Showing posts with label nonfiction. Show all posts
Showing posts with label nonfiction. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Makkah al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Nonfiction
Author:Abd. Basit Abd. Rahman
Makkah al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah
Penulis: Abd. Basit Abd. Rahman
Terbitan Telaga Biru
RM30.00
Sabah/Sarawak: RM32.00
228 mukasurat
9789675102073


"Info lengkap bergambar di dalam!"


Aku mula terpikat dengan buku terbitan Telaga Biru setelah membaca "101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al Quran, Khasiat& Kaifiat Beramal" yg kak ima beli. aku tolong baca :) Kagum kan bila apa saja yang kita gundahkan ada doa penawar dalam al-Quran untuk kita panjatkan hajat dan rintihan kita kepada Allah S.W.T


Buku Makkah al Mukarramah ni aku nampak ketika nak bubuh minyak kereta di Petronas. Covernya menarik dan warna hijau memang mudah menangkap mata aku. Jeles juga bila sering mendengar cerita-cerita perjalanan kawan-kawan ke kota Mekah. tempat yang dilawati, Kaabah yang ditatap secara live. Buku ini membawa kita mengenali Kaabah dengan lebih dekat. Asal usul Kaabah diceritakan dengan terperinci.


Amat sesuai dimiliki mereka2 yang berhajat hendak ke Mekah kerana apabila kita kenali asal usulnya serta sejarah para nabi dan sahabat di sana akan membawa kita menghayati tempat yang kita jejaki dengan lebih mendalam.

meRinnTis blurb/sinopsis


Buku ini membawa penampilan tentang sejarah Makkah al-Mukarramah sebagai sebuah bandar paling lama dan bersejarah, kelebihan, pembangunan dan perkembangan semasa kota suci ini, sempadan tanah haram, tentang ibadah tawaf dan sa'i, syarat memasuki Makkah, telaga zamzam, sejarah dan detil struktur binaan Kaabah, Hajarulaswad, Maqam Ibrahim, perkembangan Masjidilharam, cara penyusunan saf di keliling Kaabah, lokasi ibadah haji (al-Masya'ir seperti Arafah, Mina dan Mudzalifah, serta masjid-masjid dan tempat-tempat bersejarah di Makkah. Semua gambar foto, artifak dan lukisan bersejarah dalam bentuk warna warni yang menarik. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.

-----------
Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman atau Abu Anas Madani lahir di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Mendapat ijazah B.A (Syariah), M.A. (Syariah) dan Ph.D (Syariah) dari Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan Musyrif (Penasihat) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan di samping menjadi penceramah jemputan. Beliau juga Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan tahun 1428-1429H di samping pensyarah separuh masa di kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Beliau juga membimbing jemaah haji VIP melalui pakej Dar al-Eiman. Beliau pernah menjadi ahli panel forum "al-Kulliyyah" TV3 serta program "Jejak Rasul".


Sunday, January 15, 2012

55 Petua Seronok Bekerja

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Other
Author:Dato' Dr Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli
55 Petua Seronok Bekerja
Penulis: Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
Terbitan PTS Millenia
Cetakan pertama 2007
RM18.00
sabah/sarawak: RM20.00
isbn: 9789833372096
176 mukasurat




"Kita tidak perlu gelisah di tempat kerja. Bergembiralah!"


Aku bukan jenis yang suka baca buku motivasi. Tapi aku sangat seronok membaca buku ini. Membuat aku rasa mahu pergi kerja dengan perasaan seronok dan menggembirakan orang yang bekerja dengan kita.


Tips dan kisah-kisah yang diselitkan dalam buku ini sangat mengesankan dan membuatkan kita tersenyum senang. Tidak semestinya tersenyum kerana lucunya tetapi kisahnya mengundang senyuman. Tidak terhad kepada kisah Islamik sahaja, turut diceritakan eksperimen-eksperimen barat mengenai 'human behavior' ini.


Keseronokan adalah sesuatu yang 'berjangkit' sebenarnya. Apabila kita kelihatan gembira dan menggembirakan, orang sekeliling kita akan turut tersenyum dan terhibur hatinya.


Apabila kita menggembirakan orang di sebelah kita, orang itu akan terdorong utk menggembirakan orang yang berikutnya. Kuncinya, kita mestilah berfikiran positif, berkelakuan positif, jaga hati sendiri dan hati sahabat-sahabat kita. Jangan mementingkan diri sendiri. Ikhlaskan hati. Imarah kan hati dengan alunan zikir dan selawat. Kawan-kawan suka, Allah pun suka.


sure fine whatever
Rinn


Kandungan buku ini adalah seperti di bawah (dipetik dari website PTS.com.my)

Prakata

Bahagian 1 : Jadilah Seorang yang Seronok
Petua 1 : Ketawa Pengikat Kemesraan Bersama
Petua 2 : Ketawalah, Kita akan Relaks
Petua 3 : Apabila Kita Seronok, Kita Menyeronokkan Orang Lain
Petua 4 : Relaks.. Jangan terlalu Serius!
Petua 5 : Ringankan Tangan Kita: Pasti Ia Berbaloi

Bahagian 2 : Mudah Tetapi Seronok
Petua 6 : Bantulah Orang Lain Kita Pasti Seronok
Petua 7 : Amalkan Sentuhan Keinsanan
Petua 8 : Makan Bersama, Seronok Bersama
Petua 9 : Main Permainan Zaman Kanak-kanak
Petua 10 : Letakkan Benda Asing di Pejabat Kita
Petua 11 : Buat Perkara yang Tidak Diduga
Petua 12 : Dapatkan Kedamaian, Lakukan Sesuatu!
Petua 13 : Dengarkan Loceng Tanpa Minda

Bahagian 3 : Seronok Sebagai Motivasi
Petua 14 : Jadikan Seronok sebagai Ganjaran
Petua 15 : Cuti Mengejut bagi Prestasi yang Memberangsangkan
Petua 16 : Bonus-Berikan Secara Kreatif!
Petua 17 : Galakkan Orang Lain Memberi Ganjaran
Petua 18 : Tidak Seronok? Tingkatkan Motivasi Kita!

Bahagian 4 : Komunikasi Seronok di Mana-mana
Petua 19 : Komunikasi yang Seronok!!
Petua 20 : Luahkan Penghargaan Kita
Petua 21 : Hiasi Wajah dengan Senyuman
Petua 22 : Kelakarkan Mesej yang Sukar

Bahagian 5 : Rancang Sesuatu yang Seronok
Petua 23 : Kerja Betul-betul, Main Betul-betul
Petua 24 : Anjurkan Pertandingan Ketawa Petua 25 : Gores dan Menang!
Petua 26 : Rancang Percutian yang Menyeronokkan
Petua 27 : Jadikan Pejabat Umpama Syurga

Bahagian 6 : Saya Suka Mesyuarat
Petua 28 : Mesyuarat: Kenapa Perlu Bosan?
Petua 29 : Mesyuarat yang Gamat: Kenapa Tidak?
Petua 30 : Berseronok Memberikan Pendapat
Petua 31 : Carilah Kata Sepakat Bersama
Petua 32 : Gunakan Enam Topi yang Sebenar
Petua 33 : Lagi Idea Seronok Mesyuarat

Bahagian 7 : Majikan yang Seronok
Petua 34 : Jangan Drastik: Buat Perubahan
Perlahan-lahan
Petua 35 : Pilih Pekerja yang Menyeronokkan
Petua 36 : Wajibkan Akujanji Ceria
Petua 37 : Adakan Sambutan Pekerja Baru
Petua 38 : Berikan Kebebasan Bersuara!
Petua 39 : Kemudikan Bahtera Bersama-sama Petua 40 : Adakan ?Hari Kasual?

Bahagian 8 : Permainan yang Menyeronokkan
Petua 41 : Jadikan Kerja Satu Permainan!
Petua 42 : Guli Siapa paling Banyak?
Petua 43 : Buat Kotak Permainan Pejabat
Petua 44 : Letakkan Tanda Rehat di Atas Meja
Petua 45 : Ulang Tahun Hari Lahir
yang Menyeronokkan
Petua 46 : Mari Menjadi Juara
Petua 47 : Formula Satu Sudah Bermula
Petua 48 : Adakan Kuiz Minda!
Petua 49 : Menyunting Bintang di Langit
Petua 50 : Hari Tema Bulanan
Petua 51 : Korbankan Lembu Itu

Bahagian 9 : Hati Damai yang Seronok
Petua 52 : Carilah Rahmat di Pejabat
Petua 53 : Ingat Mati! Kita akan Berkualiti
Petua 54 : Ukhuwah untuk Pasukan yang Gagah
Petua 55 : Belailah Jiwa dengan Tazkirah

Penutup
Bahan Cadangan & Rujukan
Biodata Penulis




meRinnTis blurb:


Buku ini adalah himpunan idea-idea bagaimana rasa seronok di tempat kerja.


Seronok bekerja bukan bermakna kerja berseronok. Berseronok bukan kerja kita. Kerja kita adalah menyelesaikan tanggungjawab dan amanah di tempat kerja. Tetapi, bagaimanakah hendak menjadikan semua ini seronok?


Buku ini mengandungi 55 petua ringkas sebagai panduan bagi menghilangkan stres di tempat kerja.


Monday, August 8, 2011

Ibnu'l-Haitham Pakar Optometris

Rating:★★★
Category:Books
Genre: History
Author:Sulayman Fayyad
Ibnu'l-Haitham Pakar Optometris
Penulis: Sulayman Fayyad
Penterjemah: Abdul Karim Mustafa
Siri Tokoh Cendekiawan Islam
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
RM10.00
9789836261007
50 muka surat

Aku nak berkongsi cerita tentang seorang lelaki hebat :)

Ibnu'l-Haitham lebih terkenal sebagai seorang jurutera yang bijak. Dia amat berminat akan ilmu fizik, matematik, perubatan, astronomi, falsafah, akhlak dan logik. Malah dia bekerja sebagai penulis akaun di jabatan perakaunan kerajaan Basrah. Namun kepintarannya dicemburui beberapa orang lalu mengenakan seorang Amir supaya meminta beliau membina sebuah istana yang amat mustahil untuk dibina oleh seorang jurutera dan ulama yang tidak memburu harta dan kedudukan seperti Ibnu'l Haitham. Ilmu adalah keutamaan hidupnya. Keadaan terdesak itu memaksa beliau melarikan diri ke kota Baghdad. Di sana dia mencari rezeki sebagai penulis yang menyalin buku-buku untuk pekedai-pekedai buku.

Setelah idea sfera planet dan bintangnya tidak dapat diterima di Baghdad, dia dicemuh malah bukunya itu dibakar. Dia melarikan diri ke Syria pula. Di sana dia bertemu dengan seorang putera yang istananya ada perpustakaan yg besar. Lautan ilmu di situ bagaikan syurga dunia buat dia. Beliau leka meringkaskan 30 kitab perubatan doktor Yunani (Galen). Usahanya itu dihargai putera dan dia dibayar elaun 100 dinar. Dia tidak menerima 100dinar kerana merasakan dia hanya memerlukan 4 dinar sebulan.

Peristiwa Mesir dilanda kemarau membuatkan dia mencadangkan agar Sungai Nil disalurkan ke tempat-tempat simpanan air. Idea itu menarik perhatian Khalifah al-Hakim di Mesir. Namun ideanya tidak setimpal dengan teknologi Mesir pada ketika itu. Kegagalan Ibnu'l Haitham melaksanakan ideanya membuat al-Hakim terasa tertipu. Beliau diarahkan bekerja di jabatan kerajaan sebagai akauntan sahaja. Dia disangkal dari menyandang gelaran ulama atas kegagalannya itu. Ibnu'l Haitam amat tertekan dengan tugasannya dan berpura-pura gila. Dia dilepaskan dari bertugas sebagai akauntan dan menjadi tahanan di rumah sendiri. Ketika berada dalam tahanan di bilik gelap itulah dia mendapat idea mengenai pantulan cahaya dan pembentukan imej terbalik yang kemudiannya digunakan sebagai teropong dan kamera. Sejak itu beliau sering bereksperimen dengan cahaya dan bayang-bayang. Tindakannya membuat orang menganggap dia gila. Dia tersenyum ketika bereksperimen kerana gembira dengan idea fenomena pembalikan cahaya dan optik yang sedang bercambah-cambah dalam pemikirannya, tapi orang yg memandang ingat dia gila pulak.

Selepas 500 tahun kematian beliau, kitabnya yg berjudul al-Manazir telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Ilmu optik dan matematik dalam kitab itu disambar ulama-ulama Barat.

sure fine whatever
rinn


sinopsis/novelcinta@multiply/blurb


Ibnu'l-Haitham Pakar Optometris


Ibnu'l-Haitham merupakan seorang pakar optometris berketurunan Arab yang hidup lebih kurang 1000 tahun yang lalu. Beliau ialah orang yang pertama berpendapat bahawa cahaya bergerak pantas. Ibnu'l Haitham juga orang yang pertama mencipta kotak fotografi. Ideanya telah diambil di zaman pertengahan Eropah Moden. Kisah tokoh yang menjadi kebanggan umat Islam ini sesuai dijadikan bahan bacaan golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

888 Fakta Pelik & Menarik

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Nonfiction
Author:Nasron Sira Rahim
888 Fakta Pelik & Menarik
Penulis: Nasron Sira Rahim
Editor: Sity Normala Salim
Terbitan Alaf 21
RM15.00
Sabah/Sarawak: RM18.00
143 mukasurat
9789831246665


"Misteri keajaiban alam di hujung jari anda..."


Buku ni mengingatkan aku pada zaman2 aku student dulu... *mode nostalgia* aku ada hobi potong keratan akhbar muka surat depan Utusan Malaysia yang ada sisipkan fakta menarik. Memang tak fikir panjang bila tengok tajuk buku ni yang diterbit dan dijilidkan dalam bentuk buku yang dihiasi gambar-gambar berwarna yang menarik. Lepas beli tu baru aku perasan nama penulisnya iaitu Nasron Sira Rahim. Aku dah baca dua buah novel beliau iaitu Enigma dan Nama Atas Kertas :)


Fakta-fakta yang dikompilasikan dalam buku ini dibahagi mengikut kumpulan-kumpulan tertentu contohnya:
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Haiwan
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Tumbuhan
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Tokoh atau Manusia
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Sejarah
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Tubuh Badan Manusia
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Bahasa dan Nombor
-Fakta Pelik dan Menarik di dalam al-Quran

ada sejumlah 16 kumpulan fakta yang dibahagikan dalam buku ini.


Fakta-fakta yang disusun secara bernombor ni membuatkan kepala tak pening membaca. Tambah-tambah bulan-bulan puasa ni buat aku rasa terhibur juga. Sekali-sekala terkeluar juga perkataan "oooh", "whoaa", "eh?" :) Sangat banyak perkara-perkara di dunia ini yang kita tidak tahu. Kadang-kadang aku baca kuat-kuat bagi anak buah dengar. Ternganga jugak diorang walaupun diorang tak berapa nak faham lagi apa yang aku cerita. :) Jenis buku yang aku akan capai selalu untuk baca.


Dalam 888 fakta tu yang aku perasan fakta di nombor 247 ada kesalahan. yang ni memang aku confirm fakta tu salah sbb aku ni penggemar siri Filem Star Wars. Gene Roddenberry adalah pencipta siri tv Star Trek, bukannya Star Wars. Star Wars tu creator dia adalah George Lucas. Selain Princess Lea & Han Solo, Amidala & Anakin, pasangan paling comel dalam Starwars adalah R2D2 & C3PO. haha. eh nak korek kotak dvd cari citer starwars. aku penah nak beli vacuum cleaner sebab bentuk dan saiz dia macam R2D2.


sure fine whatever
rinn

blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


888 Fakta Pelik & Menarik ialah buku kedua Nasron Sira Rahim selepas buku MISTERI DUNIA mendapat sambutan yang menggalakkan. Segala fakta yang dikumpul merupakan hasil pembacaannya melalui laman web, akhbar dan jurnal untuk dikongsi bersama pembaca.


Buku ini menghimpunkan pelbagai fakta pelik dan menarik mengenai haiwan, tumbuhan, tokoh, tempat, rahsia tarikh lahir, tulisan tangan dan banyak lagi topik yang pastinya akan membuka minda dan menambah pengetahuan am sedia ada.


Antara fakta pelik tapi menarik ialah:


-mentadak betina akan memakan kepala mentadak jantan yang menjadi psangannya selepas mengawan
-Ayam jantan dipercayai tidak dapat berkokok jika ttidak memanjangkan lehernya
-Tikus tidak boleh muntah. Sebab itulah racun tikus amat berkesan untuk membunuh haiwan tersebut
-Manusia pertama yang mencipta lampu, iaitu Thomas Edison dikatakan takut berada di dalam gelap.
-Kebanyakan ibu jari manusia biasa adalah sama panjang dengan hidungnya
-Lelaki dikatakan enam kali lebih berisiko untuk dipanah petir berbanding wanita

Monday, July 18, 2011

Sesuci Kasih Norlina Alawi

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Lily Haslina Nasir
Sesuci Kasih Norlina Alawi
Penulis: Lily Haslina Nasir
Editor: Wan Rohana Wan Abdul Manaf
Terbitan Alaf 21
Siri Hero Antara Kita
RM8.00
9789831242520
152 muka surat


"Permata hatiku...
Kalian akan mama pastikan
sejuk tenang dalam pelukan
redup kasih meniti kehidupan


Kali pertama aku membaca buku dalam Siri Hero Antara Kita terbitan Alaf 21 ini. Nama Norlina Alawi sebelum ni memang agak familiar pada aku. Mungkin aku ada terbaca paparan di dada-dada akhbar tentang kegigihan beliau mengambil anak-anak terbiar dan anak-anak yang mengidap AIDS/HIV.


Buku ini membawa kita menyelami kisah hidup Norlina Alawi dari zaman kanak-kanak sehinggalah tertubuhnya PERKIM yang menjadi teduhan insan-insan kecil yang terbiar. Norlina Alawi bukan sahaja menyediakan tempat berteduh, beliau juga tidak lokek menghulurkan kasih sayang serta memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan secukupnya. Bacalah sendiri untuk menyelami sendiri hati Norlina Alawi dan pahit getir yang terpaksa ditempuhinya dalam menghulurkan kasih sayang kepada anak-anak kecil yang terbiar. Buat aku terfikir, alangkah susahnya nak berbuat baik. Ada saja yang memandang serong. Semasa buku ini ditulis, beliau sedang mengandung anak ketujuh. Aku ada jugaklah melayari internet untuk mengetahui status terkini anak-anak Norlina Alawi. Kalau tak silap, beliau mempunyai 7 anak kandung dan 43 anak angkat. Walaupun mereka hidup ramai-ramai seperti di asrama, mereka mendapat pelukan istimewa seorang ibu. Beliau banyak bercerita tentang anak-anaknya yang mempunyai kisah sendu masing-masing. Memang sangat menyentuh perasaan dan mengalirkan air mata.


AIDS/HIV semestinya membawa maut, tetapi Norlina Alawi mahu anak-anaknya menjalani hidup dan membesar seperti anak-anak yang lain. Beliau meraih kepercayaan ahli keluarga dengan membuktikan kemampuannya sehingga mereka turut sama menyokong tindakan beliau walaupun ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dibuktikan. Sokongan dari suaminya adalah paling utama yang menjadikan segalanya mungkin walaupun mereka sekeluarga terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Gaya penceritaan lebih kepada berkongsi pengalaman kelihatan lebih santai dan mesra malah memudahkan kita untuk turut sama menyelami hati ibu yang amat gigih ini. Saiz buku yang lebih lebar dan paparan muka surat berwarna bagai majalah ini membuat pembacaan menjadi lebih menarik.


sure fine whatever
rinn


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


"Anak-anak ini tiada sesiapa, mereka dihukum kerana dosa orang tua yang telah pergi. Jadi salahkah aku menghulur kasih sayang? Itu sahaja yang aku mampu. Aku cuma impikan mereka ini terus hidup seperti anak-anak aku yang lain.


Aku membayangkan, suatu hari kelak kalau usia kami sama-sama panjang, anak ini mampu terbang jauh, memacu langit, tanpa menghiraukan kekurangan diri. Doa yang aku rangkum setiap solat, moga mereka menjadikan kehinaan yang terpalit sebagai pasak kekuatan jiwa.


Percayalah... anak malang ini juga punya hati dan jiwa seperti kita. Mereka juga ada rasa yang mudah tercalar..."


Norlina Alawi


SESUCI KASIH NORLINA ALAWI merakamkan perjalanan getir Yang Dipertua PERNIM; pengasas rumah naungan yang melimpahkan kasih sayang untuk anak-anak yang kurang bernasib baik. Bukan untuk memuja, bukan untuk menyanjung namun sekadar menjadi teladan kepada kita. Mengajak kita bersama merenung, bahawa dalam hidup ini kebahagiaan tidak sekadar pada harta benda, tidak terletak pada wang ringgit.


Wanita tabah ini tidak mencari publisiti, tidak menagih perhatian.

Monday, June 27, 2011

Panduan Protokol & Tatatertib Majlis

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Professional & Technical
Author:Samsudin Wahab
Membaca buku ni buat aku sedar protokol sangat penting dalam kehidupan tetapi sekarang ni kita banyak meninggalkan protokol kerana ianya dianggap menyusahkan. Tengok lah sekarang, sudah banyak protokol yang kita buang dari kehidupan seharian sehingga rasa hormat dalam pelbagai lapisan kehidupan sudah semakin hilang. Sekarang ni orang pergi kenduri kahwin pun pakai t-shirt dan seluar jeans sahaja tak kiralah lelaki atau perempuan. Aura majlis kenduri kahwin pun terasa kurang apabila orang yang hadir pun berpakaian lebih kurang sahaja dan seperti tidak mahu menunjukkan kegembiraan meraikan pengantin dengan berpakaian cantik dan bersiap-siap dengan gaya meriah.

Panduan Protokol & Tatatertib Majlis
Penulis: Samsudin Wahab
Penerbit: PTS PROFessional
Cetakan 1: 2004
Cetakan 5: 2006
978983385663
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
224mukasurat

“Panduan melaksanakan majlis secara berprotokol, mengikut tatasusila dan mematuhi peradaban sebagai lambang ketinggian adat dan budaya”


Dari Pengarang:
Protokol merupakan satu bentuk peraturan yang menekankan kepada kepatuhan terhadap etiket rasmi yang mengandungi aspek-aspek tingkah laku yang diterima umum oleh masyarakat. Bermula dari zaman kesultanan Melaka lagi kita sudah mempunyai peraturan-peraturan khusus yang diamalkan di istana dan majlis-majlis yang dihadiri oleh pembesar-pembesar negeri. Dalam kehidupan seharian kita juga mengamalkan protokol di rumah di mana anak-anak perlu menghormati tatasusila keluarga yang memang sudah wujud sejak zaman berzaman.

1. Apa itu Protokol Majlis?
Berasal dari bahasa Yunani(Greek) yang membawa maksud tanda taraf atau status yang membuktikan kesahihan undang-undang zaman Yunani. Mengikut kamus dewan, protokol adalah peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi misalnya prosedur menyambut tetamu dan lain-lain

Peranan protokol
a. memberi penghormatan dan kemudahan-kemudahan kepada mereka yang wajar menerimanya serta mengelakkan pertelingkahan dan salah faham dengan yang lain-lain.
b. Mengekalkan hubungan awam antara indiviidu dan seterusnya antara Negara bagi mengelakkan salah faham
c. Mewujudkan rasa hormat dan taat keapda mereka yang sepatutnya mendapat kehormatan.
Kegagalan menjaga protokol akan menjadikan majlis kurang adab dan menjatuhkan imej tetamu istimewa.

Ringkasnya, pengetahuan protokol sangat penting bagi tujuan berikut:
a. Kegunaan harian untuk individu
b. Dalam hubungan masyarakat
c. Dalam mengurus dan mengendalikan majlis
d. Dalam hubungan antarabangsa

Istilah protokol tidak asing lagi dalam budaya dan cara hidup masyarakat melayu. Dewasa ini amalan protokol sudah kurang dan member kecacatan kepada berbagai majlis.

Sekiranya pengetahuan protokol kurang,
a. Individu akan tiada kesedaran pentingnya hormat menghormati
b. rasa hormat dalam keluarga akan berkurangan
c. masyarakat tidak akan menghormati pemimpin

Buku ini banyak menekankan protokol menghadiri majlis dan susun atur tetamu-tetamu kehormat, peranan host dan peranan pegawai protokol. Adab-adab berbual dan berkenalan turut diselitkan. Ianya sedikit sebanyak mengingatkan kita betapa indahnya adab dan protokol orang melayu dan orang Islam. Hampir keseluruhan buku ini disampaikan dalam bentuk akademik dalam susunan yang mudah dibaca. Mungkin lebih sesuai untuk kakitangan kerajaan yang nak ambil peperiksaan awam atau pegawai-pegawai yang sering terlibat dalam penganjuran majlis yang melibatkan VIP. Hmm ada juga kesalahan ejaan sikit-sikit. Tergelak aku bila baca tajuk "Hadiah Cedera Hati untuk Tetamu". Oh tidak, aku tidak mahu hadiah itu.

Di penghujung buku ini adalah diselitkan banyak pantun melayu yang sesuai dijadikan penyeri majlis.

Blurb/novelcinta@multiply/synopsis

Menganjurkan majlis bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan. Banyak pihak yang terlepas pandang dalam isu-isu protokol serta etiket yang betul dalam menganjurkannya.

Buku ini menerangkan dengan jelas cara berpakaian yang betul, tatatertib di meja makan, penyusunan meja makan dengan cara yang betul, adab sopan dalam pertemuan dan perkenalan dalam majlis. Selain itu, ia juga menerangkan cara membuat panggilan yang betul bagi tetamu-tetamu daripada pelbagai jawatan dan gelaran, penampilan diri dalam majlis serta adab sopan ketika memberikan ucapan dalam majlis.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi setiap keluarga, jawatankuasa daerah, negeri, jabatan kerajaan dan swasta atau institusi pengajian tinggi.

Samsudin Wahab adalah Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Universiti MARA (UiTM Dungun, Terengganu).

Monday, September 20, 2010

19 Hari Sesat Di Gunung Tahan

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Nonfiction
Author:Nur Umaisarah Sameaun
19 Hari Sesat Di Gunung Tahan
Pengalaman: Nur Umaisarah Sameaun
RM16.50
Sabah/Sarawak: RM19.50
isbn: 9789675234415
165 mukasurat


Kalau org sesat dalam hutan mesti bunian dan jin dipersalahkan. Curiosity membuat aku nak sangat baca buku ni. Nak sangat tahu apa yg dilalui Umai sepanjang 19 hari dia sesat di dalam hutan. Semasa tempoh kehilangannya, macam2 cerita spekulasi yg kita dengar malah memang ramai yg tidak menyangka seorg gadis boleh survive dalam tempoh itu dalam hutan tebal.


Kisah kehilangannya memang mendapat liputan meluas dalam media2 kat Malaysia nih. Masa tu memang mcm2 spekulasi lah orang buat. Tak sangka pula dia jumpa jalan keluar dgn sendirinya tanpa bantuan sesiapa. Org cari kat tempat lain, dia tembus kat tempat lain. Tempat jauhhhhhhhhhh dari lokasi dia mula2 dilaporkan hilang.


Kisah ini diceritakan sendiri oleh Umai dan ternyata dia sendiri menyesali keputusan awalnya semasa mula2 mendapati dirinya sesat. Kerana tidak sabar menunggu dia mencari sendiri jalan keluar sehingga menyebabkan dia lebih jauh sesat di dalam hutan tu.


Suasana dalam hutan melalui cara penceritaan Umai, tidak lah menyeramkan. Mungkin hari2 yg meletihkan yg dilaluinya membuat malam berlalu begitu saja. Part yg membuatkan aku meremang seram adalah kisah2 mimpinya. Yg datang 'melawatnya' dan meninggalkan pesan2 adalah wajah2 yg dikenalinya.


Memang siksa perjalanannya, ntah berapa kali tergelincir, terjatuh dari tempat tinggi sehingga luka2 sana sini. Mungkin itulah dugaan dan pengajaran besar dalam hidupnya yg menjadikannya insan yg lebih bijak dan lebih bersyukur. Part dia citer dia lapar tu buat aku sendiri terasa lapar. Dia memang tak jamah makanan langsung. Dia tak pasti nak makan daun apa. Utk keselamatan diri, dia cuma minum air sungai saja. Dan bila lapar sgt, dia cuma mampu membayangkan dirinya sedang menikmati makanan enak.


Part pertemuan semula dgn keluarganya memang menyentuh perasaan, tambah2 perbualan Umai dgn ayahnya.


sure fine whatever
alongside


sinopsis/blurb:


Mungkinkah kita dapat bertahan di dlm kawasan gunung selama 19 hari tanpa makanan dan hanya meneguk air sebagai penghilang lapar dan dahaga? Tentu ramai yg mengakui tidak sanggup malah mengimpikan pun pasti tidak mahu.


Percaya atau tidak Nur Umaisarah Sameaun atau lebih dikenali dgn nama Umai telah berjaya melepasi halangan itu. Berbekalkan semangat yg cukup kuat, beliau yg sesat tatkala mahu menikmati panorama indah pokok bonzai di kawasan berdekatan, meneruskan perjuangan merentas hutan rimba.


Walaupun pelbagai dugaan yg menimpa dlm usaha beliau utk mencari jalan keluar hingga tersasar jauh membuat beliau semakin kental setelah apa yg dilaluinya berjaya diharungi.


Ikutilah realiti 19 Hari Sesat di Gunung Tahan.

---------
"Mak, Umai lapar. Umai nak balik!" Suaraku yg tersekat-sekat akhirnya sarat dgn tangisan yg cuba kutahankan sejak sekian lama. Tembok keegoan dan kedegilanku akhirnya runtuh dgn kemunculan wajah mak dan bapak silih berganti. Akhirnya aku tewas juga dgn perasaanku sendiri. Kelaparan yg semakin memedihkan perutku, tambah menggores hati dan sanubari

..........
"Mustahil manusia boleh hidup tanpa bekalan makanan utk jangka masa yg begitu lama? Perempuan pulak tu? Mesti org bunian sorok kamu ni."


.......
19 hari aku bersabung nyawa menanti bantuan tiba dgn penuh kesengsaraan, tetapi masih ada yg tergamak mempertikaikan apa yg telah aku alami?