Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Rose Harissa |
Penulis: Rose Harissa
Penerbit: PTS Litera
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
9789833893709
Rose Harissa mengajak kita menghayati cinta yang sudah tidak dapat ditafsir dengan betul di mata masyarakat kini. Dalam Weera mendidik Sari Ayu agar memahami Ray, watak Weera juga mendidik kita meluaskan persepsi cinta. Jika kita tidak betul-betul mengenali Weera dan Ray, mungkin kita juga akan menyalahertikan cinta mereka. Ayuhlah kenali mereka. Hayati cinta mereka yang sebenar-benarnya dan tiliklah dalam diri kita ke mana perginya cinta suci yang sangat universal itu dalam hidup kita. Saya paling suka dengan cara Rose Harissa melonjakkan watak Ray dalam suasana yang penuh emosi yang membuatkan saya juga menyintai cinta mereka.
Banyak betul kemunculan watak Ray yang membuat saya menangis dan menangis.
Kisah ini tentang Weera yg yakin dgn petunjuk yg diterimanya utk mengambil Sari Ayu sebagai isteri di saat-saat akhir kerana gadis itu ditinggalkan tunang ketika membilang hari ketibaan tarikh pernikahannya.
Ironinya tunangan Sari Ayu (Firdaus) memilih utk mengahwini bekas girlfriend Weera (Jasnita) tetapi menyebarkan cerita bahawa Weeralah yang merampas Sari Ayu darinya. Memang hampeh punya mamat.
Perkahwinan itu membawa Sari Ayu ke dunia Weera dan Ray. Entah berapa kali Ayu gagal mengerti kasih sayang Weera dan Ray walaupun Weera menumpahkan kasih sayang yang sangat bernilai buat Ayu. Firdaus dan Jasnita tak jemu-jemu menabur fitnah demi utk memutuskan ikatan perkahwinan Sari Ayu dan Weera.
Dugaan demi dugaan menjadikan Sari Ayu semakin mengerti cinta sebenar yang terjalin antara Weera dan Ray.
Mungkin pembaca agak kurang selesa dengan penggunaan perkataan 'cinta' bagi menerangkan hubungan Weera dan Ray tetapi penulis banyak mengambil contoh persahabatan zaman Rasulullah dan juga cinta keluarga dan membuatkan kita faham cinta ukhuwah yg utuh antara mereka.
Weera menganggap Ray seperti saudara sendiri, ayah sendiri. Dia adalah mangsa dera dan Ray adalah penyelamat dan pembentuk peribadinya yang mulia. Hanya kerana dia dan Ray bukan jejaka yg gemar berjubah, berkopiah, dia dilabel sbg gay.
Semasa dugaan memuncak buat Weera dan Ray, Sari Ayu tak dapat menolak keraguannya dengan kemesraan mereka. Saya tak sangka ibu bapa Sari Ayu sangat memahami kedudukan Weera dan Ray malah Sari Ayu tu kena marah sbb tak reti-reti. hehe. memang terharulah membaca scene2 yg penuh emosi dlm cerita ini.
tapi rasanya cerita ni tak sesuai budak2 baca. Ada adegan2 yg agak keterlaluan utk budak2 baca. Mcm adegan panas la. so, sorok yer dari budak2.
cun baru abis balut buku kak rose.
ReplyDeletealamak!! sedih ke cite novel ni huhuhuhu
pertama kali baca novel kisah cinta lelaki...mula2 ingatkan weera perempuan rupanya lelaki.....mula2 cam boring sikit...ttp ditengah very best
ReplyDeletecun, ada suka ada duka, cuuuuuuuuuuukup rasa :)
ReplyDeleteBuku2 Rose Harissa kebanyakan menceritakan kisah cinta dari persepsi seorg lelaki.
ReplyDeletebuku ni dah banyak kali terjumpa.... tapi x terbeli lagi... rasanya berbaloi ke beli...
ReplyDeletekena baca dulu lah baru tau berbaloi ker tidak ;)
ReplyDeletekena masuk dalam list nampak gayanye... he..he..
ReplyDeletesyabas untuk Ross Harrisa n thks Rinn for the review, i will always read ur review 1st before i lookout for the book, u r a good reviewer.
ReplyDeleteonce again thank you and salam lebaran.
thanks ainshy sudi share pendapat kat sini :) sekarang dah makin ramai penulis review novel melayu yg boleh dirujuk jgk utk cari novel2 yg sesuai dgn selera masing2. nanti kalau rajin saya gather the links.
ReplyDeletecun dah baca... mmg malatop...islamik gitu...
ReplyDeleterin...finally kakchik dpt gak buku ni lepas berbulan2 menjala...waaaaaah...sungguh cukup rasa....memang best...lepas ni nmpak gaya kena tebar jala lg besar utk collect semua karya penulis ni....
ReplyDeleteSelamat menjala! :)
ReplyDeletefyi
buku rose harissa dengan alaf21 ada 3 tajuk:
1. Berikan cintamu
2. Cinta Mekar Di Hati
3. Mulanya satu cinta
tiga2 best.
buku Rose harissa dengan NBKara (rose guna nama Nora Ismail) ada 3 jugak:
1. Serasi di Hati
2. Tuhan Lebih Tahu
3. ...dan cinta pun tersenyum
buku rose harissa dengan pts
1. Wasilah cinta weera
2. Seperti coklat dan keju
3. Oh Kerja: Blues Amni
kalau nak baca karya berkala dia dalam majalah Apo? pun ada.. biasanya cerita hantu dan seram lah. Dia guna nama NORA. :)