Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Rose Harissa |
Penulis: ROse Harissa
Terbitan PTS Litera
RM16.00
sabah/sarawak RM18.00
261 mukasurat
Cover buku yg kaler merah buat aku teringat kat kad raya cina. Memang merah ang ang! Walaupun beli online kat toko che rose tak der diskaun dan kena bayar postage, aku selalu mmg tak kisah sbb mesti ada sisipan menarik bersama novelnya. Kali ni Rose menyelitkan sekeping lukisan gambar si hero bersaiz poskad dan sekeping penanda buku yg comel ;) thanks Rose.
Ini memang kisah yg menyasarkan golongan awal 20-an dan remaja belasan tahun. Ceritanya lebih dekat dengan golongan2 ini. Walau bagaimanapun RH menyelitkan kisah pemuda yg pernah mengidap penyakit yg disalahertikan sbg kurang siuman. Safiy Aqil memang suka bersendiri, dia sendiri tidak menyedari yg dia sebenarnya memerlukan seseorg yg memahami dirinya.
Sara yg tersua-sua menggoda Aqil tidak pernah mendapat perhatian Aqil tetapi Raisya yg biasa2 tetapi comel itu yg menarik perhatiannya. Aqil sentiasa tersentuh dgn perhatian ikhlas dari Raisya sehingga mereka boleh bersahabat. Persahabatan mereka dicemburui Sara dan Rafa'e. Diorang yg beria mengorat tetapi sasaran mereka terpikat kat org lain pulak. Rakan2 sekitar juga heran bagaimana lelaki pelik spt Aqil boleh didekati Raisya, seorg perempuan sedangkan dgn lelaki pun Aqil sukar bersahabat.
Cerita ini mengajak kita memahami kehidupan seorg bekas pengidap sindrom asperger dan pemahaman yg tinggi amat mereka perlukan utk menerruskan hidup dgn lebih normal. bukannya dgn cara disisihkan dgn tanggapan2 yang salah.
RH turut menyelitkan kisah hiba Aqil yg menyentuh perasaan. tangkap nangis la jugak. Aku tak expect nak turut menangis masa baca novel ni tapi kisahnya memang akan membuat kita turut bersimpati dgn Aqil.
Raisya tu sebenarnya teruja dgn Aqil yg rupa2nya seseorg yg dikaguminya melalui bahan bacaannya. Lawak pulak part Raisya paksa Aqil sain buku dia :)
Watak Sara dan Rafa'e berjaya menambah asam geram cerita membuat aku rasa seronok dan cepat menghabiskan novel ni. Sara jadi watak yg akhirnya insaf dan sedar kesalahan diri tetapi Rafa'e spt tidak menyesal tapi puas hati sbb dia diadili di mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal. And haruslah diingat bahawa aku adalah penggemar novel yg tidak terlalu tebal ya? hehe :)
Tajuknya mungkin menyebabkan org boleh keliru dgn siri Aku dia dan Coklat tu hehe... tajuk macam dekat2 pulak. Bahasa yg digunakan dalam buku2 pts termasuk buku ni adalah bahasa melayu standard.
Ending yg masa Aqil tukar status kat facebook dia tu comellah! sweet hehe.
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb:
"Kata orang, Aqil itu sering bercakap seorg diri semasa melakar rekaan..."
"Aqil itu pernah buat kerja gila, minum air dakwat lukisan semasa di tahun satu!"
"Sebenarnya... Aqil itu ada masalah mental..." Betulkah Safiy Aqil sakit mental? Alangkah ruginya, rupa kacak tetapi sakit mental pula!
Namun, semua persoalan yg berkumpul di otak Raisya terjawab setelah dia berada di satu ruangan kerja bersama Aqil.
Seperti keju dan coklat, betapa dua bahan berbeza boleh disatukan menjadi satu rasa hebat. Begitu juga dalam hal berkawan.
Aqil- "Berkat duduk satu ruangan kerja dgn awak dahulu, saya berasa punya kawan sejati. Berkat mengenal awak, saya juga dpt mengenal erti bahagia lagi."
Rupa2nya ada banyak rahsia yg disimpan oleh Aqil yg bukan sahaja mengejutkan Raisya tetapi seluruh Fakulti Alam Bina!
byknye buku baru yg cun kena beli heeeeeee
ReplyDeletesebab tu kiter suka beli sikit-sikit. :)
ReplyDeletekak rin, cun klu leh beli skit2 dah lama cun beli. skang ni kat area cun dah xde kedai buku. kedai kat bawah tanah dan popular yg dekat ngan opis cun pun dah tutup huhuhuhu...sian x...
ReplyDeleteowh patutla. takpa, bli banyak2 buat stok.
ReplyDeletehuhuhu... bengkok kak rin ooii
ReplyDeletesaya ada tabungan tiap2 bulan so tht saya boleh shopping buku sakan masa bookfair. :) sehari seringgit pun sudah mencukupi utk shopping buku masa bookfair kat pwtc setahun sekali tu.
ReplyDeletecun pun simpan gak. kekadang tu beli sampai terlebih dr bajet hehehe
ReplyDeleteyg jd mangsa ayang cun. dia kena coverkan hehehe
owh, kalau nak beli kena beringat2 la, ikut kemampuan hehe, walaupun kadang2 tu rasa nak borong mcm2. masa mula2 dulu, main capai jer apa yg nampak. Sekarang ni dah memilih sikit. so tak der la masalah budget burst kalau shopping kat bookfair :)
ReplyDeletetu yg kena buat list. so masa bookfair dah jd org yg cukup berdisplin. membeli mengikut list yg disenarai kan hehehe
ReplyDeleteoh baru tau klu beli dgn writer leh dpt hadiah2 yg comel
ReplyDeletehm, next time li trus ngn kak rose la :D
:) len kali bleh ar order terus ngn rose. biasanya dia akan update kat blog dia kalau dia ada sedia kan goodies utk pembeli novel2 dia secara online di tokobukucherose.
ReplyDeletebtul tu. kak ros mmg baik hehehe
ReplyDeleteoh ok! tggu next novel dia
ReplyDeleteleh beli on9 hehe
ok good!
ReplyDelete