Sunday, January 31, 2010

Baru Dari Alaf 21

Ni buku baru yg kiter nampak kat Karnival Karangkraf baru2 ni. :) dapat gak buku baru Aleya Aneesa :)

 

Aku Mahu Kamu
Penulis Aleya Aneesa
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd
500 mukasurat
isbn: 9789831245064
RM19.90
Sabah Sarawak: RM22.90


"Kembalilah kerana kau adalah sebahagian dari diriku."


sinopsis/Blurb:


Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yg tidak merintih setelah kehilangan satu2 permata  hati? Pemergian Faiq yg dijemput ILAHI benar2 meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.


Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendiri sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun berat hatinya, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yg baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dgn Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.


Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dgn rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.


--------------------

ni buku yg ganti trinovel utk Cinta Si Kucing Parsi yg ada problem sikit.

Salju Cinta
Penulis:Nuriz Aida
Terbitan Alaf 21
Cetakan pertama 2010


"Hangatnya kasihmu membawaku jauh ke dalam mimpimu

sinopsis/blurb


Bagi Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sebaik sahaja nyawa Maziah terpisah daripada badan. Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yg penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yg tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah.


Kemunculan Ilyana yang sarat dgn rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun terbaksa korbankan nyawa.


Fauzan lelaki durjana yg telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yg dimiliki dijadikan umpan utk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yg cantik dan jelita dtg menagih kasihnya, hanya Ilyana yg ingin diburu.


Fikir Ilyana, baik Irfan atau Fauzan... kedua-duanya harus dijauhi. Dia tidak sanggup membiarkan hati terus berdarah. Berhenti atau berlari, dia akan pastikan tiada siapa bertakhta di jiwa. Biarlah dia sendiri meladeni kesedihan ini!


"Biar jarak dan masa jadi halangan, jia ada jodoh..."

 

 

No comments:

Post a Comment