Masa untuk memburu novel baru? ha ni fajar pakeer akan menerbitkan 4 buah buku barunya tak lama lagi... dan buku terbaru alaf 21, Sanjungan Kasih sudah pun berada di pasaran. boleh ke website rasmi penerbit-penerbit ini utk mendapatkan maklumat lanjut :)
1. Galeri Cinta by Ainon Zaini
"Andai bahagia dan cinta boleh seiring"
Syanen Hani dan Syaza Hana adalah dua saudara kembar. Mereka mempunyai cita-cita yang sama, ingin menjadi penulis yang berjaya. Latar belakang mereka membesar tidak sama. Syaza Hana terbiasa dengan kehidupan moden di kota. Syanen Hani pula terbiasa dengan kehidupan di desa.
Dalam soal hidup berpasangan pula Syaza Hana terlebih dahulu berkahwin dengan Doktor Syazwan. Manakala Syanen Hani belum bersedia untuk berumah tangga walaupun dia bakal dijodohkan dengan Salman. Demi mencapai cita-cita, Syanen Hani meninggalkan kampung halaman dan tinggal dengan kakaknya. Namun begitu langit tidak selalu cerah. Kakak yang penyayang membencinya tanpa diduga.
Jodoh merupakan perkara ghaib yang tidak seorang pun tahu. Begitu jugalah dengan Syanen Hani. Jodohnya sungguh tidak diduga, dipertemukan dengan orang yang tidak disangka. Syaza Hana yang kuat cemburu akhirnya merelakan segala yang berlaku kerana impiannya telah menjadi nyata untuk menjadi seorang ibu.
Mereka cuba mengejar bahagia namun bolehkah mereka sama-sama milikinya?
----------
2. Cinta Datang Menyapa by Hanny Esandra
Terbitan FAjar Pakeer
"Mata... menceritakan segala-galanya. Hati... memendam bicara cinta"
Riezman membuktikan kesucian yang lahir dari hatinya dapat memadamkan dosa-dosa yang pernah terpalit di tubuhnya. Merogol Safieya kemudian bertanggungjawab menikahinya adalah satu perbuatan yang patut diterima.
Memang pada mulanya Safieya benci kehadiran Riezman. Kerana Riezman, percintaannya kecundang, kerana Riezman, Adif Farhan pulang kepada Yang Maha Penyayang dan kerana Riezman, impiannya hilang.
Melayar bahtera rumah tangga cukup mencabar bagi Riezman kerana dialah nakhodanya. Kedinginan Safieya mula beransur hilang apabila melihatkan kesabaran Riezman. Cinta mulai subur dan seterusnya menghasilkan benihnya.
Namun, keimanan Safieya mula teruji apabila kekasih lama ‘muncul kembali’. Allah SWT mendatangkan Hairy sebagai ujian dalam menempuh kehidupan berumah tangga. Dalam diri Hairy mula terbitnya Adif Farhan.
Safieya harus bijak menilai... antara momen silam dan angan baru. Penilaian mana akan menjadi paksinya?
--------------
3. Takkan Berhenti Mencintaimu
Penulis: Nass Alina Noah
Penerbit: Fajar Pakeer
"Aku akan menunggu saat dan ketika kau bisikkan rindu"
Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang isteri sedang sekeping hati kecil sudah bersumpah untuk mencintai orang lain.
Silapkah sebuah perkahwinan sehingga bunga-bunga asmara tidak pernah berkembang indah? Silapkah terlalu mencintai sehingga benci menjadi kelopaknya? Silapkah jatuh cinta sehingga haruman yang mengindahkan itu menjadi racun nan berbisa?
Malam-malam kian sepi dan semakin sepi, dihambat persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Namun lelaki itu tidak akan berdiam diri. Dia akan melakukan segala-galanya untuk memiliki hatinya…
Dan aku, Puteri Chaira Cleopatra, takkan mahu menjadi Cleopatra yang sepi tanpa Caesarku. Kerana aku takkan pernah mencintamu…

----------------------------
4. Memori Berkasih
Penulis: Yuhanna Aleeya
Terbitan Fajar Pakeer
"ku intai dia sebagai cinta dan daripada dia kutemukan cintaku"
Alliana Shafika, seorang pembuat kek yang disukai oleh majikannya, Harry. Di balik perasaan suka, timbul sedikit rasa cinta di hati mereka. Namun ia menemui jalan buntu setelah Harry ditunangkan dengan gadis pilihan keluarganya, sahabat zaman persekolahan Fika suatu ketika dahulu.
Risha hilang seorang adik, terpaksa pula jadi mangsa ketamakan keluarga tiri sendiri. Dia menghadapi kematian bapanya sendirian dan terpaksa menghadapi pahit getir hidup di usia muda. Dendam terhadap seorang lelaki yang suatu ketika dahulu pernah disukainya menambahkan lagi beban kehidupannya.
Khairi, pengawas sombong yang amat dibenci oleh Fika. Perasaan marah membuak-buak terhadap pengawas itu sehinggalah kemunculan gadis plastik putih yang perlahan-lahan melembutkan hati Fika. Perlahan-lahan membuka ruang di hati Fika dan perlahan-lahan membenarkan hubungan itu terjalin.
Dhani menyimpan perasaan rindu kepada kakak angkatnya. Dia mendambakan kasih sayang kakak angkatnya dan yang menyimpan perasaaan cinta. Salahkah kalau seorang adik jatuh sayang kepada kakak angkat sendiri? Tidak bagi dia, namun bagaimana pula dengan kakak angkatnya itu?
Siapa Dhani di hati Fika? Siapa pula Khairi untuk Fika? Dan, gadis plastik putih itu… siapa pula dia? Sebuah dendam… adakah harga sudahnya?

------------------
5. SANJUNGAN KASIH by Aimi Husna
Harga: RM18.00
Halaman: 452
Penerbit: Alaf 21 Sdn. bhd.
"Kasihmu ku bawa bersama menyusuri denai-denai kehidupan"
"Kasihmu ku bawa bersama menyusuri denai-denai kehidupan"
ANISA, gadis lepasan SPM tidak pernah menduga, kasih Harris yang disanjung selama ini rupa-rupanya dusta belaka. Jiwanya tertekan dan hatinya dihimpit ke kesalan. Demi cinta kecundang, Anisa nekad berhijrah ke bandar untuk mencari kerja dan ketenangan.
Kemunculan Hakimi mula mengundang rasa selesa di jiwa Anisa. Hakimi seorang yang cukup menitikberatkan pe lajaran dan masa depan. Baginya, usia muda tidak harus dipersiakan. Sejak itu, Anisa sedar bahawa cinta adalah penguat semangat dan bukannya pemusnah cita-cita.
Saat jiwa diselubungi kecewa, muncul seorang lelaki dengan sebuah harapan. Namun, Anisa tidak pasti sama ada mem buka pintu hati menyambut bunga-bunga cinta itu atau bersedia menghadapi risiko dirinya dilukai. Apakah dia sudah serik untuk bercinta lagi? Cuma Anisa yang ada jawapannya.

Ainon?? cam nma my mum..ainon jugak..hihi..keluaran pe ni kak rinn? susah nk dpt la kalau keluaran company len drpd alaf21 @ buku prima...
ReplyDeletefajar pakeer la fairuz :) byk gak bku2 fajar pakeer kat psarn la ni.
ReplyDeletefajar pakeer biasanya ada kat popular book
ReplyDeletehaaa.. betul betul betul.. tapi buku ni dalam list 'akan datang' kalau kat web fajar pakeer tu.. so it will be out very soon lah kot :)
ReplyDelete