Monday, June 8, 2009
NOvel Baru Buku Prima & Creative (2)
Novel Tirai SEmalam ni last pesta buku PWTC pun dah kuar dah, tapi memandangkan belum ada promo, saya bubuh jer lah kat sini :) masa last Read Malaysia pun ada.
c
Penulis: Adriana Zahra
Tajuk: Tirai Semalam
Terbitan: Buku Prima
April 2009
isbn: 9789675234217
Mukasurat: 407
Harga: RM17.90
"kau datang tanpa dijangka, kini kau pergi tanpa diduga"
sinopsis belakng buku
”Terima kasih kerana kau sudi memberikan aku semua kenangan indah bersama kau sebelum ini. Dan terima kasih juga kerana bagi aku peluang untuk mencintai dan dicintai kau Aini. Aku takkan lupakan saat indah bersama kau ketik 'salji' kerinduan beraja di hati ini kita Aini” - Ady
Damai malam ini aku duduk merenung bulan yang tidak jua timbulnya, puas sudah aku memikirkan mengapa? Adakah ianya tidak sudi menjengukkan diri? Atau sudahpun ianya melarikan diri tapi man mungkin bulan itu berlari, mana juga mungkin bulan itu pergi, pergi jauh meninggalkan diri ini wahai Puteri Hati. Yashu.
---------------------------------
Thanks Miss Cun for the info.. tadi search kat website penulis, dapat la gambar cover buku ni. Utk maklumat lanjut. boleh terus ke website penulis ini: dina-semanissenyuman.blogspot.com
Penulis: Mardina Mohd Jamil
Tajuk : Kasih Aryssa
Harga:RM16.90
sinopsis belakang buku:
Ditinggal sepi sewaktu kasih mekar bersemi menyebabkan Aryssa tertunduk lesu. Terasa alam berhenti putar. Terasa bulan tiada terangnya. Bintang pun seakan tidak bersinar lagi. kejamnya pujaan hati membiarkan dia terus berharap, seolah-olah cinta iti tiada nilainya. Namun kasih Aryssa semakin menggunung tinggi hingga takkan dapat dicapai oleh insan lain yang bernama lelaki,. Pintu hati ditutup rapat sehingga tiada ruang utk yg lain bermukim.
Namun takdir yang menyelinap masuk, takkan sesekali dapat dilingkari. di saat hati masih melawan rasa kasih yang terdampar sepi jiwa pula mendambakan sinar cinta yang semakin menghampiri. Aryssa pasrah. Kerana bagi Aryssa sekali dia mencintai, selamanya kekal dihati. Walaupun jauh di sudut hati, dia akur dengan ketentuan Ilahi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment