Sunday, June 14, 2009

Novel Baru Anita Aruszi & Samsiah Mohd Nor


masa jalan2 kat blog dua penulis ni, tengok2 ada novel baru.
Samsiah MOhd NOr punya buku baru semalam saya terlihat kat kedai mamak di alamanda :)


Tajuk: Bidadari Cinta
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Terbitan S.A Production Sdn. Bhd
Tahun: Januari 2009

Pertama kali melihat Aju di pinggir kafetaria Desa permai, pintu hati Ray berdegup kencang. Kebijaksanaan si gadis mempertahankan diri dari gangguan pelajar senior menarik hati Ray. di dalam feri menuju ke kampus USM, keduanya ditemukan. Dari situ semuanya bermula dgn indah. Namun penyatuan dua hati itu amat sukar sekali.

Aju
Kau seperti rama-rama yg indah berterbangan
kau seperti pelangi yg gemilang
Aku tahu apa mahu hatimu sabarlah sayang.

Ray
sukarnya membaca hatimu seperti sukarnya aku mentafsir warna laut yg kononnya biru.

Aju
Aku tak pernah curiga tentang putihnya warna awan...yg seputih hatimu

Ray
Kebisuanmu melemaskan aku... aku sudah sampai di persimpangan.

Apakah kesudahan perkasihan Ray dan Aju?
Apa salahnya dan di mana silapnya sehingga banyak benar rintangan yg melintang antara mereka?

Bidadari Cinta
mengungkapkan sebuah perkasihan yg tulus, erti persahabatan dan erti pengorbanan.

isbn: 9789534437008
--------------------------------------



Tajuk: Street Vendetta
Penulis: Mazni Aznita (a.k.a Anita Aruszi)
Terbitan : Buku Prima
Harga : RM19.90
 631 mukasurat

"Cinta harus dikejar atau akan hilang di gugus-gugus waktu"
"Love is always a beautiful thing in our hearts.
Sweet and sour!"



sinopsis belakang buku:

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.

Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.

Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie? Siapa pula Fakruzi? Semuanya akan terjawab di dalam Street Vendetta. Love is always a beautiful things in our heart. Sweet and Sour!!


1.

9 comments:

  1. uishkk patutla tetibe je siri ni stop
    kak aznita bikin buku rupanya hahaha
    apa lagi masuk list hihihi

    ReplyDelete
  2. haha ni list sempat la beli msa pesta buku selangor nanti kat pkns shah alam 24 Julai - 2 ogos 2009

    ReplyDelete
  3. kak rin ada lg novel baru keluaran alaf
    CINTA HATI KITA - H.M TUAH ISKANDAR

    ReplyDelete
  4. misscun, gambar nya akak dah tangkap.. blum sempat upload.. satgi kiter upload. thanksss.. line broadband mengong sikit petang2 ni.. aduih

    ReplyDelete
  5. masa tengah byk ilham ni lah release banyak2!!

    ReplyDelete
  6. wah.. street vendetta dah kuar... yeh yeh...
    tak sabar nak baca.

    ReplyDelete
  7. wah! nampaknya memang ramai dok tunggu novel ni keluar ye??? waaa ni kena beli lah ni masa pesta buku alaf 21 minggu depan.. huhu

    ReplyDelete
  8. antara penulis yang tengah ngetop skarang ni... hehehe..

    ReplyDelete