Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Haswida Abu Bakar |
Penulis: Haswida Abu Bakar
Terbitan Jemari Seni
Cetakan pertama Sept 2010
RM19.00
Sabah/Sarawak RM21.00
9789675118449
447 mukasurat
Hajat nak join Bicara Buku V buat aku cepat2 sambar buku ni :) Tak da expectation apa sangat cuma sekadar nak pastikan aku tahu cerita yg bakal dibincangkan dalam Bicara Buku V di JS weekend nih. Well, unexpectedly aku suka dgn rentak cerita ni. Cerita seorg gadis membuat pilihan cinta dalam masa yang dia dia menjalankan tugasnya sbg Assistant Director di lokasi penggambaran.
Cerita cinta mungkin terlalu biasa dan memang selalu kita baca pun, tapi background cerita dan suasana cerita ini membawa kelainan kepada pembacaan aku kali ni.
Ain Nurlisa (naper aku teringat kat citer Donia? kena balik kelebek rak cari buku donia nih hehe). Dia adalah gadis yg tidak suka menonjol diri, lebih suka low profile. Tapi tugasnya membuat dia sangat terkenal di kalangan krew produksi drama Jas. Dia yg selama ini low profile sedikit demi sedikit kelihatan menarik di mata Jeffri dan Ari, dua jejaka idaman Malaya. Pelakon2 muda yg berwajah tampan dan berkarekter menarik :) Ain ni perwatakannya agak kasar dan biasa2 saja. Tetapi dia ada sisi yg membuat dia kelihatan menarik dan mendamaikan mata yg memandang.
Jeffri mendekati Ain sekadar menyahut cabaran kawan2, tetapi perkenalan dgn Ain membuat dia nampak kekurangan gadis2 yg menghiasi hidupnya sebelum ini. Mereka tidak ada apa yg Ain ada. Mereka tidak membawa kedamaian pada jiwanya. Cinta mula meresap dalam jiwa tapi Ain kelihatan biasa2 saja dgn dia malah melayannya seperti rakan2 lain.
Ari mencuri perhatian Ain semasa penggambaran di Pulau Kapas. Jeffri tak terlibat dalam penggambaran di Pulau Kapas. Ini memberi peluang kepada Ari utk mendekati Ain. Aku sangat suka pada Ari bermula dari scene dia mengajak Ain bergambar. Ari kelihatan seperti seorg jejaka yg jauh lebih baik dari Jeffri yg girlfriend keliling pinggang dan suka mendesak Ain keluar dgnnya. Ari memberi ruang utk Ain membuat keputusannya sendiri apabila diajak keluar. Tapi bila tiba2 Jeffri muncul di Pulau Kapas, perwatakan Ari bertukar jadi pendesak dan cepat merajuk jugak. Mungkin sebab cemburu. Jeffri tu memang semata2 muncul di Pulau Kapas utk melepaskan rindu menatap wajah Ain yg tak memberi respond kepada panggilan telefon dan smsnya.
Lawak pulak baca tingkah laku Ain bila set mereka dikunjungi wartawan2. Dia tak nak kelihatan dekat dgn Ari ataupun Jeffri tapi masa tu si Ari ngan Jeffri pulak sibuk nak ngendeng2 ngan dia supaya wartawan nampak. hehe. memang rimas ain masa tu. Tapi kalau dari awal cerita lagi dia dah terima ajakan Jeffri malah rapat dgn Ari di Pulau kapas, so memang nampak mcm dia la yg saja nak bagi kena gossip. Kalau tak nak kena gosip, kena la jauhkan diri dari jejaka2 yg jadi perhatian ramai macam tu.
Keprihatinan dua jejaka tu memang menarik perhatian Ain sebenarnya. Lebih dari separuh cerita aku sangat menyenangi Ari berbanding Jeffri. Rimas perut aku bila rupa2nya ibu bapa Jeffri dan ibu bapa Ain rupa2nya saling mengenali dan sangat gembira kerana Ain dan Jeffri agak rapat. Mereka berhajat utk berbesan. Ini membuat Ain lebih marah pada Jeffri yg seperti mengambil kesempatan. Memang aku bertambah benci kat Jeffri masa ni.
Tetapi cara penulis me reveal kan background Ari membuat aku rasa Jeffri dan Ari setara pula. Mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan yg sangat sama. Dua2 merokok, dua2 ada ramai girlfriend, dua2 mempunyai ibu bapa yg baik dan prihatin, dua2 hensem, malah kedua2nya ikhlas mahu berubah demi Ain. Bila aku tau benda ni, aku terus tak menyebelahi Ari ataupun Jeffri. Aku mahu tahu siapa yg buat Ain jatuh hati dan aku boleh terima mana2 saja pilihan dia. :) dan sudah tentunya pilihan Ain membuat ramai orang tersenyum suka! termasuk aku. hehe.
lepas dah lama abis baca novel ni baru terfikir, apa jadi kat Kamil & Dilla? Diorang break after such long relationship? Airil tu betul2 ker nak kan Dilla? Dilla tu baik ler. hmmm
sure fine whatever
rinn
sinopsis/alongside/blurb
matahari bukan pelakon yg boleh disuruh ulang berlakon.
Seperti hidup ini, ada bedna yg kita mahu pilih sekali sahaja sepanjang hidup: kekasih. Ini cerita di belakang tabir. Kisah Ain Nurlisa yg keras hati pada cinta bermula dari sini... 'di dalam' dan 'di luar lokasi' bersama krew produksinya...
Scene 1
"Ingat kau org ikut mak dan posh berkaraoke!"
"Mak pandai menyanyi ke?"
"Bolehlah!"
"Hesyyy! Jgn buat main, Misha Omar tu... suara sedap," celah pelakon baru, Ari Zaman.
"Suara mak tu... mula aja ala-ala Misha Omar, lepas tu jadilah suara Hattan ke Jamal Abdillah pula!" seloroh juruaudio produksi.
Scene 2
"Wah, Jeffri Husin sejak bila pulak suka pakai blusher ni? Cap apa?" usik Rosie.
"Bukan senang tau nak 'terpakai' blusher yg ada corak lima jari kat pipi mcm ni," gurau Jeffri. Telapak tangan Ain masih pedih, sepedih hatinya.
"Hey girls, hati2 kau org dgn pelakon pujaan Malaya ni. Nanti frust terlebih tonggeng kau," leter Posh.
26EpisodGosip
HASWIDA ABU BAKAR mahir terap ilmu perfileman utk 'mengarah' novel 26 Episod Gosip. 'Tontonlah' bagaimana HASWIDA ABU BAKAR menggerak watak-wataknya menjadi sebuah telenovela.
Alhamdulillah aku dapat join bicara buku kali ni :) thanks Uda n Dyea, sudi jadi peneman. hehe. Sebenarnya mlm sebelum tu aku tak cukup tido. lepas abis review 26 ep gosip & ant safa dan marwah aku pi sambung baca warna pada sebelah malamnya. Aku pulun nak abiskan 1st story yg bertajuk Bukan Dipaksa karya Nazurah Aishah. Best ar citer tu, tangkap nangis... hua hua... dlm pukul 2 baru aku nak cuba2 pejamkan mata nak lena. Pagi2 tu dah ada program berjogging, beli setem dan makan kat presint 16. Sempat lelap 1/2 jam sebelum bertolak ke jemari seni utk program bicara buku v. Sampai situ memang la best tapi aku rasa ada angkup luar yg mencekup kiri dan kanan otak aku. adussss... Malam tu lepas isyak jer aku pengsan dgn nyenyaknya sampai 5.30pg. hua hua... lepas tu baru clear kepala hotak. Baru aku teringat aku tak tulis points pon utk bicara buku kali ni. adussss. so ingat2 lupa lah...
ReplyDelete26 episod gosip adalah buku pertama yg dibincangkan pada 27/11/2010 yg lalu. Pembicaranya adalah Saudara Imaen, penulis dan editor Jemari Seni. Tukang Tanya yg bertugas utk sesi pertama ini adalah Saudari Rnysa, seorg penulis jemari seni.
antara point yg dapat aku pick up dlm keadaan pening ngap ngap tu adalah:
-penulis secara tak langsung mengajar kita cara melihat sesuatu drama dari sudut yg baru. Dia menceritakan dalam bentuk capture-capture yg kita akan sedarinya apabila menonton sebarang drama selepas membaca novel ini.
- sudut ilmiah perfileman dalam novel ini terlindung kerana penulis lebih mementingkan nilai komersil dlm menghasilkan novel ini.
- watak wardah dan wanita2 lain dalam hidup Ari adalah seperti utk merendahkan kualiti watak Ari supaya Jeffri akan kelihatan lebih layak utk Ain. Ada yg berpendapat mungkin penulis sendiri telah jatuh hati pada watak Jeffri lalu cuba mencari jalan supaya Jeffri yg dpt Ain.
- Saudara Pembicara berpendapat Raid atau Joe Adam lebih baik utk Ain. dan beliau sangat suka dgn watak Mak dan Posh dlm novel ini. Kedua2 watak 'semi-pro aw aw' ini mempunyai banyak pengetahuan tentang watak2 lain dalam cerita ini.
- Kalau Joe Adam tu yg bagi luahan perasaan kata syok kat Ain, tentu la la tu jugak Ain kata YESS YESSSS sbb dia minat giler dgn pelakon tu. hehe.
- Walaupun Ain menerima Jefferi tapi memang jelas dia masih mengharapkan kasih bekas kekasihnya yg sudah pun ada orang lain.
-kisah Ain sebagai model tidak dikembangkan oleh penulis. Beliau lebih menumpukan kepada sisi Ain sbg seorg gadis biasa yg kasar perwatakannya.
- kemungkinan penulis akan menyambung kisah ini tak lama lagi :)
- apa lagi? aku dah tak berapa nak ingat. kalau sapa yg ingat or ada nak tambah2, komen adalah dialu-alukan :)
aku borong buku sampai dua beg! 30% lah katakan... hehe.
Tabik la Rinn... boleh maraton baca buku, he..he..he... Bukan Dipaksa terbitan mana?
ReplyDeleteNi lagik satu novel JS yang tajuknyer saya x minat--kclah tajuk yg membina sket...
ReplyDelete