Tuesday, April 15, 2008

Tentang... Dhiya

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Syud
Tentang... Dhiya by Syud
Terbitan Jemari Seni

resepi utama syud utk menarik pembaca adalah menggunakan elemen 'mencuit hati' dgn gaya penceritaan komedi ringan. Pendekatan sebegini biasanya akan menjadikan pembaca mudah mesra dgn watak yang diketengahkan. Saya memang suka dgn gaya santai begini dan kalau tengok review2 saya yang lain pun penceritaan begini memang merupakan kegemaran saya. ;) Bila kedukaan menimpa watak2 kesayangan kita, kita akan mudah merasa simpati dan hiba.


Penceritaan yang seimbang mengenai sepasang watak utama cerita ini. Saya tak terasa Syud berat sebelah dalam menceritakan perihal Lisa dan perihal Azril. Kedua-dua watak ini kita dapat kenali dengan seimbang dan Syud ada keistimewaan utk menyampaikannya dalam bentuk penulisan yang paling mudah dan membuatkan saya menyukai kelebihan dan kekurangan insan2 biasa seperti Lisa dan Azril. Kebiasaannya cerita2 yang kita baca tentunya akan cuba meraih simpati pembaca kepada watak utama wanita yang penuh emosi dan dibebani pengorbanan demi pengorbanan. Sekiranya itu berlaku dalam cerita ini, ia akan menjadikan kisah ini agak stereotype.


kisah love-hate relationship dan kawan jadi kekasih ni ntah sudah berapa kali dialunkan oleh pelbagai penulis. Alunan Syud ternyata ada sentuhan tersendiri dan menjadikan "Tentang...Dhiya" terhighlight di kalangan novel-novel genre ini di rak saya :)


Serba sedikit Tentang...Dhiya. Dhiya Nurlisa mempunyai latar belakang kehidupan yang penuh kesedihan. Mungkin itu menjadikan dia agak beku. Hanya orang2 tetentu dapat merasakan kemesraannya. Azril hadir lalu menambah rencah kisah hidup Lisa. Meletakkan dia dalam pelbagai situasi tak terduga, memberinya pengajaran yang tak akan dilupa. Mereka menyentuh emosi antara satu sama lain dalam keadaan yang mereka sendiri tidak menyangka.


Lepas grad masing2 membawa haluan masing. Mereka putus khabar berita selepas sebuah interaksi yang lebih kepada perdebatan hingga menyebabkan Azril hilang kawalan emosi lalu memarahi Lisa. Lisa pergi bersama rasa terkilan. Azril tinggal bersama penyesalan.


Tahun demi tahun berlalu dan garis takdir mereka bertemu kembali dalam situasi2 yang sentiasa meletakkan mereka di tempat yang sama. Tahun2 yang berlalu tidak memudarkan ingatan mereka antara satu sama lain. Emosi berkocak semula tapi siapa yang perlu melafazkannya?


sure fine whatever
rinn



Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi

Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan.

Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Menurut Dhiya, Azril tu:

Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!

Sdgkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.

Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?

Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!

SYUD ada gaya yg tersendiri apabila bercerita Tentang...Dhiya. Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.

RM21.00
545 mukasurat

26 comments:

  1. lorr x bli ker pesta buku hari tu? lepas baca review baru beli ker? ala.. biler lak nak rekemen buku utk akak baca nih?

    ReplyDelete
  2. eh.hehehe....kita x beli la masa pesta buku tu...sbb masa pesta tu kite cr buku lama2...hehehehe

    ReplyDelete
  3. salam rinn,

    thanks for the review :)

    ReplyDelete
  4. salam rinn,

    thanks for the review :)

    -syud-

    ReplyDelete
  5. urw :) terima kasih sudi menjengah.

    ReplyDelete
  6. akak yg belum dapat lagi..itulah yg tak bestnyer, kalau tinggal jauh!

    ReplyDelete
  7. salam rinn,
    setuju dengan rinn... sebab kakwan yang dah tua ni pun terhibur membacanya walaupun ia sekadar cerita santai yang 'biasa-biasa' tp ada keistimewaannya yang tersendiri... tak rugi beli buat koleksi untuk bacaan di kala tension.!!

    rinn... ari tuh kakwan lupa nak ambik gambar ngan dia.. huhuhu ralat betul :(

    ReplyDelete
  8. kak wan :) saya segan aar nak ajak bgambar hari tu.. mcm over pulak aku nih.. tak per, nanti kita wat sesi fotografi nak? kiter pakai timer jer. huhu.

    ReplyDelete
  9. besh cite ni...
    klo la dpt grupmate yg jd soulmate kan besh..hehe

    ReplyDelete
  10. hahaha....actually waktu beli buku ni tak tau langsung citer pasal apa. go bkshop cari novel lain but in the end beli buku ni pasal suka dgn covernya yg menarik..
    dah jadi personal favourite...minat sangat2 dgn Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi (nak kena full-name..macam ngam betul!!)... dok dlm bilik & finish the story within 1 hr.... nak dapat grpmate yg trus jadi soulmate >>> hmm...susahnya!!! hehehe... recommended reading..

    ReplyDelete
  11. cara mereka bertemu semula lepas belajar tu memang rasa betul2 fated lah. *sigh* suka nih.

    ReplyDelete
  12. hehhee..tu la pasal..cm very unsangkarable la ble jumpe balik and leh lakkk ter in luv..ekeke

    ReplyDelete
  13. teringat part diorang terkenang balik benda2 kecil yang mengingatkan mereka antara satu sama lain. so sweeeeeet.

    ReplyDelete
  14. ha'ah..sbenarnye dua2 pon suke sesame sendiri..just ego jer

    ReplyDelete
  15. hah..mcm sedap je nak kene cari nih tp aritu tnye kat badan x de pun...

    ReplyDelete
  16. bleh la masukkan dalam senarai buku utk diburu :) syud nanti mesti ada masa weekend kat sana. bleh ar amik signature skali. Aku nyer buku "Kebun Mimpi" blum dpt sign syud lagi.. huhu. kena bawak nanti nih.

    ReplyDelete
  17. hishhh..bestnyer rinn...kita yang jauh nie tumpang bacer jer la blog rinn nie....minta signature authors lg tue...

    ReplyDelete
  18. aimie, skrg ni ramai writers yg jual their books kat blog masing2 kalau order terus dari diorang, diorang terus sign autograf ;)

    ReplyDelete
  19. ohhh really..tp saya rasa lg senang order ngan publisher...skali harung jer utk postage..hahaha..actually sy nie x active sgt kat blog nie...kekadang x sempat nk buka pun book electronic sy tue...hahaha..wat rugi bayar broadband jer...

    ReplyDelete
  20. la ni rmai nak jimat kos beli buku so diorang baca jer enovel. i also tried jugak nak follow enovel tapi asyik lupa ja. mungkin lebih prefer baca novel yg printed version. :)

    ReplyDelete
  21. huhuhu..sy memang kurang sket ngan enovel..berpinar mata seh...lagipun x suker rrrr baca sket2...x masyuk sgt la kan...

    ReplyDelete
  22. enovel pun banyk yg sudah dibukukan... so tunggu citer publish lah baru baca :)

    ReplyDelete