Wednesday, March 21, 2007

Pelangi Biru

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rathna Ismail
Pelangi Biru
Penulis: Rathna Ismail
Terbitan: Berita Publishing
RM7.10
151 mukasurat


A pleasant and easy book to read. ceritanya diselitkan humor-humor yang menyenangkan. Cara penceritaan yang sangat average tapi boleh la enjoy. Mengisahkan ratna yang setia pada cinta Fadhil tapi Fadhil kawin dengan kawannya sendiri. She felt betrayed, and dengan kata2 semangat dari Yati, sahabat baiknya, dia menukar penampilan dan berazam memburu cinta lelaki2 kaya terutamanya semasa menyertai satu cruise ke luar negara yg akan sertainya.



Dia bertemu dengan Kamal yang serba sederhana tetapi menarik dan Rafaie seorang kasanova businessman yang berjaya. She aimed for Rafaie tapi pada masa yang sama Kamal yang makin mesra dengannya, especially selepas kamal menyelamatkannya daripada dinodai Rafaie. Sehari sebelum berpisah, baru Ratna tahu yang kamal sebenarnya seorang org kaya dari Miri yang sudah bertunang. She felt betrayed again and orang kaya seperti Rafaie dan kamal hanya mempermainkannya sama seperti Fadhil. dia enggan lagi memburu cinta dan nekad menumpukan perhatian kepada kerjayanya.


kamal berjaya memanipulasi majikan Ratna dan mendapatkan Ratna sebagai peguam syarikatnya yang memaksa Ratna berangkat ke Miri..



rasanya part paling kelakar masa Kamal terpaksa pakai baju kedah dgn kain batik Mak leha sbb baju dia semua basah disimbah Ratna sebab mengaku tidur tak lena mandi tak basah.


Sure fine whatever



Terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd


Sinopsis Belakang Buku:


Aku mengambil keputusan ini dengan hati yang berdarah. Sungguhpun lukanya pedih, aku tabahkan untuk melaluinya. Aku tidak akan mengganggu kebahgiaan orang yang aku cintai. Biarlah. Aku rela. Asalkan dia bahagia. Itu saja doaku.


Biarlah aku pergi membawa hati yang luka. Selamat berbahagialah kau Kamal. Semoga kau tidak melukainya seperti mana kau melukaiku.


Terima kasih di atas cintamu yang kau berikan suatu masa dahulu. Dan terima kasih di atas harapan yang telah kau hulurkan. Walaupun ia hanya seperti kabus, ia tetap mempersona. Anggaplah aku sebagai kunang-kunang penerang jalanmu sementara menanti hari siang. Aku akan berusaha melupakanmu, sayangku.


Aku mencoret diariku dengan berbingkaikan airmata. Untuk apa aku menangis? untuk apa aku bersedih? Aku sendiri tidak tahu. Yang pastinya ada insan lain yang ketawa gembira di atas tangisan airmataku. biarkanlah. Aku rela. Aku rela demi kebahagiamu, sayang!!


Harga: RM7.10
151 mukasurat

2 comments:

  1. hye rinn blh tau kat mn nk bli buku nih?

    ReplyDelete
  2. tak penah nampak lagi lah kat kedai2 buku.. mungkin dah abis stok kot :) kalau terserempak ngn buku ni, saya pun nak beli! :)

    ReplyDelete