Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Nazurah Aishah |
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2009
Lagi karya online yang dizahirkan dalam bentuk buku. Kalau yg online tu memang aku jenis susah nak menghayati. tak der feel :). Aku ni old fesyen, kena pegang dan baca baru puas.
Semalam aku mula menyelak buku ni sbb buku yang sedang aku baca tertinggal kat ofis masa kalut2 bersiap utk balik semalam. Pagi ni aku dah abis baca before mula keja.
Permulaannya dalam rentak yang biasa tapi selepas tragedi yang menimpa Sofia, cerita ni jadi tak sabar aku nak habiskannya.
Tak sangka pulak kisah ni tentang kahwin paksa, stail Nazurah Aishah nyer kawin paksa memang lain dari pada kisah2 yang pernah kita baca sebelum ini. Kalau before this kita baca buat sempadan letak binding tape atau lukis dgn kapur kat atas lantai or sekadar letak bantal peluk kat atas katil, well cara2 tu gerenti tak berkesan. hehe.. dlm citer ni heroin tu tido dgn pisau potong ikan kat bawah bantal. Gerenti husband dia tu nak menguit masa tidur pun pikir berjuta kali sbb mata pisau tu mungkin end up tenggelam dalam pusat dia. haha.
Bukan mudah sofia nak memaafkan Ikhmal. Penyampaian Nazurah Aishah mengenai kemelut dalam jiwa Sofia memang mengundang hiba dan mengalirkan air mata. Cerita yang tangkap nangis. Lu buat wa nangis la Nazurah Aishah *sob *sob (perah comforter).
kalau nak baca buku ni, boleh stop setakat ini kerana selepas ini banyak spoiler akan di reveal ya dan mungkin akan mengganggu mood membaca :)
Sofia dan Ikhmal bercinta ke? diorang sendiri tak pasti kedudukan hubungan diorang. Dari sekolah mereka saling mengenali dan mereka setia tanpa ikatan. Ikhmal seorg yang panas baran dan cepat cemburu. Dia sering keluar dgn wanita lain, tapi apabila dia terserempak dgn Sofia bersama rakan sepejabatnya kat tempat makan, dia terus dibakar cemburu. Dia menggunakan alasan keluarga utk membawa Sofia balik ke rumahnya lalu Sofia dicabul tanpa simpati.
Sofia hilang arah, dia mendpatkan bantuan Dr. Najihah. Dia enggan buat laporan polis demi menjaga kehormatan keluarga kedua-dua pihak yg dipandang tinggi dlm masyarakat. Ikhmal segera menghantar rombongan meminang namun ditolak mentah2 oleh Sofia yg tak mahu bersuamikan syaitan bertopengkan manusia. Rahsia Sofia terbongkar apabila Ikhmal sekeluarga kembali dan mahu mereka berkahwin kerana sudah terlanjur. Akibatnya Sofia dibuang keluarga dan terpaksa tinggal dgn keluarga Ikhmal. Bencinya membuak2 buat Ikhmal yang berdusta. Terlalu banyak dosa Ikhmal padanya yg tidak terampun. Ikhmalnya akhirnya membuat pengakuan mengenai kekejamannya terhadap Sofia, so dapat jugak la dia bonus penumbuk penampar penendang dari bapa tersayang dan juga bapa mertuanya. Abg iparnya awal2 lagi dah blasah dia. Padan muka. Mulai saat itu, jika Ikhmal tersilap langkah sedikit dan membuat Sofia sedih, memang dia akan menerima 'bonus' tiga serangkai sekali lagi.
Mereka cuba melayari hidup suami isteri sebaik mungkin. Rasa cinta yg sememangnya ada mekar dan penyeri hidup bakal lahir. Namun tindakan Ikhmal merahsiakan aktiviti malamnya membuatkan isterinya curiga, cemburu dan salah faham. Kemalangan yg menimpa Ikhmal sebelum kelahiran anak kedua mereka menggegarkan lagi bahtera mereka. Ikhmal tercabar dengan Nizam yang sudah lama menaruh hati pd isterinya. Dia tidak dpt membuang rasa curiga.
Nizam dan Ikhmal kedua2nya ada kekurangan yang hampir sama. Cuma bezanya Ikhmal percaya bahagia cuma akan datang bila dia dpt memberi kepuasan zahir batin pada isterinya tapi Nizam lebih mementingkan cinta dan tanggungjawab. Tak sangka pulak aku suka endingnya. Buat apa meneruskan perkahwinan yang penuh dengan curiga dan kata2 menyakitkan hati. Bukan selalu dpt tutup novel yg mcm ni dgn rasa puas. Habis baca buku ni barulah aku macam faham la (macam saja hehe) coretan Nazurah Aishah masa amik signature nya:
"Jika cinta... lepaskan
Jika rindu... pendamkan" - Nazurah Aishah
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Sekali air sungai melimpah…
sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya
untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!
Ini bukan cinta 3 segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya
hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar
resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci.
Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku
memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!
Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi
pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang....
Kenapa harus begitu, Mal?
--------------------
NAZURAH AISHAH kembali dgn cerita yg sarat dgn emosi. Bahasa Nazurah Aishah terserlah matang, tulisannya segar dan menguntum senyum pembaca. Rahsia Hati Sofia dipersembahkan hanya buat mereka yang faham akan erti cinta!
RM21.00
sabah/sarawak: RM24.00
isbn: 9789675118173
555 mukasurat.
kak rinn last skali sofia dgn ikhmal ke nizam???
ReplyDeletefuhhh aku suka mmg aku sukaaaaaaaa...melelehhh wa cakap lu...masa mula baca tak excited sgt tp lps part dicabul tuh aku terus pulun takleh stop...yeahhh i likeeee!! antara fav utk tahun nih! aku bagi 4.5 bintang!..
ReplyDeleteihikk tak sangka ada watak pompuan pregnant nama Suhaili...huhuhu
aloo..wa ckp lu cte nie mmg best arh..
ReplyDeletetp x meleleh arh..huahuahuah..
lili wat najah mmg sure leleh..hehe
pe2 cte nie mmg besh..
Sue, sebab tu la aku suruh hang baca :) tak rugi kan beli siap dpt signature lagi ha hehe.
ReplyDeletem3craze, bagi saya citer ni memang sedih melelah air mato wo.. LBN pun nangis gak.. huhu.
mana nak beli buku ni.agak2 MPH ade x,popular ke? cari semalam kat kedai buku takde pon.
ReplyDeleteAda... kalau susah nak bli, boleh order direct dari jemariseni.com, postage percuma, dpt diskaun lagi ha.. nak order terus dari penulis pun boleh siap dapat signature lagi. nazurah-nazurah.blogspot.com :)
ReplyDeleteciter nih best nak2 part lpas c sofia kene rogol ngan ikhmal tuh...huh raser mmg patut pun sofia nak rodok perut ikhmal tuh...citer nih buat aku jadik x sabau..terus pg ending..hangin satu badan..bila bacer ayat dah 6 thn sofia berpisah ngan ikhmal...ha..baru sambung balik part diorang baru kawen tuh..hampeh punyer jantan suka-suki rogol org pas tuh nak bertanggung jawab..mangkuk tol ler..nasib ending best..kalu x harus ku campak buku nih..tapi pas tuh kutip balik ler...he..he
ReplyDeleteYup, setuju ngan rossa, ending citer ni buat saya rasa sangat2 puas hati :)
ReplyDeleteHarap tak lewat nak bagi tau kat Nazurah Aishah, I like this book very much....Jalan cerita yang sungguh-sungguh menarik..bagaikan dapat menyelami hati Sofia ketika dia ditimpa musibah akibat perbuatan Ikhmal. Betapa mulia nya peribadi Nizam sekeluarga yang menerima Sofia dengan hati yang terbuka. Syabas Nazurah.....looking forward for your next book!
ReplyDeletesaya pun ska gak citer ni.. slalunya susah gak saya nak suka citer heavy :) tapi yg ni memang menarik
ReplyDeleteAlaa ... kat mana nk baca buku online. susahlah nk beli. tk jumpa kedai.
ReplyDeletetak sure pulak if citer ni ada versi penuh online. boleh jer order terus dari jemariseni.com. kiter slalu jer order situ. :)
ReplyDeletecite ni ending dy membengangkan!!! spoil giler ah buat hero down smpi mcm tuh....sian la kat dy...huhu
ReplyDeletei love the ending sbb kalau tengok the way hero tu layan heroin dan dia tak percaya langsung wife dia, better berpisah dari terus sakit hati. i love the ending sbb heroin end up dgn org yg baik dan appreciate her.
ReplyDeletehuhuhu..rasanyer baca novel nie last year...awal tahun kalo x silap...memang best n lain dr yang lain...tp yang paling lain the end of story...how can both if them just let it go...sesekali terfikir bahagia ker jika we just let orang yang kita sayang pergi dr hidup kita...tp memang salute ngan Naz...tp betul juga kalao cinta kenapa mesti ada curiga & kata-kata nista...memang leleh abis laaa baca novel nie...
ReplyDeleteMemang menarik baca buku ni, tak sabar nak menghabiskannya :) aimie dah baca ka buku baru dia yg Melur Bunga Ivy?
ReplyDeletehehehe..belom rinn..sy nie baru start baca novel smula nie..dah lama x rasa gian giler nie..nie br nak order dr JS nie..kat sini susah sket nk dpt novel terbaru....
ReplyDeletehaaa... skarang senang bleh order direct the writer or publisher. jadi dok cerok mana pun insyallah dpt la merasa baca buku baru :)
ReplyDelete