Monday, August 18, 2008

Badai Di Hati

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fazie Hanna
Badai di Hati by Fazie Hanna
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2005


"Titis air mata ini tidak akan melemaskan lagi sisa semangatku"


Kali kedua saya menjamah karya Fazie Hanna. Cerita yang memaparkan kisah yang berat dan dramatik. Saya kurang selesa dengan delivery cerita ini. Ada kelonggaran dari segi penyampaian dan character seperti belum ada dinamik. Plot kisah ini sangat padat dan menarik, seperti byk perkara yang hendak disampaikan, membuatkan cerita seperti tergesa-gesa utk dihabiskan.


Watak-watak yang tak konsisten membuatkan saya geram sepanjang pembacaan. character seperti berubah ubah serta merta. Penulis kurang menumpukan penceritaan tentang suasana persekitaran utk menenangkan pembacaan dan membawa pembaca menghayati suasana di sekeliling watak. Penulis lebih fokus kepada cerita watak2 semata-mata.


Bagi yang mahukan kisah yang penuh drama dan mengikut liku-liku hidup seorang wanita meredah dunia yg penuh dugaan, sesuailah membaca kisah ini.


WAtak Nasrul adalah penyebab kepada porak perandanya hidup Natilly. Watak Mukhriz, mungkin dilihat sebagai pengganti tepat buat natilly tapi memang tak terduga langsung yg Mukhriz akhirnya akan tunduk kepada titah nafsunya utk mendapatkan Natilly. Watak Nasrul mengalami transformasi yang berbeza berbanding Mukhriz. Dia pernah membina kekayaan dgn meniagakan nafsu. Akhirnya dia berubah menjadi lelaki yang lebih baik.


*Al Fatihah buat Allahyarhamah Fazie Hanna yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. AL FATIHAH.*


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Natilly... seindah nama yang bisa melemaskan lelaki. Namun perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dgn pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti dteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah.


Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walalu tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki dia terhebat. tetapi sebagai insan dia menajdi manusia sesat.


Dan kerana lelaki inilah, Natilly nekad. Tidak rela dia membiarkan dirinya diperkotak katikkan lagi. tidak tegar dia memaut hidup dgn hanya bergalangkan cinta dan kepercayaan. Dia pernah merana kerana itu. Dia pernah terseksa kerana itu. Tetapi tidak utk kali kedua. Dia mesti menghapuskan setiap titis air mata duka yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatnya.


Sesungguhnya segala kenangan pahit itu cukup menguji hatinya. Dia mesti mengubah paradigma hidup dgn berpaksikan pengalaman pahit semalam. Dia ingin mmbuktikan selembut jiwa wanitanya juga mampu teguh kembali meskipun pernah derita dihempas gelombang dunia.


RM17.00
425 mukasurat
ISBN 983-124-183-5

No comments:

Post a Comment