Showing posts with label cintakolej. Show all posts
Showing posts with label cintakolej. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

aku dia & .com

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Daisy Zahra
aku dia & .com
Penulis: Daisy Zahra
Terbitan Kaki Novel enterprise
RM21.00
sabah/sarawak: RM24.00
590 muka surat
9789675067808


"Kalau dah suka, katakan saja!"


Karya yang santai, ringan dan tidak memberatkan kepala untuk mengikuti kisahnya. Amat sesuai bagi yang nak melarikan diri dari kisah drama heavy dan konflik. Tema cinta online yang dibawakan mungkin kedengaran tipikal kerana semakin ramai penulis membawa kisah begini. Tapi Daisy Zahra ada ending terbaik untuk watak Lida untuk memilih insan terbaik buatnya :)


cover belakang dan depan t-shirt tu membuatkan novel ini kelihatan berlainan. eye-catchy :)


Lida & Fazura bersahabat baik dan merupakan teman sebilik. Lida sering berhubung secara online dengan 'Takuya' yang juga merupakan pelajar di UiTM Kedah. Mereka di kampus yang sama tetapi Lida tidak pernah mendedahkan cerita sebenar kepada Takuya. suatu hari, ketika berada di cafe dia terdengar nama 'takuya' dilaungkan. Maka dapatlah dia melihat wajah 'Takuya' yang menyahut panggilan makcik cafe tu. Mamat tu namanya Rizal. Setelah berpeluang berkenal-kenalan, Rizal kelihatan lebih tertarik kepada Fazura. Lida tidak terkilan kerana dia bukannya ada apa-apa dengan Takuya. Rizal yang sering ditemani Hakimi turut membuatkan mereka semua saling mengenali. Hakimi banyak memberi perhatian kepada Lida membuatkan dia tak senang duduk.


Lida mula rasa tak sedap hati apabila 'Takuya' masih lagi menghulurkan salam kasih kepadanya walaupun Rizal sebenarnya sudah steady dgn Fazura.

Yutaka hanyalah watak tempelan untuk menimbulkan tanda-tanda soalan di kepala pembaca.


Hakimi yang sering mengiringi Rizal akhirnya mencuri perhatian Lida tapi entah kenapa tiba-tiba Hakimi mula menjauhkan diri. Lida kecewa kerana ketika rindu Lida terhadap hakimi sudah semakin menggunung. Hati Lida makin terluka apabila Hakimi mula mendampingi Syif, budak junior tak sedo diri, yang sejak awal perkenalan lagi sudah mula mencari sengketa dengan Lida. Aku suka la cara senior yang tegur kekurang ajaran Syifa masa dalam kedai tu. Mulutnya yg tak terkawal dan suka menuduh orang tak tentu pasal tu memang buat aku rasa geram.


Ketika berjauh hati dengan Hakimi, Lida cuba mengalih perhatian terhadap Luqman. Luqman ni dah lama cuba menjejak Lida setelah satu peristiwa menimpa mereka berdua satu masa dahulu. Bagi Lida itu hanya memori yang telah ditinggalkan tetapi bagi Luqman, itu adalah memori yang mahu dikejarnya sampai dapat. Terbaek lah Luqman ni!


Kalau nak banding antara Hakimi dan Luqman, Hakimi ni jenis cepat berprasangka. Dia suka buat kesimpulan sendiri tanpa bertanya walaupun pada awal cerita watak Hakimi kelihatan sangat gentleman dan manis. Luqman pulak, dia ni bukan jenis yang melulu. Dia lebih matang dan sabar. :)


Jadi siapa sebenarnya Takuya kalau bukan Rizal?


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:


Kerana minat berchatting, Angelberry yang menuntut di UiTM Sungai Petani berkenalan degan lelaki yg menggunakan nickname Takuya. Masing-masing saling berhubung melalui e-mel sehinggalah pada suatu hari, Angelberry mendapat tahu Takuya sedang menjalinkan hubungan dengan Fazura, iaitu kawan baiknya sendiri.


Angelberry reda menerima keadaan tersebut tetapi yang membuatkan dia tidak berpuas hati, kenapa Takuya kacau dia lagi? Nak ambil berat? Takkan dua2 pun Si Takuya nak rembat? Malas untuk melayan, muncul pula An-nur dan Yutaka di alam maya yang mencuri perhatian Angelberry.


Dan di UiTM, kehadiran Luqman bagaikan penawar di saat Mohamad Hakimi mula berpaling kepada yg lain.


Yutaka... siapa pula lelaki itu? Di antara Luqman dan Mohamad Hakimi, siapa yang berjaya menawan hati keras milik Angelberry? Itulah... kalau dah suka katakan saja!

Thursday, December 15, 2011

Angel In The Devil's Suit

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Kaseh Esmiralda
Angel In The Devil's Suit
Penulis: Kaseh Esmiralda
Terbitan Kaki Novel 2011
640 mukasurat
RM23
Sabah/Sarawak RM26
isbn 9789675067877


"Jeremy dan Dew... dua insan seiras rupa, dua watak berbeza gaya, tapi Camie tetap setia menyayangi mereka!"


some secrets are best to remain as secrets.


Kisah Manga yang dibukukan dalam bahasa melayu. Watak-watak bukan melayu dan bukan malaysia yang diceritakan dalam suasana bahasa melayu santai ditangani dengan baik oleh penulis. mungkin gaya santai itu yang membuat penyampaian kisah Dew & Camie ini tidak terasa janggal. bukannya apa,biasanya kalau aku baca kisah yang orang bukan malaysia ni, kadang2 terasa seperti membaca buku yang diterjemah. Bagi orang yang tak pernah baca komik manga, mungkin terasa jugak lah bezanya dari novel biasa.


Ada 3 kisah utama yang menarik dalam novel ini.
- Jeremy - Milly/Camie
-Dew - Camie
-Misteria yg disimpan Madam Juwiette, Tuan Ramelo dan Rafael. Pn. Jemina, isteri Rafael seperti tidak tahu apa-apa2 mengenai misteri itu, tetapi detik pertama pertemuan dengan Dew naluri keibuannya dapat mengesan itu anaknya.


Kisah bermula dengan Camie yang dipindahkan ke sekolah lain kerana prestasi pelajarannya yang semakin merosot lantaran tertekan dengan kematian kekasihnya, Jeremy. Di sekolah baru, kebetulan yang ajaib berlaku apabila dia ditempatkan di sebelah Dew yang mempunyai wajah yang sejibik sejibon macam Jeremy yang telah meninggal dunia. Tetapi setakat itu saja persamaan mereka. Jeremy merupakan pembela dan pelindung Camie di sekolah tetapi Dew merupakan pembuli dan memilih Camie untuk menjadi hambanya bagi menyelesaikan kerja-kerja sekolah dan nota buatnya. Camie hanya memberontak dalam hati, dia terpaksa menurut kehendak Dew dan terus menjadi mangsa buli team budak2 perempuan juga. Hubungan 'kerja' mereka membuat mereka saling mengenali peribadi sebenar.


Tekanan-tekanan yang diberikan Dew menjadikan Camie smakin hari semakin berani dan mula menunjukkan sikap melawan. Dew senang dengan perubahan itu kerana dia tidak mahu Camie terus membiarkan dirinya menjadi mangsa dan tidak memerlukan orang lain sebagai penyelamat. Assignments dan nota yang sering disiapkan Camie untuk Dew juga menjadikan Camie semakin cemerlang dalam pelajarannya. Dew digeruni kerana dia merupakan anak Mdm Juwiette. Kesian Camie kerana terpaksa bertahan dengan kekejaman Dew.


Misteri yang disimpan kejap keluarga Jeremy dan keluarga Dew semakin terbongkar apabila Dew mengikut kakak Jeremy pulang ke rumahnya dan bertemu dengan Pn. Jemina, seorang ibu yang penyayang, jauh berbeza dari ibunya Mdm Juwiette yang mengejar status hingga kasih anak tidak lagi penting.


Aku tak suka cara watak guru dipresent dalam kisah ini. Walaupun memang nak menunjukkan Dew tu betul2 devil dan menambah elemen lucu, takkanlah semua watak guru turut dibuli. Kalau macam tu lebih baik Dew tu tak ke sekolah langsung. Itu barulah devil. Pengetua diejek dengan gelaran yang memalukan malah watak pengetua kelihatan miang dan tidak cerdik. apakah kriteria seorang pengetua Kolej Riveria? Takkanlah kolej elit seperti itu mengambil seorng pengetua yang tak berkaliber langsung. Walaupun watak pengetua tu bukan org malaysia dan melayu (mungkin juga bukan india atau cina) tetapi guru tetap guru. perkataan guru/pengetua itu sendiri adalah satu perkataan yang mulia.


Jeremy-Milly adalah kisah cinta yang tidak kesampaian yang menyentuh hati. Mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal kerana suratan takdir yang tidak dapat ditolak oleh sesiapapun.


Paling menarik adalah kisah Ramelo-Juwiette dan Rafael-Jemina. Kisah mereka terbongkar setelah Dew meniggalkan Rivera untuk melawat family Jeremy yang dikatakan seiras dirinya. Itulah detik bermulanya pembongkaran rahsia besar Ramelo dan Rafael.


Yang menjadikan buku ini tebal adalah kisah-kisah pembulian yang dilakukan oleh Dew terhadap Camie.


nama Dew membuat aku rasa nak menonton lagi sekali filem Thai yang bertajuk 'The Letter'. Kisah yang menyentuh perasaan. tapi aku tak suka ending 'The Letter' sebab ada ka patut dia suruh anak dia panggil pokok tu 'ayah' kerana abu mayat suaminya ditabur dekat pokok tu. huhu... eh tetiba masuk citer thai.

sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Angel in The Devil's Suit


Dew dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras, nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie, gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil.


Jeremy, insan yang amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi. Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit telah meninggal dunia.


Dew pula seorang pelajar yg digelar The Taiko oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya. Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama. Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras Jeremy, kekasihnya.


Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri. Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.


Apakah rahsia itu? Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy itu? Berjayakah Camie membantu 'tuan'nya menyelesaikan masalah itu?

Monday, December 5, 2011

Blues Retro

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Imaen
Blues Retro
Penulis: Imaen
Terbitan JS Adiwarna Si Manis 17
Editor: Noor Suraya bt. Adnan Sallehudin
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM19.00
351 muka surat


"Empat semester yang indah..."


Walaupun Ghazi yang dibuang universiti dan tak dapat meneruskan hubungan kasih dengan Nik Farhana, aku lebih kesiankan Nik Farhana kerana ada bonda dan keluarga yang begitu mengagungkan status, mengongkong dan calon suaminya yang sombong, angkuh, bongkak dan pendengki bernama Tengku Nordin. Bayangkan jalan hidup yang bakal ditempuhinya apabila dikelilingi manusia-manusia sebegini.


Perjalanan untuk berkahwin lari dengan Ghazi telah membuka mata Nik Farhana bagaimanakah jalan hidupnya nanti jika dia memilih untuk bersama Ghazi. Tak semua orang dapat mengharungi segalanya sebaik Ghazi, mungkin Nik Farhana sendiri tidak akan mampu hidup bersama Ghazi walaupun cintanya setinggi gunung buat Ghazi.


Ghazi adalah jejaka yang menjadi matang berdasarkan perjalanan hidupnya bukan hanya bergantung kepada akademik semata-mata. Letaklah dia di mana sahaja, dia pasti akan menikmati hidup sebaiknya; with or without Nik Farhana. Aku rasa Ghazi yang dari keluarga miskin itu jauh lebih bertuah berbanding Nik Farhana yang berketurunan raja-raja.


Cerita yang membuat kita terfikir bertuahkah jika kita kaya raya dan malangkah jika kita miskin. Dari golongan mana pun kita datang, kita boleh mengubah nasib kita sendiri dengan usaha. Dugaan yang Allah kirimkan adalah untuk menguji keimanan kita. Blues Retro adalah cerita cinta yang penuh dugaan. Beginilah cara Ghazi mengharunginya...


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku


Nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan;
buang emak buang saudara,
kerana kasih hamba turutkan.



"Ghazi, kita kahwin lari!" kata Nik Farhana.
Hampir tersembur jus tembikai daripada mulut Ghazi.
"Apa dia?"
"Kita kahwin lari." Suara Nik Farhana berbunyi serius.
"Hana jangan main-main!"
"Saya serius ni!"


Berjayakah Ghazi, siswa antropologi dan Nik Farhana, siswi perubatan di Universiti Lembah Pantai kahwin lari ke sempadan Siam?


****
IMAEN memang diakui pembacanya sebagai penulis yang punya bahasa yang mantap lagi tajam. Kini lulusan Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya beralih arah, bertekad mahu 'memperkenalkan semula' sastera yang indah dan berisi pada generasi MTV dan Facebook.

Monday, November 1, 2010

Seperti Keju & Coklat

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rose Harissa
Seperti Keju & Coklat
Penulis: ROse Harissa
Terbitan PTS Litera
RM16.00
sabah/sarawak RM18.00
261 mukasurat


Cover buku yg kaler merah buat aku teringat kat kad raya cina. Memang merah ang ang! Walaupun beli online kat toko che rose tak der diskaun dan kena bayar postage, aku selalu mmg tak kisah sbb mesti ada sisipan menarik bersama novelnya. Kali ni Rose menyelitkan sekeping lukisan gambar si hero bersaiz poskad dan sekeping penanda buku yg comel ;) thanks Rose.


Ini memang kisah yg menyasarkan golongan awal 20-an dan remaja belasan tahun. Ceritanya lebih dekat dengan golongan2 ini. Walau bagaimanapun RH menyelitkan kisah pemuda yg pernah mengidap penyakit yg disalahertikan sbg kurang siuman. Safiy Aqil memang suka bersendiri, dia sendiri tidak menyedari yg dia sebenarnya memerlukan seseorg yg memahami dirinya.


Sara yg tersua-sua menggoda Aqil tidak pernah mendapat perhatian Aqil tetapi Raisya yg biasa2 tetapi comel itu yg menarik perhatiannya. Aqil sentiasa tersentuh dgn perhatian ikhlas dari Raisya sehingga mereka boleh bersahabat. Persahabatan mereka dicemburui Sara dan Rafa'e. Diorang yg beria mengorat tetapi sasaran mereka terpikat kat org lain pulak. Rakan2 sekitar juga heran bagaimana lelaki pelik spt Aqil boleh didekati Raisya, seorg perempuan sedangkan dgn lelaki pun Aqil sukar bersahabat.


Cerita ini mengajak kita memahami kehidupan seorg bekas pengidap sindrom asperger dan pemahaman yg tinggi amat mereka perlukan utk menerruskan hidup dgn lebih normal. bukannya dgn cara disisihkan dgn tanggapan2 yang salah.


RH turut menyelitkan kisah hiba Aqil yg menyentuh perasaan. tangkap nangis la jugak. Aku tak expect nak turut menangis masa baca novel ni tapi kisahnya memang akan membuat kita turut bersimpati dgn Aqil.


Raisya tu sebenarnya teruja dgn Aqil yg rupa2nya seseorg yg dikaguminya melalui bahan bacaannya. Lawak pulak part Raisya paksa Aqil sain buku dia :)


Watak Sara dan Rafa'e berjaya menambah asam geram cerita membuat aku rasa seronok dan cepat menghabiskan novel ni. Sara jadi watak yg akhirnya insaf dan sedar kesalahan diri tetapi Rafa'e spt tidak menyesal tapi puas hati sbb dia diadili di mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal. And haruslah diingat bahawa aku adalah penggemar novel yg tidak terlalu tebal ya? hehe :)


Tajuknya mungkin menyebabkan org boleh keliru dgn siri Aku dia dan Coklat tu hehe... tajuk macam dekat2 pulak. Bahasa yg digunakan dalam buku2 pts termasuk buku ni adalah bahasa melayu standard.


Ending yg masa Aqil tukar status kat facebook dia tu comellah! sweet hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


"Kata orang, Aqil itu sering bercakap seorg diri semasa melakar rekaan..."


"Aqil itu pernah buat kerja gila, minum air dakwat lukisan semasa di tahun satu!"


"Sebenarnya... Aqil itu ada masalah mental..." Betulkah Safiy Aqil sakit mental? Alangkah ruginya, rupa kacak tetapi sakit mental pula!


Namun, semua persoalan yg berkumpul di otak Raisya terjawab setelah dia berada di satu ruangan kerja bersama Aqil.


Seperti keju dan coklat, betapa dua bahan berbeza boleh disatukan menjadi satu rasa hebat. Begitu juga dalam hal berkawan.


Aqil- "Berkat duduk satu ruangan kerja dgn awak dahulu, saya berasa punya kawan sejati. Berkat mengenal awak, saya juga dpt mengenal erti bahagia lagi."


Rupa2nya ada banyak rahsia yg disimpan oleh Aqil yg bukan sahaja mengejutkan Raisya tetapi seluruh Fakulti Alam Bina!

Saturday, October 31, 2009

Syurga Di Hati

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fatin Nabila
Syurga Di Hati
Penulis: Fatin Nabila
Terbitan alaf21
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244319
RM19.90
500 mukasurat


"Kaulah ratu hati yang bertakhta di sanubari ini"


Antara penulis favourite aku :) Penulis yang sering mengalunkan kisah2 tipikal novel melayu tapi aku sukakan sentuhan karyanya yg ada nada segar. Namun novelnya kali ini aku rasa ada kekurangannya tapi tak pasti di mana.


Kisah Erin dan Ariff yg bermula dengan salah faham dan benci membenci juga agak kurang chemistry nya. Terasa seperti karya ini seperti karya pertamanya pulak.


Dalam cerita ini teraju utamanya adalah Erin dan Ariff yg bertemu dlm suasana amarah, namun kemudian satu 'kebetulan' telah menemukan dan memesrakan mereka. Cinta hadir dan mereka mahu menghalakan perhubungan mereka namun mendapat tentangan dari keluarga Erin kerana perbezaan darjat dan juga usia mereka yg masih muda utk melayari hidup rumah tangga.


AWal2 lagi aku geram dgn watak Erin yg seperti tidak bersungguh menyanggah wasangka Shak terhadap hubungan mereka. Dia juga tidak menceritakan tembelang sebenar Shak kepada keluarganya utk membuktikan Shak bukan sebaik yg keluarganya sangka. Kalau betulpun nak jaga nama baik Shak, dia patut menceritakan perkara itu demi masa depannya supaya tak terpaksa berkahwin dgn lelaki lidah bercabang mcm Shak.


Amanat nenek akhirnya menjadikan Erin isteri kepada Ariff. Ibu Erin menjadi racun dlm rumah tangga Ariff sehingga mereka sering berbalah sehingga membawa kepada perpisahan. Ariff tiba2 menghilangkan diri, malah berhenti kerja. Erin yg sedang berbadan dua dilanda tekanan emosi tapi ibunya sentiasa di sisi mendamaikan hidupnya walaupun pelajaran terganggu dan terhenti.


Berita Erin mengandung menyebabkan Arif keluar dari penyembunyian dan masih cuba memendam rahsia punca kehilangannya dari pengetahuan Erin. Tapi Erin makin membencinya. Dia mahu mengembalikan cinta dlm hati Erin tetapi rahsia yg dipegangnya terlalu besar utk dipecahkan dan mungkin akan menghancurkan keluarga Erin.


Perubahan perwatakan Shak dari jahat menjadi baik tu seperti tiba2 jer.. macam tak meyakinkan pulak perubahan watak dia. Tapi memang dia betul2 jadi baik dan akhirnya menerima hakikat Erin bukan utknya. Dia mula mengalihkan kasihnya kepada Lynn, kakak Erin yg baik hati. Sahabat baik Ariff pulak berjaya mencuri hati abg Erin yg keras hati dan sombong tu. Lepas syok kat kawan Ariff tu barula perangai abg Erin tu ok sikit, kalau tak, keje nak join mak dia menyakitkan hati Arif jer.. aduih.


Kalau korang berminat nak baca novel2 dia sebelum ni aku suggest baca Dakapan Rindu & Bahagia Kasihmu. Novel dia dengan Tintarona yg paling popular sekali adalah Bukan Terlarang (dia guna nama Nur Hazma)



sure fine whatever
rinn




sinopsis/blurb:


Akibat mabuk bercinta Erin dan Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dgn ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing2 yg masih terlalu mentah dlm melayari bahtera rumahtangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara2 remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan.


Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yg menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yg sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dgn caci maki mertuanya bila dituduh suami yg tidak bertanggungjwb dan mementingkan diri.


Sbg lelaki, Ariff mempunyai dua pilihan. Mengenepikan maruah dan egonya demi sebuah kehidupan rumahtangga yg bahagia ataupun melupakan terus alam indah berkeluarga yg terlalu banyak likunya.