Wednesday, January 20, 2010

Percayalah... Akhirnya

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ruby Hazri
Percayalah... Akhirnya
Penulis : Ruby Hazri
Terbitan: Jemari Seni Publishing
isbn: 9789675118234
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
626 mukasurat


Dah lama aku habis baca buku ni. Lepastu aku terlupa yg aku belum review. haha..
so aku baca lagi sekali lah. Jenuh jugak ngorek notes citer ni yg ntah kat mana
dah aku selit.


Memang those yang dah baca Percayalah... akan merasa tak sabar-sabar nak baca
sambungan kisah cinta Atiqah-Danial yang sangat membuai perasaan.


Sebenarnya ada beberapa org juga la yg mcm marah2 dengan Ika dalam cerita ni.
Aku dah baca and aku tak nampak pulak kenapa nak salah kan Atiqah. Takdir Allah
seperti melorongkan jalan Atiqah direct kepada Danial semula walaupun ianya
mengambil masa yang panjang.


Bayangkan kalau Khairil tiada dan Atiqah bertemu jodoh dgn org lain, tentu
sampai bila-bila Atiqah tidak akan bertemu Danial semula. Doa Khairil dimakbul
Allah dan Atiqah diamanahkan kepadanya dan dikembalikan kepada cinta sejatinya.


Tak banyak scene yg aku memberi rasa hiba/sedih, kecuali part akhir2, masa
Atiqah-Khairil tu memang sangat menyentuh perasaan.


Aku tak ingat sapa yg cakap citer tak byk tentang Danial, tapi aku rasa kisah
Danial memang ada di sepanjang perjalanan cerita dan tak terasa 'kehilangannya'.
Kisah tidak tergesa-gesa tapi agak heavy. Tidak sesuai dgn selera org yg suka
citer muda mudi riang ria yg penuh dengan scene bercinta semendang sampai
bila-bila.


Walaupun endingnya mengecewakan seorg lelaki yg sangat baik, tetapi bagi saya
ianya happy ending kerana hero buat Ika tetap Danial ;). Cerita ini seperti
menceritakan perbezaan gentleman seorg lelaki Eropah dan gentleman seorg lelaki
Melayu. Dalam kisah ini saya dpt rasakan kasih seorg lelaki Eropah membuai
perasaan Ika manakala kasih seorg lelaki Melayu menyentuh perasaannya. Tetapi
cintanya sudah terpatri kejap kepada seorg lelaki sahaja.




sinopsis/blurb


Dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang dipermukaan, berolak dan bergelora di
dasarnya.


Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya
perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding
lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang.
Tetapi...


Aku sanggup memungut sisa kasihmu yg sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di
sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak utk memiliki hatinya ~ Khairil


Salji datang lagi...
Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang
di padang harapan
Salji datang lagi...
Kala suramnya awan diri yg pasrah
mengenang mentara cindur yg hilang


Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~Danial Wolfgang


Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah
syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir
dan rupanya terlihat pada maknawi.


Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak
yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah


-----------------
Percayalah... Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah.


13 comments:

  1. hi rinn has pun dah beli novel ni tapi langsung tak sempat nak baca tambah pulak dah bukak skolah ni buku budak banyak nak semak tapi email ari2 bukak kot 2 ada review dari rinn tqqqqqqqqq.

    ReplyDelete
  2. kiter review dah lama, cuma ni baru dapat access internet so dpt la post bertubi tubi. :) skali post mau dekat 10 review :) Thanks ya sudi menjengah post kiter.

    ReplyDelete
  3. tahun lepas dah abis bacer...x best ler sambungannyer..saya siap komplen kat ruby hazri py blog...he...he..sbb yg first tuh membuai perasaan sangat..bila sambung jer..adusss....x tau nak katalah!

    ReplyDelete
  4. first book dia memang best. lepas baca novel Percayalah kiter stat beli buku2 jemari seni yg lain :)

    ReplyDelete
  5. Percayalah.. akhirnya dah beli tapi belum baca sbb masa beli dulu tak tau yang ni buku 2...nampak gayanya kena cari percayalah... nak baca buku 1 dulu... dah tengok kat popular book x jumpa-jumpa lagi..

    ReplyDelete
  6. alice, boleh beli terus dari jemari seni punya website. saya pun sejak beli online tu tak penah beli kat kedai dah buku2 js. memang kuar jer buku baru, terus order online. very senang one. ada diskaun RM2.00 dari harga asal dan pos adalah percuma utk dalam Malaysia.

    ReplyDelete
  7. ni slh satu citer yg blh di kategorikan syok sdiri...
    huh mengarut betul...!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. haha... kalau tak syok sendiri tak jadi cerita lah. hehe.
    bg kiter citer ni complicated la... dan bila dua tiga kali baca rasa mcm ikatan perkahwinan tidak diambil serius. tapi kalau atiqah tak bercerai, cemana nak kawin balik ngan daniel. adussss.

    ReplyDelete
  9. 2 yg niera kata mengarut..novel ni b'temakan islamik. dlm 1st novel penulis menterjemahkan atigah gadis yang x hilang kemelayuan & agama w/pun b'ada di tgh2 manusia yg bkn b'agama islam. si atiqah 2 siap b'istighfar lg dlm hati bila pandang danial lama2 tp dlm bab p'kahwinan spt perkara yg diambil mdh. di mana nilai agama dlm kontek p'kahwinan bg penulis ni..?
    mengarut kan.....?

    ReplyDelete
  10. kalau nak kira mengarut, mmg dh sgt byk citer2 lain yg mempermainkan isu kawin-cerai sewenang2nya seolah2 ia satu kerja senang, bukan satu tanggungjwb.

    ReplyDelete
  11. sabar..sabar bawak bertenang..hu..hu

    ReplyDelete
  12. haha... saja seronok 'kacau' niera :) baru meriah.

    ReplyDelete
  13. wah meriah ye rinn..emmmmm mmg meriah pun nak2 bila komen pasal novel yg syok s'diri...baca novel ni rasa cam nak bkr je nasib baik pjm dr rossa...ha..ha..:p

    ReplyDelete