah penat atau mungkin sbb aku selebet semacam hari tu.. haha tudung terpeleot, muka penat, galas beg senget, jalan pun macam seret kasut. I'm glad yang datang amik order adalah orang lain. She was so nice and sweet! hilang rasa penat dan sakit hati.


2 Ogos 2008

 


Sebenarnya aku dah lama plan dgn adik2 utk berpesta air di The Carnival Sg Petani yang baru dibuka. Tambah2 pulak kitorang ada 6 tiket free utk masuk ke situ. Rajin betul kak su aku tu kumpul keratan iklan harian metro :) memang berbaloi. Satu tiket extra kitorang jual kat mamat kat carnival tu :)

Tempatnya tak der la luas sangat. Permainan2 pun tak der la banyak sangat. yang banyak nyer adalah manusia.. perghh ramai betul!! Merasa la jugak aku naik pelampung yg dilepaskan dari tempat tinggi dan slide kat pipe yang melingkar lingkar tu.. last time aku naik benda tu adalah masa kat sunway lagoon and then kat waterworld batu pahat hampir 10 thn yg lalu. haha.. lepas gian nih. Walaupun queue panjang, sabar jer lah menunggu giliran mengusung pelampung, panjat tangga pastu slide turun dlm pelampung sampai ke kolam kat bawah.


yg lain tu tak der la best sgt just jalan2 dalam air ikut route. Ada rides yg tak sesuai utk org yg bertudung dan berbaju lengan panjang. Masa kat kolam tu aku excited nak tarik attention mak aku yang tunggu kat pondok sampai ke wisel warning dgn mamat guard baju ketat sbb berdiri di kawasan larangan.. haha.. esh!  malu jer, mintak2 ler tak der yg kenal.


Nasib baik masuk free kalau kena bayar, rasanya byk yang aku nak complain. anyway, ada jugak tempat utk spend weekend dgn famili. On the way balik tu kitorang sempat singgah Radix Fried Chicken di Sg Petani. RAmai betul orang pegi RFC tu, nampaknya tak lama lagi bukak cawangan baru lah kot. :)


Kali ni balik kampung sekejap jer. Tengah hari ahad kitorang dah bertolak balik. 5.30 ptg dah sampai puduraya. Elok jugak sampai awai, malam tu pukul 10mlm sempat lagi pegi tengok wayang kat alamanda citer The Mummy 3.

I've been a fan of The Mummy. And I loooooooove Rachel Weisz dgn Brendan Freiser tu.. tapi dlm 3rd movie ni heroin dia tukar orang lah.. so sedikit terkilan. citer dia not bad.. best la jugak tetapi The Mummy 1 & 2 lagi best. Idea seperti recycle balik dari movie lama jer.. tapi still boleh enjoy lah. I wish Rachel Weisz is in the movie.. suka la tengok dia berlakon! Pas ni gi korek pulak dvd lama cari the mummy hehe.

Aku dilanda demam xfiles balik sejak tengok the new movie.. abih semua wallpaper hp, pc, laptop penuh ngan xfiles.


sure fine whatever
rinn

3 comments:

  1. wah...wah....abis juga dlm RM100 memborong buku yer? cun ari tu pun seratus lebih melayang2...

    ReplyDelete
  2. ok aar tu kira dlm bajet lagi utk something yg unexpected. tak rancang pun nak pi.. duit kita tu ada ada la rezeki org situ. hehe

    ReplyDelete
  3. mmg pun. masa pergi tu cun beli luar dr list...hehehe

    ReplyDelete