Showing posts with label durrahfatiha. Show all posts
Showing posts with label durrahfatiha. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Merdu Lirik Kasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Durrah Fatiha
Merdu Lirik Kasih
Penulis: Durrah Fatiha
Terbitan alaf 21
Editor Fuad Mansor
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
511 mukasurat
9789831246788




"Saat sukar mengungkap isi hati, melodi indah ini menjadi pengganti"


Bagi yg belum pernah membaca Rindu di Kalbu, rasanya tidak ada masalah utk membaca novel ini kerana penulis tidak mengelirukan pembaca dengan scene2 yang perlu dirujuk novel terdahulu.


Bukan senang utk azad menerima wanita lain setelah Ain berkahwin dgn Ammar dan menjadi kakak iparnya. Disebabkan dia selalu menerima perhatian wanita, Sorfina menjadi perhatiannya kerana Sorfina kelihatan tidak terkesan langsung dengan kehadirannya.


Resume Sorfina menarik perhatian Azad dan mudah saja dia mengambil Sorfina bekerja di syarikat mereka. Rupanya Azad mahu menggunakan peluang itu utk membalas tindakan Sorfina yang tidak menghiraukan dirinya.


Sorfina yang tidak tahu apa2, bersyukur dgn pekerjaan yg diperolehinya. tau2 ja Azad dah hantar dia keja kat ladang kambing kesayangannya.


walaupun sorfina bukan jenis melawan, skali sekala dia melenting juga bila tak tahan dgn sikap Azad yang suka mengenakannya. Azad sudah tertarik tetapi dia tak reti nak meluahkan perasaan. Sorfina Selesa berkawan dgn Talhah , sahabat sejak kecil tetapi kehadiran azad mengusik hati kecilnya.


Azad melamar dlm keadaan tidak disangka-sangka. Demi utk mengelak dari kena mengorat dgn bapa sorfina, Datin Faridah (ibu azad) menerima cadangan bapa sorfina utk mengenenkan anak2 mereka. Azad cuba berlagak normal sedangkan dalam hati dia sudah melompat kegembiraan.


Dugaan hubungan mereka melanda apabila Azad terperangkap dan difitnah sahabatnya sendiri angkara dendam. Sorfina kelihatan rasional menerima keadaan itu tetapi Azad tidak mahu Sorfina menanti kasih seorang yg pernah tercalar maruah dan reputasi seperti dirinya lantas mengatur utk memutuskan hubungan dengan Sorfina. Sorfina kecewa dan menerima Talhah sbg tunangan.

Cerita kisah ini mempunyai jajaran cerita menaik. Insiden demi insiden yang diselitkan membuat cerita semakin menarik. Di akhir-akhir cerita kisah jadi agak mendatar tetapi ditamatkan dengan manis sekali :)

Thanks Kak Durrah untuk Merdu Lirik Kasih :). Dapat juga 'jengah-jengah' Ammar & Ain Syauqina

sure fine whatever
rinn







blurb/novelcinta@multiply/sinopsis




Pertemuan dengan seorg gadis yg langsung tidak tertarik kepadanya mencalarkan ego Azad. Bila kesempatan datang dia tidak teragak-agak untuk mengenakan gadis itu.




Dalam bertikam lidah dan balas-membalas usikan, satu perasaan asing mula hadir di hati si jejaka. Sorfina juga seperti membalas rasa tersebut walaupun gadis itu sebenarnya terikat dengan Talhah yang baik dan penyayang.




Azad teruja kala takdir memihak kepadanya. namun, hidup tak selalunya bahagia. Dalam meniti saat indah bersama Sorfina, Azad terjebak dalam kancah fitnah yg menghancurkan segalanya. Dia kehilangan kedudukan dan reputasi. Sudikah Sorfina bertahan di sisinya sedangkan kehadiran Talhah mendapat restu keluarga gadis itu? Apakah kesinambunan novel Rindu di Kalbu ini akan mengakhiri kembara Azad mencari cinta?




--
Sure fine whatever
Rinn

Thursday, May 12, 2011

Kau Selalu Ada

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Durrah Fatiha
Kau Selalu Ada
Penulis: Durrah Fatiha
Editor: RUzita Awaludin
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
479 mukasurat
9789831245378


"Indahmu persis kerlipan bintang melatari pekat malam..."


Menarik juga kisah tiga gadis nakal ni. Keakraban mereka disenangi keluarga malah mereka kelihatan lebih akrab daripada adik beradik. Qayyim yang merupakan abang kepada Malihah secara tidak langsung turut memainkan peranan sebagai seorang abang juga kepada Syahindah dan Nurnisa. Qayyim memang arif benar dengan kerenah tiga gadis itu yang kadang-kadang tidak terduga. Pukul 3 pagi sambut birthday sbb mak dia bagitau dia dilahirkan jam 3 pagi. Setelah tamat belajar, ketiga-tiga mereka bekerja di syarikat Qayyim.


Malihah kurang berkenan pada Syiqin, gadis yang berjaya mencuri hati Qayyim. Dia nampak sendiri sikap sebenar Syikin yang disembunyikan di sebalik senyuman manis. Malihah mencadangkan agar Syahindah dan Nurnisa mengorat abg Qayyim supaya perhatian Qayyim dapat dialihkan dari Syiqin. Tanpa mereka ketahui, Qayyim terdengar rancangan licik mereka dan bersedia menghadapi pelaksanaan misi menggodanya oleh si Indah dan Nisa dengan hati yang senang :) Qayyim memberi kerjasama yang sangat baik sehingga Indah dan Nisa sendiri terkejut dgn respond dari Qayyim. Permainan bertukar menjadi sesuatu yang serius apabila ketiga-tiga hati telah tersentuh oleh perasaan halus. Qayyim memutuskan hubungan dengan Syiqin dan memilih Nisa menjadi tunangannya. Indah yg lebih pendiam menyembunyikan kekecewaan agar persahabatan mereka terjaga. Pertunangan dengan Nisa telah menjauhkan Indah dari Qayyim. Qayyim baru menyedari yang dia lebih selesa bersama Indah berbanding Nisa. Indah merupakan teman berbual yang sangat baik. Malah aktiviti kemasyarakatan yg sering disertainya menunjukkan keikhlasan hati Indah yang sangat luhur. Selepas bertunang dgn Nisa tu barulah 'chemistry' antara Indah dan Qayyim terserlah.


Syarikat Qayyim dilanda masalah apabila isteri muda bapanya berpakat dgn abgnya untuk mengikis wang syarikat. Qayyim tidak mahu kehilangan sesuatu yang telah diusahakan mereka sekeluarga sekian lama. Syiqin tampil dengan menawarkan bantuan yang tidak dapat ditolak dengan syarat Indah dan Nisa mesti diberhentikan. Syiqin memang cemburu sangat dengan kemesraan mereka bersama Qayyim. Pertunangan dengan Nisa akhirnya senyap begitu saja dan Syiqin mengambil alih. Perkahwinan dengan Syiqin memberi ruang yang luas untuk Syarikat Qayyim bangun semula. Dia tidak sampai hati memberhentikan Indah lalu menghantar gadis itu untuk bertugas di ladang miliknya yang tidak diketahui Syiqin. Nisa pula mahu berniaga sendiri.


Syiqin mengamuk apabila mengetahui Indah masih bekerja dengan Qayyim dan menghasut Mak Mah supaya menggalakkan Bidin mengorat Indah. Bidin keterlaluan apabila cuba memperkosa Indah. Indah menghadapi trauma dan keluarganya bimbang tiada lelaki yang mahu memperisterikan Indah lagi jika mengetahui apa yang telah terjadi. Indah tidak pernah menjalani pemeriksaan dan tidak menceritakan apa yang telah terjadi dengan Bidin. Qayyim tampil menawarkan diri untuk melindungi Indah dan memperisterikannya. Indah mendapat sokongan penuh dari Malihah dan Nisa. Mereka mahu Indah segera sembuh dari trauma yang dihadapinya. Walaupun Qayyim cuba mengelakkan menyebut tentang Bidin, dia sendiri ragu-ragu dengan kesucian isterinya.


Takdir untuk watak Syiqin agak 'predictible' tetapi terasa terlalu tergesa-gesa sehinggalah ke detik penamat kisah ini. Apa-apapun, it's a happy ending :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/AlongSide/sinopsis


Malihah, Syahindah dan Nurnisa sering mencuri perhatian Qayyim lewat kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim. Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yg mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin. Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim.


Ternyata misi mereka tidak semudah yg dirancang. Perasaan cinta yg sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim!


Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dgn dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan. Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!


Saturday, April 11, 2009

Seteguh Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Durrah Fatiha
Seteguh Cinta by Durrah Fatiha
Terbitan Alaf 21 Sdn. BHd
Cetakan pertama 2008


"Meski berjauhan, bara kasih ini akan kubawa ke mana-mana"


Akhirnya berjaya juga membaca novel ni :) Mood membaca sedikit kureng kebelakangan ni, tapi bila mood dah mai balik, boleh la marathon baca buku.


Kisah cinta selepas kahwin. Sudah berbagai jalan yg penulis2 gunakan utk mengalunkan kisah ini. Walaupun banyak yang dibaca, setiap satu cuba mengetengahkan kelainan dan mencari variasi utk menampilkan chemistry pasangan yg dipaksa kawin.


Pendorong termeterainya ikatan akad nikah antara Nurin dan Adli adalah kerana permintaan seorg tunang dan seorg sahabat baik kerana keadaan dirinya yg sudah lumpuh. Hadi percaya hanya Adli dapat menjaga Nurin dengan baik. Dia tidak rela melepaskan Nurin kpd org lain selain Adli.


Bersama Hadi, Nurin sering menang dan terlebih manja tapi biler dengan Adli segalanya bertukar buat Nurin. Adli berjaya membuat Nurin yg degil berpindah rumah dan meneruskan hidup sbg suami isteri walaupun 'angin' mereka selalu bertembung. Mereka hanya berkongsi bilik apabila ada tetamu. Nurin terpaksa memasak dan kemudiannya berkongsi kenderaan. SEdikit demi sedikit secara tak langsung, Nurin sebenarnya sudah mula melakukan tugas-tugas seorg isteri sehingga terbiasa.


Tanpa mereka sedari ada insan mendendami Adli dan mensasarkan Nurin demi menjatuhkan Adli. Kasih mereka berbunga tatkala karier Adli menjunam. Kehadiran Alia menyerikan rumahtangga mereka dan Adli menjadi surirumah.


Sindiran org sekeliling dan mertua menekan perasaan Adli. Nurin turut tidak selesa. Keadaan ini memaksa Adli menerima tawaran ke Cape Town. Nurin keberatan mengikutnya kerana kerjayanya semakin mantap. Perpisahan itu menjadi kayu pengukur kasih sebenar di antara mereka. Kehadiran Zulaikha dan keberanian Idham sedikit mengocak kepercayaan di antara mereka namun, true love wins. :)


Azad ngan Ammar dari novel "Rindu di Kalbu" ke? teringat pulak kat Ain Syauqina :)


sure fine whatever
rinn

Sinopsis : SETEGUH CINTA


Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.


Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi 'house husband'. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.


Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.


Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?



RM 19.90
500 mukasurat
978-983-124-399-2

Wednesday, July 9, 2008

Suratan Kasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Durrah Fatiha
Suratan Kasih by Durrah Fatiha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd 2007


"Aku tanpamu umpama pantai tiada berombak.
Kau tanpaku seperti langit tiada awannya."


Kisah cinta insan-insan dewasa dan matang yang serbasalah menerima cinta dalam usia melewati dewasa. Antara kasih sayang yang membara dengan suara2 sumbang manusia yang tak jemu-jemu berlegar dan tersebar. Dah makin ramai penulis yang mula mengenengahkan kisah2 cinta orang yang melewati usia 30-an. Dlm kisah ini heroin lebih berumur dari hero dan konflik ini dimanipulasi dgn baik utk menjadikan cerita menarik dan juga isu Hani yang sanggup dianggap janda demi menjaga kebajikan anak2 arwah kakaknya dan abg iparnya.


Hazman lebih kelihatan seperti watak yang berumur 20-an dari segi cara penulis menggarap watak (yg sepatutnya berusia pertengahan 30-an). Ataupun mungkin memang hazman macam sebab dah lama dimanjakan ibunya. Dia seperti tak serik pulak dgn Farah walaupun wanita itu pernah mengecewakannya.


Kisah ini tentang Nurul hanisah yang menggalas wasiat abg iparnya utk menjaga anak2 buahnya kerana tidak percayakan keluarga sendiri yang berdendam dengan anak2 itu kerana ibu bapa mereka berkahwin tanpa restu. Hani lebih dari mampu menyara anak2 yang digelarkan anak2nya tanpa prejudis kerana dia seorg wanita berkerjaya sehingga Hazman sendiri terkedu biler tahu bertapa jauhnya Hanisah ke hadapan dalam membina karier berbanding Hazman yang baru nak menapak dlm dunia kerjaya. Hazman menyimpul itu sebenarnya mengapa Hani menolak dirinya, dia tidak tahu yang Hani memegang rahsia yang lebih besar dari itu.


Menarik juga nak tau mcm mana mak hazman yang tak mahu menantu yang lebih berusia dari anaknya akhirnya menerima Hani dgn senang hati walaupun pelbagai fitnah dan salah faham menyelubungi hidup Hani.


Geram betul dgn Ahmad Zahar tu.. penipu besar, gatai pulak tu.. sabo jer aku.. bini dia pulak jenis tak percaya kat orang lain.. kelentong Zahar terbongkar dan sebab itu jugalah dia mula memahami betapa isterinya sanggup mempercayai dirinya walau apapun yg terjadi.


Kehadiran watak Fauzi memang tak nampak 'hitam' langsung di awal cerita. Memang la ahli keluarga Fauzan tu asyik nak menyusahkan idup Hani anak beranak saja.


Famila pulak seperti tidak memikirkan langsung pengorbanan wanita yang sebenarnya ibu saudara mereka yang memberikan kasih sayang tanpa berbelah bagi. Famila marah betul biler tau Hazman berkenan kan mamanya sbb dia dah lama menaruh hati kepada 'uncle Hazman'. Ada chance la Kamil ngorat Famila lagi sebab dia dah berjaya amik hati mama kpd Famila :)


Watak-watak Ammar Wajdi dan Ain Shauqina dalam novel pertama penulis ini "Rindu Di Kalbu" amat segar di ingatan saya sbb saya rasa nama couple ni sangat serasi dan menarik. Antara nama2 hero heroin yang paling saya suka :)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Nurul Hanisah dlm dilema antara perasaan cinta terhadap Hazman dan tanggungjawab sbg ibu kpd anak2 Fauzan. Belahan hati dan kasih menjadi episod lara dlm penentuan kebahagiaan hidupnya. Namun, benarkah cinta itu tidak mengenal usia?


"Hanya awak di hati saya, tak ada orang lain. Tapi tak bermakna kita perlu hidup bersama"


Hazman terlalu mendambakan cinta suci daripada wanita itu. Memujanya dgn penuh keikhlasan walaupun jarak usia sering menjadi perbalahan insan terdekat. Dia tidak mungkin akan membiarkan wanita itu terus menanti. Tidak cukup terzahirkah ketulusan hatinya?


"Kalau awak ada perasaan terhadap saya, bermakna perasaan itu adalah naluri berkasih sayang antara seorg lelaki dan wanita. Tak salah, hani."


Famila mengharapkan kebahagiaan mamanya. Namun baginya Hazman bukanlah lelaki yang sesuai hadir dlm hidup mereka. Dia buntu... perlukah dia beralah demi kebahagiaan seorg wanita yg selama ini mencurah sepenuh kasih syg kpdnya?



Sinopsis di website Alaf 21 : SURATAN KASIH


Novel yang mengisahkan lelaki muda menyukai janda yang sudah mempunyai anak ini pasti mencuit hati anda bila membacanya. Nurul Hanisah dalam dilema antara perasaan cinta terhadap Hazman dan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak. Belahan hati dan kasih menjadi episod lara dalam penentuan kebahagiaan hidupnya.


Namun, anak-anak Nurul Hanisah pula tidak mengharapkan lelaki lain dalam hidup mama mereka, terutama lelaki yang muda. Familia adalah penentang dalam hubungan mereka. Namun, perlukah dia beralah demi kebahagiaan seorang wanita yang selama ini mencurah sepenuh kasih sayang kepadanya.



Harga : RM 19.90
Halaman :512
ISBN : 978-983-124-318-3

Tuesday, March 20, 2007

Rindu Di Kalbu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Durrah Fatiha
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Rindu Di Kalbu by Durrah Fatiha


"Rindu akan menjadi bara selagi ia dipendam di dalam dada"


pestaim baca buku hero digambarkan bermisai berjambang. :) kisah cinta yg agak stereotype yg sering digambar dalam novel2. tapi saya agak suka dgn ceritanya. kisah Ain syauqina yang bekerja di sebuah syarikat. Azad sukakan Qina dan bertindak memikat hati ibu Qina supaya senang dia nak mendekati Qina. Ibu Qina sangat suka pada Azad. Qina masihlagi tak dapat melupakan cinta pertamanya Ammar Wajdi yang memusnahkan kepercayaannya kpd lelaki itu. Qina dan Ammar berpisah tapi qina tak dpt melupakan.


Ammar akhirnya muncul and of course with a twist, Ammar ni abg kepada Azad. Ammar jelas masih syok kat Qina, dia meluahkan perasaan dan memberi tempoh utk Qina buat keputusan tetapi semasa ketiadaan Ammar Qina bertunang dgn Azad.. Qina sangka itu hanya rombongan merisik tapi tiba2 jer terus bertunang.. apa nak cakap dgn Ammar? frust menonggeng la mamat tu, padan muka lambat sangat.. masihkah ada jodoh antara Ammar dan Azad?


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


Antara Ain Syauqina dan Ammar Wajdi, memang wujud keserasiannya. Sejak peristiwa terperangkap dalam lif, mereka sering mencipta pertemuan demi pertemuan. Kadangkala mereka akan menghabiskan cuti hujung minggu dengan membaca di taman bunga. Tapi, itu dulu. Sewaktu baru merasai manisnya saat bercinta. Kini, sejak kehadiran lelaki itu semula, batinnya sentiasa berkocak. Ketenteraman jiwanya pula seperti diragut. Dia keliru antara kasih Azad dan memori cinta Ammar. Mustahil dia melukakan Azad Hamdi, insan yang sudi memberi kehidupan pada jiwanya. Tanpa Azad, mungkin sukar baginya untuk melupakan kisah malam itu. Tapi patutkah aku menyalahkan dirinya saja? Atau, aku juga ada sahamnya? Walaupun dunianya sudah dikelilingi bunga-bunga cinta, sesekali rindu pada Ammar menjengah juga. Namun, jauh di sudut hati... Ain tahu dan sedar, bara itu masih menyala. Walaupun hampir reda tapi api cinta itu tidak pernah padam sepenuhnya. Mungkinkah kalau ditiup, akan bersemarak semula? Dia benar-benar buntu! Tidak sanggup rasanya meniti bahagia atas kelukaan orang lain. Dan... bagaimana aku harus mengharungi hidup sebumbung dengan lelaki itu, sedangkan dia bukan milikku? Semuanya terserah pada takdir. Kita hanya berhak merancang tapi hanya DIA penentu segalanya.


RM 17.00
432 muka surat