Thursday, August 28, 2008

Sentuhan Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Haiza Najwa
Sentuhan Cinta by Haiza Najwa
Terbitan Alaf 21
Tahun 2007


"Walaupun zahirnya tiada getar namun namamu membikin tiap helaan nafasku menderu"


Wah makin ramai ya penulis baru alaf 21. Saya agak sukar nak proses kenyataan yang orang seperti Hurin sanggup menelan bulat2 kata2 ibu tirinya mengenai rupanya yg hodoh sehingga disamakan dgn hantu yg buruk. Hakikatnya Hurin adalah wanita sebaik baik kejadian, sempurna paras dan tubuh badan. Saya mungkin boleh terima fakta yg cuba diketengahkan penulis kalau Hurin menganggap dirinya hodoh apabila dia tidak bercampur langsung dgn orang. mungkin dikurung sehingga dewasa di rumahnya sendiri, mungkin dgn cara itu mental akan lebih kuat menerima sogokan kata2 ibu tirinya yang menyayanginya tetapi meracuni fikirannya. Hurin dlm cerita ini adalah wanita terpelajar dan belajar sehingga ke peringkat universiti. Rasanya kalau dia mendpt pendedahan sehingga ke peringkat setinggi ini, kepercayaannya terhadap momokan ibunya tidak lah sepatutnya sampai ke tahap yg ditonjolkan dalam kisah ini melainkan kalau dia betul2 dipisahkan dari masyarakat.


apa2pun, agak menarik jugak membaca kisah seorang wanita cantik yang merasakan dia hodoh dan sesiapa saja yang mengatakan dia cantik akan dianggap sengaja mengata dan mencerca dirinya dan nahaslah orang tu, kalau tak kena tampar pun mungkin akan kena penendang Hurin Ain. Ibu tirinya (Tajiyah) sengaja mahu Hurin Ain begitu kerana mendendami arwah isteri pertama suaminya (Pamela) yg dicintai sepenuh jiwa oleh Ilham sedangkan dirinya dikahwini hanya sekadar utk menutup malu kerana buntingkan anak kpd abang suaminya tanpa ikatan perkahwinan. Ilham menganggap Tajiyah adik tapi demi menutup malu yg dicipta Idham, Tajiyah dinikah selepas isterinya Pamela meninggal dunia setelah melahirkan Hurin Ain.


Bukan itu saja krisis yg dialami Hurin Ain. dia menyintai Redzal dan Redzal juga menyintai dia tapi dua2 tak luahkan perasaan membuatkan Hurin menerima lamaran Steven kerana bagi Hurin bertuahlah dia kerana orang sekacak dan sekaya Steven sanggup memperisterikan dirinya yg hodoh. Steven pd mulanya ada agenda utk memanipulasi harta Hurin yang mencecah jutaan ringgit. Namun dia betul2 cintakan Hurin yg cantik jelita yang sering dipanggilnya hodoh kerana mahu Hurin mengagungkan dirinya kerana sudi berkahwin dgn wanita hodoh. Geram la kat Redzal tu.. eeeshh slow motion, dah suka cakap la suka dah tentu Hurin akan pilih dia.


Hurin ni pun saya tak sure lah berkahwin utk apa. mungkin sbb takut terlepas peluang berkahwin sekiranya membiarkan lamaran Steven. Lepas kawin Hurin takut nak bersama suaminya so dia buat syarat Steven tak boleh sentuh dia selagi dia belum bersedia. Adus.. bila Steven menuntut haknya secara paksa, Hurin tuduh dia diperkosa suami sendiri dan menyampaikan kisah itu pada Redzal. Ada rasa yang tak kena bila membaca bab ini. Saya sangat2 tak suka watak Steven pada peringkat ini.


Steven dgn berat hati menceraikan Hurin dan Hurin memberi ganjaran 4juta RM kpdnya kerana dia terlalu gembira dpt kawin ngan Redzal. Macam tebus talak la.. tapi jeng jeng jeng.. saya sangat suka kisah Hurin selepas dia berkahwin dgn Redzal. Hurin lahirkan anak steven dan kemudian mengandung anak Redzal, Redzal ditimpa kemalangan lalu meninggal dunia. Kebencian pada Steven berkurangan apabila anak pertamanya yg baru mencecah 6 tahun menjadi tonggak utama dalam keluarga kecik 3 beranak itu kerana Hurin buta sbb byk menangis.. huhu macam kasim selamat! tapi tak der saxaphone dalam citer ni. hehe. I'm looking forward to more karya baru by this writer :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu.


"Hah, teliti betul-betul muka kamu tu! Alangkah hodohnya muka kamu. Rambut perang dan mata biru kamu serupa mcm hantu. Bila org kata kamu cantik, org itu sebenarnya hina kamu."



Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya.



"Mahu sahaja aku membawa hati ini dan pergi jauh dari sini. aku gadis yg buruk parasnya. tidak layak untuk bergandingan dgn mana2 lelaki. Oh TUHAN... berikan kekuatan kepadaku menempuh kehidupan ini."



Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?


"Cantik atau tidak seseorg itu, semuanya bergantung pada hati. Mereka yg bersih hatinya, akan berseri-seri wajahnya dgn nur keindahan. Insaflah dan buanglah sifat mazmumah yg hajat dari jiwa kita."


Harga : RM 18.00
Halaman :474
ISBN : 9789831243091


sinopsis di website alaf21


Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu.


Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya.


Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?



Harga : RM 18.00
Halaman :474
ISBN : 978-983-124-309-1

9 comments:

  1. besh kee
    cm x ske je kisah anak tiri ngn mak tiri,,,

    ReplyDelete
  2. ni mak tiri jenis baik dgn anak tiri, baik dn manjakan sangat2 cuma dia rosakkan pemikiran budak tu tentang betapa hodoh dan buruknya rupa budak tu sehingga budak tu benar2 percaya dan terhutang budi dgn ibu tirinya yang sanggup sayangkan dia walaupun dia buruk.

    ReplyDelete
  3. dah lama bace citer ni..dah dlm koleksi..suke part steven 'berbual' with Redzal di pusara Redzal when he thot dia dah kehilangan Hurin untuk kedua kali...very touching...mengalir airmata lah..

    Btw, novel baru Haiza Najwa "Ku Mohon Kasih" baru beli kelmarin..kes beli tapi tak tau whats the story all about...
    dah habis baca... best jugak citer dia..

    ReplyDelete
  4. haa sayapun baru lepas berlegar kat alaf 21 nyer web tadi.. ternampak novel baru haiza najwa kumohon kasih tu.. baru perasan :) nanti leh aar cari novel tu. part yang lepas Hurin buta tu sedih betul!! nangis den. huhu

    ReplyDelete
  5. ingat waktu bace citer ni..dok dlm bilik >> nangis sorang2 jugaklah..hahaha..
    if dikurniakan anak seperti Ashraf....hmmmm, alangkah bahagianya seorang ibu..
    seorang anak yg sanggup menjaga ibunye yg kurang upaya & adik yg masih kecil...huhuhu..(dah bergenang dah airmata ni.., ooops, ngah in ofis pun boleh sentimental jap!!!)

    ReplyDelete
  6. ya stuju stuju. nasib baik la tak kena culik, dia kan comel. Kesian jugak yer masa lahirnya Hurin macam tak nak pandang dia sbb Ashraf mengingatkan dia pada Steven.

    ReplyDelete
  7. baik apenye if cmtu,,
    oo kirenye dye x nk anak tiri dye tu terlepas kat org ek?
    so dye wat la cmtu?yeke?

    ReplyDelete
  8. fad, mak tiri dia tu berdendam dgn ibu hurin. dia nak hurin tu fikir diriya hodoh dan tak dak orang nak kat dia. dia nak hurin tundu pada dia dan dengar cakap dia saja. hurin ni pewaris 4 juta dari husband dia. so tiap2 bulan dari hurin kecik dia dok bawak hurin gi bank utk cap jari dan kuarkan rm3000 sebulan yg kononya utk belanja penjagaan hurin. hurin suka tengok maknya gembira tiap2 kali pegi bank. sian hurin.

    ReplyDelete