Balik kampong kali ni agak berlainan daripada minggu2 sebelum ni.. Sue ikut! Kali terakhir aku balik kg dengan kawan dengan Su jugak namanya. Member satu ofis. Aku dapat keluar awal dari ofis 27 hb Jun 2008 tu. MEmandangkan Sue tak dapat keluar awal, aku tinggal keta kat ERL dan amik bus rapid KL. Sempat la aku meronda ronda dan beli cenderahati kat CM tu.
Then aku jalan kaki menghala ke puduraya, sementara menunggu Sue yang akan turun kat LRT Masjid Jamek, aku ronda la kat Mydin tu. Sempat jugak la beli brooch utk bwk balik kat adik2.
Memandangkan Sue nak merasa adventure, aku tak beli and tak booking tiket. So memang redah jer. Well Sue dapat rasa lah hunting for transport ke Utara. Bas ke utara semua HABIS tiketnya. Kalau ke Johor banyak lagi. Ramai la pulak orang utara balik kg. Earlier aku terserempak dgn bos lama aku. Dia pun ke hulu ke hilir mencari tiket ke Butterworth yg memang sah2 dah habis. Dia suggest kitorang pegi cari tiket ketapi kat KTMB tu. Kitorang pegi berasingan sbb got separated kat Puduraya.. aku ngan sue dgn confident nya menapak ke Stesen LRT Masjid Jamek sbb nak gi bli tiket ketapi kat KLSentral. Sampai jer kat situ, masyaallah ramainyer umat manusia ciptaan Allah. Nak beli tiket pun beratur berjela. Aku jer ada touch n go, Sue tak der, tertinggal dalam keta. Touch n go yang sama x leh guna dua kali, touch n go aku yang lama dah zero bakinya, so kitorang decide utk berjalan ke dayabumi. Jalan punya jalan tanya punya tanya tak jumpa2 KTMB tu, then x-boss aku tu call kata tiket dah abis.. uih.. cepat betul dia sampai KLSentral. Haha.. kitorang decide utk tunggu jer kat puduraya kot2 ada bus tambahan.
Bus butterworth/alor star pun dah tak der, yang ada pakcik teksi dok cari penumpang ke aloq staq, mau ketaq tangan kaki nak bayaq.
Then aku terdengar ulat dok cari penumpang ke Ipoh, baru la aku teringat adik lelaki aku di kuala kangsar! Aku mintak dia tolong amik aku kat Ipoh, kalau tak de bas ke Kulim dari Ipoh, aku tumpang jer tido kat rumah dia and next day amik bas dari kemunting atau kuala kangsar ke butterworth, tapi plan memancing kena la transfer ke petang. Sian la plak adik aku nak memandu dari Kuala Kangsar ke Ipoh yang amik masa lebih 45 minit malam2, sure penat giler.
Kitorang pun amik la tiket bas Ipoh tu. Elok masa nak turun tangga dah ada ulat lain dah panggil “Ipoh Ipoh Ipoh!” kitorang terus menapak dgn pantasnya follow ulat tu lintas jalan, pastu tesilap info pulak, bas tu kat tempat lain.. patah balik n then lintas jalan lagi, masuk lorong mana ntah pastu nun di ujung jalan ada la bas sekolah. Haha.. naik bas skolah gi ipoh. Kitorang antara yang terawal naik. Sian jugak tengok ada yg bawak baby. Kitorang antara orang yang tak tukar tiket dgn ulat.. ingat ker nak kena perambat turun..
Perjalanan ke Ipoh tu steady jer, tak laju sangat tak slow sangat. Aku ngan Sue tak tido pun, nyembang jer. Dalam lingkungan pukul 11, kitorang smpai Ipoh. Berenti kat mana ntah, aku call adik aku dah nak sampai dari Kuala Kangsar. Nasib baik dia tau tempat yg aku describe tu. Adik aku buat keputusan utk ikut balik Kulim. So tak payah la kitorang naik bas, adik aku terus drive balik.. tapi kesian la dia ngantuk. Memandangkan aku ngan Sue dah lapar tahap kebuluran, kitorang singgah la makan char kuayteow. Ntah la sedap ker tak sedap, aku blasah licin jer. Masa sambung perjalanan tu adik aku dah tak leh tahan ngantuk.. aku pun dah ter dozed off. Last2 berenti kat Bukit gantang dan lena barang sejam dua. Lepas tu baru lah continue driving. Masa dah nak dekat smpai kulim, ada pulak keta sebijik ni ke tepi ke tengah, beberapa kali jugak hampir berlaga ngan keta dari arah bertentangan. Mula2 ingat ker ngantuk sbb drive sorang, tapi dah menelong semacam tu, mesti mabuk lah tu.
Sampai jer rumah, aku ngan abgju terkejut dinosor. RUMAH KALER MERAH!!! Patut la haritu mintak 200! Ni mesti adik punya kerja. Macam masuk rumah orang lain. Tak pernah2 lagi rumah kaler merah.. dia cat abis luar dalam sampai ke dapur dgn kaler merah & pink. Sebelah dinding merah sebelah dinding pink. Haha. Elok jugak orang yang banyak songeh buat kerja mengecat, memang teliti tapi biasala.. budak pompuan mengecat dgn dibantu oleh seorang nenek dan seorg ibu mengandung, mengambil masa 5 hari 5 malam dan mlm tu merupakan malam last dia mengecat. Sue tengok pon kagum sbb memang sampai ke dinding paling atas dia cat. Mus yg balik malam tu pun kata “waaaa macam tadika!”
Lepas sembahyang Subuh Sue terus terlena. Aku biasala, sampai jer mana bleh tido kalau tak menyembang ngan mak, ngan adik. Sampai la siang. Plan memancing memang dilewatkan ke sebelah petang sbb waktu tengah hari ikan tak timbul adik aku kata. So a little before noon kitorang berangkat ke kg sg kob utk aktiviti memancing. Sampai jer terus siap2 utk makan tengah hari. Ntah berapa jag air aku dah bancuh. Memang laris. Panas betul cuaca kat sana. Memang tak der rushing apa, sempat la terlelap dua tiga kali sbb malamnya aku tak tido langsung. Lepas minum petang, matahari dah kurang garang, kitorang pun keluarla bersama joran2 yang telah disediakan khas oleh tuan rumah. Guna umpan cengkerik yang dibeli di kedai. Aku jadi tukang tolong pegang joran dan tukang amik gambar jer.
Adik dapat 4 ekor ikan! Puyu ada haruan ada keli pun ada. Sue pun tak sia2 menunggu di tepi kolam dgn topi askar british di kepalanya.. hehe.. dapat jugak ikan puyu! Menjelang maghrib genap 10 ekor Berjaya ditangkap dan disiang oleh en. Asri, husband Kak Su.
Malam tu kitorang balik ke Tmn Selasih utk aktiviti seterusnya; membakar ikan. Pakar membakar adalah si Mus ngan ibu mengandung tu lah. Sambil menonton “White Chicks” kitorang makan ikan bakar, jagung bakar, sosej bakar. Semuanya bakar lah.. durian jer tak bakar :) lepas jugak hasrat Sue nak makan durian kampong. Tido lena malam tu walaupun agak panas, rumah aku tak der aircond, guna kipas angin jer.
Esok paginya bermulalah pula ekspedisi jalan2 di Penang. Pagi tu Kaksu ngan husband dia hantar kitorang ke Butterworth utk amik Feri ke Penang. Bergambar sakan! Kalah pelancong Hong Kong. Sampai je kat jetty terus amik bus rapid ke Komtar. Lepas ronda2 komtar, pi pulak jalan2 kat Medan Lebuh Campbell. Macam2 ada, kain baju, jeruk, cenderahati.
Jalan punya jalan, peh tu baru la nak pegi padang Kota. Kena tunggu bas patah balik ke komtar n then amik bas lain ke padang kota.. last2 menapak jer ikut jalan bas mula2 datang lagi and jalan punya jalan punya jalan.. perghh berpeluh ketiak.. haha.. tengok2 dah sampai muzium n then dah Nampak laut, dah sampai padang kota. Kitorang tak lama kat situ, sempat juga menikmati pemandangan laut dan berenti rehat di bawah pohon rendang di sebelah fort Cornwallis tu. Setelah menghabiskan sebotol air, kitorang sambung perjalanan ke jetty. Ramai betul manusia naik ferry petang2. Nasib baik gak dpat duduk.. masa balik ni tak der la excited sgt macam masa datang sbb dah letih lenguh satu badan.
Sampai jer butterworth terus cari bas ke Kulim, nasib baik ada bus Jadam pukul 5.30. sampai je kat Tmn Selasih, kebetulan pulak Suhani ngan Mus on the way nak balik rumah, so kitorang tumpang jer, tak payah la jalan kaki lagi :)
Sampai rumah memang rasa bengkok la.. ngantuk giler.. ntah kul brapa aku dah terlelap, bangun jer dah pukul 5pg baru solat isyak, nasib baik tak terlajak. Pagi Isnin tu sempat la membelek2 gambar2 dari camera aku, Sue & abgju n then terus burn masuk CD dan bahagi2 sebelum siap2 nak balik tu. Kebetulan adik aku yang sorang lagi datang utk save gambar2 majlis kawin dia bulan lepas, so kitorang tumpang dia je ke stesen bas utk amik bus pukul 12.
Dalam bas tu nak baca buku pun dah tak der mood, badan letih pun tak hilang lagi. Terlelap sekejap jer, peh tu bosannya rasa. Sebab tu la aku tak suka naik bas perjalanan jauh waktu siang. Masa kat sg Bakap lama betul bus tu berenti, ada masalah enjin kot, tapi later jalan balik mcm biasa. Masa 2nd stop kat simpang pulai tu kitorang makan la nasi yg mak aku bekalkan.. abis licin walaupun mula2 tu keberatan nak bawak bekal.
Dlm pukul 5 lebih kitorang dah sampai kat puduraya. Aku ke LRT Star Plaza Rakyat & Sue pulak ke LRT Putra Masjid Jamek.
Sure fine whatever
Rinn
dulu masa dok klang tiap2 mgu balik umah mak...kalau naik keta nampak je dekat...45 mnt...tp bla naik bas...kuar sek pkul 12.30 pkul 5 baru sampai umah...hu..hu...penat...tp rindu la plak...naik bas turun bas...kejar bas...kena tgal bas..semua dah rasa....
ReplyDeleteseronok kan ....main kejar2 hahahhaha...tp kalu ari2 mau bersepaii tulang kaki....
ReplyDeletekalau campur2 ntah berapa kilometer dah kita jalan round KL ngan round penang.
ReplyDeleteehm...dulu balik punya pasal x rasa pun penat...taunya nak balik je tiap2 mgu...he..he...
ReplyDelete