Saturday, May 2, 2009

Salju Sakinah

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Zaid Akhtar
Salju Sakinah by Zaid Akhtar
Terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd
Cetakan Pertama: 2008


"Salju Sakinah, salju kedamaian. NOvel Islami yang diindahi nilai-nilai murni dalam kehidupan..."
-Aminah Mokhtar, NOvelis Iman Markisa & Dominasi Tebrau


Biasalah kalau baca novel2 Islamic ni mesti tak dapat melarikan diri dari nak membandingkannya dengan 'Ayat-Ayat Cinta' :) aku memang dah jatuh chenta ngan novel tu. Bagi aku Salju Sakinah ada keindahan cerita yg tersendiri. Tak sangka Zaid Akhtar dapat mendalami hati seorang gadis bernama Sumayyah dengan sangat berkesan. Rencah perasaan seorang ustazah muda yang baru pulang dari Jordan disampaikan dengan cara yang penuh tarbiyah dan ada ikhtibar tersendiri. Ada lenggok yang memikat dalam penulisannya, tak sangka penulis lelaki ada sensiviti begini dlm penulisannya.


Sumayyah. Seorang gadis yang dipandang tinggi di kalangan sahabat2nya dan petah berbicara, berforum. Kepulangan ke Malaysia adalah saat2 yang paling dinanti-nantinya, namun dia terkilan kerana tak dapat menatap wajah ayahnya yg pergi menyahut seruan Ilahi. Di samping berusaha meneruskan business kerepek arwah ayahnya, dia juga membuat ceramah2 utk muslimat2 sekitar kampungnya.


Sebagai gadis muda yg masih bujang dan ada rupa, dia tak dpt lari dari fitnah. Wasangka yg timbul turut memberi kesan kepada perniagaannya namun ramai lagi yang memandang tinggi padanya dan membiarkan suara2 fitnah itu sayup2 pergi dan kadang2 kala datang semula mendentum. Sakit hati memang ada tapi dia berusaha menyabarkan diri.


Selain itu, ada gak problem berkaitan kak Longnya yg semakin hanyut dlm ajaran sesat Tok Ayah. manakala kak ngahnya pulak dilanda kecewa apabila tunangannya meninggal dunia dlm sebuah kemalangan.


Berkat tunjuk ajar Muazam dia menerajui business kerepek bapanya. Lamaran Luqman ditolak setelah beristiqarah. Dia tak tahu mengapa hatinya tak dapat menerima Luqman,lalu dia berusaha merapatkan jejaka tampan itu dgn sahabat baiknya yg memang dah syok kat mamat tu sejak sekolah lagi.


Sumayyah terkejut apabila menerima keputusan peperiksaan yg menunjukkan dia telah gagal satu subjek dan terpaksa mengulang satu semester. Dia berasa amat malu. Sebagai seorang siswazah yg dipandang tinggi dan sentiasa dijemput memberi ceramah, dia merasa amat rendah diri. Dia memaksa diri menjejak semula bumi Jordan. Ada azam yg mahu dilangsaikan. Rupa2nya ada suratan takdir Allah yg menunggunya di situ. Ada jodoh yg baik sedang mengintainya dan tidak pula dia menolak apabila hajat itu disampaikan kepadanya. Ijab kabul mereka langsai di saat salji memenuhi bumi Jordan dan mereka digelar pengantin salju.


Kebanyakan mereka yg bertunang dalam citer ni ditimpa kemalangan. hehe.. si hakimi tunangannya si hakimah, n then tunangan kak ngah, peh tu Naufal pun kemalangan jugak masa sibuk membuat persiapan utk majlis kawinnya. Memang buat org berdebar-debar jer part eksiden2 nih.


konflik yg timbul ditamatkan dengan baik dan si penyebar fitnah tu pun dah mendapat balasan. Cemburu buta betul!


sure fine whatever
rinn



RM26.00
sabah/sarawak: RM29.00
556 muka surat
isbn: 9789833604418


sinopsis belakang buku:


"Novel Salju Sakinah seronok dibaca kerana jalan ceritanya menarik, gaya bahasa yg santai tetapi sarat dgn pengajaran dan keinsafan. Senario kisahnya berkisar di negara asing dan secara tidak langsung penulis berjaya membuatkan pembaca seolah-olah mereka berada di situ. Buku ini sesuai utk semua peringkat usia dan seharusnya menjadi salah satu koleksi pilihan sama ada utk tatapan sendiri ataupun cenderahati."
- Zuarida Mohyin, Wartawan Utusan Malaysia


"Salju Sakinah, salju kedamaian. Novel Islami yang diindahi nilai-nilai murni dalam kehidupan. Digarap dgn lenggok bahasa yg indah, mudah dan memikat. Terbuai dgn cara penceritaan yg bersahaja tetapi terkesan dgn cerita2 yg membina semangat juang, pertalian jiwa, kasih sayang yg tulus bersih. Zaid Akhtar punyai kepakaran menarik para pembacanya supaya terus meneliti baris demi baris sehingga ke ayat yg terakhir. Syabas Zaid!"
-Aminah Mokhtar, Novelis Iman Markisa & Dominasi Tebrau


"Novel berunsur Islam memang sudah banyak tetapi sukar mencari roh keIslaman dlm novel yg banyak ini. Novel Salju Sakinah saya kira sudah mampu menyediakan hidangan utk pembaca mengecapinya. Citra Muslimah setabah Sumayyah begitu ketara menjadi kekuatan Novel ini. Naratifnya cukup Islamik, namun pengarang dgn penuh sedar memilih utk tidak didaktik dlm menghantar amanatnya. Kadang2 terasakan seolah olah novel ini dikarang oleh seorg wanita. Sebagai penelaah novel saya merasai Salju Sakinah berupaya menjentik hati dn membangunkan jiwa. Inilah novel Islami berperspektif muda yg matang yg jarang-jarang sekali kita temui di antara banyak novel di Malaysia."
-Azizi Haji Abdullah. Novelis Seorg Tua di Kaki Gunung dan Penerima SEA Write Award 1988 & MASTERA 2007


"Novel-novel pop semakin banyak di pasaran dan kita semakin sukar mencari karya tepu dakwah yg disampaikan dgn penuh hikmah. Dakwah itu pula tidak terlalu berkhutbah sifatnya. Syukur, Zaid Akhtar dan Salju Sakinah dpt mengisi kekurangan ini. Salju Sakinah adalah novel utk semua!"
- Nisah Haji Harun. Penulis Annyss Sophillea & Mencari Locus Standi


32 comments:

  1. hahaha.. mmg minat giler wif this novel sampaikan paperbag S/S ni pun Ti gantung dlm bilik.. hehehe..
    tak leh compare with AAC la... S/S ade kelebihannya tersendiri... mmg betul la... d guys je yg asyik kemalangan dlm citer ni.... hmmmm... tak sangkakan si ustad naufal dlm diam 'tengah aim' si ustazah jambu ni.... heheheh..

    ReplyDelete
  2. uuuwwwaaaa.... jeles bangat ni.
    ari tu offer kaw2 kat popular xbeli, gara2 offer time gajiku blum masuk huhuhu

    ReplyDelete
  3. ustaz naufal takut terlepas macam semester yg sebelum tu. hehe.
    miscun kena masukkan dlm senarai must buy lah :)

    ReplyDelete
  4. nampaknya cam gitu lah. huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. uishkk ni kne msk dlm list ni hihihi

    ReplyDelete
  6. tu la keje nya kemaskini list jer hari2 aduih... nak beli nanti ketaq tangan wo tengok list berjela.

    ReplyDelete
  7. hahaha kak rinn
    toi la 2 time nk byr 2 mcm alamakk
    ni betul ke ni? hahaha

    ReplyDelete
  8. strateginya kena beli masa sale lah hehe atau cari buku 2nd hand kot2 la dpt murah sikit

    ReplyDelete
  9. betul2 tu
    try tgk kat cni- www.thebooksgalore.com
    tapi xbyk la list die

    ReplyDelete
  10. amboi siap bagi link..kiter puasa beli buku skrg ni.. :P

    ReplyDelete
  11. ah ah la rinn,... ustad tkt TERlepas ustazah lagi ... huhuhu.. hmm.. romantik jugak ustad ni... wakakaka....
    but part yg Ti suke is when Sumayyah decided to rtn to Jordan eventhough dia rase malu & rendah diri sgt sbb terpaksa mengulang 1 semester lagi... she didn't give up...and also waktu dia pulangkan duit naufal walaupun naufal dah halalkan.... hmmm..

    ReplyDelete
  12. kan? kan? Kan? cinta yg mcm ni pun kita dpt rasa romantisnya :)

    ReplyDelete
  13. saje bagi cun jeles jew --> cubit pipi kak ti

    ReplyDelete
  14. nak cubit pipi???? ooooooooooooo..ni kes mendera org sakit ni.... toooooollllllllllooooonnnngggg!!!!! heheheh

    ReplyDelete
  15. salam rinn.. lama xjumpa rinn.. busy ye..
    akak dah ada site baru, yg awal tu ada problem sikit.
    tertekan block, habis semua pic xdpt lihat.

    ReplyDelete
  16. salam kak :) saya ni pun slow downsikit membaca, bukan sbb tak der buku tapi sebab diserang demam... dan dua tiga hari dah ni... tapi ni dah semakin ok, mood nak membaca kurang sbb mo0d nak tido yg lebih. hehe.

    ReplyDelete
  17. salam rinn..
    hehehe.. tido lah.. lebihkan berihat sbb baru baik demam.. bykkan minum air kosong dan makan buah2an ye.. semoga cepat sembuh.. amin..

    ReplyDelete
  18. uishkk demam jugak ke kak rinn?
    wahh rmi nyer sakit
    t8 care kak

    ReplyDelete
  19. dah semakin sembuh alhamdulillah... thanks 4 ur concern.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah.. teruskan jaga kesihatan ye.. bila kita sakit lah baru terasa betapa berharganya kesihatan itu bagi diri kita ... tapi iya lah.. cuaca yang tidak menentu skrng ni pun turut mbantu penurunan graf kesihatan kita.. apa2 pun.. take care ok.. bye..

    ReplyDelete
  21. betui betui... teramat besar nikmatnya dikurniakan tubuh badan yg sihat. Allah duga sikit saja dah rasa longlai satu badan. Apa2 pun la ni memang kalau ada flu sikit2 tu pun pegi jer check up.

    ReplyDelete
  22. betul tu rinn.. byk penyakit bermula dgn flu, hati2 tau.. lagi sekali thanks a lot sbb byk bagi info ttng novel2 terbaru dan best2 semuanya.. emmuah... morning kiss 4 u..

    ReplyDelete
  23. ya betul tu.. memang kena betul2 aware ngan kesihatan kita la ni
    thanks gak sudi menjengah review2 saya kat sini.
    kalau ada suggestion buku2 menarik, bleh aar bgtau saya :)
    memang tak semua buku saya boleh baca sb banyak betul buku2 kat pasaran sekarng ni
    entah2 yang saya dah baca ni tak sampai seperseratus dari pada jumlah keseluruhan.

    ReplyDelete
  24. ok rinn, insyaAllah.. keep it up with your good work n good effort. bila baca semua sinopsis tu rasa mcm semua buku nak di beli dan baca.. emm.. kena byk2 la bawa bersabar..

    ReplyDelete
  25. Salam sakinah.
    Terima kasih kerana sudi membaca dan mengulas Salju Sakinah.
    Moga beroleh manfaat.

    ReplyDelete
  26. Salam kembali saudara Zaid. Salju Sakinah mmg menarik dan sgt berkesan dihati saya. Teruskan perjuangan saudara menulis lebih banyak novel2 islami sebegitu. Allah yubarik fik..

    ReplyDelete
  27. Salam kembali saudara Zaid. Salju Sakinah mmg menarik dan sgt berkesan dihati saya. Teruskan perjuangan saudara menulis lebih banyak novel2 islami sebegitu. Allah yubarik fik..

    ReplyDelete
  28. Terima kasih sudi menjengah kami di sini :) dan tahniah atas karya yg cukup menarik :)

    ReplyDelete
  29. ala, salju sakinah ni ada je dok baca tak abis2 jugak .. ish ish ish... aku ni la...

    ReplyDelete
  30. selamat menghabiskan lah ye kak? hehe.

    ReplyDelete