Sunday, June 21, 2009

Jemari Seni Julai: Bintang-bintang ke syurga



masuk list utk beli masa pestabuku selangor nanti.. hehe..


Tajuk: Bintang-Bintang ke Syurga
Penulis: Xarine
ISBN: 978-967-5118-22-7
Harga: RM19.00
Harga pembelian melalui pos: RM17.00



Urusan ini perutusan cinta.

Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan
menyatukan kita dan semua manusia. Seperti alam kehidupan yang satu
ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta. Roh
cinta yang mutlak berpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-
pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.

Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

* * * *
Dengarkan bisikan cinta daripada XARINE sang insinyur yang berbicara fasal
cinta dalam lembutnya bahasa dari hati seorang lelaki yang mengharapkan
reda Ilahi.

4 comments:

  1. emmmm.. nak kene beli ni!!! hehehe..

    ReplyDelete
  2. blum lagi la akim. Balik kampung sat nih.. minggu depan insyallah pegi. tak penah lagi gi pestabuku selangor. kira pestaim nanti nih.

    ReplyDelete