Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Izra Noh |
Penulis: Izra Noh
Penerbit Intens Idea
Cetakan Pertama 2007
RM19.00
isbn: 9789834345006
441 mukasurat
"Kisah cinta silam yang trajis akibat terlalu menurut hati sehingga
membelakangkan keluarga mewujudkan perasaan inferior di hati Ellynna..."
Aku dpt buku ni dari salah seorg penjual buku 2nd hand online. Tak der expect
apa2 dari buku ni, cuma sekadar nak cuba baca buku penulis baru. Lagi pun saya
blum penah baca buku penulis Intens yg lain selain FAuziah Ashari.
Jenis buku yg kiter tak sangka kiter akan enjoy. Membawa tema kawin paksa jugak
so rasanya kalau those yang minat genre ni memang gerenti akan sukalah buku ni.
Cerita ini sedikit sebanyak mengandungi aura ombak rindu tapi ceritanya
completely different lah. Perkahwinan antara 2 orang yg saling membenci dan
berdendam.
Ellynna adalah watak wanita yg ada kekuatan tersendiri tetapi kekuatan itu
dibina sejak kecil demi melindungi kelemahan diri yg boleh menjatuhkan dirinya
dengan mudah. Dia ni trauma masa kecil dan kehadiran papanya boleh meragut
segala kekuatan yg dibinanya dgn sekelip mata. Dia ni ngeri dgn teddy bear. Kira
dia selalu dpt nightmare lah tentang teddy bear nih. Well aku pun penah mimpi
ngeri pasai teddy bear. Aku ni jenis bermimpi tapi tak ingat mimpi apa. Tapi
mimpi teddy bear tu aku ingat jelas sekali. eh... ni citer lain daaa.. haha.
Ellynna dan Haziq bertemu masa sesi interview kerja, tapi diorg betul2 start
gaduh masa Haziq gi ngamuk kat abg Ellynna, Aiman sbb awek Haziq tu mcm syok kat
Aiman, Haziq tu jeles, dia gi cepuk Aiman tu. Memang jenis baran Haziq ni.
Ellynna ni pantang org kacau abg dia memang dia nak protect. So gaduh la dia
ngan Haziq tu.
Haziq tak dapat balas kat Aiman, so dia tak sabar nak sakitkan hati Aiman
through Ellynna. Peluang datang apabila bapa Ellynna yg lama hilang lepas
dipenjarakan muncul semula dengan satu proposal yg sangat menarik.
Ibu Ellynna, Jannah pernah hampir berkahwin dgn bapa Haziq kerana wasiat.
Diorang sepupu. Kalau diorang kawin, barulah harta keluarga akan dibahagi2kan.
Lebih kurang camtu lah. So Haziq amik peluang tu utk berkahwin dgn Ellynna. Masa
tu Aiman dah gi luar negara. Ellynna jadi helpless biler berdepan dengan trauma
dari masa lampaunya, ayahnya sendiri. Kesian Ellynna tu, trauma betul dia dengan
lebah. Berwalikan ayahnya, dia menjadi isteri Haziq. Haziq memang betul2 balas
dendam la masa tu. Kesian Ellynna. Kewarasan Haziq akhirnya datang juga, dia
mula menimbang segala2nya yg dia dah buat. Tapi misteri Ellynna masih lagi
membuat Haziq tertanya-tanya.
Tak rugi baca buku ni :) thanks Azie.
sinopsis/blurb:
Ketakutan dan keresahan sentiasa mengiringi Ellynna. Trauma yg papanya ciptakan
sejak usianya tujuh tahun membuatkan Ellynna gentar utk menempuhi hari2 yg
mendatang. Setelah beberapa tahun berlalu, Ellynna cuba bangun semula membina
keyakinan diri yg tercicir. Dia menjadi seorg yg tabah dan tidak gentar pada
sesiapa jua. Dia hidup bersendirian setelah Jannah, mamanya meninggal dunia dan
abangnya kembali melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Namun, kecekalannya mula goyah semula apabila Haziq, bosnya yg berperangai
seperti papanya hadir dlm hidupnya. Insiden-insiden lucu sebelum ini berlalu
begitu sahaja. Dia semakin benci pada Haziq dan tambah tertekan bila wajah
papanya tiba-tiba muncul menagih 'hutang' di Cemara Holdings.
Ketakutan serta keresahannya kembali menghantui diri kerana papanya. Lalu, dia
sanggup menjadikan dirinya berada di sangkar emas Haziq. Betapa sukarnya utk
Ellynna menjalani hidup yg penuh ranjau. dapatkah dia menaruh setitis harapan
pada perkahwinan yg tidak dirancang ini? Mungkinkah dia mengecap kebahagiaan
sepanjang perkahwinannya dgn Haziq? Dan, wujudkah rasa cinta di hati Haziq utk
nya?
Suatu hari, dia terkedu apabila berhadapan dua lelaki ini yg rupa2nya punya byk
rencana utk memusnahkan hidupnya.
tak jumpa la buku kat spura..
ReplyDeletekat sini pun agak susah nak dapat dah rasanya. Saya beli 2nd hand jer kak dari org juai online :)
ReplyDeleteNiera pun dpt buku ni dr bookstore yg x brape nak hidup dah.. baca blurb blakang mcm best tu yg terus sambar sbb time tu pun tggl satu jer..!!!
ReplyDeletebuku tak republish balik kot Niera. Nasib2 jer tersambar yg best ye? hehe
ReplyDeletealaaa...mmg x republish balik kerr nvl nihhh....
ReplyDeletecari 2nd hand ler. heheh kiter pown dpt 2nd hand nih.
ReplyDeleteada sapa2 yg nk jual novel ni kt sy?
ReplyDeletecontact sy @
aki_yus86@yahoo.com