Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Noor Azzahra |
Penulis: Noor Azzahra
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
isbn: 9789675118340
508 mukasurat
Bidadari Hujan diceritakan dari persepsi seorang lelaki awal 30-an. Rain membuat kita faham gelora jiwa seorg jejaka yg inginkan cinta dlm hidupnya. Qamalia adalah idaman ramai jejaka. Sesiapa saja boleh jatuh cinta pandang pertama pada dia. Gadis 21 tahun itu membuat Rain dilamun cinta. Dan Rainlah paling bahagia apabila cintanya bersambut.
Di saat Rain bahagia dilamun cinta Qamalia, dia tersungkur tatkala dipaksa menerima Sufi Sofea sebagai isteri.
Kisah cinta Rain-Lia memang sangat manis dan membuai perasaan, namun cinta begitu kelihatan biasa2 dan berlaku pada siapa saja yg jatuh cinta pandang pertama. Bidadari Hujan betul2 menangkap perhatian saya apabila Rain bermimpi selepas istiqarah. Ternyata bukan seorang saja Bidadari Hujan di luar sana. Mimpi itu betul2 membuat saya tak sabar nak mengetahui perjalanan hidup Rain sbg suami terpaksa.
Dia memilih utk menyakiti hati Sufi. Layanan Sufi tidak pernah diambil peduli. Rain heran bagaimana Sufi boleh tetap tenang dan tersenyum hingga dia rasa tercabar malah merasakan Sufi adalah pelakon yg terbaik.
Sufi tidak pernah mencanangkan keburukan Rain, malah dia menceritakan yg baik2 aja. Masing2 mahu menjaga hati ibu bapa masing2.
Kemalangan yg meragut nyawa ibu bapa Sufi telah menyentap Rain ke realiti sebenar hidup seorg Sufi. Sedih giler masa kita mula mengenali Sufi yg selama ini tenang. Kini wajah Sufi kelihatan paling ikhlas di mata Rain. Mungkin kerana sebelum ini Sufi belum pernah menangis di hadapannya maka dirasakan Sufi pandai berlakon. Air mata itu telah membuat Rain mencari kisah di sebalik ketenangan Sufi yg dilihatnya sebelum ini.
Kalau Rain rasakan kebahagiaan cintanya diragut, Sufi lebih jauh menderita angkara cinta. Arwah Nenek sungguh2 memaksa dia mengahwini Sufi demi menjaga maruah keluarga Sufi yg pernah mendermakan buah pinggang buat nenek meneruskan hidup di dunia. Rain merasakan dia sudah membuat pengorbanan besar, tetapi sekarang siapa yg lebih byk berkorban?
Diari2 Sufi menyingkap rahsia hati seorg isteri membuat rasa kasihan Rain bertukar menjadi kasih. Tetapi Sufi sudah bersedia utk ditinggalkan kerana sudah tiada hati yg hendak dijaga apabila ibu bapanya sudah pergi utk selama-lamanya. Sepanjang cerita kita memang hanya tahu perasaan Rain. Perasaan Sufi hanya diselami melalui catatan diari Sufi yg dibaca senyap2 oleh Rain.
Gila bayang Rain pada Lia dulu terasa sgt berbeza dgn gila bayang Rain pada Sufi. Bukan senang nak pujuk Sufi yg bijak menyembunyi rahsia hati. Bila doktor lelaki cek degup jantung bini dia dgn stetoskop pun dia dah rasa jeles. Apersal cek lama sangat?
Dan nasib baik lah muncul sekor lembu yg menyelamatkan rumah tangga Rain. haha! Lembu? yep lembu, bukan 'lembu' tapi lembu yg suka makan rumput tu. haha... dlm sedih2 rasa lawak lah pulak.
Saya setuju dgn kak noor, pemilihan editor lelaki utk novel ini adalah sangat tepat dan membuatkan kisah ini jadi istimewa dan lain dari yg lain. Terima kasih utk Bidadari Hujan. :) Stail susunan cerita ni sedikit mengingatkan saya kepada novel Teluki Itu Utk Aku. Cerita seluruhnya dari pandangan watak hero dan perasaan sebenar heroin cuma diketahui melalui catatan diari. Dlm Teluki, keseluruhan cerita adalah dari pandangan watak heroin dan perasaan sebenar hero cuma diketahui melalui catatan diari juga.
sure fine whatever
rinn
sinopsis / blurb
Kasihan itu salah satu cabang cinta!
Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran utk pertama kali. Dia Bidadari Hujan yg memayungi aku dgn payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya. "Harap2 esok pagi hujan lagi!" kataku sambil menghadiahinya senyum. Matanya memanah hatiku dgn busur arjuna. Lalu hari2 selepas itu aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.
Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung. "Macam mana saya nak pulangkan?" Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku. Oh dia bukannya Bidadari Hujan aku yg dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti."Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya."
Apa jawab hati aku pada saat ini?
-----------
Tulisan Noor Azzahra buat yg mahu mentafsir cinta dari sudut yg lain. Benarkah lelaki tidak halus hatinya dlm menzahirkan cinta? Bolehkah cinta datang utk kali keduanya? Tanyalah kepada Bidadari Hujan, biarlah dia yg menjawab semua persoalan anda itu!
wahh...bestnyaaa......lain dri yg lain...dceritakan dri sudut pndgn sorang llaki...
ReplyDeletesyz dah baca ker? excited semacam jer dia ni ngan citer ni. hehe
ReplyDeletemmg best rinn...
ReplyDeleteRamainyerrr suka novel ni...
ReplyDeletehehe..belum....tpi kiter suka tau ctr cm nie....ala2 kwin pksa g2..hehe
ReplyDeleteRinn, kelakor la hang nya review..hahhah. ya betol2.sib baik lembu muncul ditengah2 malam hihih
ReplyDeletepeminat novel kahwin paksa ini buku 'MUST BUY'.
ReplyDeleteknp guna nama rain? terbantut nak beli..tp kalau ramai yg kata best, kene beli jgk ni..abaikan rain~ :D
ReplyDeletenama watak pun mempengaruhi niat nak beli or not sesuatu buku ya?
ReplyDeleteLembu tu la penyelamat rumah tangga diorang, kalau tak, alamatnya panjang lagi la merajuk si heroin tu, mau tambah seratus muka surat lagi citer ni. hehe.
ReplyDeleteye rinn namapun mempengaruhi tapi rain tu kira moden le, ari tu has nak beli novel heronya nama mokhtar terus letak blik. sama nama ngan jiran sblah umah.
ReplyDeletewaah.. menarik review citer ni.. nak carilah..
ReplyDeletesalam, Rinn. T.kasih sbb sudi buat review utk BH. K.azah sgt2 menghargainya. :) Spt yg k.azah dh tuliskn dibhg bkg novel ini...kekurangan pasti terselit dimana2 n K.azah terima dgn dada terbuka segala komen yg Rinn beri tu. Mungkin part lembu tu tk berapa kena dimasukkn utk mengakhirkn sebuah konflik tp..itulah...setelah 'terduduk' nk mengerat 800m/s jd 500m/s, dan lebih 'terduduk' bila terpaksa mengolah sebhg besar bab2 bhg bkg yg totally differentt dr yg asal, itulah yg mampu terkeluar dr minda k.azah yg sempit ni. (Nasib baik k.azah tk buat Rain langgar gajah ke..rimau ke..hehe). t.kasih kpd. rinn, haskandi, syz, na26 n semua yg sokong k.azah. Insyaallah next time k.azah cuba buat yg lebih baik ye.
ReplyDeleteKpd 'begbaru' : Nama sebenar wtk utama tu ialah Raimy Haidar. Rain tu nick name je. :)
Kpd Haskandi : Baru ingat nk letak nama mokhtar utk novel ke2...pas tu letaklah nick name dia MK ke..MO ke...tak ok ke?:)
ha.... ha jgn lah k.noorazzahra. entahle bila nama mokhtar tu jadi bapak hero ok le.
ReplyDeletehas, nama mokhtar dah kena blacklist ka? haha.
ReplyDeleteNa, cari jgn tak cari. kalau tak jumpa kat kedai, boleh order terus dari jemari seni.
Thanks kak azah sudi jengah sini. Saya suka la part lembu tu. dia buat citer jadi happy ending. haha.
kah2 sesapa nama mokhtar jgn mare.
ReplyDeleteehe...dah beli dah pun...tak thn godaan membaca..^ ^
ReplyDeletebetul..nama watak mmg boleh mempengaruhi niat nak membeli.. skrg ni i allergic kalu hero nama norman hakim... x dpt nk bayang muka lain da.. ha..ha.. lagi satu cover buku pun kalu x cantik pun mcm berat je nk beli.. i x suka cover yang muka org nampak jelas.. biar blur2 cket x menganggu imagine kita... ha..ha..ha.. tapi bila baca review rinn kata best baru beli x kira la kot ada gambar kaki terjuntai jadi cover... janji cerita best...
ReplyDeletesetuju 100% ngan alice. kak has kalu cover gambar org betul nyampah betul selalunya novel alaf tu yg terencat cikit nak beli.
ReplyDeletesetakat ni cover js paling disukai pastu kaki novel pun ok simple.
ReplyDeleteSaya pun rasa sama jugak, kalau cover yg ada muka org ianya akan menghadkan imaginasi kita dan kadang2 spoil mood juga. Tapi kadang2 cover tak der muka orang, ada gambar lain tapi tak menarik, tak rasa nak bli jugak, unless ada org rekemen. Kadang2 org anggap saya ni jenis beli semua novel. TAK. Saya beli setakat termampu dan saya juga memilih bila membeli buku. Faham2 la bila jenis org yg sumber kewangan terhad nih. heh heh.
ReplyDeletealice taste setiap org tak sama. ada gak citer yg saya rasa best tapi bg org lain tak best. dan ada jugak citer yg bagi org lain sangat best, tapi biler saya baca, saya rasa tak best pulak. Ada juga yg emel tanya kenapa? saya tak tau nak jawab kenapa, cuma setiap kali bila baca kita akan rasa sendiri suka ker tidak. sbb tu kat atas multiply saya ni saya tulis rating di sini ber citarasa peribadi.
tadi gi novel hut terjumpa novel lama bikash terbitan rhytmn teringat kat rinn. peminat tegar bikash kan?
ReplyDeleteheh heh has :) novel lama bikash? tajuk apa? kiter kadang2 cover lain2 pun kiter beli buat simpan dlm koleksi.
ReplyDeleteala lupe rin tajuknye tapi rasanya kalu tgk kat rinn punya shelfari takde. RM2 je elok lga nipis je la.
ReplyDeleteRasanya buku Bikash kita dah ada complete semua. Mungkin cover dah tukar kot...
ReplyDeleteye la kot. mmg peminat tegar hik..hik
ReplyDelete*sengih* len kali jengah la tajuk dia. hehe manatau kiter tak der lagi.
ReplyDeletebulan jun ni ada dua buku kahwin paksa jodoh atau cinta kaki novel dan novel sarnia yahya keluaran kaki novel tak sabar nak beli kalu rinn peminat tegar bikash has peminat tegar cerita kahwin paksa hik hik .... walaupun org kata temanya sama je lantak le mesti beli...
ReplyDeletebulan jun ni ada dua buku kahwin paksa jodoh atau cinta kaki novel dan novel sarnia yahya keluaran fajar pakeer tak sabar nak beli kalu rinn peminat tegar bikash has peminat tegar cerita kahwin paksa hik hik .... walaupun org kata temanya sama je lantak le mesti beli...
ReplyDeleteso good......i like it!!!!!
ReplyDeletewah...cam best giler jer novel nie...nie nak kena order nie..actually sy dah jadikan blog rinn nie tempat rujukan dah nie..heheh TQ ya...
ReplyDelete:) kiter suka citer ni... and memang biasanya order online pun.
ReplyDeleteThanks aimie sudi ronda2 sini. Kalau ada jumpa citer best2 jgn lupa bgtau :) bleh share2 opinion. ;)