Tuesday, August 26, 2008

Cinta Di Langit Hamra

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lily Haslina Nasir
Cinta Di Langit Hamra by Lily Haslina Nasir
Terbitan Dwiwangsa Publications & Distributors
Tahun 2002


"Adilkah cinta andai sering bersanding di pelamin mimpi?"


saya tak ingat dah biler kali terakhir saya baca kisah tentang pramugari. kalau drama tu ada la tengok citer jepun sakura yang nak jadi pramugari tu. :)


susah juga ya jadi orang cantik ni, penuh dugaan dan sentiasa mudah difitnah. watak2 seperti Maizura dan Nurin memang menyakitkan hati dan berjaya menambah rencah ke dalam kisah Elya Nur & Azhan ni.


kisah ini kadang2 diceritakan ke depan dan ke belakang tanpa warning.. kadang2 saya mcm confuse, salah susun page ker. rasa baca mcm biasa tapi biler teliti balik flash back rupanya.


Kerana cinta Azhan mengahwini Merlisa di London tanpa izin keluarga. Dia membawa hati yang remuk redam dan kembali ke malaysia setelah 10 tahun di London. Di awan biru dia bertemu dgn Elya Nur yang menawan tetapi pertemuan itu mengukir siri2 pertemuan lain yang bagi Elya Nur membawa malang kepada dirinya. Dia hampir dibuang kerja sbg pramugari, dia berpisah dgn tunangnya, dia dicemuh kerana dianggap perempuan curang. Dia tidak berkesempatan utk meleraikan semua kemusykilan dan meneruskan hasrat menyambung pelajaran hingga ke menara gading. Masa remaja habis dikerah tenaga oleh ibunya yg seolah2 membezakan kasihnya dgn anak2 yang lain. Luluh semangat Elya Nur bila mengetahui dia anak luarnikah kerana ibunya pernah dicabul majikan yg berbangsa Inggeris.


Rindu Azhan terlerai apabila terserempak dgn Elya Nur di universiti yang sama.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:

Ya, kalau cerita hitam itu merantai seluruh pegangan dan kepercayaan, bagaimana terpateri pelamin cinta? Kalau benar dugaan menyatu cinta itu terlalu kuat menerjang, mengapa kita harus mengalah terlalu awal? Aku ini bukan Majnun, aku juga bukan Shah Jehan. Kalau benar masih ada ruang utk mencambah kasih sayang, biarlah aku tugukan arca cinta kita, di sanggar rindu yg kita dirikan.


RM13.90
230 mukasurat
isbn 9839459368

17 comments:

  1. novel tak tebal, bleh aar cepat habis :)

    ReplyDelete
  2. eh... maya baru perasan... buku ni terbitan dwiwangsa ye...

    kak rin beli kat mana?

    ReplyDelete
  3. beli kat pesta buku malaysia baru2 ni yg kat pwtc tu. ada kedai buku apa ntah bukak booth kat situ.. mostly buku2nya diskaun 30%

    ReplyDelete
  4. booth dia yg hujung tu ker...
    x silap dia jual semua terbitan...btul x?

    ReplyDelete
  5. x perasan pulak hujung ker tak hujung. tapi memang byk betul novel dia.. baru dan lama, pelbagai terbitan. hari tu pusing2 dah tak tau dah jalan mana dah lalu jalan mana belum lalu.

    ReplyDelete
  6. hahaha...sama dgn maya...sampai pening dok cr jln kuar...
    rasanye kedai alhidayah kan...
    sbb kat situ maya tgk byk dia jual novel terbitan lain...
    tapi dsbbkan nak cepat langsung x sempat nak buat sepah kat situ hehehe

    ReplyDelete
  7. nama kedai tak ingat lah pulak.. tapi ada banyak buku kat situ. yang sepah2 tunggang langgang semua kita susun elok2 sampai semua buku kita tengok.. pehtu biler tengok dah tak tunggang langgang brader tu gi tabur lagi buku lain dia amik bawah meja.. hmmmphhhhh!

    ReplyDelete
  8. hehehehe.... abis tu kak rin diam kan je bro tu sepah kan...
    awat x berbunyi...klu maya mesti berbunyi...
    "Lagi xde ker bro...hahahahaha"

    ReplyDelete
  9. ada banyak bawah meja dia.. tapi tengok tajuk semua hampir sama ngan yang dah ada kat atas tu :)

    ReplyDelete
  10. rasa mcm dh pernah bc.. dulu la.. tp dh tak ingat citernya lg.. kena bc balik la nmpknya.

    ReplyDelete
  11. baru saya perasan! ni review saya yang ke 300! wuhu!

    ReplyDelete
  12. mmg menakjubkan.. 300 review... bila rinn mula review buku? zaman sekolah lg ke?

    ReplyDelete
  13. manada... saya stat baca novel akhir tahun 2006, dalam mac 2007 baru saya mula buat account multiply dan upload reviews. sebelum tu saya tak pandang pun novel2 ni walau sebelah mata (eksyen!!) sedangkan roommate dan adik saya hantu novel. one day (in 2006) adik saya suruh tolong belikan novel Angin Dingin Dari Utara. Lepas baca novel tu saya rasa sangat seronok.. haha.. then saya mintak kawan saya dan adik saya rekemen buku2 menarik.. so terus la hooked up. sekarang ni saya tak memilih novel.. saya baca jer mana yang ada. Ada yang saya beli, ada yang pinjam, ada yang org bagi. gitulah lebih kurang.. saya ni sebenarnya malas baca buku.. masa skolah dulu kalau tak disebabkan nak exam memang tak sentuh aar buku.. sbb saya lagi suka tengok tv :). Thanks for asking..buat saya nostalgia lah pulak.

    ReplyDelete
  14. berminat nak jual ke? saya minat nak beli.. mihalissa@yahoo.com

    ReplyDelete