Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Amaruszati Noor Rahim |
Penulis : Amaruszati Noor Rahim
Cetakan ketujuh: 2004
Terbitan: Creative Enterprise
RM15.90
isbn: 9838932086
288 mukasurat
"Biar mereka menikmati keindahannya"
"Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan, merealisasikan sebuah impian utk melihat sena kembali berbunga..."
"Aku cuba membahagiakan semua org api aku tak mahu org lain bahagia di atas penderitaanku"
Cerita ini ada mengingatkan aku pada novel kompilasi penulis ini yg pernah aku baca. Masa mula2 sajalah. Yang lain tu tak der la sama. Antara buku lama yg paling ramai rekemen suruh baca. Aku ingat ka sad ending sbb ada sambungan. Selepas dpt beli buku 2nd part, barulah aku baca novel ni :)
WAtak Datin Salmah tu memang watak klasik mak-mak yg cari menantu ntah hapa2 utk anak dia. Datin Salmah jelas hanya memandang harta dan darjat sehingga si Ay yang seksi giler dan suka berkawan dgn mcm2 lelaki tu yg dia pilih utk dijadikan menantu. Zek tolak mentah2 kerana sejak zaman sekolah lagi dia berkenan sangat dengan Fika yg baginya jauh lebih layak menjadi isterinya. Memang sebu rasanya biler berhadapan dgn Datin Salmah yg pandai melawan kata. Memang terkelu lidah. Dia akan buat apa yg dia nak sampai Zek ditunangkan jugak walaupun jelas menolak. Rasanya kalau Zek buat stail ustaz2 ajak dia jemaah masa tengah shooting mesti Ay tu lari bersepah tinggalkan dia. hehe.
Fika tak mahu meletakkan harapan tinggi pada Zek yg menjadi harapan dlm keluarganya yg kaya berbanding dirinya yg miskin harta. Tetapi rasa hatinya tidak dapat ditolak kerana dia sudah lama jatuh hati pada Zek. Masa dan jarak yg memisahkan mereka tidak dapat melusuhkan perasaan masing2. huhu... memang kes chenta sejati lah ni.
Jaafar dan Amir cuba menyunting Fika tetapi Fika ada sebab2 sendiri utk menolak kedua2 lelaki tersebut. Diorang tu perangai macam org zaman batu. Belajar tinggi2 tapi tidak penyabar. Suka mengongkong dan bongkak. Memang patut pun Fika reject. Belum dpt lagi amik fika jadi bini, dah nampak perangai tak elok. Lepas tu marah2 pulak biler kena reject. apa ra...
Zek nekad memasang perangkap utk membuka tembelang Ay kerana tak mahu kawin. Akhirnya perangai buruk Ay terserlah biler kena tangkap basah, siap ada reporter lagi. Memang malu habis la. Masa tu barulah Datin Salmah sedar dan segan pulak dengan Fika. Kenalah Zek menjejak Fika hingga ke bawah pohon sena utk memujuk hati sang kekasih... huhu... asyik!
tak sabar nak baca 2nd book. Macam tebai jer... aduih...
sinopsis/blurb
Bersama sena yg masih berguguran, Zakri di perantauan cuba menggapai pelangi. Afikah pula dlm pelarian mengusir bayangan semalam. Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan, merealisasikan sebia impian utk melihat sena kembali berbunga...
creative dah xde novel baru lgi ke?
ReplyDeletebila masuk web dia xde updated pun pasal novel baru
rinn, yang kedua lg mencabar =)
ReplyDeletekat web site tak der updates dah rasanya. entah la. selalunya kalau update pun biler terserempak kat kedai atau kat website penulis.
ReplyDeletememang mencabar betul la DD, menggeramkan dan tak sabar2 nak baca sampai habis utk tau ending dia hehe. tak sempat nak taip review lagi nih.
ReplyDeleteambooi..sampai 7 kali ulang cetak..harus kucari nih...
ReplyDeletefofular lah citer ni :)
ReplyDeletenanti rossa cari la kat pesta buku. mgkin creative akan jual murah2 jer buku2 lama ni :)
ReplyDeletesy beli buku ni sbb sy 1skolah dgn zek n fika..:P
ReplyDeleteada pokok sena tak? hehe.
ReplyDeletenovel ni wajib dijadikan koleksi novel kesayangan anda...tp aku punya dah hilang...huhuuhu. kat mana nak cari yek novel ni...aku nak bli huhuhu
ReplyDelete