Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Saidatul Saffaa |
Penulis: Saidatul Saffaa
Terbitan Jemari Seni Publishing
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118258
RM22.00
Sabah/Sarawak RM25.00
616 mukasurat
Aku pilih buku ni utk jadi peneman aku sepanjang perjalanan balik kampung kali ni. Jenis buku yg sekali buka memang tak bleh stop membacanya selagi tak abis. Gatai jer tangan nak singkap page yang last2 tu, tapi ku tahan Jebat! hehe...
Kisah perkahwinan atas aturan keluarga, ada suntikan Islamic yang menjadikan kisah ini ada tarikannya tersendiri utk membuat kita melekap dgn buku ini.
Kisah ini tentang Izzat (Jack), tentang Raudhah. Izzat jejaka yang tersasar dari jalan yg benar manakala Raudhah adalah gadis berdarah campuran yg dibesarkan dgn cukup ilmu agamanya dan cukup menjaga agamanya.
Izzat ditunangkan oleh ibunya dengan gadis yg ibunya bekenan sangat2 ketika Izzat masih belajar di luar negara. Satu percutian telah menemukannya dengan Raudhah di Jannatul Firdaus Resort. Jack sudah mahu menjadi Izzat. Dia nekad meminang Raudhah, rupa2nya dia terpinang tunang sendiri ;)
Demi masa depannya dan juga kebahagian dunia akhiratnya, Izzat bukanlah pilihan terbaik sebagai suami. Kisah silam Izzat dan salah faham telah membuat Raudhah memutuskan pertunangan dan kembali kepada keluarganya di luar negara, membawa rajuk di hati.
Selepas 2 tahun Tok Ayah memberitahu Raudhah dia sudah ketemu pasangan yg paling cocok buat Raudhah.Raudhah memberi jawapan positif setelah istikharah. Akad nikah yg berlangsung di Malaysia hanya ditatap melalui teleconference. Semudah itu saja dia sudah bergelar isteri org. Suaminya bakal datang utk majlis perkahwinan mereka di Edinburg. Dia excited la nak jumpa husband dia pestaim. Tapi dia menjadi gelisah apabila Izzat muncul semula dalam hidupnya setelah dia menjadi isteri org. Izzat juga semakin berani mendekatinya berbanding dahulu. Raudhah rimas. Rimas bertukar menjadi lemas setelah Raudhah tahu kebenaran mengenai siapa suaminya. Terus pengsan.
Kelakar la part Izzat tekejut masa dlm lift ada org mengaji tu. Aku ingat betul la ada org mengaji dalam lift Jannatul Firdaus Resort. Rakaman suara doa naik kenderaan dia kata mengaji? aduih.. haha.
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb:
Biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki kerana cinta itu letaknya di hati seorg abdi.
Kerana pasir, terbentuknya mutiara
Kerana tanah, lahirnya manusia
Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan
Kembara hati dlm jiwa hamba
Kembara daripada hina kpd mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.
Kata Raudhah dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yg turun dari langit utk menyebarkan keindahannya.
Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami
Bukankah kita diciptakan berbeza utk saling melengkapi, lantas nikmat
Tuhan yg mana lagi mahu didustakan?
sebuah kisah cinta indah titipan daripada-Nya, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorg pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA.
bab si izatt sangka org mengaji tu mmg lawak... hehehe..
ReplyDeletetapi rase bengkak je hati dgn prangai si izzat ni.. kesian Raudhah..
rcv this bk dr sorang adik nun jauh d sane... :)) tnx dearie..
ReplyDeleteits true.. once u start..ssh nk stop... u keep on flipping 2 d nxt pg.. hahaha.
some parts mcm terkene btg hidung sendiri.. woooopssss!!.. hehehe
kisah yg menyedarkan bahwa nk berubah menjadi seorang muslim yg baik is not easy... andai tk cekal iman, tkkan kekal tekad itu.. :))
kisah yg bleh dijadikan teladan....:))
love d ending part bab raudah kata "polis tk kasi masuk"... "polis taman syurga"...selagi tk dpt keredhaan suami.. selagi tu dia tk dpt masuk syurga... hmmm..... makes me cry... :((
hi rinn has beli novel ni bulan lepas tapi masih tak baca lagi takut mcm rinn kata le susah nak lepas. semalam baca jaja dan din... mak oii insaf betoi rasanya pling baguih dia siap kira berapa banyak solat yg dia tinggal pastu qado.
ReplyDeletebukan senang nak jadi suami Raudhah. Lama Izzat tu tunggu :) nasib baik dapat dah tu rahsia2 pulak tu. Tak sangka dia majlis tu majlis nikah dia sendiri. ;) nyaris2 dia nak frust menonggeng kat situ. hehe
ReplyDeletejika cinta, lepaskanlah.
ReplyDeletehuhu...
kalau dah jodoh tak ke mana :)
haaa bagus la ada byk stok nak baca :) kiter tengah baca jaja & din :)
ReplyDeleteeh betul tau rinn.... "jika cinta, lepaskanlah.."
ReplyDeletealready tried & tested personally..... hehehe
sumer orang komen izzat..izzat ok aper..tapi Raudhah yg membuatkan saya hangin...mengharapkan suami yang suci..tetapi..aper dia ingat sbb izzat cam 2 x layak untuk dia? wah...saya paling pantang org perasan yg dia tuh lagik baik dan beriman dari orang lain..tuh sumer tuhan yg nilaikan..bukan manusia..apa dia ingat org cam izzat tuh low class dari diri dia..eii...nih dah riak & takbur..x sesuai lansung ngan didikan agama yg konon2nyer dia ader tuh..part dah kawen lg lah teruk..perangai x macam org yg dapat didikan agama pun..part yg saya ingat dia kene rogol tuh...hah raser padan ngan muka...tu lah balasannyer ingkar kat suami..tapi hebat gak izzat dlm maser 2 thn boleh hafal Quran..wah nih kire trg hati giler..boo Raudhah!...he..he
ReplyDeleteBagi saya, masa awal tu Izzat memang tidak layak utk gadis seperti Raudhah. Beza antara Ayat Al Quran dgn doa naik kenderaan pun dia tak tau beza. Taste Izzat tinggi so dia kena melayakkan diri dia utk mendapat isteri sebaik Raudhah. And biler diorang jumpa kembali dan Izzat dah ready utk mengimamkan Raudhah, tu baru adil :) Kalau Izzat senang2 jer dapat Raudhah belum tentu dia akan bersungguh-sungguh menghafal al Quran dlm masa dua tahun. Kalau dah jodoh tidak ke mana.
ReplyDeleteassalamualaikum..sya dah baca novel nie kat library..sgt2 bes..nk tnya kat mne ye blh bli novel nie?
ReplyDeleteboleh beli terus dari publisher. Contact person Jemari Seni untuk pesanan online adalah Yana. Boleh contact dia di talian berikut:
ReplyDelete03-87502434 atau 019-3832434
Pergi jer kat mana-mana kedai buku mesti ada @ beli terus dekat jemariseni py web. :)
ReplyDelete