Sunday, April 27, 2008

Biru Ungu Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Biru Ungu Cinta by Noor Suraya
Terbitan Creative


"Masihkah ada cinta bila kasih sayang kehilangan makna?"


sejak suka dgn penulisan kak noor suraya, memang tercari-cari novel ini, akhirnya dapat juga. :) Thanks Kaksu sudi sign *sengih sebulan*


Satu lagi kisah kehidupan seharian yang biasa kita atau kawan2 kita lalui namun kadang2 kita tak menduga perkara-perkara biasa ini berlaku dan membawa takdir berbeza kepada insan2 dlm novel ini.


mungkin kerana saya terlalu byk kali membaca karya2 kak noor suraya membuatkan saya dapat meneka Fattah yang Seera cintai takkan menjadi orang dikahwininya dan tekaan saya Kamal yg bakal memiliki Seera adalah tepat sekali :)


Seera melakukan perkara yg difikirkannya terbaik utk Fattah dgn menolak pinangannya setelah dia disahkan tidak boleh mengandung sampai bila2 (Seera merahsiakan perkara ini dari semua org termasuk kembarnya sendiri). Saya berpendapat tindakan Seera amat tepat sekali kerana Fattah adalah anak tunggal dan tanpa kehadiran cucu tentunya ibu bapa Fattah takkan gembira. Tindakannya itu telah menimbulkan kebencian di hati ibu Fattah. Makin malap peluang Seera utk menjadi milik Fattah walaupun Fattah rela memperisterikan Seera dan berjanji tidak akan menduakannya walaupun mereka tidak akan dikurniakan cahaya mata. Namun tindakan ibu Fattah masuk meminang Dayang Mariana yg disangkakan pilihan hati Fattah menjadikan Seera lagi sekali mengundurkan diri. Bapa Seera sendiri sudah tidak mahu percaya lagi pada Fattah utk memperisterikan Seera. Hancur lebur impian mereka utk hidup bersama.


Kamal sudah lama menyimpan impian utk memiliki Seera tetapi sudah lama kena reject ngn Seera. Tindakannya menghulurkan budi yg tak terbalas kepada keluarga Seera menjadikan keluarga Seera dgn senang hati menerima pinangan ibu Kamal. Seera menceritakan segala kekurangannya kepada Kamal namun Kamal tak kisah, malah, ibu Kamal sendiri sudah berkenan sgt kat Seera tu. Sedihnya Seera kena kawin paksa tapi dia tak menyangka yg sebenarnya perkahwinan itu akan menyebabkan dia jatuh cinta dgn lebih hebat lagi kepada suaminya. Namun takdir Tuhan, siapa dpt menyanggahnya.. aduih.. sedihnya, sebelum baca buku ni saya baca Lili buat Najah.. endingnya mcm ni juga, huhu lagi la aku sedih.. Err Kaksu, Nazurah.. ada chance ker si Kamal terserempak dgn Tasha? hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Biru itu warna cintamu, Fattah. Warna yang terpancar indah dari penjuru matamu. Dalam diamaku dpt rasakan cinta yg bersinar, cinta yg tidak pernah pudar. Hangat dan menyala. Tulus dan bening... sedangkan ungu itu warna dukaku. Yg membeku di dalam hatiku, yg mengalir dlm jantungku dgn luka yang paling dalam, berdenyut nyilu... menjalar pilu menjulang lesu.

RM17.90
340 mukasurat

13 comments:

  1. :) baca jangan tak baca. masa pesta buku hari tu ada diskaun 20%, tapi tak sabar, gi beli kat mph dah sebelum tu.. huhu.. tak kisah la.. janji dpt baca and dpt signature :)

    ReplyDelete
  2. sy beli masa kat pesta buku tu...
    kak su siap t/tangan lagi...

    ReplyDelete
  3. pestaim baca buku norsuraya,nyanyian tanjung sepi...wah terus jatuh centa...best sgt5x. dr situ saya mula mncari2 buku tulisannye, & t'nanti buku2 baru....suka sgt hasil tulisan kak sue...byk lagi novel yg dibeli masa pesta buku 08 blm dibaca. kali ni mmg saya borong habis...lpskn kempunan, thn 2007 tak dpt pegi pesta buku...waaa... terkilannye...

    ReplyDelete
  4. buku kak su yang pertama akak baca buku Rindunya Kian Membara. Best gilerrrrrrrrrrrrrrssss.. haha.. nyanyian tanjung sepi pun sekejap jer baca dah habis walaupun buku set2 tebal kamus gitu. tak jemu dibaca :) kan kan kan? saya pun tak sabar menunggu karya terbaru kak su.

    ReplyDelete
  5. adussss sedih banget kalo sama ending dgn lili buat najah, tapi best kalo dapat buat kamal jumpa ngan tasha kan??? jom kita buat citer kita sendirik... heheheheeh

    ReplyDelete
  6. kak liya!! :) terharu plak tengok akak kat multiply saya. haha. kalu ada jodoh apa salahnya ye? tapi kak noorsuraya kan dah ada jodoh baru utk kamal? *angkat kening doblas kali* tak sabar tunggu sambungannya.

    ReplyDelete
  7. akak nak cari buku ni la hujung bulan ni kat mines (ada book and edu fair kat MICC 29/5 - 7/6).. set2 ungu-ungu ni tak lengkap lagi koleksi akak..

    ReplyDelete
  8. haa saya pun ingat nak pegi tapi weekend yg 29hb tu takbleh aar ada kenduri kat rumah yang 6 atau 7hb tu insyallah boleh ar jengah2 :)

    ReplyDelete
  9. salam..saya pun suka sangat dgn buku nie..sambungannya di Kebun Mimpi kan.. opps kamal dgn Ain ke?

    ReplyDelete
  10. ha'ah sambungannya dalam Kebun Mimpi :) tu pun ada sambungan lagi la kebun mimpi tu. nak kamal dgn ain ke? hehe tu kena tanya Pn. Noor Suraya. ;)

    ReplyDelete
  11. Asap api embun berderai
    Patah galah haluan perahu
    Niat dihati tak mahu bercerai
    Kuasa Allah siapalah yang tahu...

    baru lepas marathon buku noor suraya- Tanah Andriyana, Keranamu Ain,Biru Ungu Cinta, Rindunyer kian membara..dalam 4-4 nih biru ungu cinta paling......saya suker......ending tangkap leleh..betul ker ader sambungan plak...kat Kebun Mimpi?..harus kucari..

    ReplyDelete
  12. ha'ah ada sambung rossa Biru Ungu cinta tu, ada cross universe dengan Keranamu Ain jugak!
    tak rugi beli kebun mimpi sebab Tas Merah Jambu best gilerrrr hehe.

    ReplyDelete