Wednesday, October 17, 2007

Raya 2007

Raya 2007
 
Tahun ni raya jatuh pada hujung minggu so, cuti extra sehari saja. nasib baik la cuti aku byk lagi, dpt jugak bercuti 3 hari sebelum raya dan tambahan 2 hari selepas raya. Tiket raya memang awai2 aku dah beli, seminggu sebelum posa. Tahun ni i choose utk balik siang sbb dua tahun sebelum ni aku balik malam dan memang menyakitkan hati jer syarikat bas yg selalu aku naik tu. Aku ni jenis beli tiket awal2, tapi biler bas sampai orang bas tambahan dah berebut dulu. last2 aku plak yg kena naik bas tambahan.. hehe aduih.
 
Keta aku parking kat opis jer, masa naik bas ke ERL aku ternaik bas yg round Alamanda dulu.. perggh kat setengah jam kat dalam tu, aku terus terlepas tren 8.04pg. so terpaksa la tunggu lagi 1/2jam for the next tren. takut gak aku terlepas bas balik kg. kena sampai jalan duta before 10pg. pukul 9.15 baru aku sampai kat Puduraya utk confirm kan tempat bas bertolak. Memang sah2 semua ke utara kena naik kat jalan Duta. Feeder bas disediakan (rapid KL), tambang rasa macam berganda jer dari last year. whateverlah, janji sampai. Bas ni stail penuh baru jalan, dia sumbat sampai ke pintu baru nak gerak. Dekat2 pukul 10pg baru dpt turun dari bas sbb jalan nak masuk ke jalan duta jem gilerrr. Aku terus pi cek kat kaunter utk tengok waktu perjalanan bas, lega rasanya biler org kat kaunter tu cakap bas yang pukul 10pg tu dikira dari Puduraya, dari Jalan Duta ni kira pukul 10.15 pg la.
 
Haritu beg aku penuh gak ngan majalah2 karangkraf yang tak pernah aku beli sebab diorang bagi free jer. so buku citer yg aku usung tak bersentuh langsung sebab asyik tengok magazines warna warni :) Budak yg dok sebelah aku rajin menyembang lah pulak. Kebetulan masa dia nak sorong beg dia kat bawah bas aku tolong sbb dah sendat dgn beg2 besar. Rupa2nya bakal doktor yg masih menuntut di Sulawesi. Menarik jugak citer2 dia tentang pengalaman dia di bilik bedah dan hidup di Indonesia sbg pelajar Malaysia.
 
Masa singgah kat stesen petronas simpang pulai, ada org astro dok edarkan beg2 astro berbagai warna. tak sangka pulak dapat kipas yang ada 'marhaban di astro' of course la ada akma. :) Petang tu dalam pukul 3 lebih aku dah ada kat Kulim.
 
Raya tahun ni budak2 tak ramai lah pulak. peket berisi duit raya pun banyak lagi kat rumah. Hari raya pertama tu memang hari mengunjungi jiran2 dekat rumah jer. Esoknya barulah kitorang balik kg tengok paklang, maklang, pak ngah, paklong. Memang perut dah penuh semua compartment dengan macam2 jenis makanan.
 
Raya ketiga kitorang pegi rumah maklang sebelah aruah ayah di ptg pauh. Lepas gi rumah dia kitorang nak pi carefour seberangjaya utk beli ayam dan bahan2 utk bbq kat rumah malam nanti. Masa kitorang smpai tu dia hidang kuih raya. Kitorang blasah la laju2 sbb nak balik cepat, lepas tu dia hidang nasi himpit kuah kacang plak. sedap lak tu, kami makan sampai abis kuah. Then utk penutup dia bawak keluar mee kuah.. terbeliak mata ha. Nasib baik la hari tu pi rumah dia sorang saja.
 
Malam tu main asap la bakaq ayam ngan ikan. Siap guna kipas angin letrik lagi utk nyalakan bara. Adik aku yg sorang tu tak leh hidu asap banyak2 dia rasa sesak dada, siap guna topi birthday yang muncung tajam tu utk cover mulut dan idung dia. hehe, sepanjang malam tu dia asyik kena sakat, "Burung apa?!!" Memang makan sedap malam tu.
 
Raya keempat barulah aku boleh rilek2 sambil tengok tv. buku citer tak sempat pun nak belek. Raya keempat tu semua orang ada kat rumah, so kitorang buat sesi fotografi, nasib baik la adik wak balik kamera dia, so guna selftimer jer. peh tu sesi bday girl dan bday boys bergambar dgn kek.
 
Raya kelima kitorang gotong royong bersihkan rumah kecil kat kampung.. peluh merambu rambu.. balik petang tu terus kukus ayam makan ngan nasik.. nyum nyummm nyummm.
malam ni dah nak balik KL. cepatnya masa berlalu. Walaupun budak2 tak ramai beraya tahun ni, rumah kami meriah dgn adik beradik. SElamat hari raya semua, maaf zahir dan batin :)
 
sure fine whatever
Rinn
 

1 comment:

  1. fun gitu beraya kat kampung. nak rasa juga beraya kat kampung tapi kita tak ada kampung kwang x3.

    ReplyDelete