Sunday, June 26, 2011

Yang Ku Cari

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Yang Ku Cari
Penulis: Mimie Afinie
Editor: Shana
Terbitan KarnaDya Solutions
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
9789675367977
Cetakan pertama 2011


"Dalam sepi itu
kembali ku mengingati mu
lalu hati jadi rindu"


Dalam 'Yang Ku Cari' aku rasa kisah latar belakang Aryana lebih menarik dari kisah cintanya. Aryana bersahabat baik dengan Hatta namun setelah bertahun bersama, Hatta akhirnya jatuh cinta pada orang lain. Aryana 'frust' sorang-sorang. Kehadiran Zahim mulanya merimaskan tetapi lelaki itu sangat sabar dan cuba menarik perhatiannya. Dalam tidak sedar Aryana dibenci ibu Zahim kerana disangka ada hubungan sulit dengan suaminya. Tapi suaminya tu sebenarnya nak menyampaikan hajat untuk menyunting Aryana buat anak bujangnya. Tapi cara dia 'approach' Aryana tu buat Aryana rasa nak lari.

Lawak la watak Mustakim, bapa saudara Zahim. Dia pegi nak jadi 'spy' di kedai cermin mata, tempat Aryana bekerja tetapi dia terbeli cermin mata gelap berharga RM499.00 haha! habis duit upah jadi spy.

Aryana adalah anak isteri kedua Khalid. Khalid terpaksa membawa Aryana ke dalam keluarga isteri pertamanya kerana ibu Aryana telah meninggal dunia. Afizan tidak menghiraukan Aryana. Seolah-olah Aryana tidak pernah wujud dalam rumah itu. Dia terlalu terkilan dengan tindakan suamiya yang beristeri dua setelah sekian lama tetapi tidak memaklumkan kepadanya. Kemunculan Aryanalah yang membuka rahsia itu. Aryana kemaruk kasih ibu. Dia selalu memandang sayu kemesraan antara Afizan dengan anak-anaknya, Mukhris dan Dilla. Bilakah dia akan dapat merasakan kemesraan yang sama?

Aku lebih tertarik dengan kisah silam Aryana dan ibunya. Khalid mengahwini ibunya demi menjaga agama gadis yang baru memeluk Islam yang telah dibuang keluarga. Datuk kepada Aryana ni jenis mafia-mafia tu. Sebab itulah nyawa ibunya terancam. Malah setelah mengetahui kewujudan Aryana, datuknya turut mengugutnya. Aryana dan ibunya dianggap pembelot yang tak layak dikasihani. Aku tersentuh dengan watak nenek Aryana yang rindukan anaknya tetapi pertemuan dengan Aryana menjadi pengubat rindu.

Kak Mimie memang terbaik dalam menulis babak-babak sedih menyentuh perasaan terutamanya melibatkan Aryana dgn datuk dan nenek juga, begitu juga Aryana-Afizan, ibu tirinya.

Watak Syira memang menyakitkan hati. Gatai, miang. adusssss


sure fine whatever
Rinn




blurb/novelcinta @ multiply/ sinopsis


ARYANA, gadis kacukan Melayu Cina. Sejak hatinya diserah pada 'si dia', dia sudah tidak punya hati lagi untuk lelaki lain. Hanya 'si dia' yang mampu beri apa yang dia cari selama ini. Benarkah begitu?


ZAHIM, lelaki yang terbuka dan berterus terang. Belum apa-apa sudah berani meminta macam-macam. Nampak seperti bukan jenis yang penyabar. Pilihan abah dan Kak Bedh, tetapi adakah pilihan dia juga?


BENJAMIN, Kawan baik Zahim ini betul-betul menambah masalah. Jenis kawan makan kawan punya juga. Punyalah ramai gadis berketurunan cina yang cantik-cantik belaka, kenapa harus dia?


HATTA, sahabat sejak kecil. Baik hati, mengambil berat dan penyayang. Malah dia turut disayangi ibu bapa lelaki itu. Kalaulah kasih sayang seorang ibu yang dicari, Hattalah pilihan yang paling tepat. Betulkah?


Semuanya tidak semudah yang disangka. Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan, ada saja rintangan. Yang pasti, diat idak akan mudah mengalah. dia tidak akan cepat melatah. Dia percaya, dia pasti ketemu apa yang dicari selama ini.


YANG KU CARI, bukan sekadar cerita cinta biasa, tapi lebih daripada itu. Bacalah dan hayatilah.


1 comment:

  1. puas hati bace novel ni.
    pengubat rindu karya kak mimie. :)

    ReplyDelete