Showing posts with label zehannurrakhie. Show all posts
Showing posts with label zehannurrakhie. Show all posts

Wednesday, January 20, 2010

Rahsia Agenda Alam Hitam II: Vamprha

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Zehann ur Rakhie
Rahsia Agenda Alam Hitam II: Vamprha
Penulis: Zehann ur Rakhie
Cetakan Pertama: 2008
isbn: 9789675106354
595 mukasurat
Terbitan Pekan Ilmu Publications


Kalau dalam part 1 dulu kita menunggu saat kelahiran Massurya yg dari keturunan
Alam Hitam tetapi beliaulah yg diramal bakal menjadi pemusnah kuasa besar itu.
SEbelum baca buku ni make sure korang baca 1st part dulu. Memang best.


Dalam sambungan ni, first part tu terasa mcm baca buku translate lah sbb banyak
menyebut nama tempat dan nama watak2 inggeris.


kisah ini membawa kita mengikuti Pengembaraan Massurya ke Eropah dan Tanah
India, demi menjejak dan menghapuskan kuasa alam hitam. Jenis pengembaraan yg
putting together missing pieces, penuh dengan halangan yg melangkau imaginasi.


satu2nya part sayu adalah cerita Rappu tentang Kiram dan rusanya. huhu... nangis
beb.


Part lakonan yang menjadi pembunuhan betul tu mengingatkan aku pada cerita
"Interview With The Vampire". Lepas scene tu aku terus tak tengok citer tu
sampai habis, sebab memang ngeri dan geli.


Bagi yg meminati kisah2 mistik dan fantasi tentu tak susah nak menggambarkan
pengembaraan klasik ini. Terasa macam menonton wayang pun ada jugak.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:


Pencarian Massurya Syah telah membawa dirinya mengembara ke benua-benua asing.
Dia mengharungi peristiwa-peristiwa aneh dan berhadapan dengan ancaman yang tak
putus. Kembara telah melangkaui sempadan antara realiti dan alam tersembunyi.


Wahai saudaraku ketahuilah, pemegang rahsia ke7 itu tertakluk pada prilaku.
apabila kuasa dan ilmu menyatu, hanya iman jadi penentu, antara Dia dan aku,
antara Khalik dan dewa palsu. Empunya diri akan mengenal urusannya akan yg hak
pulang ke asal bagai roh kembali ke Sang Penciptanya.


"Kesamaran yg paling nyata adalah pandangan ke permukaan semata. Kita tidak akan
mengetahuinya secara pasti sehingga kita terjun ke dalamnya danmenyelam ke dasar
lubuk" - Massurya Syah

Saturday, June 13, 2009

Rahsia Agenda Alam Hitam: Kelahiran Mufrad

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Zehann ur Rakhie
Rahsia Agenda Alam Hitam: Kelahiran Mufrad by Zehann Ur Rakhie
Terbitan Pekan Ilmu Publications
Cetakan Pertama 2005


Aku lambatnya nak start enjin baca novel ni.. hehe sbb aku ni takut sikit citer2
seram.. tambah2 pulak covernya Ya Allah mcm dok tengok ja muka aku... lagi la
aku seram. aku ni dah la jenis baca then suka jugak belek2 cover depan.
Surprisingly aku baca tak bleh stop la.. haha.. Intersting juga cara penulis
menceritakan kisah Raja Bersiung yg dlm pelarian lalu membuat perjanjian dgn jin
ifrit dan menjadi raja alam hitam.


Kisah ni banyak berkisar keturunan Raja Bersiung, Mas Gurana yg boleh bertukar jadi harimau jadian memburu mangsanya. Dia terpikat dgn Sari yang mempunyai ciri2 wanita yg akan memanjangkan lagi keturunannya. Kampung kat tempat Sari tu turut dilanda musibah kehadiran manusia berkepala anjing yang memburu 44 anak2 dara utk melengkapkan misi menjadi muda perkasa selama2nya. teringat la pulak citer sumpahan orang minyak..


Sari turut menjadi sasaran tapi Mas Gurana menyelamatkannya utk dirinya sendiri. Sari diculik dan dia mahu Sari menyerah diri dgn rela. Demi menyelamatkan kampungnya Sari terpaksa bersetuju tapi Mas Gurana seperti menunggu masa datang bulannya utk memastikan anak yg lahir nanti sempurna sbg keturunan Raja Alam Hitam. Sari dpt menghidu hasrat Mas Gurana lalu mengaburi deria bau Mas Gurana dgn bau-bauan yg kuat. Sari hanya diselamatkan setelah segala2nya terlambat. Mas Gurana pula dibunuh anaknya sendiri, Juan Kilaninta, yg mahu mengambil alih takhta manakala Sari melahirkan anak Mas Gurana, bernama Massurya Syah. Hampir lengkaplah ramalan bahawa akan lahir keturunan Raja Bersiung yang akan menjadi penentang Alam Hitam. errr Sari tu ada keturunan Hindi... so Massurya syah tu ada keturunan hindustan jugak la ek? hehe..


Paling tak sangka aku betul2 tersentuh part Massurya Syah diazankan dan kematian Sari. Start dari situlah aku rasa citer ni sangat2 sangat menarik tapi, masa tu dah nak abis lah pulak. Kena baca 2nd book lah. hehe


Kisah ini berakhir dengan mulanya perjalanan anak muda bernama Massurya Syah. silap banyak la Juan Kilaninta tu tak bunuh Massurya Syah awal2 sbb tengok budak tu mcm set budak lembik tak melawan. Ada gak hantu lam citer ni.. Melor tu lepas mati jadi hantu lah pulok... aduih.. sereeeeeeeeeeemmm..


Sebenarnya banyak benda nak cerita, tapi baca la sendiri baru thrill habisss...


sure fine whatever
rinn




Sinopsis belakang buku:

Tengah malam akhir kurun ke 15, sebuah kapal dari tanah Jawa telah masuk
berlabuh di pelabuhan negeri Kedah. Dari kapal itu muncul sesusuk tubuh lelaki
yg melompat tinggi dan mendarat kemas di jeti. Tiada siapa pun yg menyedari
kehadiran lelaki itu dan malapetaka yg dibawanya.


Di tengah istana legap dia berdiri, menyeru rintih dunia yg sepi. tiada insan yg
sanggup lagi... berpaling diri yg terus merugi, serta dendam yg berapi api.


"Oleh itu anak2ku, curilah dia satu demi satu akan wajah yg tertipu, helahnya
terselindung dibalik waktu, dunia samar jadi saksiku."
-Lembaran dari Kitab Hitam


"Kita tidak akan selamanya kalah dan mereka tidak akan selamanya menang."
- Laksamana


RM25.90
isbn: 9789832567738
653 mukasurat