Tuesday, May 26, 2009

Disember Cinta Kita

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Wannie Nordin
Disember Cinta Kita by Wannie Nordin
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan PErtama TAhun 2009


“Seberapa lama Disember… kau tetap kusayangi”


Ni lah bku paling tebal yg aku beli masa pesta buku antarabangsa 2009 yang lalu. Aku ni memang jenis yang jarang2 beli buku tebal. Aku lebih sukakan buku yg nipis dan best  susah nak cari gak tu.


Saya rasa WAnnie Nordin, sebagai penulis baru, sangat berani tampil dgn novel yg tebal dan melakarkan ending seperti dalam novel ini. Bagi pembaca tipikal seperti saya, agak kurang senang menerima kisah yg ending sebegini sbb suka happy ending… hehhe… Melainkan kalau those yang suka 2nd hero yg romantis mungkin menganggap ni happy ending.


Wannie Nordin melakarkan kisah ini dlm suasana muda mudi dan disampaikan dgn cara santai dan humourous. Tidak sukar utk menyenangi watak pemudi ceria seperti Wan Amilia dalam citer ini. WAtaknya yg ceria dan gila-gila memang menepati kebanyakan character muda-mudi campus sekarang ini.


Perwatakan Amy ni agak berlawanan dgn watak lelaki utama dlm citer ni iaitu Engku Fareez. Apabila bertemu dan bercinta, mereka menjadi pasangan serasi yang saling melengkapi. Namun berita mengenai status kesihatan Engku Fareez membuatkan Amy kecewa namun dia meneruskan menyemai kasih bersama jejaka pujaannya walaupun tempoh mereka bersama tidak lama. Haikal hadir menggugat kedudukan Engku Fareez di hati Amy. Amy seperti tercuit juga dgn kehadiran Haikal yg sentiasa mempunyai minat yg sama seperti Engku Fareez.


Saya agak kurang selesa dgn cara Engku Fareez melepaskan Amy kpada Haikal tanpa betul2 mendapatkan kepastian Amy. Lagipun Amy tu berdiam diri saja. Seperti dia sengaja melayan Engku Fareez menghabiskan sisa2 hidupnya sbb kesian. Amy seperti tidak terasa hati dgn keputusan Engku Fareez dan seperti pasrah menerima, walaupun tak der disebut dengan pasti. Tema berat dlm novel ini terasa ringan pulak.


Walaupun watak Haikal spt dimunculkan dalam keadaan romantic dan menarik tetapi caranya tu seolah2 mahu merampas Amy dari sahbat baiknya Engku Fariz. Rasa macam tak gentleman pulak merampas kekasih sahabat baik sendiri walaupun kita semua tau Engku Fareez bakal menghembuskan nafasnya yg terakhir sampai saya rasa watak Haikal tu adalah watak antagonis…


Penyampaian kisah ini dalam suasana riang ria menunjukkan penulisnya yg happy spirit 
Semoga lebih giat menghasilkan novel2 yg akan datang.
Nanti nak ler cari novel yg first dgn creative tu .


Sure fine whatever
rinn




Sinopsis belakang buku


Tajuk : Disember Cinta Kita
Pengarang : Wannie Nordin
Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3880-36-2
Mukasurat :
Amilia dan Engku Fareez Danial. Dua insan yang berbeza watak namun berkongsi rasa cinta yang sama. Namun, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada Engku Fareez Danial yang sering kali menimbulkan tanda tanya di dalam diri Amilia. Sehinggalah suatu hari satu jawapan mengungkap segala rahsia. Rahsia yang memerlukan Amilia menjadi lebih tabah dan bersedia untuk menerima segala kemungkinan.

Namun, baru saja Amilia ingin memulakan tekad dan membulatkan hati, muncul pula Haikal yang sering kali mengganggu, menghulurkan cinta. Tegakah Amilia mempertahankan cintanya terhadap Engku Fareez Danial walaupun dia tahu bahawa cintanya itu tidak akan mampu mengubah apa yang akan terjadi nanti? Dan, benarkah hatinya benar-benar tidak mencintai Haiakal walaupun lelaki itu tidak putus-putus ingin membuktikan kesungguhannya dalam menunggu Amilia walau selama mana masa yang diperlukan?

Saya Wan Amilia Binti Wan Abdullah berjanji takkan biarkan awak hidup keseorangan walaupun seminit. Forever and ever!

RM27.90


22 comments:

  1. boleh diberi pujian terutamanya diatas keaslian cerita. Endingnya tidak stereotaip. pembaca boleh meresapi cerita juga mungkin mengalirkan airmata sesetengah pembaca termasuk saya. Keep up the good work to writer wannie nordin!

    ReplyDelete
  2. Yup...yupp... watak Amy, really cheerfull!! suka sgt2 ngan heroin nih.... n the ending.... Come on, hidup itu x semestinya indah kn? sometimes kna gak lari dari stereotaip. like zailazz says... sy pun ada gak nangis bila baca... huhuhuhuhu.... cm tgk citer korea lak!

    And Haikal, sometimes benci, bt sometime suka gak ngan dia. karekter dia mmg best, just.. wrong time he fell in love with Amy. tp perangai dia y degil 2 y bt sakit hati!!

    btw, great story n honestly i'm enjoy reading! hopefully next novel akan lebih Besh dan gempaq!!!

    ReplyDelete
  3. my opismate yg pinjam buku ni siap pesan suruh beli for her kat Read Malaysia weekend ni. Dia suka Amy dan kek kek nya. haha.. dan dia ni memang pencinta alternatif ending.
    btulla icejane, haikal tu nak segera.. hehe..
    kiter kesian kat engku fareez lah.. huhu...

    ReplyDelete
  4. sebut pasai citer korea... ada part tu sama la macam citer 'autumn in my heart'.. part cari barang sampai dalam tong sampah tu.. dah la mamat tu iras2 wonbin. huhu.. giler citer korea betul masa zaman autumn in my heart ngan winter sonata dulu... huhu... *dlm mode terkenang semasa duluwuwuwu *

    ReplyDelete
  5. uishk ada iras2 won bin ka????
    wahh menarik

    ReplyDelete
  6. haha... tudia.. airina dah tambah senarai buku dia lagi... bleh ar gi bli pesta buku Read Malaysia tu ada lgi... koman2 mesti ada diskaun 20% tuuuu

    ReplyDelete
  7. Yea... tue dia! nmpk sgt sume giler citer Korea nih! Kalau btl ada mamat y iras-iras Won Bin 2 try nk ngorat, aiseyman...... huhuhuhuhu...... 2 la psl feeling baca buku nih!
    ahaks!

    ReplyDelete
  8. smalam gi bkfair kejap after work, dh pegang buku ni BUT mcm TERtebal sgt2, tak jadi beli... hehehe.. maybe nxt time la...
    ended up layankan Biarlah YM Berbicara plak... hahaha...

    ReplyDelete
  9. ada pulak tertebal haha.. tu la kagum betul dgn org yg buleh tulis novel tebal2.. huhu..
    aarrgghhh saya tak sempat lagi nak baca biarlah ym berbicara... skrg ni musim melayan kantuk.
    hehe

    ReplyDelete
  10. hahaha..jiwangklakar.com la BYMB ni rinn.... hmm dh 2X ulang ni... hehehe
    insya-allah later2 i'll find Disember Cinta ni lagi la...

    ReplyDelete
  11. laaaaa..... sesuciiman xknlah x jadi bli sbb dia tebal. as someone y da penah baca DCK, i rasa tebal pun xpe, asalkan x rugi bli. penah gak bli buku tebal tp boring & x abis baca. i advise bli jek.... huhuhuhuhuhu.... wah! promote g2.... wakakakakakak!

    ReplyDelete
  12. hahaha... sonoh wei bila dpt bca komen2 dr oang y da penah baca buku DCK nih. tmbah semangat nk bt karya y baru. Thanx 4 Kak Rin, icejane,zailazz n mereka2 y telah membeli & akan membeli buku sy. buat sesuciiman, ikut sajalah pengaruh icejane tuh! bak kata dia x rugi bli. Bli jgn x bli ar (Wah! cam paksa la plak!)

    ReplyDelete
  13. Ceria pulak rasa thread DCK ni biler penulisnya menjengah :)
    wanie ni mesti hantu citer korea... citernya pun ada sentuhan romantis kekoreaan.
    :)

    ReplyDelete
  14. hahaha nampak gaye
    dah mmg beli la ni
    ada won bin hehehe

    ReplyDelete
  15. aduih.. mcm2.. won bin punya pasai pon jaaadi ya. :)
    airina booking sakan kat tokobukukicap.blogspot ek? haha.
    kiter pun ada bli jugak.. best dpt jugak buku idaman :)

    ReplyDelete
  16. hahaha tau xpe
    lor, uishk kak rinn tau ke?
    hahaha mane ade sakan, baru 3 aje beli tu
    hahaha 'aje" tak le bla hihihi

    ReplyDelete
  17. dis novel is damnly d bes! paling sedey pernah i bace!adoiyy~
    menitis gak ar air mate eden..
    nyway, nice job!keep on spreading ur great bobmbastic ideas!

    ReplyDelete
  18. helllooooooo.... nk kasi tau pd sume la, my newest novel da ada kt market da tau, title dia aku yang terluka, dan sy pasti novel ini adalah y lebey baek dr Disember Cinta Kita, gerenti besh! huhuhuhuuuu....

    ReplyDelete
  19. helo wannie... good to hear from u again. Good luck with ur new book. Tebal setanding Disember Cinta Kita.

    ReplyDelete
  20. huhuhuhuuu.... tq sis... a'ah la, bku ni lg tebai dr Disember Cinta Kita... hikhikhik.... tp rsanya lg best jugak kut! ahaks!

    ReplyDelete
  21. ada kelapangan nanti kiter baca. byk btui buku tgah queue nak baca. mood membaca pun tengah tak menentu skrg ni.

    ReplyDelete
  22. buku ni kan ada sambungan dia hingga ke disember...
    tapi disember cinta kita memang sedih....
    masa part engku fareez meninggal sian Amy

    ReplyDelete