Seindah taman RAudah by Damia Zahra
Penerbit : Kaki Novel
Tahun 2009
Harga: RM18.00
Sabah/SArawak: RM21.00
isbn: 9789675067266
"Andai itu ketentuan-Nya, aku terima...
Aku terima cintamu seikhlasnya"
Andai bisa ku lafazkan erti cinta ini, akan kucoret di tiap dada langit yang kosong.Sepanjang perjalanan ini aku menghitung hari demi hari, mencari cinta yang agung.Aku ingin menjadi teman di setiap mimpi indah dalam lenamu.Aku juga mahu menjadi sesuatu yang akan sentiasa kau rindui. Aku mahu tiap langku kau ada bersama, kerana aku tahu aku menyintaimu.Dan aku mahu menjadi Faizalmu yang abadi.
Kupertaruhkan cinta yang satu. Kuhitung tiap tutur yang kau cipta.Kubina impian di atas mimpi yang belum pasti. Kutitipkan kasih abadi pada janji yang dibina.Dan aku tahu bila keyakinan ku datang, kasihku bukan hanya sekadar cinta kerana kasihku ada seindah taman raudah.
Tajuk: Kerana C.I.N.T.A
Penulis: Ezi Afiza
Terbitan Kaki Novel
Harga RM16.00
Sabah/Sarawak: RM19.00
isbn: 9789675067259
"izinkanlah aku menjadi sinar yg menerangi hari-harimu"
Dua kisah kehidupan.Dua kisah percintaan yang berbeza.Kerana cinta mereka bahagia. Kerana cinta mereka sengsara.
CINTA
Seorang gadis yang kematian ibubapa.Dia dijaga oleh ibu saudara yang mengasihi dirinya.Perkenalan dengan Hazriq membuatkan dia mula mengenali erti rindu.Namun, hubungan mereka dicemburui oleh Lidya, sepupunya.Lidya mula membuat rancangan bagi memisahkan mereka.Cinta sedaya upaya mempertahankan hubungannya dengan Haziq namun apabila Haziq sendiri berubah hati, dia terpaksa mengalah.Kerana kecewa, dia akhirnya membawa diri...
HAIRI,
Cintanya terhadap Salina tiada tandingnya tetapi hubungan mereka tidak direstui keluarganya.Kerana cinta yang mendalam dia sanggup meninggalkan kemewahan demi untuk insan yang disayangi.Hatinya gembira tatkala ibunya mula berubah dan mengajak dia kembali ke rumah.Namun, disebalik kebaikan itu, terdapat seribu dendam.Kerana terlalu kecewa dengan nasib dirinya , dia sekali lagi membawa diri.
Dua kisah menjadi satu.Kerana cinta mereka dipertemukan.Kerana cinta mereka sekali lagi mengharungi dugaan kehidupan.Dugaan Hazriq yang sekali lagi hadir menagih kasih lalu mengusik hati Cinta.Ditambah lagi sikap ibu Hairi yang masih lagi memikirkan soal darjat.Satu demi satu dugaan yang datang adakalanya menyebabkan mereka keliru namun mereka tetap menempuhnya dan mempertahankan hanya kerana cinta.
semua name baru...
ReplyDeletetakut nak beli.. tak tahu best ke tidak.
ha tu la...
ReplyDeletetak per, kita tunggu org yg tak takut nak beli baca dulu hehe
ye betul... hehehe...
ReplyDeleteu all baca novel andai itu takdirnya,
ReplyDeletesedih gilerrrr...kembang mata i baca buku tu
huhuk
SeIndah Taman Raudah Ti dh beli 2 mths back...
ReplyDeletesuke citer dia... ade pengajaran la.... kebetulan bk ni la yg ada dlm beg skarang ni... hehehe
ha'ah ramai kata citer tu sedih kan?
ReplyDeleteowh blum berksempatan baca Seindah Taman Raudhah :)
ReplyDelete