Wednesday, April 23, 2008

Bukan Terlarang

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nur Hazma
Bukan Terlarang by Nur Hazma
Terbitan Tintarona Publications Sdn. Bhd


"Cinta bukanlah satu cagaran!"


Tebai betul kisah cinta lepas kawin hasil karya Nur Hazma nih. 800 lebih wo. Tengok tajuk jer dah bleh agak ni kisah kawin paksa. Buku ini baru saja diterbitkan sekitar 2007 tapi popularitinya agak mengkagumkan, terutama di kalangan peminat2 novel kisah cinta selepas kawin atau kawin paksa nih.. Biasanya lepas baca atau pinjam, diorang akan cuba mencari buku ini utk dibeli walaupun harganya lebih RM30.00


Bagi saya kisah ni buat saya tersiput-siput lah.. haha.. banyak betul 'blushing' scences.. rasanya perasaan yang sama masa saya baca kisah "Kasih Yang Suci" Meen Zulaikha tu.. sama jer standard gatalnya si Seth ngan ngan Imran tu. haha.. Kesian Elena ngan Maisara. dah ter cross over pulak.


Dari segi penyampaian cerita, Nur Hazma memang salah seorang penulis yang saya senang dgn gaya penulisan dan peyampaian ceritanya spt kisah "Dialah Di Hati" (tintarona) yg ala2 benci jadi cinta. Yang lain yang saya suka adalah "Dakapan Rindu" (Alaf21) yg menceritakan kisah kawan jadi kekasih.. dan kali ni pulak kisah cinta lepas kawin.. kira Nur Hazma mencuba genre2 biasa tetapi berbeza antara satu sama lain utk novel2nya. Novel dia yang lain saya belum berkesempatan utk membacanya.


Nur Hazma byk menceritakan luahan perasaan Imran dan Maisara antara satu sama lain.. masa diorang tak berapa baik tu.. saya suka la baca.. tapi lepas dah baik tu macam pagi petang siang malam ailebiu ailebiu lah.. kadang2 rasa macam berulang2, tapi apa2pun saya rasa itu antara sebab mengapa orang suka baca buku ni.. Masa mula2 tu Maisara berusaha memikat hati Imran dgn menjadi isteri yang baik.. Biler Imran pulak dah nak berbaik, Maisara pulak stat jual mahal.


Situasi couple citer ni membuatkan saya teringat pada Hakimi dan Afrina dalam "Kuseru Kasihmu", walau bagaimanapun kedua2 kisah ini amat berbeza.


Kisah ini tentang Maisara yang bersahabat baik dgn Imran sejak di kampung lagi. Dia menaruh hati pada Imran sejak di bangku sekolah. Imran menganggap Maisara kawan baiknya, malah membawa Maisara ke kota utk bekerja dan tinggal serumah dgn Makwenya, Tina. Maisara memendam rasa kecewa namun tidak pernah cuba meruntuhkan hubungan cinta Imran dan Tina, malah dialah yg kadang2 menjadi pendamai antara mereka apabila bergaduh.


Keadaan menjadi haru biru bila ibu dan bapa Imran (yg masa tu pi ssinggah rumah Maisara) terserempak dgn Imran yang pakai kain batik dan T-shirt Maisara sbb tumpang mandi kerana ujan lebat. haha.. kantoi.. Kenapa pulak mak bapa imran singgah rumah Maisara, tak pi terus rumah Imran? tak kisah lah.. yang menjadikan Imran terpaksa berkahwin dgn Maisara adalah kerana Mak Imran memang dh berkenan sgt2 kat maisara dan menggunakan alasan ini utk mengahwinkan mereka dgn segera. Imran ni jenis tak boleh tengok mak dia menangis. Dia akan cuba membuat mak dia gembira. Dia membuat perjanjian dgn Maisara, bersaksikan Tina yg mereka akan bercerai dan dia akan kembali kepada Tina.


Tina tidak dapat menahan rasa curiga terhadap Imran dan maisara yg sudah tinggal sebumbung walaupun bilik berasingan. Tambah2 mak ayah Imran rajin betul berkunjung ke rumah Imran dan terpaksala diorang share bilik.


Maisara menjalankn tugas seorang suri rumah dgn baik walaupun Imran masih menganggapnya sekadar sahabat baik. Imran mula mengesyaki Maisara apabila seorg rakan sekampung membuka rahsia yg sara sudah lama jatuh cinta dgnnya. Imran menuduh yg Maisara sengaja memerangkap dia supaya dia terpisah dgn Tina. aduh.. byk la kalau nak citer.. utk nak tau kisah selanjutnya, baca la citer ni ;)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.


Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dgn rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorg sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah utk Tina.


Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sbg seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan utk diri dan maruahnya sebagai wanita.


Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?


RM35.00
883 mukasurat

22 comments:

  1. adeh....tebalnye....mau lenguh nak pegang nih

    ReplyDelete
  2. tak yah pegang pun bleh baca.. meniarap ker letak kat meja ker.. haha.. tapi kalau orang suka baca kisah cinta lepas kawin atau kisah kawin paksa ni memang takkan terasa buku ni tebal. guaranteed! hehe

    ReplyDelete
  3. meniarap sakit tengkuk....letak atas meja...sengal montot ddk lama2...cam ner eh...hehehehe

    ReplyDelete
  4. ahaahduhuhhh tak dapek den nak nolong.. meniarap tu baca buku tebal tu.. elok aar, nanti bila abis buku tu perut kempis. hehe.

    ReplyDelete
  5. aku dah beli buku ni... berjaya menghabiskan that 883 pages within 1/2 day..... huhuhuhuhu... lepas tutup buku.. aku rasa nak menggatal lak... hehehehhe... :">

    ReplyDelete
  6. amboi... ada side effects la baca buku ni. yang lain2 kena awas jugak ye? hehe.

    ReplyDelete
  7. best ke citer ni,,? mcm mana ye nak dpt. dah byk kdi pegi pun still x dpt. even MPH pun xde..

    ReplyDelete
  8. pernah x baca novel Cahaya Kasih hasil tulisan Nekmah Mirdi keluaran rythm. citer 2 best. kisah kahwin sbb t,paksa gak. kisahnya tentang Maisara yang menjadi mangsa kekejaman ayah tirinya. dia meninggalkan kg bila ayah tirinya memaksa dia berkahwin dgn org kaya di kg itu bg melunaskan semua hutang piutangnya. di bandar pula dia bertemu dengan Hairil yang kaki perempuan. Hairil cuba mengurat Maisara tp tdk dilayan akhirnya Hairil memperkosa Maisara. di sbbkan perkara itu atuk Hairil memaksa Hairil mengahwini Maisara. selepas b'kahwin Maisara t'paksa b'dpn dgn kekejaman ibu mertuanya pula manakala Hairil pula tdk pernah menerima Maisara sbg isterinya. Maisara hdp bagaikan org gaji di rumah bsr itu namun berkat pertolongan datuk Hairil, Maisara di bawa keluar dr rumah itu dan dia akhirnya melanjutkan pelajarannya ke luar negara meski pun ketika itu dia sdg mengandungkan anak Hairil. selps lima thn, Maisara kembali bersama anaknya Hani Maizurah. amanat t'akhir datuk Hairil agar Maisara kembali semula kpd Hairil memeningkan Maisara. bagaimana dia mahu kembali semula pd suaminya yg tdk pnh m'anggapnya sbg isteri tambahan pula Hairil l'sung tdk tahu akan kewujudan Hani. perkenalan Hairil secara tdk sengaja dgn Hani anaknya membibitkan rasa ksh di hati Hairil. Hairil dan Hani semakin rapat sehinggalah satu hari tu Hairil bwk Hani ke pejabatnya kerana dia mempunyai perjumpaan ptg dgn wakil sykt yang akan melabur di syktnya. time tu la dia jumpa Maisara yg dtg utk ambil Hani dan akhirnya dia tahu Hani tu anak dia jadi mcm2 lah yang b'laku selps tu bila dia mula nak mengurat Maisara balik. cubalah baca pasti tak mengecewakan. dah byk kali saya baca buku tu still tak boring.

    ReplyDelete
  9. bagi yang suka citer2 kawin paksa, gerenti la suka citer ni walaupun tebai.

    ReplyDelete
  10. wohooo, macam best jer Cahaya Kasih ni, kena gi cari lah ni hehe.. thanks. Masuk list nih. :)

    ReplyDelete
  11. mcm mana nak dpt novel ni..? dah cari tp hampeh. dah byk jelajah bookstore still tak jumpa. selain dr buku ni kita ada cr novel Rindu Pada Mu dr Azian Zahra terbitan NHF Media. sesiapa yg tahu tlg inform. dah penat nak m'cari.

    ReplyDelete
  12. ada nampak lagi kat kedai buku. kat KL ada lagi tu. Aziah Zahra blum penah lagi baca karya dia rasanya. cuba cari kat http://tokobukukicap.blogspot.com, macam penah nampak nama writer tu kat tokobukukicap, tak tak ingat tajuk lah. hehe

    ReplyDelete
  13. x sabar nk beli..tu pn klu ada..

    ReplyDelete
  14. acliffqaisy..pinjam buku yg awak cakap tuh..cari x jumpa lah..he..he

    ReplyDelete
  15. Boleh..rossaroslan emailkan awak punya add kat sy punya email acliffqaisy@yahoo.com.my....!!
    Novel Cahaya kasih kan..?

    ReplyDelete
  16. baik nyer niera bagi pinjam :) nanti rossa review tau! :)

    ReplyDelete
  17. novel ni best sangat!! tq novelcinta sbb bagi saranan baca novel ni.. memg x rasa langsung tebalnya bila citer tu beshhh.. hehehe.. x tido mlm nk menghabiskan novel ni.. =)

    ReplyDelete
  18. ada member minta tolong cari novel ni jugak. Tahun lepas ada tolong beli utk org tganu. tapi baru ni gi cari kat tempat yang sama dah abissss. cuba cari kat pesta buku selangor kot2 ada. hari sabtu hari tu ada pegi tapi tak cari lah pulak

    ReplyDelete
  19. mna nk dpkn novel cahaya kasih 2?? sy dh baca tp sy nk mmliki nvel 2..

    ReplyDelete
  20. boleh tlonh g tau mna nk cari nvel cahaya kasih karya nekmah mirdi.. puas dh cri x pt2 jga....

    ReplyDelete
  21. aliffqaisy kat mne na cari novel cahaya kasih 2?? sya cbe cari tp xjpe??

    ReplyDelete