Tajuk : 143
Penulis : Pingu Toha
Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM20 (Sem) & RM 23 (S&S)
Tarikh Terbit : 5 Feb 2010
Berapa lama untuk kita jatuh cinta?
Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?
Berapa lama untuk kita kenal cinta?
Perlukah empat bulan?
Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...
dan kembali kepada cinta?
Cukupkah setahun?
Dan ini cerita tentang...
The Duyong. The Sleeping Beauty. The Rapunzel.
The Lovelorn. The Penunggu. The Hitam Manis.
Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi mimpi. Ini sebuah cerita cinta.
1
Sekarang…. Satu tahun selepas L.U.V.E.
Cerita Cinta Biasa
Tentang Uth dan Lana.... Lisa dan Haikal.
4
Empat bulan darinya. Dulu.
EXs
Tentang Elina dan Kéri.
3
Ke masa depan, dalam tiga hari…
Merah Biru Violet
Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.
Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah ‘cinta’.
* * *
Selepas L.U.V.E... lihatlah bagaimana PINGU TOHA menamatkan cinta mereka dengan sebuah happy ending... berserta ucap ‘I love you’, akhirnya
-------------------------------------
Sudi Jadi Cintaku
Penulis: Marwati Wahab (a.k.a Aleya Aneesa)
Mini Novela Fajar Pakeer
Dia didesak, lalu atas desakan itu, Farihah nekad mendesak Harith. Hanya lelaki itu satu-satunya harapan yang tinggal untuknya. Sedangkan bagi Harith, mintalah apa saja yang Farihah mahu, tapi bukan permintaan yang satu itu. Sayangnya kepada Farihah hanya sayang sebagai sahabat.
Kecewa bila diri ditolak, Farihah mula mencipta jarak. Dan Harith yang merasakan jurang, terasa hatinya seperti dibawa pergi. Dia memang tidak mahu Farihah menjadi suri hidupnya, tapi tidak juga mahu lelaki lain hadir di sisi gadis itu. Lantas, saat hati Farihah tawar tidak bergula, Harith kian sedar yang dia mahukan Farihah untuk seluruh hidupnya. Bukan sesiapa, melainkan Farihah dan hanya Farihah sahaja!
Tapi Farihah... Adakah masih mengharapkannya?
----------------------
Aku Punya Cinta
Penulis: Dinaz Salsabila
Mini Novela Fajar Pakeer
Nabihah, impiannya mahu memajukan diri dan keluarga. Namun, nasib tidak menyebelahi hanya kerana opahnya. Pinangan Roslan terpaksa diterima walaupun dia punya cinta sendiri. Reda dengan segala kehendak, doa tidak pernah terputus agar dua keping hati dicantum dan tidak jemu dia menunggu kepulangan Roslan.
Roslan, sukanya kepada Nabihah semenjak mereka kecil lagi. Namun setelah melangkah ke luar, dunia sekangkang keranya, dia mula berubah. Hatinya mula ditambat seseorang. Bagaimana dengan Nabihah?
Iman Hasbullah, dia sentiasa bersama Nabihah. Sentiasa menyejukkan hati itu ketika panas dan sentiasa menemani di kala sepi. Rasa senang bersama gadis itu tidak dapat digambarkan. Namun, hanya kerana satu perkara, dia harus berundur. Masa berlalu namun suara hatinya tetap tidak berubah, malah tidak mampu diubah lagi.
hari mgu lepas pg kedai buku setelah cuba menghindarkan diri dari c2 selama sebulan..banyak gak buku baru..saya dah beli Rumput masih Hijau-Iman Xara JS..tapi yg c Pingu nih..x der raser nak beli lah plak..bila bacer namer penulis nih mesti ingat kat Penguin...tuh yg memudarkan mood nak beli novel dier...he..ader ker patut?..tapi agak2 citer rumput nih bila nak bacer pun x tau..sinopsis ala2..cun jer...
ReplyDeletekiter dah beli rumput ngan 143. Rumput dah selamat khatam! best, menarik, tangkap nangis. Aku tau ada ramai peminat citer tangkap nangis yg happy ending. so bleh la dapatkan Rumput Masih Hijau tu. huhu...143 blum sempat baca. lepas ni operasi mengepos review pulak. Chaiyo! chaiyo!
ReplyDelete