Showing posts with label cintaselepaskahwin. Show all posts
Showing posts with label cintaselepaskahwin. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Qaseh Nuralia Imani

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Arin Arida
Qaseh Nuralia Imani
Penulis: Arin Arida
Terbitan Kaki Novel
RM23.00
Sabah/Sarawak: RM26.00
699 mukasurat



"Takdir Allah adalah takdir terindah.
Yakin dgn ketentuanNYA dan sabar dgn dugaanNYA
Bahagia pasti menjadi milik kita..."



Kisah Syed Iskandar yg dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga, seorang sukarelawan bernama Nuralia Imani. Rancangan licik bersama kekasihnya membuat Syed Iskandar menerima pilihan keluarga yang berselubung sepanjang masa. Sebelum kawin tak penah tengok muka, lepas kawin pun mukanya tidak kelihatan, hanya sepasang mata yang pernah dilihatnya.


Kecurangan kekasihnya Bella membuat Syed Iskandar sedar diri dan mula berlembut dengan isterinya. Siapa sangka Nur yang disangka penuh kekurangan rupa-rupanya seorang graduan dari Jepun yang cantik jelita. Syed Iskandar memberi masa kepada Nur utk menerima dirinya sepenuhnya. Namun kemunculan Akira membuatkan cemburu Syed Iskandar meluap-luap. Rancangan licik Bella dan Roy pula berjaya mempengaruhi Akira utk merampas Nur dari Syed Iskandar. Apa jadi bila amarah menguasai akal? Pandai-pandai la nak pujuk bini yang dah merajuk tu ya Syed Iskandar?

Pengakhiran yang tragis diberikan untuk Akira... dan pengakhiran yang paling manis untuk Nur dan Is. Tak sangka Zarul Malfoy menyelit juga di akhir cerita :). memang havoc lah Zarul versi 6 tahun. I wonder mcm manalah Zarul versi 20 tahun kemudian yang terpaksa Qaseh hadapi tu :D.

Comellah Akira panggil Nur, Inami-chan.

Kisah yang cukup manis untuk dihayati tetapi cerita-cerita intim yang penuh dgn hugs and kisses manyak nyerrrr. Adik-adik, tutup mata ye? atau mak2 sila tutup mata anak2 anda :P

Teknik flashback agak tercampur dlm situasi semasa dan pada mulanya agak meneglirukan tetapi kalau korang baca dua tiga kali, barulah dapat rasa itu sebenarnya permulaan flashback. . Arin Arida ada banyak masa untuk mengasah skill dalam teknik penceritaan flashback :)

sure fine whatever
rinn

meRinnTis blurb/sinopsis back cover

Syed Iskandar terpaksa akur dgn keputusan kedua org tuanya utk menerima gadis yg digelar sbg MUMIA kerana berbugnkus elok dari hujung kaki ke hujung kepala dgn jubah hitam serta tudung lengkap dgn niqab yg melindungi wajahnya bernama Nuralia Imani sbg isteri.

"Entah perempuan manalah yg walid dgn umi KUTIP utk dijadikan bini aku ni?!" - Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iarami.

Berhadapan dgn kebencian suami sendiri bukanlah sesuatu yg mudah utk Nuralia. Segala maki hamun Syed Iskandar padanya diterima tanpa kata balasan. Keperitan hidup yg dilaluinya selama ini menjadikan dia seorag yg sabar dan tabah menghadapi setiap dugaan.

"Takdir ALLAH adalah takdir terindah. Redalah dgn ketentuanNYA kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmah." - Nuralia Imani

Takdir Allah tiada yg mampu menjangka. Ego Syed Iskandar akhirnya jatuh menyembah bumi. Kebencian Syed Iskandar hilang dek lembut kasih dan tulusnya hati milik Nurlalia Imani. Namun kisah mereka tidak semudah yg disangkakan. Pelbagai dugaan datang bertimpa di saat mereka mula menyemai rasa cinta. Masih adakah sinar utk Syed Iskandar dan Nuralia Imani mengecap bahagian? Berjayakah misi jahat Roy dan Bella utk membalas dendam pada Syed Iskandar? Relakah Akira mengalah dan berkorban demi cintanya pada Nuralia? Siapakah Qaseh yg muncul sbg penyelamat di saat rumah tangga mereka sedang retak menanti belah?


Dah Jodoh

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iman Nizrina
Dah Jodoh
Penulis: Iman Nizrina
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
RM18.00
Sabah/Sarawak RM21
434 muka surat


"Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut kita akan menemui kunci bahagia itu"

Kisah Nasira dan Nuqman yg telah dicurangi tunang dan bakal tunang masing2. Ketika saling meluah masalah mereka tertangkap dan keluarga Nasiralah yang paling marah. Nuqman dipaksa bertanggungjawab atas maruah Nasira yang sudah tercemar. Nasira yang sudah dibuang keluarga diterima keluarga Nuqman dengan baik sekali. Kehadiran Nasira bagai doa yang dikabulkan. Dah lama mereka mengidam anak perempuan. Dapat pula yang comel dan baik seperti Nasira.

Plot kisah kedua oleh penulis ini kelihatan lebih mudah berbanding cerita pertamanya dulu. Rasa mcm semua org dalam universe 'Dah Jodoh' ni risaukan Nasira dan Nuqman yang masih belum 'bersama' walaupun sudah lebih 6 bulan berkahwin. Mcm tak ada perkara yang lebih penting dari itu. Ikut suka diorang suami isterilah nak buat apa, yang lain2 tu rasa mcm terlalu ambil berat kisah sulit orang. Kisah bermood romantis hingga ke akhirnya. Cuma bila diorang start panggil 'B' dan 'Love' tu rasa mcm makin gedik pulak heronya :p melayang mood jiwang. Bagi yang ada jiwa jiwang-jiwang tu, mungkin akan enjoy kisah ini.

Bagi aku, paling menyentuh hati apabila part abg Nasira berjumpa Nasira setelah dapat menerima kisah sebenar di sebalik kejadian tangkap basah antara Nasira dan Nuqman. Penulis ada sentuhan yang baik untuk mengujudkan mood sedih dalam cerita.
Utk ibu2 yg memantau bacaan anak2, ada jugak scene yang budak2 tak sesuai baca dlm ni.

sure fine whatever
Rinn



meRinnTis blurb/sinopsis back cover

Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. apabila kecurangan itu terbongkar, Nuqman coba menenangkan Nasira yg berhati walang. Tak sampai 2 jam berkenalan, mereka telah ditangkap basah. 3 hari kemudian mereka dinikahkan.
Nasira: Kenapa awak setuju kawin dgn saya?
Nuqman: Dah jodoh I dgn you. Nak buat mcm mana? Terima ajelah.

Mengenali Nasira membuatkan hati Nuqman yang dilukai oleh kecurangan Zura terubat jua. Sejak mengenali Nuqman, Nasira tahu erti keluarga, kebebasan dan kebahagiaan. Tetapi Hasni dan Zura yg tidak dapat menerima takdir jodoh Nasira dgn Nuqman cuba menggugat keharmonian rumah tangga mereka berdua. Bagaimanakah Nasira dan Nuqman mempertahankan jodoh mereka?


Wednesday, September 5, 2012

7 Hari Mencintaiku

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Rosmizah
7 Hari Mencintaiku
Penulis: Siti Rosmizah
Terbitan SR Publication
RM32.90
Sabah/Sarawak: RM35.90
1048 mukasurat

"Silap aku juga, kerna jatuh cinta
Insan sepertimu, seanggun bidadari
Seharusnya aku, cerminkan diriku
Sebelum tirai kamar aku buka
untuk mengintaimu...'


Kalau tengok tagline buku ini yg dipetik dari lirik lagu popular, ini bukanlah cerita hero yg suka mengendap ye? :) Tebal ya Rabbi bukunya! Kerana saranan Udaidza, aku baca juga novel ini. and guess what, memang tak terasa ketebalannya bila sudah mula membacanya. Walaupun tebal, ceritanya tidak meleret dan SR berjaya memberi campuran emosi yang pelbagai sepanjang membaca 7HM.


Aku tau ramai yang stail baca langkau-langkau kalau buku tebal ni terutamanya sepertiga pertama dan sepertiga terakhir. Rasanya baik jgn buat mcm tu utk buku ni sebab sepertiga pertama Mia Adriana sangat berbeza dengan Mia Adriana di sepertiga terakhir buku ini. Seolah-olah membaca dua buku yang berbeza. Macam mana boleh berlaku transformasi hebat pada Mia Adriana ini? Kenalah baca keseluruhannya.


Awalnya memang kita sangat benci dan geram dengan Mia Adriana yang sombong dan bongkak walaupun kekayaannya sudah lenyap. Tambahan pulak lawannya adalah mak mertua yang sama aja jenis lancang mulutnya, memang berdentum dentum diorang berbalah :) Nasib baiklah bapa mertuanya sangat baik hati, mungkin sebab mengenangkan Mia Adriana tu anak kepada sahabat baiknya.


sepertiga terakhir buku ini akan membuat pembaca menangis tak henti-henti mengikut Mia Adriana meniti kembali hidupnya sebelum kesedaran mengetuk dulu. Dia memohon maaf bersungguh-sungguh hingga kita yg membacanya turut merasakan tinggi sungguh darjah keinsafan Mia Adriana ketika ini.

Part2 awal tu memanglah kesian sangat kat Khuzairi yang baik hati tu, tapi diakhir-akhir cerita geram pulak dekat dia sbb wataknya sudah berputus asa walaupun masih ada cinta.

Sebelum ini aku dah pernah baca dua buku SR dan yang ini aku rasanya the best. Walaupun elemen 'hindustan' ini masih wujud tetapi ianya tidak keterlaluan. :)

Rasanya tajuk 7 Hari Mencintaiku tercetus dari scene Mia Adriana merayu utk kembali bersama Khuzairi dan anak mereka untuk 7 hari kerana Khuzairi bakal menikahi calon menantu hantu pilihan ibu tirinya yg tersayang. Walaupun Khuzairi reject hasrat Mia Adriana tu, tetapi bapa mertua Mia Adriana telah mencetuskan peluang untuk Mia Adriana memeluk kembali anak yang dirinduinya. :) Mia Adriana berjanji akan pergi selepas pernikahan suaminya.


sure fine whatever
rinn


SINOPSIS/blurb belakang buku

Khuzairi dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorg perindu yg setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.


"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzaiiri kau dengar sini. Kau tu budak kampung yg tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwind gn anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dgn akulah! Kau nak aku bawa cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So... apa kata kau berambus sekarang! Kau pegi balik jaga kambing2 kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu utk terus menahan makian dan hinaan yg dilemparkan oleh gadis ini. Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

"Ya, aku juga manusia biasa. Aku ada hati dan perasaan tapi aku tidak mampu utk berbuat apa2 demi satu amanah aku harus menelannya. Demi satu amanah aku harus tuers bersabar"

Amanah? Amanah siapa yg digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagai putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi belum terpadam lagi buatnya.

Tuesday, August 28, 2012

Aku Untukmu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Tulip Ungu
Aku Untukmu
Penulis: Tulip Ungu
Terbitan Kaki Novel SB
Editor Jabatan Editorial PKNSB
Semenanjung RM20.00
sabah/Sarawak: RM23.00
488 muka surat

"Kedinginanmu umpama salju yang memadam hangatnya api cintaku,
keegoanmu umpama angin yang meniup pergi segala rasa cintamu.
Andai aku tercipta untukmu, izinkanlah cinta ini bertamu,
andai aku bukan untukmu, biarlah kubawa rasa cinta ini pergi darimu."


Ini adalah cerita kahwin paksa, kisah cinta selepas kahwin. Penulis memilih tema tipikal ini untuk novel pertamanya. Kronologi cerita ini memang mudah diteka dari mula hingga ke akhirnya. Aku suka dengan gaya bahasa penulis yang matang dan baik terutamanya ketika melakarkan kisah sedih. Gabungan bahasanya sangat menyentuh hati dan tangkap nangis.


Ramai penulis baru memilih tema cerita kahwin paksa dalam buku pertamanya. Aku tak tau kenapa. Tapi selalunya tema beginilah yang menjadi pilihan pembaca terutamanya di kalangan remaja.


Izhar dan Ardini adalah watak-watak utama kisah ini yang dipaksa berkahwin demi menyelamatkan akidah Izhar yang semakin terpesong. Ardini pula banyak terhutang budi dengan ayah Izhar. Ardini bukanlah seseorg yg sering diangkat sebagai heroin dalam sesebuah novel. Dia merupakan mangsa yg pernah diperkosa ketika zaman remajanya. Ardini ni jenis tidur bertemankan lampu yang terang benderang dan sebilah pisau di bawah bantal. Abeh la wasalam si Izhar. haha.


Serumah dengan Izhar menjadikan Ardini seorang yg sangat berhati-hati dengan mamat yang mendakwa dirinya ada masalah berjalan dalam tidur. Izhar pula menggunakan peluang duduk berjauhan dengan keluarga untuk menakut-nakutkan Ardini yang memang penakut. Tetapi dari memaksa Ardini menonton cerita seram berubah kepada sama-sama menonton kisah komedi. Izhar merasakan dia lebih suka melihat Ardini ketawa dari menikus ketakutan. Hobi suka pegi clubbing bertukar menjadi hobi suka menyakat Ardini di rumah.


Namun sejarah lalu Ardini sering menjadi punca Izhar tidak pasti dengan perasaannya. Apa jadi dengan kisah mereka? kena la baca sendiri :)


sure fine whateverr
rinn

blurb/sinopsis belakang buku:


Kerana terikat dgn budi yg ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dlm terpaksa. Namun semua yg berlaku adalah takdir yg telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar sering kali bersikap dingin dan terlalu ego? Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap izhar namun apabila seringkali diasak dgn keegoan Izhar yg tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta utk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.

Perkahwinan yg diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dlm hidupnya. Tambahan pula, Ardini bukanlah calon sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya? Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.


Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dgn sikap dingin dan ego Izhar yg tinggi melangit? Andai aku tercipta utkmu, pasti bahagia itu milik kita.

Wednesday, July 11, 2012

Kampung Girl

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Umi Kalsom
Kampung Girl
Penulis: Umi Kalsom
Editor: Jabatan Editorial KSE
Terbitan Karya Seni
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
978670246130
547 mukasurat


"Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ni, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?"


Aku taktau la betapa hensem si Ashraf Khairi tu sampai Ainnur sanggup memekakkan telinga menampan kata-kata pedas dan menyakitkan hati dari Ashraf. Ashraf memandang rendah pada Ainnur yang dianggap budak kampung yang kolot dan bodoh. Walau sehebat mana Ainnur, dia tetap dianggap kampung girl yang tak layak untuk jejaka bandar seperti dia walaupun diorang adalah sepupu. Ashraf sangat allergic dengan Kampung Girl dan dia adalah masalah besar untuk berkongsi bilik dan barang2 dengan orang, ini kan pula dgn kampung girl.


Puan Mazlin memang berkenan sangat dengan Ainnur yang cantik dan pandai memasak. Dia nekad mahu mengambil Ainnur sebagai menantu kerana Ainnur memang awal-awal lagi dah setuju, cuma Ashraf saja banyak mengelak. Dia tak mahu menjadi suami kepada gadis kolot walaupun sekarang ni Ainnur sudah sangat cantik dan menarik.


Hanya pada hari pernikahan barulah Ashraf tahu bahawa Ainnur yang dicaci maki selama ini adalah lulusan luar negara yang sekarang bergelar guru Bahasa Inggeris di utara tanah air. Ashraf pula rasa diperbodohkan dan kebenciannya kepada Ainnur makin bertambah. Takkan dia nak merobohkan egonya di depan Ainnur?


Kalau citer kawin paksa yang lain, si heroin sibuk mencari port yg jauh dari suami bukan pilihan untuk tidur, tapi citer ni Ashraf plak yang lemas sebab mana dia pegi, Ainnur nak menempel kat dia. Ainnur tak nak give up untuk memikat hati suaminya. Ainnur plak yang selalu dpt warning jangan langgar sempadan.


Ketika ego Ashraf mula cair, Ainnur pulak dah buat keputusan untuk merajuk dan membawa diri. Terpaksala Ashraf pegi cari tapi pujukannya tak berjaya. Terpaksalah dia menjadikan Abah Azmi (bapa Ainnur yg garang) sebagai senjata untuk memastikan Ainnur mengikut kata :)


Kisah kawin paksa yang tipikal oleh penulis yang berbeza. Bagi peminat kisah-kisah begini mungkin takkan jemu-jemu menghayati kisah yang disulam cinta dan komedi manis ini :)


sure fine whatever
rinn

meRinnTis Blurb/Sinopsis







Perkahwinan yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Pn Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin.







"Orang tak nak kawin dengan budak kampung tu... mummy jangan paksa Ash!" - Ashraf Khairi.







"Ain akan kahwin dgn abang Ash!" - Ainnur

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.







Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.







"Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau ke bandar nak cari calon suami?" - Ashraf Khairi







Dan nada yang sinis itu cukup utk membuatkan Ainnur naik darah.







Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa... kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yg 'menjahanamkan' diri Ashraf.







"Ash nak ajak dia beli cincin tunang." - Ashraf Khairi







Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan itu merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yg semakin hampir mencemasan Ainnur dek kerana ada 'rahsia' yg disimpan kemas dpd pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tahan jua. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.







"And what have u been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak mcm orang bodoh?" - Ashraf Khairi







Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dgn helahnya.







Kesudahannya... Ashraf makin membenci? Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Monday, July 9, 2012

KeINDAHan Cinta IMAN

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Zuraidah Othman
keINDAHan Cinta IMAN
Keindahan Cinta Iman
penulis: Zuraidah Othman
Editor: Anida Daud
terbitan : NB Kara
553 muka surat
Rm22.90
Sabah/Sarawak : RM25.90

"Setiap masalah ada penyelesaiannya"

Kisah ini tentang bagaimana seorg wanita muda mengendalikan 4 jiwa anak muda remaja yg masing2 inginkan perhatian dan kasih sayang.
Kehadiran Peah Brutal dan pemergian ibu yang Indah cintai menjadikan permulaan cerita agak rancak dengan konflik keluarga. Indah menjadi mangsa keadaan apabila cintanya dgn Shahim tidak direstui gara2 sejarah lalu kakak ipar Indah.

Demi harta perniagaan, Indah bakal dikahwinkan dgn Badri Iman yg sudah anak 4. Kakak ipar dn abgnya dikaburi tamak haloba dgn harta. Indah yg byk terhutang budi dgn keluarga tu berada dlm keadaan trrsepit. Dia akhirnya menerima setelah berbincang dgn Badri Iman dan mengnggap hutang budi langsai lagipu nasib 4 'anak-anak' Badri Iman sangat menyentuh hatinya.

Anak pertama, Aisyah amat menguji kesabaran Iman. Aisyah mencemburui Iman yg menikahi jejaka idamannya. Aisyah sudah bijak mengatur strategi utk menyingkirkan Iman malah sanggup mengugut dan mempergunakan adik-adiknya utk merealisikan misinya. Aisyah penuh dgn muslihat tetapi anak2nya yg lain amat menyenangi Iman.

Zuraidah Othman berkongsi kisah konflik dalaman keluarga dalam suasana mendebarkan. Aisyah bagai anak.singa yg menyembunyikan taring dan giginya, menunggu dalam gelap utk menyerang Iman bila masanya perfect. seramlah si Aisyah ala ala minah psyco tu. Kebaikan Iman berjaya melunturkan keangkuhan Peah Brutal, namun berjayakah Iman nak tackle remaja yg punya jiwa yg melonjak-lonjak utk memberontak?

sure fine whateverr
Rinn
note: (boleh share review saya tapi please letak link atau credit kepada blog ini. terima kasih)

MeRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:
“Barulah saya tahu kenapa abang dan kakak ipar saya beria-ia sangat nak kahwinkan saya dengan awak. Awak tahu… saya akan ikut apa yang mereka suruh. Kalau itu yang dia orang kejarkan sangat, saya akan serahkan butik itu kepada mereka. Itu hadiah saya sebelum saya keluar dari rumah. Sekurang-kurangnya itu sebagai tanda terima kasih saya atas apa yang pernah saya terima dulu… Selepas ni, diorang takkan berani mengungkit lagi.”
Dia menangis lagi. Cepat-cepat air jernih itu dikesatnya.
“Awak ikhlas nak kahwin dengan saya?”
“Jangan sebut perkataan ikhlas di depan saya. Awak ikhlas sangat ke nak kahwin dengan saya? Kan awak nak kahwin dengan saya sebab nak carikan orang gaji untuk budak-budak tu!”

Cinta Tak Terucap

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Imani Hatta
cinta.tak.terucap
Penulis: Imani Hatta
Terbitan Kaki Novel
RM20.00
sabah/sarawak: rm23.00
575 mukasurat

kisah iman dan ammar adalah kisah yg sangat biasa dlm novel2 cinta melayu. watak2 sampingan banyak berperanan sebagai kepelbagaian rasa, spt Ben, erna dan amir yg muncul dgn rasa kelat, masam dan kadang2 pedas. siti khadijh membawa kisah sisi suram iman manakala keluarga ammar dan iman penuh dgn positive vibe yg bahagia.


iman dan ammar ditunangkan kerana bapa2 mereka merupakan sahabat baik dan sudah nekad utk berbesan. apabila kakak nya sudah berkahwin di luar negara, iman disandarkan harapan utk menerima ammar sbg tunangan dan seterusnya suami. iman terima walaupun keberatan kerana dia memang mengenali ammar dari jauh yg merupakan bos di tempat kerjanya yg turut terkenal dgn sikap mata keranjangnya.


setelah bertunang, iman terkejut kerana tarikh pertunangannya dipendekkan dan dlm masa 3 bln dia bakal mjadi isteri ammar mirza. dia taktau yg amar tu yg tak sbar nak kawin sbb jeles tengok rakan sekeja iman si amir tu yg jelas ada hati pada iman. sebelum iman dikebas org, baik dia ikat terus sbg isterinya.
tak sangka keluarga ammar menyimpan derita besar di sebalik kebahagiaan yg terpancar di wajah. kehilangan dua anak tersayang menjadian keluarga besar mereka tinggal hanya berempat.
ammar rasa bersalah dgn pemergiansaudara kembar membuat muram. kehadiran iman menceriakan hatinya. tapi dia tak mahu terburu buru melafaz cinta sdgkan perasaannya belum tentu terbaalas oleh iman yg terpaksa mengahwininya.

rumahtangga.yg dibina dicemburui.erna, amir dan ben hingga ada.di antara mereka cuba menghancurkannya dgn mengusik rasa cemburu ammar. sikap amar yg mudah mendengr dari tuduh melulu banyak menjaga keharmonian mereka yg semakin hari semakin selesa.


evolusi watak erna dari kelabu kepada hitam menjadikan rentak cerita lebih pelbagaai dn menarik


sure fine whatever
rinn

note: jika nak copy sebahagian atau keseluruhan review ni, sila letak link atau credits ke blog ini terima kasih. )

meRinnTis Blurb/sinopsis:
Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.

SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?




AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?

Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.

Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?

Wednesday, December 21, 2011

Ku Berserah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ummi Ariza
Ku Berserah
Penulis: Ummi Ariza
Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
Terbitan Buku Prima
RM19.90
9789675234859
455 mukasurat


"Usah bicara soal cinta
Kala hatiku terhiris derita..."

Safiyah- seorang gadis yang manis dan baik. Tidak melawan cakap ibu bapa.

Fahrin
- bercadang berkahwin 1 thn sahaja dgn safi
-apa yg difikirkan kalangan penulis yang menggunakan plot begini? setuju kahwin demi menjaga hati dan perasaan ibu bapa sendiri tetapi setahun kemudian bercerai. Tak terfikirkah tindakan bercerai itu akan melukakan lebih banyak hati, berkali ganda lebih banyak dari sebelum berkahwin. Bukan saja melukakan keluarga bekas isteri, malah memutuskan silaturrahim ramai orang.

Amylia
- fahrin berkasih dengan amylia, seorg model cantik

Datuk Fahmi & Datin Nurin
- ibu bapa kepada fahrin

En. Sharif & Pn. Rahmah
- ibu bapa kepada Safi

Safuan & Fazira
- abg dan kakak ipar kpd safi (sweet couple)

keluarga Datuk Fahmi dan keluarga En Sharif berhajat menyatukan anak-anak mereka untuk mengeratkan lagi hubungan mereka. Datuk Fahmi dan Datin Nurin tu mungkin bimbangkan Fahrin yang lebih cenderung untuk memilih Amylia sebagai isteri sedangkan Amylia tu bukanlah wanita yang ada ciri-ciri untuk dijadikan isteri. En. Sharif dan Puan Rahmah pula seperti tahu-tahu sahaja umur mereka tidak panjang dan mahu memastikan Safiah terjaga setelah ketiadaan mereka nanti.

Badrul
- kawan Fahrin. jatuh hati pada safi sebelum mengetahui Safi bakal isteri fahrin

Jo
- dendam dengan Amylia. Membalas dendam dengan memerangkap Abg Amylia supaya berhutang. Amylia jadi galang ganti. Berjaya memerangkap Amylia dan menggunakan Amylia untuk kepuasan diri sendiri.

Rafidah
- best friend Safiyah

Kisah selepas keluarga safi meninggal dunia dalam sebuah tragedi menyerlahkan kelebihan penulis melakarkan suasana hiba dan sedih.

Watak Bad kelihatan baik dan mungkin merupakan calon terbaik untuk mengubati hati Safi tetapi di saat dia meluahkan perasaan cinta kepada Safi yang masih berstatus isteri orang, terus merudum markah dia yang tinggi, malah kelihatan sama saja teruknya seperti Fahrin apabila memutar belitkan cerita Amylia dan Johan yang sudah insaf. Pemfitnah tahap Bad tu adalah seperti orang yang memakan daging saudaranya sendiri.


Aku suka Rafidah... tapi kenapa dia dengan Bad??? Tapi parents Bad tu (Mak Uteh & Pak uteh) memang terbaek!!!!


Aku suka cara penulis mencipta watak ibu bapa yang baik-baik belaka. (jangan lupa baca doa kpd ibu bapa untuk hari ini ya kawan-kawan)


Tapi ada scene yang tak sesuai orang-orang bawah umur membaca nya terutamanya yang melibatkan Jo dan Amylia.


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:


"Papa nak sangat aku menikahi kau... sebenarnya aku telah pun mempunyai pilihan sendiri. Cukuplah kalau aku beritahu padamu yang perkahwinan ini hanya untuk mengaburi mata kedua orang tua kita dan aku telah putuskan perkahwinan ini hanya bertahan selama setahun." - Fahrin Daniel


"Bad sanggup tunggu... lepas segalanya berakhir antara Safi dan Fahrin, Bad sedia mengambil Safi sebagai isteri." - Badrul


"Kau nak bebas ya... kau nak bersama dgn buah hati kau si Bad tak guna itu. Jangan korang ingat hidup korang akan bahagia. Aku pun dah tak sanggup hidup dengan perempuan curang macam kau!" - Fahrin Daniel


Semakin kuat dia membenci lelaki itu semakin kuat cintanya untuk Fahrin. Safiyah sendiri tidak mengerti akan perasaannya. - Safiyah.


"Tolonglah jangan buat abg macam ni... abang cintakan Safi. Abang ikhlas cintakan Safi... berilah abang peluang membuktikannya." - Fahrin Daniel


"Maafkan dia? Dan lupakan semua yang terjadi? Bukan mudah Fida... dia hancurkan hatiku, bukan itu saja dia remukkan hati ini sekali. Kerana dia, aku jadi begini dan kerana dia juga aku hilang kehidupan aku selama setahun." - Safiyah


-----------
"Ku Berserah" menyingkap kehidupan yang ada dlm diri kita. Sedar atau tidak, kita selalunya tidak mengambil berat akan orang di sekeliling kita. Apabila kita kehilangannya barulah kita sedar kelalaian kita. Dalam novel ini, kita akan memahami bagaimana untuk menghargai sesuatu yang kita miliki dan memeliharanya agar tidak terlepas dari genggaman. Sesungguhnya Tuhan menguji sejauhmana kita terus berdiri menghadapi dugaan dengan penuh sabar.
~Ummi Ariza~

Tuesday, September 20, 2011

Syurga Di Wajahmu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Laila Hanni
Syurga Di Wajahmu
Penulis: Laila Hanni
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
cetakan pertama Julai 2011
RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00
539 mukasurat


"Suamiku, sesungguhnya cintaku untukmu adalah bukti cintaku kepada-Nya,
redamu padaku ingin sekali kuraih agar bisa kugapai reda-Nya.
Kerana sesungguhnya... syurgaku ada di wajahmu.


Penulis ini ada gaya bahasa syahdu yang membuai perasaan, mungkin akan terasa perbezaannya kalau anda sudah membaca beberapa karya baru terbitan Kaki Novel yang lebih banyak mengalunkan rentak bahasa yang santai dan tidak formal. Penceritaan yang berhati-hati tetapi tidak membosankan. Watak seperti Engku Lokman dan Idayu memang selalu kita jumpa dalam novel-novel melayu. Rasanya tentu mudah sekali watak-watak ini memikat hati pembaca. Gaya penulisan penulis ini memikat hati namun beliau banyak menumpukan penceritaan kepada saat-saat intim Engku Lokman dan Idayu. Tidak sesuai untuk bacaan anak-anak bawah umur. Idayu adalah watak yang kelihatan agak lemah dan pasrah. Mungkin sifat lemah lembut dan pemalunya membuat dia kelihatan begitu. Namun sifat lemah lembat dan pemalu itulah yang menawan Engku Lokman yang selama ini ke hulu ke hilir dengan wanita-wanita yang 'daring' dan berani. Terasa seperti Idayu terlalu cepat jatuh cinta kepada Engku Lokman, mungkin sebab selama ni kalau saya baca cerita kahwin paksa, mesti dah beberapa lama barulah jatuh hati. Tapi cinta itulah yang telah merubah Engku Lokman ke arah yang jauh lebih baik.


Penulis mengangkat Idayu, seorang gadis kampung yang dijaga rapi ibu dan bapa angkatnya, sebagai heroin dalam kisah ini. Dia lahir dari hasil kerakusan lelaki. Dia tidak pernah tahu hal itu hinggalah suatu hari segalanya terbongkar. Rahsia itu membuat Idayu merasakan harga dirinya runtuh, malah memilih untuk memutuskan pertunangan dengan Hairi demi untuk mengelak krisis di kemudian hari. Hairi berprasangka buruk dengan keputusan Idayu.


Idayu enggan bekerja di tempat yang ramai orang, jadi dia membuat keputusan untuk bekerja di rumah Engku Maryam. Menjaga kebajikan harian Engku Maryam. Idayu berjaya mencuri hati Engku Maryam dengan sikap prihatinnya malah menjadi peneman terbaik untuk Engku Maryam. Kehadiran Engku Lokman mengocak ketenangan hidup Idayu. Idayu yang sebelum ini kelihatan biasa-biasa, tiba-tiba jadi begitu menyerlah di mata Engku Lokman yang gemar menggoda wanita. Dia gagal mengawal nafsunya lalu meragut kehormatan Idayu. Dia berjanji akan bertanggungjawab namun tidak menyangka akan dipaksa menikahi Idayu.


Engku Lokman ni membesar di luar negara dan mengamalkan gaya hidup bebas. Kepulangannya ke tanah air tidak langsung mengubah gaya hidupnya. Dia sangka dengan menyanggupi untuk mengambil tanggungjawab menjaga Idayu sudah cukup untuk menebus kesalahannya. Bapanya, Engku Badrul, membuat tawaran yang tidak dapat ditolak. Menikahi Idayu, dia akan menerima wasiat separuh dari harta kekayaan ayahandanya. Baginya itu tawaran lumayan yang tak mungkin ditolak. Dah la dapat bini lawa dan baik, dapat harta pulak tu.


Engku Badrul dan isterinya berhasrat untuk mengahwinkan Idayu dengan Engku Lokman kerana percaya Idayu akan dapat menundukkan Engku Lokman dengan sifat semulajadinya yang serba memikat. Idayu bukan sahaja bersopan santun dan baik hati, dia juga seorang yang mementingkan solat dan membaca al-Quran. Malah dialah peneman setia ketika Engku Maryam membaca al-Quran setiap kali selepas solat. Mereka tidak kisah dengan asal usul Idayu kerana Engku Lokman pun bukannya jenis yang baik-baik.


Engku Lokman sanggup berkampung selama seminggu di rumah kampung Idayu. Sangkanya dapatlah mengintai-ngintai bakal isterinya namun Idayu diarah pulang ke rumah Engku Maryam dan tinggalah Engku Lokman di situ untuk dibasuh dan dicuci oleh bapa Idayu. Bapa Idayu tahu Engku Lokman mudah diajar. Membesar di luar negara telah merosakkan agama Engku Lokman walaupun dia seorang lelaki yang sangat budiman. Engku Lokman diajar asas bersuci, berwuduk dan bersolat. Baru berangan nak mandi dengan Idayu, sekali kena mandi dengan bakal pak mentua kat perigi. haha. Walaupun separuh hati menghadiri sesi ceramah dan tazkirah, isi kandungan penyampaian sedikit sebanyak menyentuh sanubari Engku Lokman.


Idayu enggan bersuamikan lelaki seperti Engku Lokman. Tambahan pula, setelah mengetahui gaya hidup bebas Engku Lokman, lagilah dia seram nak bersuamikan lelaki itu. Dia impikan lelaki yang dapat memandu hidupnya agar menjadi isteri solehah. Namun, dia tidak dapat menolak arahan bapanya yang pernah kecewa ketika dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Hairi dulu.


Engku Lokman ada perancangan sendiri dengan teman wanitanya, Astri, namun setelah bernikah dengan Idayu, dia lupa segala-galanya. Tumpuannya hanya berpusat pada Idayu malah solatnya semakin terjaga apabila dipantau dengan penuh berhemah oleh Idayu. Apakah yang bakal mengocak kebahagian mereka? Sebab yang agak tipikal iaitu sikap tidak berterus terang dan kisah silam yang kembali tanpa dijemput...

Anak yang lahir dari sebuah kemungkaran akan menjadi suci dan unggul dengan didikan agama yang sempurna manakala anak yang lahir dari sebuah ikatan suci, belum tentu akan dewasa sebagai manusia suci. Begitulah 'contrast'nya Idayu dan Engku Lokman, namun jodoh menjadikan mereka saling melengkapi.


sure fine whatever
Rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Pertemuan pertama Idayu dan Hairi, membuahkan rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yg Hairi rasakan. Mereka akhirnya bertunang dlm tempoh perkenalan yg singkat. Namun rahsia yg terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu dengan rasa rendah diri memutuskan pertuangannya dgn Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan.


Setelah tamat pengajian, Idayu bekerja sebagai jururawat peribadi kpd Engku Maryam, hanya kerana igin terus meminggirkan diri dari dunia luar. Namun pertemuannya dgn Engku Lokman, cucunda Engku Maryam membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu. Kehadiran Idayu pada mulanya tidak diendah oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah memperkosa Idayu. Bila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya, dia dipaksa mengahwini Idayu.


Mampukah Idayu mengubah suaminya dari noda dan dosa semalam? Mampukah dia bertahan dengan cinta barunya? Bahagiakah mereka melayari sebuah bahtera dgn cinta yg terpendam dalam diam? Mungkinkah akan ada badai yg melanda bahtera cinta yg baru sahaja memulakan pelayarannya itu? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya utk menagih cintanya yang tidak kesampaian?


Thursday, April 28, 2011

M.A.I.D

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Suri Ryana
M.A.I.D
Penulis: Suri Ryana
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00
753 mukasurat


"Ya Allah Noorul... takkan goreng ikan pun kau tak tahu?
Masak nasi tahu tak?
Haih... habislah kau kalau macam ni.
Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat Noorul"


Tebalnya novel nih! lebih 700 muka surat tuuuu. Memang seronok melayan kisah Noorul yang terpaksa bekerja sbg maid. Tak terasa ketebalan novel ni sehinggalah sampai ke part diorang saling meluahkan perasaan ketika berada di kampung Noorul. Lepas pada tu rasanya diorang ni pagi petang siang malam asyik dok meluah perasaan ailebiu ailebiu saja sampai aku rasa macam ulang baca page yang sama pulak.


kisah nyer cenggini... Noorul dah menganggur sejak kilang kicap tutup. So dia berusaha mencari kerja lain. Dia terpanggil utk bekerja sbg maid sebab gajinya RM1200, dapatlah dia menghantar duit lebih kepada ibu di kampung. Dia hanya bertugas di siang hari dengan majikannya, Harris. Noorul berusaha mengelak bertemu Harris sebab masa first day dia dah terlanggar bos dia masa kat lif, kemudian pada hari yang sama dia tertuang sos kat baju bos dia semasa kat pasar malam. So utk mengelak dia dipecat, dia berusaha menyembunyikan diri dari Harris.


Haikal berkenan dengan Noorul tetapi Noorul hanya menerimanya sebagai kawan. Iman, kawan baik Noorul yang berkenan dgn haikal yang lebih mesra berbanding Harris yang kelihatan sombong. Rahsia Noorul pecah juga akhirnya sehingga Harris nekad mahu memberhentikan Noorul. Namun memandangkan susah nak mendapatkan maid tempatan dan boleh dipercayai spt Noorul, Noorul diterima semula sbg maid. Sejak itu Harris kerap terserempak dengan Noorul di rumahnya.


Ibu Asyraf berkenan untuk bermenantukan Noorul tapi Asyraf sudah ada kekasih hati dan meminta Noorul memberitahu ibunya yang Noorul sudah ada pilihan hati dan enggan bertunang dengan Asyraf. Noorul enggan kerana dia yang akan dipersalahkan, bukannya Asyraf. Asyraf akhirnya tertangkap basah dan menuduh Noorul sbg dalangnya. Dia nekad mahu membalas dendam terhadap Noorul.


Setelah Noorul dan Harris semakin selesa bekerjasama, mereka telah dituduh bersekedudukan dan berita itu telah mencacatkan reputasi perniagaan keluarga Harris. Demi menjaga maruah keluarga Noorul dan Harris dikahwinkan. Ayah Harris memang no hal dengan Noorul sbg menantunya, tapi ibu Harris lebih berkenankan Elisa yang lebih moden dan bergaya berbanding Noorul.


Zaura, adik Harris memang sukakan Noorul. Dia pun tak berkenan dengan Elisa tu. Tapi peristiwa Noorul dan Harris dipaksa berkahwin tu Zaura tak tau, dia sangka mereka berkahwin dengan restu keluarga.


Harris memang berkenan kat Noorul tapi selepas Haikal bagitau yang dia penah meluah perasaan kepada Noorul tapi Noorul menyatakan yang dia sudah ada lelaki lain di hatinya. hal itu membaut Harris rasa kecewa. Tapi segala salah faham terlerai setelah Noorul mengakui Harris lah lelaki yang bertakhta di hatinya. Terlalu banyak sesi meluah perasaan selepas scene confession tu membuatkan aku rasa cerita ini mula meleret. Tapi masa ni dah muka surat 500 lebih so sudah menghampiri hujung2 cerita. Aku suka ending untuk Iman dan Haikal :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis/alongside/sinopsis


Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kpd Harris Tan Sri Hamdan. sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr. F (fussy).


Daripada berbalas-balas nota berkaitan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.


Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?


Serabutnya Noorul Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sbg menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengaru-birukan hidupnya.


apakah perisai Noorul utk menghadapi pancaroba ini? 'Kuali'? 'Sudip'?

Saturday, July 24, 2010

Jangan Ada Benci

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Zuraidah Othman
Jangan Ada Benci
Penulis Zuraidah Othman
Terbitan Ahadiat Akashah The Writer Sdn. Bhd
RM8.90
Cetakan Pertama 1997
168 mukasurat


Baru2 ni aku sempat merayau-rayau di blog2 jualan buku 2nd hand maka bertemulah dgn buku ni :) Aku mcm teringin nak baca buku yg nipis2. Buku2 baru yg aku beli, banyak yg tebai2. Buku yg pinjam dari kengkawan pun tebai2 belaka. Memandangkan mood membaca aku yang agak kureng, baik aku cari buku yg nipis2 sikit. So aku pilih la buku ni. tambah2 pulak nama penulis di kulit buku sangat menarik perhatian aku :)


Bagi aku cerita dalam naskah setebal 168 muka surat ini sangat menarik :) Mungkin juga sebab sememangnya aku menyenangi karya2 Zuraidah Othman :)


Kisah ini tentang Mera dan Izah. Dua adik beradik tiri yg terpaksa tinggal sebumbung setelah ibu dan abah mereka berkahwin. Mera ni anak si ayah. Dia sangat tidak menyenangi Izah yg dianggap datang hanya utk menumpang kesenangannya dan sentiasa cuba memburuk2 kan reputasi Izah di hadapan ibu dan abah mereka. Ada2 saja cerita mengenai keburukan Izah yg Mera bawak balik utk dicanangkan, tambah2 pula ibu sering menyebelahi dirinya. Izah tertekan tetapi demi kasihkan ibunya dia bertahan di rumah itu. Abah sgt baik padanya cuma Mera tu lah yg tak abis2 dendamnya sehinggalah mereka meningkat dewasa.


Mera hampir2 berkahwin dgn Rashid tetapi Izah berperanan menggagalkan perkahwinan itu kerana baginya lelaki yg sudah berkahwin dan beranak 3 malah sering keluar dan bercumbu dgn perempuan2 lain bukanlah lelaki yg sesuai utk Mera kahwini. Tetapi Mera beranggapan Izah sengaja dengki padanya dan mengungkit kembali bahawa Izah telah merampas Amer darinya semasa zaman diorang skolah dulu.


Masalahnya Mera tu syok sendiri. Amer memang sukakan Izah. Keberangkatan amer ke luar negara tidak memutuskan hubungannya dgn Izah malah diorang sering berhubung melalui surat. Kedua2nya menyimpan harapan utk bersama suatu hari nanti.


Kehadiran Raziman, anak kenalan abah yg pernah dibantu melanjutkan pelajaran membuat Mera memasang perangkap baru buat Izah. Raziman ni syok kat Mera, dia sanggup lakukan apa saja utk Mera. Dia amat gembira apabila pinangannya diterima dan menghitung ketibaan tarikh pernikahannya dgn Mera yg amat dicintai. Tetapi pada hari pernikahan Mera melarikan diri dan meninggalkan sepucuk surat menyatakan niat sebenarnya. Dia memang tak pernah cintakan Raziman. Dia mahu Izah yg menutup malu yg ditinggalkannya. Membalas jasa abah supaya maruahnya tidak tercalar di mata masyarakat. Abah tidak memaksa tetapi Izah tahu abah yg dipandang tinggi di mata masyarakat akan menjadi bahan bualan dan cacian org ramai. Izah bersetuju menerima Raziman. Demi maruah keluarga mereka dinikahkan.


Tetapi kedua2nya mempunyai cinta yg kental utk orang lain. Apa petunjuknya kalau diorang sudah melupakan kekasih hati? Izah kata di hari dia berpakaian berwarna merah, itulah menunjukkan dia sudah melupakan Amer yg bencikan warna merah. Raziman pulak kata tanda dia sudah melupakan Amera adalah apabila dia menyanyi lagu hindustan! heheh


Well Raziman lah yg pertama mendendangkan lagu hindustan, itu pun setelah akhirnya bertentang mata dgn Mera yg masih bersama Rashid. Mera memang tak pernah cintakannya. Lagipun semasa izah di kampungnya, dia sgt mudah menyesuaikan diri dgn suasana kampung malah berjaya memikat hati ibunya yg tercinta serta adik beradiknya yg lain. Izah semakin susah hati dan gelabah apabila Raziman makin kerap menyanyi lagu hindustan walaupun liriknya tunggang langgang. Raziman pulak resah menunggu saat2 Izah memakai baju merah ;)


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Jangan ada benci...
Andai cinta yang dicari
sudah terkunci di hati.

Sunday, February 14, 2010

Tiada Yang Kedua

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Sania Yasmin (a.k.a Sarnia Yahya)
Tiada Yang Kedua
Penulis Sania Yasmin (a.k.a Sarnia Yahya)
Terbitan Alaf 21
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244289
RM18.00
sabah/sarawak:RM21.00
452 mukasurat


"Akhirnya kusedari tiada yang seindah peribadimu"


Idea dan latar cerita yg agak klise utk cerita-cerita kahwin paksa. Penulis ternyata mempunyai sentuhan klasik sbg penulis kisah cinta romantis. Bagi yg menggemari 'Secantik Anugerah' karya penulis ini dgn NB Kara, gerenti akan lebih menyukai kisah cinta selepas kahwin atau citer kawin paksa ni.


Selepas beberapa bulan, kiter sebagai pembaca mungkin akan keliru cerita ini dengan cerita2 genre yg sama seperti cerita ini. Namun tidak terasa sia-sia membaca kisah ini yg manis dan sangat menyentuh perasaan. Penulis perlu mencari idea cerita yg lebih menarik dan ada kelaianan supaya kelebihan menulis cerita romantis itu akan lebih terserlah dan memorable. TAk sabar nak dpt kan bukunya dgn fajar pakeer 'cinta adalah cinta'


Cerita kawin paksa.
Shira menerima pilihan ibu bapanya dgn hati terbuka dan hatinya dihancurkan pada malam pertama apabila Imran mahu mereka bercerai selepas 2 tahun kerana dia sudah punya pilihan hati. Perkahwinan itu diterimanya sekadar utk menggembirakan hati ibu bapanya.


Shira cuba menjalankan tugasnya sebaik mungkin dan cuba mengelak utk menjalin sebarang persahabatan dgn Imran.


Imran mula membandingkan isterinya dgn kekasihnya, Niza yg jauh lebih manja dan kaya. Isterinya menang dari setiap segi.


Dia mula merubah pendirian. Shira dipikat dan dicurah kasih sayang sepenuhnya. Niza mulanya disiram dendam namun dia terpaksa belajar melepaskan kerana Imran tidak ditakdirkan utknya walaupun dia telah cuba mempergunakan kedudukannya utk mengugut Shira. Shira hanya menurut tetapi Imran terlalu nekad mencari Shira semula.


Namun Niza bukanlah dugaan terbesar terhadap kasih Imran pada Shira. Cemburu buta telah memisahkan mereka dan Imran hanya mampu menyesali segala-galanya. Adaka patut dgn Razman tu pun dia nak jeles. Memang jenis tak menyiasat dulu sebelum menuduh. Dahla Shira tu baru kehilangan ibu bapanya dlm sebuah kemalangan jalanraya.


Shira bertemu dgn Rizal dan Makcik Rahimah semasa menyewa rumah mereka. Anaknya Rina semakin rapat dengan dua beranak itu dan Rizal juga sudah mula menyimpan perasaan buat Shira.


Pencarian Imran berakhir setelah Razman terserempak dgn Shira. Imran cuba menjalin hubungan semula dan sempat juga nak test perasaan Shira dgn mendiam kan diri beberapa ketika selepas itu. Terbukti Shira rindu padanya tetapi, tragedi tergolek di bilik mandi memaksa Imran kembali mencari Shira. Dia sudah tidak mahu menduga lagi. Berita Shira mengandung lagi menjadikan dia sangat2 gembira tetapi pada masa yg sama dia sgt cemburu dgn Rizal. Dia tidak dapat menerima hakikat yg ada lelaki lain yg menyintai Shira seikhlas hati selain dirinya.


Rizal bergaduh dgn Imran dan Shira yg menjadi mangsa di tengah2. Rizal terpaksa akur dgn kesetiaan Shira pada Imran walaupun mereka lama terpisah. Anak yg dikandung keguguran telah membuat Shira murung. Hanya anak dan suami penawar duka. Dia membina semula hidup dgn suaminya di kampung halaman dan meninggalkan hiruk pikuk kota. Hidup mereka lebih bahagia.

Saturday, January 2, 2010

Kemilau Mutiara Raudah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Saidatul Saffaa
Kemilau Mutiara Raudah
Penulis: Saidatul Saffaa
Terbitan Jemari Seni Publishing
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118258
RM22.00
Sabah/Sarawak RM25.00
616 mukasurat


Aku pilih buku ni utk jadi peneman aku sepanjang perjalanan balik kampung kali ni. Jenis buku yg sekali buka memang tak bleh stop membacanya selagi tak abis. Gatai jer tangan nak singkap page yang last2 tu, tapi ku tahan Jebat! hehe...


Kisah perkahwinan atas aturan keluarga, ada suntikan Islamic yang menjadikan kisah ini ada tarikannya tersendiri utk membuat kita melekap dgn buku ini.


Kisah ini tentang Izzat (Jack), tentang Raudhah. Izzat jejaka yang tersasar dari jalan yg benar manakala Raudhah adalah gadis berdarah campuran yg dibesarkan dgn cukup ilmu agamanya dan cukup menjaga agamanya.


Izzat ditunangkan oleh ibunya dengan gadis yg ibunya bekenan sangat2 ketika Izzat masih belajar di luar negara. Satu percutian telah menemukannya dengan Raudhah di Jannatul Firdaus Resort. Jack sudah mahu menjadi Izzat. Dia nekad meminang Raudhah, rupa2nya dia terpinang tunang sendiri ;)


Demi masa depannya dan juga kebahagian dunia akhiratnya, Izzat bukanlah pilihan terbaik sebagai suami. Kisah silam Izzat dan salah faham telah membuat Raudhah memutuskan pertunangan dan kembali kepada keluarganya di luar negara, membawa rajuk di hati.


Selepas 2 tahun Tok Ayah memberitahu Raudhah dia sudah ketemu pasangan yg paling cocok buat Raudhah.Raudhah memberi jawapan positif setelah istikharah. Akad nikah yg berlangsung di Malaysia hanya ditatap melalui teleconference. Semudah itu saja dia sudah bergelar isteri org. Suaminya bakal datang utk majlis perkahwinan mereka di Edinburg. Dia excited la nak jumpa husband dia pestaim. Tapi dia menjadi gelisah apabila Izzat muncul semula dalam hidupnya setelah dia menjadi isteri org. Izzat juga semakin berani mendekatinya berbanding dahulu. Raudhah rimas. Rimas bertukar menjadi lemas setelah Raudhah tahu kebenaran mengenai siapa suaminya. Terus pengsan.


Kelakar la part Izzat tekejut masa dlm lift ada org mengaji tu. Aku ingat betul la ada org mengaji dalam lift Jannatul Firdaus Resort. Rakaman suara doa naik kenderaan dia kata mengaji? aduih.. haha.


sure fine whatever
rinn

sinopsis/blurb:


Biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki kerana cinta itu letaknya di hati seorg abdi.


Kerana pasir, terbentuknya mutiara
Kerana tanah, lahirnya manusia


Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan
Kembara hati dlm jiwa hamba
Kembara daripada hina kpd mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.


Kata Raudhah dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yg turun dari langit utk menyebarkan keindahannya.


Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami


Bukankah kita diciptakan berbeza utk saling melengkapi, lantas nikmat
Tuhan yg mana lagi mahu didustakan?


sebuah kisah cinta indah titipan daripada-Nya, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorg pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA.

Wednesday, December 2, 2009

Samudera Indah Nian

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mazni Darwisya
Tajuk: Samudera Indah Nian
Penulis: Mazni Darwisya
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118289
RM18.00
Sabah /Sarawak: RM21.00
422 mukasurat


Aku rasa buku ni baru sangat2 di pasaran tapi dah tiga pat orang dok rekemen suruh baca sbb diorang dah baca! fuh laju betui diorang2 ni kalau bab baca buku2 baru. Aku ja yg dah makin slow. Tapi terpengaruh jugak la.. so sebaik saja dapat novel ni by post dari Jemari Seni aku terus la baca. Paaaaaaaaaaatutla ramai suka, citer cinta selepas kahwin! hehe, tentula cerita manis lagi.


Mazni Darwisya membawa kita mengenali dunia 'mat selam', hero cerita ini. Memang terasa suasana cerita yang fresh dan sangat informatif. Membuka minda kita melayari prasarana agak asing bagi org mcm saya dalam dunia keluarga TLDM. Ilmu ini disulam dan diselangseli dengan kisah cinta manis yg mula berputik antara Amru dan Yasmin yang berkahwin atas kehendak keluarga.


Yasmin lebih bersedia utk menjalani hidup sbg isteri yg terbaik untuk Amru tetapi Amru tu la pulak yang tak ready. Pada malam pertama diorang dia meletakkan syarat, sekiranya dlm tempoh setahun diorang tak saling menyintai, perkahwinan mereka akan berakhir. Dalam tempoh itu mereka bebas utk keluar dengan pilihan hati masing2. Yasmin tiada masalah nak menerima syarat2 tu walaupun hatinya sedikit kecewa. Amru yg beria-ia meletakkan syarat, dan dia jugakla yg pertama kecundang. Hatinya helplessly fell in love with Yasmin. Yerla.. Yasmin tu baik, pandai masak dan mempunyai senyuman yang membuat hatinya kembang kecut.


Membayangkan ada lelaki lain bekerja rapat dgn Yasmin pun dah boleh buat dia cemburu tapi Amru ni tak membiarkan cemburu menguasai diri, dia pandai control lah. Kesian pulak kat Amru masa Yasmin kena gi Jepun 3 bulan tu, dah macam mamat gila bayang. Kepulangan Yasmin untuk membalas cinta Amru bertukar menjadi kejutan buat Yasmin apabila Amru terperangkap dijerat Maya. Kejadian itu membuatkan Yasmin meragui perasaan Amru kepadanya. Yg bestnya tu Amru bukan hero tipikal yg hanya berserah bila dipaksa kawin lagi satu. Dia siap bela diri lagi dirinya diperangkap Maya. Memang geram betul kat Maya yg obses sgt ngan Amru dan maknya yg ntah hapa2 nak paksa2 orang. Memang takut la org nak berbesan ngan dia.


Aku teringin pulak nak baca kisah lanjut Izhar ngan Aina. Sweet gak diorang tu ;) Izhar yang macho tu pun boleh jadi malu2 biler cakap ngan Aina yg nama tengahnya adalah 'gedik' hehe. BAgi yang sempat baca awal buku ni, boleh la join kuiz Jemari Seni yang terbaru. TArikh tutupnyanya 13 Disember, lambat lagi tu.. sempat lagi kalo korang nak join. :) Soklan pun sonangbaitu.


sure fine whatever
rinn

sinopsis/blurb:


Ibarat setianya Ali pada Fatimah
Ibarat kasihnya Muhammad pada Khadijah


Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingannya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima . Lantas diletakkannya syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorg sahabat yg baru dikenalinya.


Segalanya berubah apabila Yasminmenapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumur. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan keramahan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluahkan rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yg suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?


Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yg kita kemudi... ~Amru Iskandar


Nukilan pertama Mazni Darwisya
Samudera Indah Nian
berlatarbelakangkan Pangkalan TLDM Lumur. Kuatkah Yasmin pabila dilambung samudera hati... Berjayakah Amru mengemudi bahteranya? Biarlah Mazni Darwisya yang menjawabnya.

Saturday, June 13, 2009

Cerita Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Zainol
Cerita Cinta by Anis Zainol
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2007


"Egokah aku kerana menjadi rebutan dua lelaki?"


Tebainya buku ni! tu la first impression aku.. aku ni kalau buku tebal2 memang lambat sikit rasa nak membacanya. dah berbulan2 buku ni aku peram hehe.. nasib baik takjadi jeruk.


Tapi bila dah mula tu, sekejap jer dah bleh habis sebenarnya :) Anis Zainol ni penulis baru kan? dia ada novel lain ke? Aku memang kagum la penulis2 baru skrg ni, buku tebai2 sungguh...


Kisah buku ni tentang Athirah. Dia ni dah ramai org masuk meminang tapi ditolaknya. Kali ini ayahnya bertindak menerima pinangan kerana dia yakin keluarga tersebut adalah terbaik utk anak kesayangannya, lagipun dia tak mau Athirah terus mengelak dari berkahwin.


Athirah terpaksa menerima Megat Afiq, anak kepada Datin Sofea. Ketika itu dia dah mula tertarik dgn Akram tetapi perasaan itu dipendamkan. Akram sentiasa ada di sisinya ketika dia memerlukan tak kira semasa Athirah nak mengisi masa lapang aku semasa Athirah nak shopping utk barng2 kawinnya. MEgat AFiq yg tak pernah ditatapnya tak pernah muncul dan ada saja hal tak dapat berjumpa.


Pada hari perkahwinannya baru dia bertemu dgn Megat Afiq yg nama penuhnya MEgat Afiq Akram!


cerita cinta mereka masih panjang dan permulaan itu menjadi pemanis perjalanan cerita ini. Ada mata dendam yg memerhati kebahagiaan mereka kerana Athirah pernah beberapa kali menolak pinangannya. Ribuan ringgit sanggup dihabiskan demi memastikan pasangan itu dilanda musibah. Di awal perkahwinan mereka ada masalah komunikasi tetapi as the story goes mereka semakin mengenali hati budi masing2 namun ada musuh dalam selimut di rumah mereka sejak Athirah mengandung.


Ada kisah lama yg tersembunyi di antara bapa Athirah dan ibu MEgat Afiq Akram.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Kita sama-sama membaja hubungan ini menjadi sebuah persahabatan yg sukar kuungkap. Kau menjelma secar tiba-tiba pada saat yang tidak kuduga. Kita mula mesra seiring masa yg berlalu. Kau selalu muncul tika aku benar-benar memerlukan sokongan dan bantuan. Namun, tanpa kusedari, masa-masa yg berlalu telah memutikkan satu perasaan yg tidak sepatutnya kuzahirkan kerana aku ini kepunaan org. Aku mengusir perasaan itu jauh ke lubuk hatiku agar tidak bisa dijejaki oleh sesiapa pun termasuk diriku sendiri.


Aku juga cuba menjarakkan hubungan kita namun aku tidak berjaya menghindarinya. Ada ketika2nya kau juga menzahirkan perasaan tidak bernama itu kpdku. Tetapi aku terlalu takut utk turut sama menyambtnya kerana tidak mahu dituduh manusia curang biarpun aku sendiri tidak pernah mengenali sapa tunanganku...


RM28.90
709 mukasurat
isbn: 978 983 893 7412

Saturday, April 11, 2009

Seteguh Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Durrah Fatiha
Seteguh Cinta by Durrah Fatiha
Terbitan Alaf 21 Sdn. BHd
Cetakan pertama 2008


"Meski berjauhan, bara kasih ini akan kubawa ke mana-mana"


Akhirnya berjaya juga membaca novel ni :) Mood membaca sedikit kureng kebelakangan ni, tapi bila mood dah mai balik, boleh la marathon baca buku.


Kisah cinta selepas kahwin. Sudah berbagai jalan yg penulis2 gunakan utk mengalunkan kisah ini. Walaupun banyak yang dibaca, setiap satu cuba mengetengahkan kelainan dan mencari variasi utk menampilkan chemistry pasangan yg dipaksa kawin.


Pendorong termeterainya ikatan akad nikah antara Nurin dan Adli adalah kerana permintaan seorg tunang dan seorg sahabat baik kerana keadaan dirinya yg sudah lumpuh. Hadi percaya hanya Adli dapat menjaga Nurin dengan baik. Dia tidak rela melepaskan Nurin kpd org lain selain Adli.


Bersama Hadi, Nurin sering menang dan terlebih manja tapi biler dengan Adli segalanya bertukar buat Nurin. Adli berjaya membuat Nurin yg degil berpindah rumah dan meneruskan hidup sbg suami isteri walaupun 'angin' mereka selalu bertembung. Mereka hanya berkongsi bilik apabila ada tetamu. Nurin terpaksa memasak dan kemudiannya berkongsi kenderaan. SEdikit demi sedikit secara tak langsung, Nurin sebenarnya sudah mula melakukan tugas-tugas seorg isteri sehingga terbiasa.


Tanpa mereka sedari ada insan mendendami Adli dan mensasarkan Nurin demi menjatuhkan Adli. Kasih mereka berbunga tatkala karier Adli menjunam. Kehadiran Alia menyerikan rumahtangga mereka dan Adli menjadi surirumah.


Sindiran org sekeliling dan mertua menekan perasaan Adli. Nurin turut tidak selesa. Keadaan ini memaksa Adli menerima tawaran ke Cape Town. Nurin keberatan mengikutnya kerana kerjayanya semakin mantap. Perpisahan itu menjadi kayu pengukur kasih sebenar di antara mereka. Kehadiran Zulaikha dan keberanian Idham sedikit mengocak kepercayaan di antara mereka namun, true love wins. :)


Azad ngan Ammar dari novel "Rindu di Kalbu" ke? teringat pulak kat Ain Syauqina :)


sure fine whatever
rinn

Sinopsis : SETEGUH CINTA


Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.


Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi 'house husband'. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.


Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.


Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?



RM 19.90
500 mukasurat
978-983-124-399-2

Wednesday, May 7, 2008

Menggamit Syurga Firdaus

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Kamsiah Abu
Menggamit Syurga Firdaus by Kamsiah Abu
Terbitan Tintarona Publications Sdn. bhd

"kutemani tidurmu dengan rinduku, kurawat lukamu dgn cintaku."


hmm patutla citer ni jadi rebutan ramai dan kebanyakan blog review yang saya kunjungi memberi rating yang agak tinggi utk kisah ini. Kisah cinta selepas kawin! Memang menarik. macam kerap lah pulak saya baca kisah genre ini, sebelum ni saya baca 'bukan terlarang' juga terbitan tintarona. menarik juga kisahnya.. tapi 'Bukan Terlarang' lebih banyak 'blushing scenes' berbanding "Menggamit Syurga Firdaus" yang lebih bertapis penceritaannya.

Cerita ini tentang Tasya yg sudah menganyam mimpi melayari hidup bahagia dgn Zaimir tetapi cemburu butanya telah menyebabkan kematian Zaimir dan rasa bersalah itu terpahat dalam hatinya. Empat tahun berselang belum dapat mengikis Zaimir dari hatinya. Tasya akur menerima jodoh yang ditetapkan oleh ibu bapanya kerana tidak mahu menyusahkan lagi hati mereka yang telah merawat luka hatinya. Mohd Firdaus menjadi insan misteri dalam hidup Tasya. Misteri terjawab apabila mendapati Firdaus dan Michael Tan yang sering mengusiknya adalah rupa2nya orang yang sama. Tasya terkilan dan cuba menangguhkan perkahwinan. firdaus setuju menangguhkan perkahwinan tetapi pernikahan tetap dijalankan pada hari yang telah dipersetujui. Tasya rasa seperti tertipu tetapi akur dgn kehendak orang tuanya.

Terlalu sukar mencari keburukan Firdaus kerana dia adalah lelaki yang baik buat Tasya. Kehadiran Iskandar yang mirip Zaimir menerbitkan kerinduan Tasya buat Zaimir. Tetapi rindunya buat Firdaus mekar tiap kali berjauhan. Iskandar cuba memancing perhatian Tasya dgn menggunakan nama Zaimir utk menggoncang rumah tangga Tasya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Natasha dan Zaimir setia membajai cinta pertama. Segalanya bagaikan sempurna. malang sekali cinta mereka kecundang dek badai takdir yang melanda. Kaish yang membunga terlerai diragut tragedi hiba.

natasha berkelana meneruskan kehidupan. Hatinya tawar untuk menerima sebrg cinta lain. Baginya, Zaimir tiada taranya. Cinta Zaimir terlalu agung sehingga tiada siapa yg mampu menandingi. Tetapi haruskan dia menyisihkan setiap cinta yg hadir?

natasha bertambah keliru apabila jodohnya dgn Firdaus - lelaki yg tidak pernah dikenali sama sekali - diaturkan oleh kedua-dua orang tuanya. Tiada daya lg Natasha menolaknya.

Delima hati yg resah bertambah kusut apabila sekali lagi Natasha diuji dgn kehadiran lelaki yang persis Zaimir. Iskandar jejaka kacak yg sudah beristeri seakan sengaja pula mencuri peluang. sesekali natasha terbuai oleh kenangan silam yg sering bertandang, apatah lagi dalam terpaksa dia juga harus berdampingan dgn Iskandar.

Perjalanan cinta Firdaus memburu mahligai kasih bersama natasha bertambah rencam apabila dia sering diujidgn pelbagai dugaan. Teka teki di sebalik jalinan cinta Firdaus dan Natasha mengundang pelbagai prasangka kawan... juga lawan! Pengertian cinta Firdaus hanya mampu ditafsir Natasha, kerana jawapan kepada syurga idaman ada ditangannya.

RM26.00
635 muka surat

Wednesday, April 23, 2008

Bukan Terlarang

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nur Hazma
Bukan Terlarang by Nur Hazma
Terbitan Tintarona Publications Sdn. Bhd


"Cinta bukanlah satu cagaran!"


Tebai betul kisah cinta lepas kawin hasil karya Nur Hazma nih. 800 lebih wo. Tengok tajuk jer dah bleh agak ni kisah kawin paksa. Buku ini baru saja diterbitkan sekitar 2007 tapi popularitinya agak mengkagumkan, terutama di kalangan peminat2 novel kisah cinta selepas kawin atau kawin paksa nih.. Biasanya lepas baca atau pinjam, diorang akan cuba mencari buku ini utk dibeli walaupun harganya lebih RM30.00


Bagi saya kisah ni buat saya tersiput-siput lah.. haha.. banyak betul 'blushing' scences.. rasanya perasaan yang sama masa saya baca kisah "Kasih Yang Suci" Meen Zulaikha tu.. sama jer standard gatalnya si Seth ngan ngan Imran tu. haha.. Kesian Elena ngan Maisara. dah ter cross over pulak.


Dari segi penyampaian cerita, Nur Hazma memang salah seorang penulis yang saya senang dgn gaya penulisan dan peyampaian ceritanya spt kisah "Dialah Di Hati" (tintarona) yg ala2 benci jadi cinta. Yang lain yang saya suka adalah "Dakapan Rindu" (Alaf21) yg menceritakan kisah kawan jadi kekasih.. dan kali ni pulak kisah cinta lepas kawin.. kira Nur Hazma mencuba genre2 biasa tetapi berbeza antara satu sama lain utk novel2nya. Novel dia yang lain saya belum berkesempatan utk membacanya.


Nur Hazma byk menceritakan luahan perasaan Imran dan Maisara antara satu sama lain.. masa diorang tak berapa baik tu.. saya suka la baca.. tapi lepas dah baik tu macam pagi petang siang malam ailebiu ailebiu lah.. kadang2 rasa macam berulang2, tapi apa2pun saya rasa itu antara sebab mengapa orang suka baca buku ni.. Masa mula2 tu Maisara berusaha memikat hati Imran dgn menjadi isteri yang baik.. Biler Imran pulak dah nak berbaik, Maisara pulak stat jual mahal.


Situasi couple citer ni membuatkan saya teringat pada Hakimi dan Afrina dalam "Kuseru Kasihmu", walau bagaimanapun kedua2 kisah ini amat berbeza.


Kisah ini tentang Maisara yang bersahabat baik dgn Imran sejak di kampung lagi. Dia menaruh hati pada Imran sejak di bangku sekolah. Imran menganggap Maisara kawan baiknya, malah membawa Maisara ke kota utk bekerja dan tinggal serumah dgn Makwenya, Tina. Maisara memendam rasa kecewa namun tidak pernah cuba meruntuhkan hubungan cinta Imran dan Tina, malah dialah yg kadang2 menjadi pendamai antara mereka apabila bergaduh.


Keadaan menjadi haru biru bila ibu dan bapa Imran (yg masa tu pi ssinggah rumah Maisara) terserempak dgn Imran yang pakai kain batik dan T-shirt Maisara sbb tumpang mandi kerana ujan lebat. haha.. kantoi.. Kenapa pulak mak bapa imran singgah rumah Maisara, tak pi terus rumah Imran? tak kisah lah.. yang menjadikan Imran terpaksa berkahwin dgn Maisara adalah kerana Mak Imran memang dh berkenan sgt2 kat maisara dan menggunakan alasan ini utk mengahwinkan mereka dgn segera. Imran ni jenis tak boleh tengok mak dia menangis. Dia akan cuba membuat mak dia gembira. Dia membuat perjanjian dgn Maisara, bersaksikan Tina yg mereka akan bercerai dan dia akan kembali kepada Tina.


Tina tidak dapat menahan rasa curiga terhadap Imran dan maisara yg sudah tinggal sebumbung walaupun bilik berasingan. Tambah2 mak ayah Imran rajin betul berkunjung ke rumah Imran dan terpaksala diorang share bilik.


Maisara menjalankn tugas seorang suri rumah dgn baik walaupun Imran masih menganggapnya sekadar sahabat baik. Imran mula mengesyaki Maisara apabila seorg rakan sekampung membuka rahsia yg sara sudah lama jatuh cinta dgnnya. Imran menuduh yg Maisara sengaja memerangkap dia supaya dia terpisah dgn Tina. aduh.. byk la kalau nak citer.. utk nak tau kisah selanjutnya, baca la citer ni ;)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.


Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dgn rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorg sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah utk Tina.


Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sbg seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan utk diri dan maruahnya sebagai wanita.


Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?


RM35.00
883 mukasurat

Sunday, February 3, 2008

Bunga-Bunga Kemboja

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir
Bunga-Bunga Kemboja by Aina Emir
Terbitan KarnaDya Solutions

"Aku ingikan kehadiranmu di setiap langkah hidupku"

Ini adalah karya ketiga Aina Emir bersama KarnaDya yg saya baca. Saya rasa ini adalah terbaik berbanding Aura Cinta dan Kau Laksana Bulan tetapi masih belum dapat menandingi kisah2 yg Aina Emir hasilkan bersama Alaf 21 dahulu yg lebih jiwang-jiwang. Walau bagaimanapun AE seperti mahu lari dari kisah2 yg mementingkan jiwang2 ni ke genre yang disulam dengan kisah2 yg lebih berat. Bagi saya, bunga2 kemboja ada kelainan sendiri berbanding dgn kisah2 cinta selepas kawin yang lain. KAlau dibandingkan dgn kisah2 lain, NAbil mengahwini Nur Qahira atas sebab2 yang sangat logik dan boleh diterima dlm realiti sekarang.

Ntah bila kali terakhir saya membaca buku yang dikarang oleh wanita yg menggunakan cara penceritaan dari kaca mata seorang lelaki. Tapi AE sangat berjaya mendalami jiwa Nabil sebagai seorang lelaki melayu yg masih mencari diri. Demi memelihara agama dia mengahwini Qahira dan cuba melupakan Dya yg telah menghancurluluhkan hatinya. Perkahwinan mereka dirahsiakan dan Nabil tak sedar bahawa Qahira seorang wanita yg mampu berdikari dan menempuhi pelbagai dugaan tanpa pengetahuannya.

Saya amat suka dgn Nabil dlm separuh pertama cerita ini, namun kesukaan itu bertukar menjadi sedikit terkilan apabila Nabil bertindak melayan Dya dan menyemarakkan kembali cinta mereka setelah Nabil meniduri Qahira. Nabil kelihatan spt tamakkan perhatian dua wanita sdg kan dia sudah tahu kesungguhan Qahira mahu menjadi isterinya dlm erti kata sebenar.

KEmboja digambar dalam versi yang terbaik dalam kisah ini dan Nabil akhirnya menyedari sebenarnya dirinya terlalu kerdil jika dibandingkan dgn gadis berfikiran business seperti Qahira. Campaklah wanita itu ke mana, dia akan berdiri kukuh dan bersemangat waja. Nabil adalah lelaki yg paling beruntung di dunia, Qahira hanya mahu mendengar kata cinta darinya, tapi Nabil rasa dirinya terlalu inferior berbanding wanita itu.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Aina Emir kembali lagi dgn novel keenamnya yang menjanjikan sebuah jalan cerita yg menyayat hati dan penuh dgn sentuhan perasaan.

Mawar,

Sudah lama aku ingin mengatakan sesuatu kepada mu tetapi malangnya, aku tak berani utk meluahkan perasaan ku ini. Selama ini, aku tidak pernah menyatkaan kpd sesiapa jua.

Hari ini, aku hanya ada engkau shj sebagai teman. Tiada lg ibu bapa, tiada lg saudara-mara dan tiada lagi teman, kecuali kau Mawar.

Pernah suatu ketika dahulu aku jatuh cinta dgn seorang wanita yg cantik dan comel dan bertahun-tahun lamanya kami beradu kasih, tetapi malangnya cinta kami tidak kesampaian. Dia telah meninggalkan aku utk orang lain. Kerana perpisahan itulah, aku telah membawa diri merantau ke negara orang, nun jauh di utara. Ketika itu, tiada niat lain kecuali berjihad utk agamaku.

Semasa di perantauan itulah, aku telah bertemu dgn rakan baikmu. Juga wanita yg cantik dan menarik. Kerana agamaku aku telah mengorbankan diriku utknya. Namun, ikhlas aku lakukan utknya.

Mawar,

Sekalipun aku cuba utk menjadi lelaki yg baik, namun sebagai manusia biasa, aku masih lemah. Kerana kelemahanku itulah aku kerap terumbang ambing. Tidak tahu menangani emosiku. Aku tersepit antar cinta pertamaku dan perasaan syg yg ada pd temanmu itu. suatu ketika dulu, aku tidak tahu keputusan apa yg patut kupilih.

Maafkan aku mawar, sekiranya di matamu dan rakan baikmu itu, aku tidak kelihatan seperti seorang wira, walaupun itu yg mahu aku lakukan. Sampaikanlah salamku kpd rakan baikmu itu.. katakanlah yg dia masih teristimewa buatku.

Salam,
Muhammad Nabil Arief

Biar kujadi bunga2 kemboja yg terlekat di tangkainya bukan yg berguguran di atas tanah...

RM19.90
552 mukasurat

Saturday, January 12, 2008

Kasih Dania

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ayu Emelda
Kasih DAnia by Ayu Emelda
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd

"Tak mungkin kau adalah rindu yang kutinggalkan kerna namamu sudah terukir di hatiku."

rasanya silap saya sebab baca cerita ni dan cerita "Selamat Tinggal Sayang" dalam jarak masa yg selang beberapa hari sahaja. Ada kemiripan tapi bagi saya Kasih Dania lebih penuh dgn isi cerita dan lebih menarik. kalau tak silap, Lagu Rindu by Ayu Emelda pun ada kisah cinta lepas kawin jugak kan?

Kisah ini dimulai dgn lamaran Amir Budreez terhadap Dyra Dania atau lebih dikenali sbg Danny di kalangan rakan2nya kerana sikap dan penampilan kelakian yang ditonjolkannya. Amir Budreez terlalu takut apabila dipaksa mengahwini Maria, perempuan yang digeruninya sejak zaman sekolah. Dia seorg yg takutkan perempuan, hanya Danny satu2nya perempuan yg akrab dengannya. Tu pun perangai tk macam perempuan la. :). Dania cuba mencari alasan utk menolak tetapi dia pernah terhutang budi dgn Budreez dan sekarang Budreez meminta balasan.

Perkahwinan berlangsung dan Budreez mula perasan nilai2 kewanitaan Dania dan mula cemburu apabila melihat Dania mesra dgn rakan2nya sendiri, sama seperti Dania dulu. tetapi satu pertemuan dgn Maria mula menggoyahkan perasaan Budreez. KEtika kasih DAnia mula berbunga, Budreez makin mabuk cinta dgn Maria. Dania mula mengatur strategi utk mengorat suami sendiri.

Kasih Dania is better than Lagu Rindu. Ni mesti kak Ima ngan Diana suka ni citer2 macam ni nih.

sure fine whatever
rinn
3 bintang

sinopsis belakang buku:

Dyra Dania seorang gadis yang punya trauma cinta. Kelembutan dan keayuannya hilang ditelan kekecewaan lalu. Hatinya cuba bertahan sekeras batu daripada diseru naluri syahdu. Namun... siapa sangka, getaran cinta hadir tanpa diduga. Pendiriannya roboh tanpa rela. Dalam keasyikan menyulam bahagia, dia tersedar daripada lena yang panjang. Mimpi-mimpi idah rupanya satu persenda. Demi kasih... Dania rela menjadi pengemis cinta yang punya harga.

Amir Budreez hidup dikelilingi bunga-bunga kasih Dania. Meskipun wajah Dania sering bermain-main di tubir mata, namun nama maria sentiasa meniti di bibir. Kata hati tidak pernah seiring dengan logik akal. Entahlah... mungkin persona Maria membuatkan cinta suci Dania menjadi sirna. Dalam kemanisan terselit kepahitan yang harus ditelan.

Maria seorang gadis misteri yang muncul dalam hidup Budreez dengan rahsia tersendiri. Dia bijak mengatur langkah dan mengemudi arah. Kehadirannya ibarat parasit yang menagih cinta. Cinta yang tak pasti di mana destinasi akhirnya. Dan kerana itu, ada hati yang tercalar, ada perasaan yang terluka dan ada jiwa yang menahan rasa.

Benarkah jarak waktu yang panjang mampu mengubah sebutir kaca menjadi permata berharga? Dan apakah segala ketetapan yang tersurat ini harus diterima tanpa wasangka?

490 mukasurat
RM19.90