Thursday, April 3, 2008

Sehari Selepas Mengundi




9-3-2008: Sehari Selepas Mengundi

Dah lama saya tak balik ke Putrajaya dgn menaiki kereta di siang hari. Saya dah siap2 full charge kan 3 pasang bateri utk kamera saya. Dapat la saya amik gambar di sepanjang perjalanan. Banyak foto-foto menarik yang berjaya saya abadikan sebagai tambahan kepada koleksi sedia ada..

apa yang banyak di sepanjang perjalanan? tentula banyak poster2 menghiasi (ada jugak menyesakkan pandangan) di sepanjang jalan yg disusuri kerana kami menyusuri jalan dalam. Byk juga permandangan langit membiru yang dihiasi awan yang putih bersih (dlm perjalanan ni lah yg saya dpat tangkap gambar awan yang berbentuk nama ALLAH tu -IMG3612-IMG3615). Semasa berenti seketika utk merehatkan badan dan kereta, sempat juga saya tangkap gambar bunga dan tumbuh-tumbuhan kecil. Tak ketinggalan foto-foto pohon menghijau yang mendamaikan mata memandang. ada jugak gambar rumah2 kampung dan juga bangunan2 flat, apartment.

puas perjalanan balik kali ni. kalau tidak selalunya saya naik bas pukul 12 tengah malam dan sampai di KL sekitar pukul 5 pg sebelum bertolak balik ke Putrajaya dan bersiap2 untuk masuk kerja jam 7.30 pagi.

sure fine whatever
rinn

No comments:

Post a Comment