Thursday, June 18, 2009

Akan Datang Dari Fajar Pakeer


Tajuk: Mana Kekasih Hati
Penulis: Dhiya Shiha


"Rindu ku kepada mu seperti langit penuh membiru"


Cinta Muhammad Danish Haikal dan Zulaila Sofea begitu dalam. Cinta mereka yang tulus membuatkan Haikal ingin menyunting gadis Sarawak itu menjadi suri hidupnya. Namun jodoh pertemuan Dia yang menentukan.


Sedar akan status dirinya yang tidak seperti perempuan lain, Sofea melarikan diri di saat keluarga Haikal datang meminangnya. Tanpa sebarang bicara, hanya sekeping nota ditinggalkan. Haikal menderita kecewa. Cinta sucinya musnah sekelip mata.


Kenapa Zulaila Sofea melarikan diri? Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang disembunyikan oleh gadis itu tentang dirinya? Dapatkah Haikal berjumpa dengan Sofea? Dan Haikal, terus
mencari di mana kekasih hati…



-----------------------


Tajuk: Dia Cinta Terakhir
Penulis: Suria Areesya


"Seindah kasih sehalus rindu, cinta tetap di hati"


Dayana Aisha terlalu inginkan kebahagiaan. Keputusannya untuk menerima lamaran Airiel Izwan untuk membina rumah tangga di usia muda membangkitkan kemarahan abang kandungnya, Farid. Dayana Aisha tetap dengan pendiriannya. Dia tetap ingin melayari bahtera perkahwinan bersama Airiel Izwan, lelaki yang dicintainya sepenuh hati.


Takdir telah merubah segala-galanya. Pertelingkahan antara Dayana Aisha dan Airiel Izwan menyebabkan Airiel Izwan melafazkan cerai talak tiga. Semuanya hanya kerana sifat panas baran Airiel Izwan. Airiel Izwan meminta rakan baiknya, Alif Danial untuk mengahwini Dayana Aisha. Airiel Izwan ingin bersama dengan Dayana Aisha semula. Namun sebaliknya terjadi. Dayana Aisha terperangkap dengan permainan janji manis Alif Danial.


Mampukah permainan cinta Alif Danial dirungkai cinta Dayana Aisha dan Airiel Izwan? Bolehkah cinta mereka jadi yang pertama dan akhir? Airiel izwan terus menunggu Dayana Aisha kembali ke sampingnya…




No comments:

Post a Comment