Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Aleya Aneesa |
Penulis Aleya Aneesa
Editor: Fadilla Jabar
Penerbit: Alaf21 sdn bhd
Cetakan pertama : 2010
isbn: 9789831245964
RM19.90
Sabah /Sarawak: RM22.90
498 muka surat
"Kembalilah kerana kau adalah sebahagian dari diriku."
Berjaya beli novel bonus karya salah sorang novelis prolifik alaf dan dptkan tandatangan semasa ke Karnival Karangkraf baru-baru ni :) Hari ahad tu aku stat baca menjelang tengah malam dah abis. Esok nya tak keja so aku bersengkang mata la baca buku :) memang berbaloi.
Ada la baca catatan AA kat bahagian helaian2 terakhir novel ni. dia ada tanya, siapa yg lebih menderita kehilangan anak dlm buku ni. Ziyad atau Qisya, jawapannya pembaca la yg sedih sbb kena baca kesedihan kedua2 watak. Memang cerita yg tangkap nangis. Resipi yg terasa hampir sama dgn novelnya sebelum ini, "Bertakhta di Hati" tetapi ada aroma yg berbeza. Pasangan berkahwin yg dipisahkan takdir dan bertemu semula beberapa tahun kemudian, tapi kali ni perpisahan mereka berpunca dari peristiwa anak sulung yg mereka kasih sepenuh hati meninggal dunia kerana satu tragedi di rumah dan kesalahan itu diletak bulat2 atas bahu si isteri.
Tak sangka pulak ni asalnya adalah enovel yg bertajuk "CInta sebatang Pen Oren". So sapa2 yg ada follow enovel ni, boleh la mengetahui cerita lengkapnya melalui novel "Aku Mahu Kamu" nih.
Kisah cinta mereka tidak panjang masa sebelum kawin tu, dan memang berpunca dari sebatang pen oren yg comel. Perkenalan yg bermula dgn perbalahan demi perbalahan dan mula bertukar rentak yg lebih slow setelah Qisya meminta Ziyad berlakon sbg kekasih barunya di hadapan x pakwe dia yg sudah berkahwin tetapi mahu kembali kepada Qisya setelah menyedari dia telah melakukan kesilapan yg besar.
Ziyad bersetuju dgn syarat Qisya kena kuar dating ngan dia sbyk 3 kali.
Itulah permulaan kisah cinta mereka. Qisya dilamar dgn sebatang pen oren dan sebulan kemudian merekalah pasangan yg paling bahagia.
Menjelang usia 2tahun, Faiq mula menunjukkan sikap yg pelik. Qisya yg merupakan suri rumah sepenuh masa, sabar melayan kerenah anaknya. Namun semua tu adalah petanda Faiq akan pergi utk selamanya. Ziyad sgt2 frust dgn kematian Faiq dan menuduh kecuaian Qisya telah membunuh Faiq. Qisya lebih keciwa dgn tuduhan Ziyad dan meminta izin utk pulang ke kampung. Semasa di kampung dia cuba menghubungi Ziyad tetapi dia tidak diendahkan, lalu Firyal dilahirkan tanpa perhatian suami. Demi menebus kesalahan yg dihumban oleh Ziyad, Firyal ditinggalkan bersama Ziyad.
Ziyad mengambil Firyal sbg anak angkat kerana wajah itu mengingatkan dia pada Faiq dan Qisya. Atas rasa syak, dia menjejak Qisya di kampung tetapi Qisya sudah pergi membawa diri.
Kisah mereka yg lebih matang bermula setelah 4 tahun berlalu dan Ziyad akan memastikan Qisya tidak akan pergi lagi.
Sapa rasa nk baca novel tangkap nangis yg happy ending, bleh la baca novel baru ni :)
sinopsis/Blurb:
Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yg tidak merintih setelah kehilangan satu2 permata hati? Pemergian Faiq yg dijemput ILAHI benar2 meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.
Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendiri sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun berat hatinya, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yg baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dgn Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.
Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dgn rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.
wahh... cik rinn dah habis bace?
ReplyDeletekena beli nih.
ha'ah, tengok nama writer ja dah berkobar2 nak baca. hehe.
ReplyDeleteekpres sungguh akak rin ni hehehe
ReplyDeleteBukan selalu baca buku fresh di pasaran awai2 mcm nih. haha.. buku lain tu ada lagi tersadai kat rak.
ReplyDeleteperhhh... laju gila rin... dah pesan kat kak wan.. next week baru dapat... ni memang sah kena baca terus bila dapat ni kalau rin pun dah ekspress rakyat sungguh...
ReplyDelete**tepukan gemuruh untuk rinn!!!!!!!!!!!!** hahaha...waaaaaaaaaaahhhh...ala2 superjet dia bace yer!!! hehehe..
ReplyDeletenanti Ti carik la bk ni...
btw, kelmarin ti beli "aku cinta dia" sharifah abu salem...:)) if rinn ade, nanti review ya...
curious nk bace yr pendapat abt ustaz Iqbal & nur dania... hahaha..
***tepukan gemuruh untuk rinn!!!!** hahaha.. wahhhhhhhhhhhhh, ala2 super jet dia bacer yer!!!
ReplyDeletehmm.. nanti Ti carik bk ni la....
btw, kelmarin ti buy "aku cinta dia" sharifah abu salem... if u hv nanti review ya..
ti curious nk bace yr pendapat abt ustaz iqbal & nur dania... hehehe...
esok nak gi beli kat kedai buku popular.... tapi kat situ lambat sampai buku baru... harap-harap dah ada..
ReplyDeletesekali sekala beli buku baru iejay. kalau tak asyik nak abiskan buku kat rak jer :) lagi pun buku AA kiter suker
ReplyDeleteBuku baru lambat sikit kot. kalau order terus dari alaf pun dah boleh daaaah. senang la ni order online,. dok tercongok kat opis or rumah, buku daaaah sampai. senang! hehe.
ReplyDeletedh beli & dh habis bace dh..... hehehe..
ReplyDeletehmm... normal la.... bila dh hilang apa yg kita ada... baru regret mcm nk "hantuk kepala kat tembok" (ala2 ape yg ziyad rase la)... :))
ziyad terlalu over-protective but @ least dia tk malu nk ngaku kesilapan dia to his in-laws...
kesetiaan both of them walaupun jauh & bertahun2 terpisah mmg bleh dpt A+++++.... hahaha..
but Ti rase tajuk "CInta sebatang Pen Oren" lagi kiut la....
"Cinta Sebatang Pen Oren" tu lagi catchy dan terserlah la ciri2 cerita enovel kan byk guna tajuk2 mcm tu kan? Tapi Aku Mahu Kamu tu very Alaf 21 punya style tajuk lah.
ReplyDelete100% agreed!!! hahahah
ReplyDelete