Tuesday, April 1, 2008

Hamparan Kasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Amy Batrisya
Hamparan Kasih by Amy Batrisya
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.


"Setaman harapan yang kau tebar, menyelimuti rasa sangsi di hati ini"


cerita ini mempunyai background kisah yang tersendiri dan tak selalu saya tengok plot ini digunakan walaupun temanya agak biasa. Idham cintakan Kartika tetapi ayahnya, Tuan Shamidi mahu dia menikahi Soraya, anak Pak Uda Mohsin. Idham bertindak menikahi Kartika secara rahsia tetapi semuanya terbongkar dan mengundang kekecewaan dan malu besar buat Pak Uda Mohsin sekeluarga. Persahabatan antara Marina dan anak saudara Pak Uda Mohsin, Hakimi turut terputus.


Dgn prolog sebegini tentu kita dapat meneka jodoh Hakimi dgn Marina. Dan pastinya ada keributan dalam kasih mereka kerana permusuhan yang dicetus oleh Idham demi mempertahankan cintanya pada Kartika. marina yang masa kecilnya kasar dan tomboy adalah sahabat baik Hakimi dan setelah bertahun-tahun terpisah mereka bertemu semula dan pertemuan dgn Marina yang baru ini membuat Hakimi jatuh cinta berkali-kali dgn Marina. Pertemuan mereka tertulis di Yayasan Sri Andalas. Hakimi tiba kerana tuntutan kerja manakala Marina pula mempunyai misi utk mengembalikan hak Iqbani (anak aruah Idham dan aruah Kartika) dalam keluarga Tuan Shamidi yg sombong dan bongkak.


Marina cuba sedaya upaya utk membendung cintanya buat Hakimi kerana dia percaya kekecewaan keluarga Pak Uda Mohsin masih tebal dan mereka tidak akan menerimanya tambah2 dgn kehadiran Bani yg sudah tidak dapat dipisahkan dari dirinya. Marina sanggup meninggalkan rumahnya yang gah demi Bani. siapa bani masih menjadi misteri buat Hakimi dan dia mahu penjelasan dari Marina mengapa cinta yang berbunga dicantas-cantas oleh Marina.


saya agak kurang berpuas hati dgn cara buku ini diakhiri.. memang la happy ending seperti yang saya mahu tetapi byk perkara yang saya tak rasa resolved, seperti nasib mak Bibah dan penerimaan Pak Uda Mohsin sendiri (soraya dah merestui pilihan Hakimi). Namun jaminan Hakimi yg tidak akan meninggalkan Marina walau apa pun yg terjadi dan senyuman harapan dan keinsafan Tuan Shamidi mungkin sudah cukup utk membuat pembaca gembira.


sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Dia terlalu menaruh harapan terhadapku walaupun telah kukatakan aku takut menerima cintanya. Hakimi... memang aku menerima kehadiranmu dlm hidup ini, namun aku takut kehilangan Bani. Dia memerlukan kasih sayangku. Dia adalah hak aku.

"... yang penting Kim nak pikat Ina sehingga Ina jadi milik Kim."

Hakimi, sayang... bukan semudah itu kau lafazkan. Kita berkawan sejak kecil dan berpisah begitu lama sehingga kau berdiri di hadapanku kini. Namun, aku yang bernama Narina takut menyerahkan segala jiwa dan ragaku kepadamu. Kerana apa? Kerana aku takut perhubungan kita tidak direstui oleh orang tua setelah apa yang terjadi keapda Idham dan Soraya. Mungkin mrk dapat menerimamu, tetapi dapatkh mereka menerima Bani sedangkan dia adalah sebahagian hidupku?

"Bani sayangkan cik Marina. jgn tinggalkan Bani."

TUHAN! Aku benar-benar buntu. Aku perlukan mereka dlm hidupku. Hakimi, Bani, mama dan abah... aku sayangkan mereka. Aku tidak mahu melukai hati mereka. KAU satukan mereka dalam hidupku. KAU kembalikan keceriaan kami seperti dahulu. Itu yang kuharapkan.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Mampukah Marina berhadapan dgn keadaan ini? Siapakah yang terbaik buat Marina untuk menghamparkan kasihnya? Marina pasrah.

sinopsis di website alaf:

Marina dalam kepasrahan apabila dicintai oleh pemuda yang pernah menjadi teman sepermainan sejak kecil lagi iaitu Hakimi. Pada masa yang sama dia ingin menjaga Bani yang ditinggalkan di rumah anak-anak yatim. Bani tidak diterima langsung oleh abahnya.

Marina takut menerima cinta Hakimi kerana khuatir tidak mendapat restu keluarga. Apatah lagi kisah silam kedua-dua keluarga mereka masih tercalit di hati sehingga mereka meningkat dewasa.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Marina tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Apakah yang perlu dilakukan untuk menerima cinta Hakimi? Siapakah Bani di hatinya? Apakah kisah silam yang menghantui diri mereka berdua?


RM 18.00
480 muka surat

No comments:

Post a Comment