Sunday, June 14, 2009

Dame Zoete Sarah

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Khairyn Othman
Dame Zoete Sarah by Khairyn Othman
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009


"Si manis Sarah"


Semanis tajuknya, kisah thriller ini juga terasa manis. Bukan senang nak cari kisah thriller romantis yg memikat pembaca santai seperti ini.


Thriller kedua dari Khairyn Othman ni terasa lebih 'on the move' dan semuanya terbayang dalam gerak pantas seolah-olah menonton wayang jer rasanya. Memang exciting.


Sarah Adam adalah seorang wartawan. Saya tak pasti kenapa Rod memilih Sarah dalam ramai2 manusia kat dunia ni utk membongkar kes dadah yg amat besar. Sarah tiba2 menjadi tumpuan sindekit dadah yg besar dan juga pihak berkuasa kerana dia disyakki sbg pengedar dan pembunuh.


Sarah Adam tak menyerah diri kerana dia tak bersalah. Dengan menggunakan contact nya di kalangan org Indonesia di Johor, dia berjaya meloloskan diri ke Belanda untuk merungkaikan klu yg berada di tangannya.


Salim. (Yg mengingatkan Sarah kpd Harun Salim Bachik, Saleem Iklim dan S.M Salim) Seorg polis berkaliber yg mengimpikan model sbg isterinya, memburu Sarah. Dia berjaya menjejak Sarah di Belanda. Dia pasti dia hanya menjalankan tugas tetapi dia tahu juga yg dia tak akan membiarkan Sarah berada dalam bahaya. Sarah penah gelar dia ni hero datang lambat. hehe


Bayangan model idamannya melayang entah ke mana, diganti dgn bayangan Sarah, gadis yg sukar senyum dan degil. Kalau hati sudah suka, sarah pun sarah lah!


Salim tu suka perasan, sikit2 mesti nak sebut dia hensem la, macho la... haha sabo jer aku.


Sentuhan komedi dalam kisah ini juga sangat menghiburkan... belum sampai bab 10, saya sudah ketawa dan menangis.


Ada juga Nisa dan Dr Taufik dari novel Zahrah de Tigris dalam novel ni :) AFter 4 years diorang dah ada 2 org anak dan Nisa tengah pregnant anak ke3. Comel jer :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


dame zoete Sarah ialah si manis Sarah

Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.

Terperangkap di tengah-tengah kemelut sindiket dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.

Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan penjahat malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi semakin rumit, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?

Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek!

“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim

------------------------

Genre yang berbeza daripada KHAIRYN OTHMAN kali ini, pasti membuat anda terhibur sekali gus berdebar bagaikan menaiki roda Ferris, melantun di awang-awangan – pucat tanpa boleh berkata-kata.

16 comments:

  1. DD :) thanks for strongly suggest kiter baca buku ni. memang pengalaman yg menyeronokkan. hehe.

    ReplyDelete
  2. kena cuba nihh..lum pernah bc karya khairyn othman..

    ReplyDelete
  3. kak mar :) dia penulis thriller romantis... buku first dia 'Zahrah de Tigris' pun kiter suka gak hehe.

    ReplyDelete
  4. rinn...kakmar ni citer thriller tk brape minat...tp sebab ada romantis tu kenalah cuba...kehkehkeh..

    ReplyDelete
  5. owh.. kalau camtu kakmar bleh la cuba dame zoete sarah ni... tengok jiwang tak ngan salim-sarah ni..hehe

    ReplyDelete
  6. suke dgn review yg blh menguja kt.. nk kena cari buku nie jgk.. tks rinn.. :)

    ReplyDelete
  7. Rinn, same2. -) Mmg enjoy baca buku ni. Lain dr yang lain.

    Marsha - jgn risau..baca la, seronok travel bersama sarah n salim.wpun byk adegan susupen, tp smbil baca tu ttp bole tersenyum, tersengih n tergelak.

    ReplyDelete
  8. Rinn, same2. -) Mmg enjoy baca buku ni. Lain dr yang lain.

    Marsha - jgn risau..baca la, seronok travel bersama sarah n salim.wpun byk adegan suspen, tp smbil baca tu ttp bole tersenyum, tersengih n tergelak.

    ReplyDelete
  9. dyea..sah lah nampaknya petang ni kena g cari kaksu....hehehe..

    ReplyDelete
  10. hmmm sbb saya pun teruja lah kot tu yg review pun jadi mengujakan lah hehe. tp biasa lah... lain org, lain citarasa nya... yg ni kena pulak dengan lidah saya ni.. tu yg rasa garing2 lemak2 manis nih. hehe.

    ReplyDelete
  11. br berkesempatan baca
    mmg sugguh sweet cite ni
    ade saspen tapi still bagi kita tersengih2 hihihi

    ReplyDelete
  12. ya betul.. baca byk kali pun tak boring. hehe teringat kat singh mabuk yg kena kunci dgn sarah tu.. haha sian salim tensyen ngan singh tu, nasib baik la singh tu tak kena tembak

    ReplyDelete
  13. hahaha toi2 cian kat singh tu
    tapi si salim tu mmg tensen abis ngn sarah
    last2 jatuh hati kat sarah hehehe

    ReplyDelete
  14. yaaa.. betul2 jatuh tergolek terus salim jadi mamat jiwang.

    ReplyDelete
  15. hahaha kalah mat jiwang la kak rinn

    ReplyDelete
  16. bestnya bca review kak rin psl ctr nie..smalam ada kat popular tpi x beli sbb tjuk dia cm pelik ckit...rugi laa plk...

    ReplyDelete