Showing posts with label islamik. Show all posts
Showing posts with label islamik. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Dikau Tidak Pernah Jauh

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Nur Hatija
Dikau Tidak Pernah Jauh
Penulis: Nur Hatija
Terbitan Jemari Seni Sdn. Bhd.
Editor: Harny Abu Khair
RM19.00
Sabah/Sarawak: 22.00
9789675118692
427 mukasurat


Aku tak sangka aku akan menyenangi karya ini. Gaya Nur Hatija yang bercerita dengan serius membuat aku rasa cerita ini berat. Tetapi cerita yang dibawanya ini jarang-jarang dapat aku hayati dalam novel2 melayu. Nur Hatija mengangkat Firdaus sebagai watak utama kisah ini. Tak seperti penulis-penulis wanita lain yang lebih gemar mengangkat watak wanita sebagai fokus cerita.


Kita dibawa mengenali keluarga Fadhil dan dua org anaknya, Firdaus dan Aisyah yang memilih untuk meninggalkan hidup serba mewah untuk melalui cara hidup zuhud. Selepas habis membaca karya ini barulah terang lagi jelas di mata aku mengapa Fadhil memilih untuk membawa Firdaus dan Aisyah hidup dalam serba kekurangan. Dia mahu menyelamatkan aqidah anak-anaknya. Walaupun serba kekurangan, tetapi dia bahagia. dan dekat dengan Allah. Fadhil, Firdaus dan Aisyah terkenal dengan sifat terpuji mereka. Malah sifat mereka turut mempengaruhi sahabat-sahabat baik mereka untuk sama menjadi baik.


Tak sangka betul lelaki sebaik Fadhil pernah disingkir isteri sendiri dari rumahnya sendiri. Kisah Fadhil sangat hiba. Dia rela menukarkan seluruh harta bendanya demi mendapatkan hak penjagaan Firdaus dan Aisyah. Sepanjang membaca kisah ini, aku lebih simpati kepada watak-watak lelakinya iaitu Fadhil dan Firdaus. Penulis meletakkan fokus pada watak-watak lelakinya berbanding watak-watak perempuan. Kisah Fadhil dan Firdaus walaupun berbeza latar masa, tetapi mereka telah mengharungi jalan-jalan yang hampir sama. Fadhil seperti tahu kelemahan Firdaus.


Jalan takdir membawa Firdaus kepada ibunya. Sedihnya melihat Firdaus hanyut ketika tinggal bersama ibunya di rumah yang besar dan mewah. Firdaus ni jenis menurut saja dan mahu menyenangkan hati orang tua sehingga rasa ikhlas itu seolah-olah terkeliru dengan sifat 'menurut kata'. Semasa dengan ayahnya, dia gembira dapat menyenangkan hati Fadhil dengan sama-sama bersolat, sama-sama beribadah, tetapi apabila Fadhil tiada dan muncul pula ibunya Halina, Firdaus jadi hanyut dan leka. Dia gembira mengecapi syurga dunia.


Watak-watak antagonis tidak digambarkan keterlaluan tetapi cukup untuk membuat kita merasa jelik dengan mereka. Kisah Firdaus selepas kemalangan tu membuat aku menangis hingga ke akhir cerita. Terasa kengerian Firdaus untuk kembali ke kehidupan yang mewah kerana dia takut akan hanyut semula seperti dulu. Bapa mertuanya menggunakan pendekatan yang sangat berhemah untuk menarik Firdaus namun pada masa yang sama dia turut tertarik kepada peribadi menantu yang baru dikenalinya. Patutlah anaknya sanggup menunggu Firdaus malah meminta ayahnya meminang Firdaus.


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku


Letaklah Allah pada cinta yang paling utama. Cinta terhadap manusia tidak salah tetapi biarlah selari dengan kehendak agama...


Apakah erti cinta?
Cinta hanyalah omong kosong pada yang tidak sanggup berkorban demi cinta!


Kerana cinta, Fadhil meninggalkan kebahagiaan dunia dan belajar hidup zuhud.
Kerana cinta, Halina sanggup kehilangan kasih anak-anak.
Kerana cinta, Firdaus tenggelam dalam pelukan dunia;
dan kerana cinta akan Firdaus, Mardhiah sabar menunggu.


"Janji dengan saya, awak akan tunggu saya." ucap Firdaus.
"Awak pun berjanji dengan saya. Jangan pernah melarikan diri daripada saya," balas Mardhiah.


Tapi, kenapa kini Firdaus jadi lupa pada kata-kata yang pernah dia ucapkan dahulu? Mampukah mereka kenal erti cinta sebenar? Mampukah mereka berkorban demi mencari nikmat cinta itu?


NUR HATIJA menulis tentang makna cinta. Dikau Tidak Pernah Jauh membawa anda menghayati kisah cinta yang penuh teladan untuk mencari keikhlasan cinta yang sebenar.

Tuesday, October 25, 2011

Surah-Surah Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Saridah Hamid
Surah-Surah Rindu
Penulis: Saridah Hamid
Editor: Siti Nor Fadilah Salleh, Nor Hafizah Mohd Samsudin, Nahdatun Nisaak Othman
RM24.00
Sabah/Sarawak: RM27.00
9789833604197
427 muka surat
cetakan pertama 2008


"Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada orang tuanya, ibu bapanya, ibu yang mengandungkannnya dalam keadaan lemah dan menyusunya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu. Hanya kepada-Ku kembali," [Surah Lukman, ayat 14]


Mood nak membaca novel-novel bernada Islamik pula sekarang ni :). Pengaruh lepas baca Ikhlas A.K. kot :)


Kali pertama aku menatap karya Saridah Hamid. Novel Islamik terbitan PTS ini seperti biasa disunting rapi dalam bahasa Melayu rasmi. Dari segi isi cerita isunya tidak jauh berbeza dari novel kontemporari biasa yang menceritakan kisah seorang gadis yg dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ajaran Islam. Dia kemudiannya mendapati dia adalah anak angkat dan bermulanya dilema besar dalam hidupnya selain dari hatinya yg mula dijentik perasaan cinta terhadap lelaki.


Kisah ini bermula dengan tibanya Nurin Hannah yang baru dilahirkan. Ibunya diugut akan dibuang keluarga jika terus memelihara Nurin Hannah yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan.


Sejak zaman sekolah Nurin sering menerima persoalan adakah dia betul-betul anak melayu kerana kulitnya sangat putih dan matanya sepet.


Walaupun belajar dan berada jauh dari keluarga, dia memegang kejap amanat ibunya supaya memelihara tatasusilanya sbg seorang muslimah. Kehadiran warkah salam perkenalan dari Naqiuddin membuat Nurin Hannah mula merasai perasaan jatuh hati.


Sifat Nurin Hannah yang pemalu dan menjaga tatasusila sangat memikat hati Naqiuddin. Penulis tidak mendedahkan perasaan Naqiuddin mengenai kenyataan bahawa Nurin sebenarnya anak angkat dan anak luar nikah. Mungkin penulis akan membawa isu ini dalam novel seterusnya kerana ada perkataan 'Novel Dwilogi' pada kulit depan novel ini.


Walaupun terkesima dengan kenyataan bahawa dia adalah anak angkat, Nurin seorang yang waras dan bertimbang rasa. Malah dia gembira dapat membina hubungan yang baik dengan ibu kandungnya yang sudah memeluk agama Islam. Ramadhan yang akan datang dia akan dapat berpuasa dan beribadat bersama ibu yang baru mahu dikenalinya.


Nurin tidak pernah melupakan jasa ibu dan bapa angkatnya serta adik-adik dan abangnya yang mengasihinya sepenuh hati.


Kebelakangan ni kalau baca cerita anak perempuan yg diambil sebagai anak angkat, bapa angkatnya mesti bernama 'Abdullah' ya? supaya heroin tak mengesyakki yang dirinya tu anak angkat kot.


sure fine whateverr
rinn




blurb/sinopsis belakang buku




Nurin Hannah, gadis yang dilimpahi kemewahan kasih sayang walaupun dia sering menjadi bahan usikan kerana perbezaan wajah dan warna kulit dgn keluarganya. Sejak kecil ibu bapanya mengasuh dia dan adik-beradik dgn didikan sempurna bagi bekalan dunia dan akhirat di samping menjadi muslimah sejati.




Ketika menuntut di universiti, pintu hatinya diketuk jejaka yg terkenal di falkutinya. Teringatkan pesanan ibu yg menghalang dia berkasih ketika sedang belajar, Nurin akur dengan ingatan itu.
tetapi mampukah jiwa halus Nurin Hannah menahan gelodak hati yg merronta.




Persoalan mengenai status Nurin Hannah membuat gadis itu dalam dilema. Benarkah dia hanya anak angkat Abdullah dan Hasinah? Nurin Hannah semakin kalut. Tetapi wajarkah dia melupakan kasih sayang yg dicurahkan ibu bapanya hanya kerana sepucuk surat? siapakah dia sebenarnya?

Tuesday, March 1, 2011

Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Taufiqurrahman al-Azizy
Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha
Penulis: Taufiqurrahmah al-Azizy
Penterjemah: Nur Haslina Abd Hamid
Editor: Rafizah Kasim
Terbitan Global Aksara Communication
RM28.90
sabah/sarawak: RM30.90
391 mukasurat
9789834498203




"Novel Spiritual Cinta dan Iman berlandaskan Al Quran"




Terasa macam membaca novel yg diterjemah dari bahasa Arab pulak. Novel ini naskah asalnya adalah dalam bahasa Indonesia. Berdiri dalam genre novel islamik. Yusuf dan Zulaikha dalam novel ini memang dibayangi kisah cinta Yusuf dan Zulaikha zaman dulu. Lebih separuh dari buku ini aku seperti membaca kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dalam versi modern, sehinggalah di hujung2 cerita terasa twist cerita sangat menarik hingga membuat aku menangis. KEsemua yang dibaca dari mula terasa berbaloi membacanya :)


Yusuf adalah jejaka kampung yang miskin dan sangat kacak. Kehadiran Zulaikha dan rakan2nya utk menyiapkan assignment universiti menarik perhatian seluruh penduduk kampung termasuk Yusuf dan sahabatnya, Umar. Umar segera berpendapat, Zulaikha itu adalah jodoh Yusuf kerana bukankah Zulaikha diciptakan utk seorg Yusuf?


Yusuf seorg yg pemalu namun kecantikan Zulaikha berjaya mencuri hatinya. Zulaikha takut dgn rasa hati yg sedang dialaminya. Dia begitu ingin menyertai rakan2nya berkunjung ke rumah Yusuf tetapi ditahannya sehinggalah rasa terkilan Yusuf disampaikan oleh rakan2nya kepada dirinya. Dia merasa terhina kerana Yusuf berprasangka dgn keengganannya berjumpa dgn Yusuf. Yusuf terkedu dgn pengakuan cinta dari Zulaikha tetapi Zulaikha terlalu sedih dgn tuduhan Yusuf lalu balik ke kota dgn membawa hati yg luka dan rindu yg sarat utk Yusuf.


Atikah, jiran Yusuf sangat menyintai Yusuf. Dia menyembunyikan perasaannya dan terus bersahabat dgn Yusuf. Pengakuan cinta dan surat-surat dari Zulaikha membuat cemburu Atikah membuak-buak. walaupun dirahsiakan perasaannya dari Yusuf tetapi hampir semua org di kampung itu tahu yg Atikah sangat cintakan Yusuf. Apabila mengetahui Yusuf tidak terang-terangan membalas cinta zulaikha, dia dan ibunya berusaha memikat hati Yusuf dgn bertandang ke rumah Yusuf hampir setiap hari sehingga menimbulkan fitnah. Malah Atikah dikuasai nafsu dan merayu Yusuf menyentuhnya. apabila Yusuf menolak, dia dan ibunya menyebarkan fitnah di kampung itu. Dengan restu bapanya, Yusuf membawa diri ke Kota demi meredakan fitnah yg melanda.




Rindu yg tak tertahan memaksa Zulaikha kembali ke kampung tetapi Yusuf sudah pergi ke Kota. Zulaikha nekad menanti di kampung malah Atikah dan ibunya yg kononnya sudah insaf memujuk Zulaikha tinggal dgn mereka. Mereka mempengaruhi Zulaikha supaya kerap bertemu Umar utk bersembang2 tentang Yusuf. Akhirnya Zulaikha tertarik dgn Umar. Cinta Zulaikha kpd Yusuf yg menjadi kekaguman akhirnya terasa dikhianati. Zulaikha yg dipuji-puji kemudiannya disindir-sindir.


Di Kota, Yusuf dilanda pelbagai dugaan. Dari menjadi pengilat kasut di pinggir masjid, dia menjadi muazzin dan penjaga masjid. Ilmu agamanya semakin dipandang tinggi dan ditakdirkan dia bertemu dgn bapa zulaikha yg amat tertarik dgn peribadi Yusuf tanpa mengetahui bahawa Yusuf itulah yg dicintai anaknya.


rindu yg sarat membuat bapa Yusuf ke kota utk menjejaki anak kesayangannya. tapi masa tu yusuf pulak balik kampung. aduih... asyik tersasar jer 'timing' diorang nih.


Aku rasa kampung tu sangat kecil kerana rasa macam apa saja yg berlaku di situ dari sekecil kecilnya hingga sebesar-besarnya diketahui oleh SEMUA orang.


Yusuf memang sangat kecewa kerana dia sudah bersedia utk menerima Zulaikha. Namun tanpa siapa-siapa pun ketahui, Umar ada rancangannya yang tersendiri. Tak kira berapa kali Yusuf dan zulaikha berubah, Umar tetap Umar. NASIB BAIKKKKKKK! hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan Cinta saya kepada Allah kerana cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu utk dikasihi Allah, tetapi hati saya dipenuhi kerinduan kpd Yusuf. Apakah saya sudah menjadi musyrik? Ustaz... tolonglah saya! Demi Allah, saya tiada kuasa utk memilih satu cinta dari kerinduan ini.


Rinntihan Zulaikha merobek angkasa malam. Cinta dan kerinduannya kpd Yusuf semakin mendalam. Inilah kitab cinta seorg wanita muslimah kpd Yusuf - seorg pemuda muslim yg diberkati wajah yg bercahaya. Mungkinkah takdir Yang Maha Kuasa membimbingnya menyatukan jiwanya dgn jiwa Yusuf, sekalipun jalan cinta yg harus dilalui oleh sepasang insan ini akan berliku? Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama menyalakan api kecemburuan, iri hati, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat menguji iman...


Inilah novel spiritual cinta dan imaan berlandaskan kisah Al-Quran yg telah dieksporasi ke dlm kehidupan, pengalaman dan perilaku umat kontemporeri. Sebuah inspirasi hidup bagi kaum muslimin/muslimat dlm menjalankan ibadah, cinta dan obsesi hidupnya. Sebuah mahakarya novelis muslim terkemuka saat ini.

Monday, February 21, 2011

Doa Terakhir

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Fuad Hj Sam
Doa Terakhir
Penulis: Fuad Hj Sam
Novel Islamik Alaf 21
Editor: Norlizawati Yaakob
Cetakan 1 - 2011
RM17.00
Sabah/Sarawak: 20.00
423 mukasurat
http://www.alaf21.com.my
9789831246207


"Seuntai ucapan mampu mengubah erti kehidupan"


Kisah dalam novel ini lebih berbentuk collective dan tiada tumpuan fokus kepada satu2 watak sahaja. Penulis menceritakan beberapa kisah yg melanda kawasan kampung. Kebanyakannya ada kaitan dgn gangguan syaitan dan amalan khurafat yg menjadi kepercayaan penduduk kampung. Dari sekecil-kecil kes sehingga ke sebesar-besar kes, penduduk kampung gemar merujuk kepada bomoh walaupun di situ ada klinik kesihatan dan ustaz yang berpengalaman untuk membantu dalam hal-hal mistik, masalah kesihatan dan kekeluargaan.


Dendam, iri hati, keinginan yg membuak-buak juga membuat amalan ilmu hitam Nenek Besar menjadi keperluan demi melunaskan kehendak hati.


Penulis banyak berkongsi tip-tip amalan beserta bacaan yang elok diamalkan utk melindungi diri dengan nama Allah.


Antara kisah menarik di kampung itu adalah Tuan Musa dan isterinya yg jelita Norita. Walaupun sudah beristeri cantik, Tuan Musa sering mencari hiburan luar sehingga anak isteri terabai. Apabila Norita cuba mendapatkan bantuan Ustaz Kamal dan isterinya, Ustazah Fatimah, Tuan Musa mengamuk dan membelasah isteri sendiri membuatkan Norita terpaksa melarikan diri dan cuba mendapatkan penceraian melalui prosedur mahkamah. Kebencian membuak2 membuatkan Tuan Musa cuba menghantar 'tuju-tuju' kepada pasangan ustaz ustazah itu dgn bantuan nenek besar.


Pak Ali pulak terlalu gilakan cikgu muda di sekolah anaknya. Dia cuba guna-gunakan cikgu tu hingga cikgu tu termimpi-mimpikan orang tua yg kaki skodeng tu. Balasan yg menimpa Pak Ali mengaibkan diri dan keluarganya.


Samsudin dan Latifah sudah beberapa bulan mendirikan rumah tangga tetapi Latifah masih dara. Samsudin tu pernah bercinta dgn Maz. Aku ingat ka Maznah, tapi Mazlan rupanya. Setelah berkahwin, dia terputus hubungan dgn Maz lalu menjadikan budak sekolah sbg pemuas nafsunya. Dia mengumpan macam2 pada budak skolah tu yg sememangnya dah ada taste songsang. Latifah cuba mengembalikan suaminya ke jalan yg benar dgn bantuan Ustaz Kamal dan Ustazah Fatimah tetapi pertemuan semula dgn Maz membuat Samsudin kemaruk cinta nafsu lagi dan kali ini Maz menghadiahkannya dgn HIV.


Tuan Musa mati dalam sebuah kemalangan dalam keadaan yg sangat sangat mengaibkan. Menunjukkan balasan Allah tak semestinya di akhirat.


sure fine whatever
rinn




blurb/alongside@multiply/sinopsis belakang buku


Ustaz Kamal menghadapi dilema dalam menegakkan syiar Islam di kampungnya. Penduduk kampungnya lebih taksub dengan amalan khurafat dan mempercayai bomoh-bomoh yang menggunakan syaitan laknatullah sbg pengantara. Malah ustaz Kamal dipukul dgn teruk oleh suami Norita, Tuan Musa hanya kerana mengajar Norita tentang agama.


Norita sendiri teruk disiksa oleh Tuan Musa. Cubaannya melarikan diri juga gagal. Dia dikurung dan tiada sesiapa yg dibenarkan berjumpa dengannya.


Norita hanya mampu menangis dan bermohon kepada ALLAH agar meringankan siksaan yg ditanggung. DOA TERAKHIR, merubah segala galanya.

Friday, November 26, 2010

Antara Safa dan Marwah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ismad Astar
Antara Safa dan Marwah
Penulis: Ismad Astar
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
Cetakan Pertama Ogos 2010
466 mukasurat.


"Cinta sejati akan kekal
biar dihakis dek berjuta detik masa"


banyak yg aku syak jadi yg tak baik tak baik, tapi baik2 aja semua characters. macam fatin tu ingat ka jadi spy bapak dia sbb co. bapak dia ngan co nor atiqah menjalankan busines yg sama :) Pn. Wardah pun aku ingat nanti dia nak seleweng ker apa sbb dia dah lama keje tapi Fatin yg baru dilantik tu terus jadi bos dia. Turns out Puan Wardah tu baik2 aja. Mana org jahat ni???? heheh. Masa fatin mcm saja2 nak jadi close friend dgn Nur Atiqah pun buat aku syak macam2 dgn Fatin tu.


cara nak dapat jawatan pun ala2 aprentice nyer assignment :)


cerita ini dirasakan lebih islamik hanya kerana nur atiqah bertudung/berpurdah, dia pernah menetap di jeddah dan dia panggil ayah dia abi dan ayah dia panggil dia habibati.


kisah dilalui nur atiqah dalam cinta dan membuat pilihan dalam cinta adalah sama saja yg gadis2 lain yg diketengahkan dalam novel2 melayu sbg heroin. Dia pernah bercinta di luar negara dan kecewa dalam cinta setelah ditinggalkan utk org lain. Dia diberi peluang oleh ayahnya utk membuat pilihan 3 jejaka yg menjadi calon terpilih yg telah ditemuduga ayahnya. Salah seorg daripadanya adalah bekas kekasih nur atiqah sendiri.


masa mula2 kemunculan watak Daisy tu memang aku syak dia tu mak Nur Atiqah tapi bukan, anak dia lelaki pulak. Nur Atiqah tu berkobar2 nak jejak ibunya tapi tak pernah bertanya pada ayahnya kerana bimbang luka lama berdarah kembali. Begitu bersungguh2 mahu menjaga hati ayahnya yg tersayang. ada jugak at one point aku menyangka Syeikh Hamdani tu mungkin hanya bapa saudara Nur Atiqah, tapi bukan rupanya. Dia memang ayah kandung Nur Atiqah.


selepas confirmkan calon2 yg sesuai tuk dijadikan suami nur atiqah, barulah ayah nur atiqah memikirkan hasrat utk beristeri lagi. calon calonnya -
muaz - calon pilihan Syeikh Hamdani
hizbul muslim - bekas kekasih nur atiqah
faisal - abg kpd fatin yg curious dgn gadis misteri bernama Nur Atiqah


Pencarian ibu nur atiqah sangat misteri, ia menjadi lebih mudah dgn bantuan Faisal dan Fatin yg siap lukis salasilah keluarga lagi ha. Semuanya menuding ke arah ibu Fatin. So kemungkinan besar mereka berkongsi ibu yg sama, tambahan pulak wajah Fatin dan Nur Atiqah sgt seiras. Faisal macam lega sbb dia ngan Nur Atiqah tak der pertalian darah, so ada peluang la buat bini ;)


Faisal tu memang slow kalau bab2 melibatkan hati dan perasaan tapi aku lebih suka dia dengan Nur Atiqah :) Muaz memang tarik diri awal2 kerana dia sedar kedudukan dirinya dlm persaingan kecil ni. Hizbul Muslim memang complete package la sbg bakal suami tapi mengenangkan dia pernah melukakan hati nur atiqah, so aku agak kurang berkenan la.


hmm bila baca berturut novel JS Antara Safa & Marwah dgn 26 Episod Gosip, nampak macam ada persamaan di hujung2 cerita apabila, MEREKA YG TERLEWAT YG DAPAT HEROIN! hehe... tapi dua2 hero tu deserve the heroin2 tu lah :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis/alongside/blurb


usah diulang cerita lama, usah dituil keruping luka, usah dipaksa hati yg parah berdarah kembali.


Ini kisah teganya hati seorg ibu meninggalkan anak yg baru berusia 6bln; dan teguhnya hati sang anak mencari umi yg menghilang itu.


Kenapa ya sejak akhir2 ini hati semakin kerap dioles rindu pada umi? Mungkin sebab dia berada jauh dari Jeddah. Atau Masjidilharam tidak sedekat dulu utk dijadikan tempat menenteramkan jiwa. Atau umi sudah terlalu hampir sehingga baunya boleh dihidu oleh panca ke6nya?


Dimana nak dicari di Malaysia ni, seorang wanita bermata biru-hijau dan berumur sekitar lima puluh tahun. ah, dia rindu sgt pada umi.


Ini cerita seorg perempuan yg terpaksa membuat pilihan hati - Muaz yg disukai ayahnya, Faisal lelaki berambut perang yg dulunya membenci kaum Hawa atau Hizbul yg pernah melukakannya tapi kini kembali menagih hatinya. Dia buntu!


----------
ISMAD ASTAR mengajak pembacanya 'berhijrah' utk kehidupan yg lebih bermakna. Antara Safa dan Marwah memperlihatkan kasihnya ayah juga membawa ke syurga.



Sunday, February 7, 2010

Bintang-Bintang Ke Syurga

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Xarine
Bintang-Bintang ke Syurga
Penulis: Xarine
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009
RM19.00
Sabah/Sarawak:RM22.00
isbn: 9789675118227
452 mukasurat


Ini kisah perjalanan sebuah pencarian sebenarnya... well bukan sebuah tapi dua buah, pencarian kerja dan pencarian isteri yg sesuai menjadi teman hidup ;)


Sepanjang pembacaan itulah perkara yg sentiasa terlintas di fikiran Imran. Dia seorg jejaka yg terpelihara akhlak. Bukan sebarangan menghulurkan kasih. Biler nampak gadis2 yg sesuai diperisterikan, adalah ayat2 dalam hatinya yg terdetik, ini kah yg sesuai, atau semata-mata jentikan nafsu.


Yg disangka sesuai, tidak kesampaian. Itulah yg pertama. Yg lain2 muncul tetapi hatinya berbelah bagi. Siapa sangka yg paling sesuai itu sudah lama mengintipnya dari kejauhan. Dan kejujuran Imran telah mengubah gadis itu ke arah yg lebih baik. Dan di saat gadis2 lain memandang serong kepada dirinya, gadis itulah yg datang membela nasibnya.


Bab dia kerja kat kilang papan tu memang menyentuh perasaan tambah2 bila dia mengenangkan kepenatan yg dirasainya dan dibandingkan dengan kepenatan yg ditanggung ayahnya sepanjang menyara hidup mereka sekeluarga. Menitis jugak air mata aku kerana itulah yg aku kenangkan bila teringat ayah yg balik rumah minta picit sana picit sini. Paling sedih mengenangkan, ada masanya kita menolak. Aku rasa nak nangis lagi... Naskah yg tidak melontarkan bicara kosong, ia penuh dengan luahan hati seorg Imran.





sinopsis/blurb:


Urusan ini perutusan cinta. Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorg kamu sehingga dia mencintai saudaranya sbgaimana dia mencintai dirinya sendiri.


Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yg akan menyatukan kita dan semua manusiaa. Sepertimana alam kehidupan yg satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yg sedang bercinta; roh cinta yg mutlah terpateri pada hukum qadar-Nya. Dan setiap detik pasir2 dan burung2 itu mengucapkan 'cinta' ke hadrat Tuhan mereka.


Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kpd qada dan qadar Allah.


Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yg tidak punya apa2 kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yg punya segala-galanya? Atau org miskin hanya layak utk dijodohkan dgn org yg tak punya apa2 juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

-------
Dengarkan bisikan cinta XARINE sang insinyur yg berbicara fasal cinta dlm lembutnya bahasa daripada hati seorg lelaki yg mengharapkan reda Ilahi.

Saturday, February 6, 2010

Menunggu Cinta Tuhan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Lily Haslina Nasir
Menunggu Cinta Tuhan
Penulis: Lily Haslina Nasir
Terbitan PTS Litera
cetakan Pertama: 2009
isbn: 9789833892549
RM18.00
sabah/sarawak: RM20.00
469 mukasurat


Kisah seorg graduan jurusan syariah Khalidah Atikah, yg diterima bekerja sbg wartawan hiburan. SErbasalah dia menjalani kerjaya yg penuh dgn gosip dan fitnah. Dia jadi takut. Namun ada org di Akhbar Dinamik yg tahu dia mampu memberi pelbagai warna dalam berita artis. Menjerit boss dia si Azrul Rashid bila membaca artikel Khalidah yg ala2 teks khutbah jumaat.


Khalidah tidak mahu mengumpul dosa. Tugasan utk menulis artikel mengenai restoran Nasi Lemak Panas utk menarik golongan artis diterima Khalidah. Tak sangka cerita yang diselongkarnya memualkan hingga membawa dia Bagan Lalang.


Azrul jejaka kacak yg terperangkap dengan jampi serapah Nureen yg seksi. Entah apa yang dijamu Azrul hingga alpa kpd ibu bapa sendiri.


Cerita yg penuh kisah hitam, membuat kita terfikir apa yg kita makan, apa yg mendarah daging dalam tubuh kita ini halal. ADakah kita cukup berhati-hati ketika menjamah makanan di luar. Cerita yg membuat aku rasa nak bawak bekal hari-hari instead of berenti makan kat mana-mana.


Aku adalah penah dengar tentang Ayatul Ruqyah yg baik sbg perawatan dan perubatan. Tak sangka siap ada list penuh dlm buku ni :)


Part petikan artikel-artikel Khalida mungkin kelihatan seperti nak menebalkan cerita, tetapi pembongkaran kisahnya menarik dan mengejutkan. Mungkin sebab aku jarang baca part2 yg mcm ni, sebab tu aku baca semuanya.


sinopsis/blurb:


Khalida Atikah, jiwanya bening putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam. Dia mungkin tidak punya cinta tetapi tetap punya cita2. Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa. Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru. Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia.


Azrul Rasyid, dia lelaki keras, kasar lagi lantang. kata2nya penuh luka, bibirnya penuh duri. Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati.


Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba. Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu. Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian. Setinggi mana mampu mereka menongkat langit. Sejauh manakah cinta mampu bertahan antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yg menguasai.


Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pd Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rashid dan Nureen siapa yg lebih luhur lagi putih utk disapa cinta Penciptanya?