Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Laila Hanni |
Penulis: Laila Hanni
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
cetakan pertama Julai 2011
RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00
539 mukasurat
"Suamiku, sesungguhnya cintaku untukmu adalah bukti cintaku kepada-Nya,
redamu padaku ingin sekali kuraih agar bisa kugapai reda-Nya.
Kerana sesungguhnya... syurgaku ada di wajahmu.
Penulis ini ada gaya bahasa syahdu yang membuai perasaan, mungkin akan terasa perbezaannya kalau anda sudah membaca beberapa karya baru terbitan Kaki Novel yang lebih banyak mengalunkan rentak bahasa yang santai dan tidak formal. Penceritaan yang berhati-hati tetapi tidak membosankan. Watak seperti Engku Lokman dan Idayu memang selalu kita jumpa dalam novel-novel melayu. Rasanya tentu mudah sekali watak-watak ini memikat hati pembaca. Gaya penulisan penulis ini memikat hati namun beliau banyak menumpukan penceritaan kepada saat-saat intim Engku Lokman dan Idayu. Tidak sesuai untuk bacaan anak-anak bawah umur. Idayu adalah watak yang kelihatan agak lemah dan pasrah. Mungkin sifat lemah lembut dan pemalunya membuat dia kelihatan begitu. Namun sifat lemah lembat dan pemalu itulah yang menawan Engku Lokman yang selama ini ke hulu ke hilir dengan wanita-wanita yang 'daring' dan berani. Terasa seperti Idayu terlalu cepat jatuh cinta kepada Engku Lokman, mungkin sebab selama ni kalau saya baca cerita kahwin paksa, mesti dah beberapa lama barulah jatuh hati. Tapi cinta itulah yang telah merubah Engku Lokman ke arah yang jauh lebih baik.
Penulis mengangkat Idayu, seorang gadis kampung yang dijaga rapi ibu dan bapa angkatnya, sebagai heroin dalam kisah ini. Dia lahir dari hasil kerakusan lelaki. Dia tidak pernah tahu hal itu hinggalah suatu hari segalanya terbongkar. Rahsia itu membuat Idayu merasakan harga dirinya runtuh, malah memilih untuk memutuskan pertunangan dengan Hairi demi untuk mengelak krisis di kemudian hari. Hairi berprasangka buruk dengan keputusan Idayu.
Idayu enggan bekerja di tempat yang ramai orang, jadi dia membuat keputusan untuk bekerja di rumah Engku Maryam. Menjaga kebajikan harian Engku Maryam. Idayu berjaya mencuri hati Engku Maryam dengan sikap prihatinnya malah menjadi peneman terbaik untuk Engku Maryam. Kehadiran Engku Lokman mengocak ketenangan hidup Idayu. Idayu yang sebelum ini kelihatan biasa-biasa, tiba-tiba jadi begitu menyerlah di mata Engku Lokman yang gemar menggoda wanita. Dia gagal mengawal nafsunya lalu meragut kehormatan Idayu. Dia berjanji akan bertanggungjawab namun tidak menyangka akan dipaksa menikahi Idayu.
Engku Lokman ni membesar di luar negara dan mengamalkan gaya hidup bebas. Kepulangannya ke tanah air tidak langsung mengubah gaya hidupnya. Dia sangka dengan menyanggupi untuk mengambil tanggungjawab menjaga Idayu sudah cukup untuk menebus kesalahannya. Bapanya, Engku Badrul, membuat tawaran yang tidak dapat ditolak. Menikahi Idayu, dia akan menerima wasiat separuh dari harta kekayaan ayahandanya. Baginya itu tawaran lumayan yang tak mungkin ditolak. Dah la dapat bini lawa dan baik, dapat harta pulak tu.
Engku Badrul dan isterinya berhasrat untuk mengahwinkan Idayu dengan Engku Lokman kerana percaya Idayu akan dapat menundukkan Engku Lokman dengan sifat semulajadinya yang serba memikat. Idayu bukan sahaja bersopan santun dan baik hati, dia juga seorang yang mementingkan solat dan membaca al-Quran. Malah dialah peneman setia ketika Engku Maryam membaca al-Quran setiap kali selepas solat. Mereka tidak kisah dengan asal usul Idayu kerana Engku Lokman pun bukannya jenis yang baik-baik.
Engku Lokman sanggup berkampung selama seminggu di rumah kampung Idayu. Sangkanya dapatlah mengintai-ngintai bakal isterinya namun Idayu diarah pulang ke rumah Engku Maryam dan tinggalah Engku Lokman di situ untuk dibasuh dan dicuci oleh bapa Idayu. Bapa Idayu tahu Engku Lokman mudah diajar. Membesar di luar negara telah merosakkan agama Engku Lokman walaupun dia seorang lelaki yang sangat budiman. Engku Lokman diajar asas bersuci, berwuduk dan bersolat. Baru berangan nak mandi dengan Idayu, sekali kena mandi dengan bakal pak mentua kat perigi. haha. Walaupun separuh hati menghadiri sesi ceramah dan tazkirah, isi kandungan penyampaian sedikit sebanyak menyentuh sanubari Engku Lokman.
Idayu enggan bersuamikan lelaki seperti Engku Lokman. Tambahan pula, setelah mengetahui gaya hidup bebas Engku Lokman, lagilah dia seram nak bersuamikan lelaki itu. Dia impikan lelaki yang dapat memandu hidupnya agar menjadi isteri solehah. Namun, dia tidak dapat menolak arahan bapanya yang pernah kecewa ketika dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Hairi dulu.
Engku Lokman ada perancangan sendiri dengan teman wanitanya, Astri, namun setelah bernikah dengan Idayu, dia lupa segala-galanya. Tumpuannya hanya berpusat pada Idayu malah solatnya semakin terjaga apabila dipantau dengan penuh berhemah oleh Idayu. Apakah yang bakal mengocak kebahagian mereka? Sebab yang agak tipikal iaitu sikap tidak berterus terang dan kisah silam yang kembali tanpa dijemput...
Anak yang lahir dari sebuah kemungkaran akan menjadi suci dan unggul dengan didikan agama yang sempurna manakala anak yang lahir dari sebuah ikatan suci, belum tentu akan dewasa sebagai manusia suci. Begitulah 'contrast'nya Idayu dan Engku Lokman, namun jodoh menjadikan mereka saling melengkapi.
sure fine whatever
Rinn
blurb/sinopsis belakang buku:
Pertemuan pertama Idayu dan Hairi, membuahkan rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yg Hairi rasakan. Mereka akhirnya bertunang dlm tempoh perkenalan yg singkat. Namun rahsia yg terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu dengan rasa rendah diri memutuskan pertuangannya dgn Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan.
Setelah tamat pengajian, Idayu bekerja sebagai jururawat peribadi kpd Engku Maryam, hanya kerana igin terus meminggirkan diri dari dunia luar. Namun pertemuannya dgn Engku Lokman, cucunda Engku Maryam membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu. Kehadiran Idayu pada mulanya tidak diendah oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah memperkosa Idayu. Bila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya, dia dipaksa mengahwini Idayu.
Mampukah Idayu mengubah suaminya dari noda dan dosa semalam? Mampukah dia bertahan dengan cinta barunya? Bahagiakah mereka melayari sebuah bahtera dgn cinta yg terpendam dalam diam? Mungkinkah akan ada badai yg melanda bahtera cinta yg baru sahaja memulakan pelayarannya itu? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya utk menagih cintanya yang tidak kesampaian?
No comments:
Post a Comment