Monday, July 18, 2011

Sesuci Kasih Norlina Alawi

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Lily Haslina Nasir
Sesuci Kasih Norlina Alawi
Penulis: Lily Haslina Nasir
Editor: Wan Rohana Wan Abdul Manaf
Terbitan Alaf 21
Siri Hero Antara Kita
RM8.00
9789831242520
152 muka surat


"Permata hatiku...
Kalian akan mama pastikan
sejuk tenang dalam pelukan
redup kasih meniti kehidupan


Kali pertama aku membaca buku dalam Siri Hero Antara Kita terbitan Alaf 21 ini. Nama Norlina Alawi sebelum ni memang agak familiar pada aku. Mungkin aku ada terbaca paparan di dada-dada akhbar tentang kegigihan beliau mengambil anak-anak terbiar dan anak-anak yang mengidap AIDS/HIV.


Buku ini membawa kita menyelami kisah hidup Norlina Alawi dari zaman kanak-kanak sehinggalah tertubuhnya PERKIM yang menjadi teduhan insan-insan kecil yang terbiar. Norlina Alawi bukan sahaja menyediakan tempat berteduh, beliau juga tidak lokek menghulurkan kasih sayang serta memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan secukupnya. Bacalah sendiri untuk menyelami sendiri hati Norlina Alawi dan pahit getir yang terpaksa ditempuhinya dalam menghulurkan kasih sayang kepada anak-anak kecil yang terbiar. Buat aku terfikir, alangkah susahnya nak berbuat baik. Ada saja yang memandang serong. Semasa buku ini ditulis, beliau sedang mengandung anak ketujuh. Aku ada jugaklah melayari internet untuk mengetahui status terkini anak-anak Norlina Alawi. Kalau tak silap, beliau mempunyai 7 anak kandung dan 43 anak angkat. Walaupun mereka hidup ramai-ramai seperti di asrama, mereka mendapat pelukan istimewa seorang ibu. Beliau banyak bercerita tentang anak-anaknya yang mempunyai kisah sendu masing-masing. Memang sangat menyentuh perasaan dan mengalirkan air mata.


AIDS/HIV semestinya membawa maut, tetapi Norlina Alawi mahu anak-anaknya menjalani hidup dan membesar seperti anak-anak yang lain. Beliau meraih kepercayaan ahli keluarga dengan membuktikan kemampuannya sehingga mereka turut sama menyokong tindakan beliau walaupun ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dibuktikan. Sokongan dari suaminya adalah paling utama yang menjadikan segalanya mungkin walaupun mereka sekeluarga terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Gaya penceritaan lebih kepada berkongsi pengalaman kelihatan lebih santai dan mesra malah memudahkan kita untuk turut sama menyelami hati ibu yang amat gigih ini. Saiz buku yang lebih lebar dan paparan muka surat berwarna bagai majalah ini membuat pembacaan menjadi lebih menarik.


sure fine whatever
rinn


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


"Anak-anak ini tiada sesiapa, mereka dihukum kerana dosa orang tua yang telah pergi. Jadi salahkah aku menghulur kasih sayang? Itu sahaja yang aku mampu. Aku cuma impikan mereka ini terus hidup seperti anak-anak aku yang lain.


Aku membayangkan, suatu hari kelak kalau usia kami sama-sama panjang, anak ini mampu terbang jauh, memacu langit, tanpa menghiraukan kekurangan diri. Doa yang aku rangkum setiap solat, moga mereka menjadikan kehinaan yang terpalit sebagai pasak kekuatan jiwa.


Percayalah... anak malang ini juga punya hati dan jiwa seperti kita. Mereka juga ada rasa yang mudah tercalar..."


Norlina Alawi


SESUCI KASIH NORLINA ALAWI merakamkan perjalanan getir Yang Dipertua PERNIM; pengasas rumah naungan yang melimpahkan kasih sayang untuk anak-anak yang kurang bernasib baik. Bukan untuk memuja, bukan untuk menyanjung namun sekadar menjadi teladan kepada kita. Mengajak kita bersama merenung, bahawa dalam hidup ini kebahagiaan tidak sekadar pada harta benda, tidak terletak pada wang ringgit.


Wanita tabah ini tidak mencari publisiti, tidak menagih perhatian.

1 comment:

  1. nie buku kisah jiran kat rumah... mmg seorg ibu yg tabah dan ikhlasss.....

    ReplyDelete