Friday, November 19, 2010

Penjara Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nia Arissa
Penjara Rindu
Penulis: Nia Arissa
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM21.00
sabah/sarawak: RM24.00
644 ms


"Biarlah aku bebas mencintaimu kerana rinduku tidak sanggup terpenjara lagi..."


Cover kedua2 novel terbitan november 2010 oleh kaki novel ni mempunyai konsep warna yg sama (Dosa Semalam & Penjara Rindu). Kadang2 macam tak teringat covernya yg mana satu.


Penjara Rindu menawarkan kisah kawin paksa. Sesuatu yg dah jadi terlalu biasa dalam membaca novel melayu seolah2 ramainyer org kat Malaysia ni yg kena kawin paksa.


Farisya Hani yg sudah mempunyai kekasih (Aswad) terpaksa mengahwini sepupunya Haziq demi menyelamat maruah keluarga itu setelah bakal pengantin perempuan melarikan diri dgn lelaki lain.


Di bahagian awal kisah ini memang agak lambat aku membacanya kerana terasa seperti mengulang baca kisah lain yg mempunyai latar cerita yg lebih kurang sama.


As we follow the storyline, the writer began to improve in presenting her stories. Rasanya banyak di bahagian awal novel ini perlu diedit dan dikemaskini supaya lebih 'menangkap' perhatian pembaca. Bagi yg mahu memulakan cerita ini, jgn sekali kali berenti ya, kerana konflik cerita ini semakin menarik selepas fasa 'stereotaip' yg pertama itu.


Isya dan Haziq akhirnya membuka hati utk menerima antara satu sama lain dan mereka sangat bahagia. Tetapi sayang, sikap Isya yg menyembunyikan kemunculan 'peminat misteri' yg sering mengirim bunga kepadanya memang telah dijangka akan menjadi punca Haziq dikuasai cemburu.


Aswad masih menyintai Isya dan peluang utk bekerja dgn Isya memang menjadikan dia lelaki yg paling gembira. Namun tidak bagi Isya. Pergerakan mereka menjadi intipan lalu menimbulkan fitnah. Fitnah yg telah meragut kebahagiaan Isya-Haziq. Api cemburu Haziq disemarakkan lagi oleh Tasya yg sempat mencalit ubat guna2 pulak kat Haziq sehingga Haziq melafazkan talak tiga ke atas Isya.


Penulis mempunyai kelebihan dalam melakar kisah sedih menyentuh hati dalam menceritakan kesengsaraan Isya yg kehilangan anak dan suami dalam masa yg sama sehingga membuatkan dia meroyan. Bertahun-tahun masa diambil Isya utk sembuh. Haziq juga turut menjalani rawatan secara Islam dan kembali sedar akan kesilapannya. Cintanya masih segar utk Isya tetapi segalanya sudah terlambat, Isya sudah membuka semula hatinya buat Aswad. Tak sangka pulak Haziq sampai kidnap Isya dan pergelutan mereka telah membuat Haziq terluka, literally. Aku ingat ker Isya yg tertikam tapi HAziq yg kena rupanya. Kata2 Haziq masa tu memang menyentuh perasaan dan boleh ternangis lah.


Dapt ker Haziq mengaut kembali kepercayaan Isya? Lu baca la sendiri ;)


sure fine whatever
rinn





blurb/alongside/sinopsis


Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kpd maruah keluarga lelaki itu. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dgn lancar.


Dgn kejadian beberapa insiden yg tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.


Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yg diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehdiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yg ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yg sentiasa mencari peluang utk mendekati Haziq Denial.


Masih adakah peluang kedua utk mereka? Atau... adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?


14 comments:

  1. alamak dah talak 3 camne tu. ramai ke org malaysia ni kena kawin paksa. tapi kan rinn anak murid has tingkatan 3 ada sorang tu mmg tak habis2 tanya pasal buku kawin paksa. buku tema lain sume tak minat. has ckp baca je enovel penuh cite kawin paksa. hik2 dia tak tau cikgu dia ni penuh rak buku kawin paksa.

    ReplyDelete
  2. form 3 pun nak baca citer kawin paksa jer? hmmm ni yang risau nih sbb kalau buku2 citer kawin paksa sekarang ni terlalu kerap diselitkan adegan2 yg budak2 tak sesuai baca. Penulis2 patut alert dgn benda2 macam ni sbb budak2 yg umur macam tu penuh dengan rasa teringin. Jgn disebabkan pembacaan yg bersifat 'miring' (bukan mereng hehe) menjadi penggalak utk mereka merelakan diri 'dicuba'. Kadang2 org kata scene macam tu sikit jer, tapi kita kena fikir kesannya pada budak2 yg macam ni.

    ReplyDelete
  3. rinn jgn tak tau budak la ni terlebih advance kita yg dah tua ni naik malu. aritu ada has bgi pinjam novel yg biasa2 je tak minatpun depa.

    ReplyDelete
  4. eh kak rin, klu dah talak 3 xdpt le si haziq tu nk berbaik dgn wife nya.
    eh2 kena cari ni hahaha

    ReplyDelete
  5. bahan bacaan macam novel2 dewasa ni sepatutnya dpt pemantauan parents juga. Baca dulu isi kandungannya sebelum pass kat anak2.

    ReplyDelete
  6. yep talak 3! heh heh heh *gelak ahli sihir*

    ReplyDelete
  7. amboi2 siap gelak ahli sihir hahaha
    ok, memang kena cari la ni

    ReplyDelete
  8. rinn ni keluar dri topik ni. has ada bca yang rinn kata adik2 rinn minat cite korea has try le tgk alamak dah terjerat le. la ni bukan setakat cite korea lagu korea pun has minat. tu yg tak sempat dah baca novel asyik dgn realiti show korea we got married. terima kasih pada adik2 rinn yg pekenal korea pada has hik2.

    ReplyDelete
  9. haha... tetiba lak citer korea. kalau suka game show korea, jgn lupa layan Star King dgn Let's go dream team. memang gelak tergolek2 dan mendebarkan. Errmmm jay park nyer fan meeting gi ker? next week! kat picc rasanya. Adik kiter excited la nk pegi siap bli baju dah ha. sabo jer aku. ha lagi satu, kalau suka citer korea/pelakon korea, bli majalah KLIK ngn ePOP memang slalu ada poster besau. tahun lepas siap boleh claim poster Lee Min Ho lagi kat karnival karangkraf. Adik kiter dapat dua. Dua2 ada signature original. Lagi satu kalau sapa2 terjumpa hp dia mesti ingat tu hp orang korea sbb lagu ngn video semua korea.

    ReplyDelete
  10. dulu slu sgt beli Klik & k-pop tu, memang minat habis
    la ni je cam berkurangan cikit
    tapi apa pun sume cite korea ttp layan, kdg2 smp wat marathon k-drama hehe

    ReplyDelete
  11. airina, adik kiter memang tiap2 bulan cari. Masa raya haritu siap dapat collect sampul duit raya yg ada gambar mamat2 korea. penyanyi ada pelakon ada. hehe.

    ReplyDelete
  12. ha yg ni memang hard-die-fans korea la hehe

    ReplyDelete
  13. happy ending :) mestila isya ngan haziq.

    ReplyDelete