Showing posts with label khairynothman. Show all posts
Showing posts with label khairynothman. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Nuansa Kota Merah

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Khairyn Othman
Nuansa Kota Merah
Penulis: Khairyn Othman
Editor: Mohd Rohaizat
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
Cetakan pertama 2011
RM20.00
Sabah /Sarawak: RM23.00
isbn: 9789675118623

"Untuk kamu pembaca budiman"

Aku suka pembukaan seperti yang tertera di atas. Ayat yang sangat pendek ini buat aku rasa seperti seorang pembaca yang penting. Aku mencari ruang masa yang betul-betul kosong untuk membaca karya ini kerana nama Khairyn Othman di kulitnya membuat aku pasti aku akan suka dengan karya ini.

Walaupun ia bukan kisah komedi tetapi ianya tetap manis, perisa Khairyn Othman. Bagi yang pernah baca Zahrah de Tigris dan amat menyukainya, aku gerenti korang akan enjoy cerita Islamik yang begini. Ia menceritakan para pejuang Islam zaman dahulu dan zaman sekarang. Kalau pejuang dahulu berperang dengan musuh-musuh Islam dengan cara mengangkat pedang, pejuang sekarang berperang dengan nafsu dan sikap diri sendiri yang membuat diri sendiri menjadi sesat dan jauh dari Allah.

Dina seorang gadis melayu yang sudah hilang melayunya. Dia hidup untuk berhibur dan bersuka ria. Ketibaannya ke Sepanyol menyingkap rahsia mimpi yang sering berulang-ulang dalam tidurnya. Ada yang melambainya kembali ke Sepanyol. Kembali? Bagaimana dia boleh kembali ke Sepanyol sedangkan dia belum pernah ke situ?


Pertemuan dengan Aaron memasukkan dia ke tengah-tengah misteri mimpinya. Dia seperti bertemu mata dengan dua insan yang sering mengunjungi mimpi-mimpinya. Naskah lama yang diterjemah Aaron menyingkap rahsia perjuangan mujahid silam yang kemungkinan besar merupakan susur galur wujudnya Aaron dan Dina sekarang. Mereka membawa kita menghayati kisah dua mujahid muda, Shuaib dan Salma mempertahankan tanah tumpah darah mereka dari ditakluki musuh-musuh Islam. Kisah-kisah novel inggeris membuat kita mengagungkan Wariors dan She-warriors fiksyen yang heroic dan romantis. Bacalah Nuansa Kota Merah, dan hayatilah kisah perjuangan manis Salma dan Shuaib, warior dan she-warior Islam yang merindui syahid walaupun kedua-dua hati sudah terpaut rapat.

Tahniah buat Khairyn Othman kerana menghasilkan kisah yang lain dari yang lain. Eh, ni cerita kahwin paksa tau, hehe. Salma kena kawin paksa dengan Shuaib masa orang tengah sibuk berperang. Masa dia tengah syok kat Shuaib tu takdak plak orang nak paksa dia kawin dgn mamat tu, bila dia dah mula benci tetiba plak terkeluar wasiat yang menyatakan Abi nak Shuaib dijodohkan dengan Salma. Shuaib ni anak melayu jati dengan aura hebat Hang Kasturi! Salma plak pemanah unggul Andalusia. :)

Kisah Shuaib - Salma menjadikan Aaron dan Dina nekad berperang dengan nafsu diri. Mereka mahu berubah ke jalan Allah. Berjayakah mereka dalam peperangan besar ini? Manis!


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/Sinopsis:

Babak 1:

Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dgn Aaron Mauricio, tetapi dgn cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat merasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!


Babak 2:

Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia ada bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.


Babak 3:

Shuaib, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, "Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma."


Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?

Sunday, June 14, 2009

Dame Zoete Sarah

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Khairyn Othman
Dame Zoete Sarah by Khairyn Othman
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009


"Si manis Sarah"


Semanis tajuknya, kisah thriller ini juga terasa manis. Bukan senang nak cari kisah thriller romantis yg memikat pembaca santai seperti ini.


Thriller kedua dari Khairyn Othman ni terasa lebih 'on the move' dan semuanya terbayang dalam gerak pantas seolah-olah menonton wayang jer rasanya. Memang exciting.


Sarah Adam adalah seorang wartawan. Saya tak pasti kenapa Rod memilih Sarah dalam ramai2 manusia kat dunia ni utk membongkar kes dadah yg amat besar. Sarah tiba2 menjadi tumpuan sindekit dadah yg besar dan juga pihak berkuasa kerana dia disyakki sbg pengedar dan pembunuh.


Sarah Adam tak menyerah diri kerana dia tak bersalah. Dengan menggunakan contact nya di kalangan org Indonesia di Johor, dia berjaya meloloskan diri ke Belanda untuk merungkaikan klu yg berada di tangannya.


Salim. (Yg mengingatkan Sarah kpd Harun Salim Bachik, Saleem Iklim dan S.M Salim) Seorg polis berkaliber yg mengimpikan model sbg isterinya, memburu Sarah. Dia berjaya menjejak Sarah di Belanda. Dia pasti dia hanya menjalankan tugas tetapi dia tahu juga yg dia tak akan membiarkan Sarah berada dalam bahaya. Sarah penah gelar dia ni hero datang lambat. hehe


Bayangan model idamannya melayang entah ke mana, diganti dgn bayangan Sarah, gadis yg sukar senyum dan degil. Kalau hati sudah suka, sarah pun sarah lah!


Salim tu suka perasan, sikit2 mesti nak sebut dia hensem la, macho la... haha sabo jer aku.


Sentuhan komedi dalam kisah ini juga sangat menghiburkan... belum sampai bab 10, saya sudah ketawa dan menangis.


Ada juga Nisa dan Dr Taufik dari novel Zahrah de Tigris dalam novel ni :) AFter 4 years diorang dah ada 2 org anak dan Nisa tengah pregnant anak ke3. Comel jer :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


dame zoete Sarah ialah si manis Sarah

Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.

Terperangkap di tengah-tengah kemelut sindiket dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.

Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan penjahat malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi semakin rumit, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?

Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek!

“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim

------------------------

Genre yang berbeza daripada KHAIRYN OTHMAN kali ini, pasti membuat anda terhibur sekali gus berdebar bagaikan menaiki roda Ferris, melantun di awang-awangan – pucat tanpa boleh berkata-kata.

Saturday, January 12, 2008

Zahrah de Tigris

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Khairyn Othman
Zahrah de Tigris by Khairyn Othman
Terbitan Jemari Seni

Sejauh mana sekuntum bunga mekar yg menghuni bumi yang dihujani peluru2 tak bermata mampu bertahan? Mungkin Nisa mendapat berkat doa2 orang yang mengasihinya.. kedegilannya memang set2 nak kena luku lapanbelas kali. Tapi kerana kedegilan itulah dia bertahan di tanah asing yang pastinya bukan 'hujan emas'. Dia sanggup berhujan batu di negara orang kerana sayangnya pada manusia seagama dan sayangnya pada Yg MAha Esa. Pd mulanya Nisa spt dimotivasi oleh gaji setinggi 12,000 sebulan utk mendarat di tanah Iraq sbg guru.

Di Lembah Tigris dia menabur budi, memendam rindu pada keluarga. Nisa seorang srikandi dgn caranya yg tersendiri. Di Lembah Tigris ini juga hatinya terpaut, tetapi kata cinta tidak diluahkan, tak mungkin kerana cinta ini cinta terlarang. Tetapi Dr Patrick Devereux spt tak paham2 istilah cinta terlarang. Nisa rasa seperti sudah jauh benar dia berlari dari lelaki itu tetapi tup2 dah ada kat sebelah. Doktor dari Perancis ni memang romantis dan jiwang-jiwang, kalau hati sudah suka...

Kisah perang sebegini kalau disajikan dalam bentuk rencana, berita, dokumentari... hmm terus terang saya katakan saya hanya baca tajuk besar saja. (Dulu)Sudah banyak penderitaan peperangan yang saya baca dan tengok dalam media2 masa yg terdpat di negara kita, dan ianya seperti tiada penghujung. Byk kali juga air mata simpati saya mengalir melihat wanita dan anak2 kecil malang di sana.. hingga kini, realiti begini seakan tiada penghujung. mungkin saya sudah bosan dgn berita2 sebegitu..

Latar belakang kisah begini mungkin kurang menarik perhatian pembaca novel cinta santai tetapi (setelah membaca ZdT) kisah cinta Nisa juga sangat menarik. Khairyn berjaya menyulam kisah cinta dan kisah perang di Iraq dgn baik. Kedua-duanya menjadikan saya tak sabar2 nk tahu apa penghujungnya buat Nisa, berbaloikah perjuangannya? Dpt kah Nisa membenihkan kefahaman Islam ke dlm jiwa Dr Patrick yg tidak percaya kewujudan tuhan. Cintanya yg mendalam kepada Nisa tidak dapat juga mengubah fahaman ateis nya. Kecewanya saya dgn takdir yg menimpa Dr. Patrick, namun tragedi itu perlu utk memungkinkan Nisa bertemu dan hidup bersama cinta sejatinya. :) terima kasih Khairyn for the happy ending!

Ntah berapa kali saya melafazkan syukur kpd Allah kerana di Malaysia tiada anak2 yang mati ditembak ketika berebut gula-gula. Tidak perlu berkumpul di bilik bawah tanah utk menyambut Israk Mikraj yg kemudiannya menjadi bilik dipenuhi mayat kerana dibom. nak mengungkapkan ayat2 ini semula pun sudah membuat air mata saya bergenang.

Dalam novel ni juga ada entry nisa dalam blognya yg diselang seli dgn cerita oleh 3rd party. Ada sesetengah part waktu atau masa yang dipaparkan di blog Nisa tu mengelirukan... kalau pukul 13.00 am tu pukul berapa? pagi ke? malam ke? siang ke? *garu pala* Ermm kadang2 tu rasa mcm baca buku translate pulak :)

errr.. awat review ni panjang sangat ye?? hehe

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis Belakang Buku:

Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…

Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

RM20.00