Rating: | ★★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Noor Suraya |
Rindunya Kian Membara by Noor Suraya
"Cinta itu pelik? Seperti hujan panas. Dalam hujan ada panasnya, dalam panas ada hujannya."
Susah jugak nak cari buku ni di kedai buku kat putrajaya ni, memang tak jumpa la.. nasib baik masa gi bli tiket kat pudu raya rasa nak jengah kedai buku kat situ and dapat la buku 'Rindunya Kian Membara' ni :)
Berbelit belit emosi dan tali perut ku bila baca buku ni! Banyak sangat yang saya tak setuju takes place in this story. I like those kind of feelings take place bila membaca buku. Tht means the writer berjaya mengacau bilau kan my thinking. kadang2 tu kalau baca straight forward to tak best jugak kan? Ini bukannya sesuatu yang tidak baik, tapi sebenarnya menunjukkan penulisan Noor Suraya ni memang menarik perhatian saya hingga tak senang duduk, baring atau berdiri!
Keputusan yang diambil oleh Farhana pada mulanya seolah-olah boleh dijangka tetapi selepas itu dan selepas itu dan selepas itu, lain pulak jadinya. I'm glad things get better in the end. Thank you Noor Suraya for this one :) masa baca buku ni all i keep on saying is "kenapaaaaaaaaa? kenapaaaaaaaaaaa?" but the ending tu cured everything la.. i'm glad Farhana end up in a great family with kids.
Serba sedikit tentang cerita rindunya kian membara ni. Kisah Farhana yg kembali dari luar negara dengan gelaran doktor linguist especially dlm bhs perancis. Dia pernah berkahwin dgn masri yg pernah memberi lafaz taklik, jika dia kawin dgn org lain, secara otomatik Farhana diceraikan. so, tht wht happened and Farhana mengembara jauh melanjutkan pelajaran. selepas 7 tahun, she returned with her twins Zaynn and Zetti. bila masri tau, dia terus buat tuntutan hak penjagaan walaupun dia sendiri sudah ada 5 orang anak diiringi ugutan kalau nak kembali anak2nya, Farhana mesti berkahwin semula dengan Masri. Farhana enggan, i think walaupun keputusan tu memisahkan dia dgn anak2nya tetapi tu tindakan yg bijak la especially mengenangkan mak Masri yang memang tak sukakan Farhana. Tapi kesian la Farhana menanggung rindu pada anak2nya.
Imran yg dulu pernah meminang Farhana kembali dgn rasa cinta yang pernah surut. Dulu Farhana tolak sbb nak kawin ngan masri, now tak der penghalang dah. Tapi bila dia dah mula terima Imran, Ilham (suami kepada aruah sahabat baik Farhana) pulak meluahkan perasaan. Farhana dan serba salah especially dia mmg rapat dengan anak2 Ilham. dilema, dilema yg merimaskan.
ada dua scene yg memang tertahan tahan tak nak nangis, first yg masa Farhana dgn ibu Imran, asking her to marry her son sdg kan masa tu Farhana menanggung sakit kanser payudara. Dia rasa dia takkan jadi wanita yg sempurna buat seorang yg sebaik Imran.
Yang kedua masa Masri hantar Zaynn dan Zetti balik. Zaynn yang kesakitan dibalun ibu tirinya. kesian sungguh. Masri tu sanggup membiarkan anak2 sendiri menderita daripada menyerahkan mereka kembali kpd Farhana.
aku ni kesian kat imran sebenarnya.. hehe.. Ilham tu mementingkan diri sendiri. menggunakan anak2 sbg alasan utk menarik Farhana! tapi tula dah jodoh mcm mana.. apa2pun Ilham memang seorang suami dan bapa yg baik. ishhhh.. dok kesian kat imran lagi ni! Rasanya kalau imran fight sikit dan tak menyerah saja, maybe dia dpt kawin ngan Farhana. kesian imran..
sure fine whatever
Sinopsis belakang buku:
Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang lalu kita harus mencarinya semula... Tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemui lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila- bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?
RM20.90
392 mukasurat
nak cari novel ni.... ntah sape pinjam x pulangkan huhuhuhu
ReplyDeletekena gi nyanyi sikit lagu PULANGKAN!!! kan orang2 yang disyakki.. hehe
ReplyDeletex yah nyanyi2......BaND jer terus ....ahaks...
ReplyDeletememang byk kali dengar kawan2 mengeluh masalah yang macam ni.. dah pinjam tu tak reti2 nak bagi balik, peh tu siap bagi pinjam kat orang lain pulak tu.. konsep novelmu novelku jua lah tu.. haha.. kadang2 kita terpaksa jadi kedekut.
ReplyDeleteskrg ni pun dah jadi kedekut...hahahahha. Bg adik beradik je pinjam....kalo ilang gak, mmg kena ketuk ler.
ReplyDeleteha betul-betul.. bagi pinjam kat orang2 yang kita boleh ketuk, backhand atau lesing di tempat kejadian sekiranya gagal memulangkan buku yang dipinjam. idok pun kenakan bayaran harga sebenar buku ketika nak pinjam.. biler bagi balik buku baru bagi balik duit.. potong aar dua tiga ringgit kalau lewat pulang.. haha.. dah boleh bukak kedai sewa buku macam tu!
ReplyDeletesaya sokong Imrannnn! betul gak cakap farhana kalu dia x kawin ngan imran x semestinyer dia nak kawin ngan ilham...sian imran..tp pikir balik nasib ko ler saper suruh give up cam tuh jer..sia2 tunggu sampai sedekad...kirenyer ending x puas hati..
ReplyDeleteApa guna pasir setambun
Kalau tidak setinggi duduk
Apa guna kasih setahun
Kalau tidak seumur hidup
tu la Imran bagi chance kat Ilham... aduih.. tu dia punya decision, nak buat camner. keputusan dia adalah utk mengecewakan diri sendiri, so sendiri buat sendiri tanggung lah.. kita cuma boleh tolong kesian jer.. huhu...
ReplyDeleteaduhai...nak jenuh jelajah kedai buku..x jugak jumper novel nie.. nak kena cari gak nie...nak collect Kak Su nyer novel nie lepas dah jatuh cintan tahap 18 giga kat Jaja & Din...
ReplyDeleterin..kak chik dah dpt novel nie by jan 2011..kak chik order terus dr JS...:)
ReplyDelete